Sunday, January 31, 2016

Ribut

Idea| Dari Langit
Pelakar| N.K
______________

Dia tersenyum pada laut kerana ombak sering bercerita padanya bagaimana semalam yang lelah telah berjaya dia harung. Dan selalu langit menjadi saksi antara mereka.

Andai manusia nampak, dia pasti dikatakan gila. Ah, selalunya begitu! - apa lagi nak dikesah. Barangkali manusia, semuanya bercita menjadi hakim - lupa diSana nanti dia pasti dihakimi atas apa yang dia hukum manusia dibumi.

Mereka ingat mudah untuk bangun teguh selepas ribut yang kencang dia redah semalam. Ada yang bertepuk tangan, kagum kerana dia masih tegak berdiri - meneruskan hari.

Mereka lupa disebaliknya adalah segala galanya DIA.

Dan bila mereka disapa ribut yang kencang, mereka bingung - menangis dan meratap. Melontar tanya, 'Mengapa aku?' Ketika mereka memandang dia, ada iri dan sakit hati - Allah dirasakan tidak adil, takdir dilihat kejam terjadi atas diri, dia nampak sungguh beruntung.

Hakikatnya mereka selalu penuh alasan bila ditadahkan kisah disebalik teguhnya kaki mengharung ribut - kerana mereka lebih kisah tentang yang hanya indah dan kelihatan sempurna di mata.

Dan siapa yang sebenar harus dijatuh salah? - melainkan diri yang tak pernah nak insaf dan bawa bawa muhasabah.
_________

Kau ingat nak jalan tu mudah?
Tak.
Tanpa kau USAHA nak gerakkan kaki
Tak mungkin kau kan tahu bagaimana nak jalan.

Tanpa payah
Kau tak kan mampu bercerita tentang mudah
Tanpa air mata
Kau tak kan menghargai indahnya senyuman
Tanpa ujian
Kau tak akan kenal sebenarnya diri mu; hanya hamba
Tanpa khilaf
Kau tak kan belajar dari kesilapan
Tanpa Rahmat dan Kasih Sayang-Nya
Mana mungkin aku dan kau -- pendosa -- mampu teruskan hari tanpa pandangan jijik dan umpatan keji
Dan sesunggunya Allah Ar-Rahman
KasihNYA melebihi KeMurkaanNYA
Pulanglah tika detik waktu masih milik kita
Kerana pintu KeAmpunan Tuhan tak pernah tertutup
Untuk kita terus hanyut dalam rasa yang tak kan pernah sudah
Tika hakikatnya segala yang bermula itu dari Dia dan pasti berakhir dengan Dia

Moga Tuhan tuntun kau dan aku - menuju hanya DIA.

Tuesday, January 19, 2016

Tentang Lelaki

Even aku rasa malaih tahap hape ntah tetap jejari gatal nak menari kat dada skrin nih.
__
Bukan pasai pe pun. Hanya satu kisah - tentang dia lelaki.
__
Bila chapter hidup aku ada lelaki lelaki ni - sumpah hari tu adalah hari terindah dalam silibus idop aku!
__
AhLong - sejenis manusia yang dilahirkan paling sulung dalam family. Tahap tertekangnya beliau boleh kalah puyuk high pressure mak aku. Tapi sekeping dia tu baik gilos - bila dia selalu sanggup korbankan apa yang dia ada (even boxer dia pun si adik rembat - tapi bukan aku lah) tak berkira mana dengan adik adiknya yang macam lanun perompak! Dan paling aku bahagia bila ada dia - perut selalu full dengan makanan yang super duper enak bangat aih!
__
AlSudin - sejenis nama samaran yang merupakan adik bawah aku setaun je. Bab loqlaq bagi kat dia tak perlu share dah sebab tahap hebatnya dia apply tanpa latihan. Sekeping dia sangat rapuh even nampak luaran macam gagah perkasa. Bila datang sejenis peristiwa dihari dia - tanpa kira manusia atau halimunan - semua dia tibai semata nak share apa yang terjadi kat dia. Paling aku bahagia bila duk berdua dengan dia - aku boleh tibai share segala pesaka yang aku simpan sebab dia tak lolek nak ilmukan aku mana yang aku masih lompang.
__
AlKuyit - sejenis manusia yang dikomersialkan sempena nama tumbuhan yang dipanggil kunyit - mungkin. Dia punya head tahap gilers boleh membuat kau diabetes dan kencing manis - bila kau yang mulanya serius mampu bertukar dalam selang 3saat menjadi manusia yang penuh konpius. Dan aku menjadi wanita yang terpaling bahagia bila saat sekeping dia selalu faham apa yang aku rasa tanpa harus aku terjemah ke dalam kata yang berjela - cukup dengan senyuman senget - dia tahu otak aku dah terlebih speed. 
__
AlTiang - sejenis manusia yang tahap penyegan dan penyenyapnya ngalahkan aku wanita melayu terakhir didepan mertuaku - siapa? Dan dia ada sekeping yang always young - buatkan kadang kadang aku tak faham apa yang dia faham. Dan aku wanita paling bahagia bila aku boleh buat sesi luahan perasan betapa aku benci manusia yang bernama lelaki pengecut tahap pohon semalu - dan dia bagaikan otomen aku yang gagah - selalu cuba faham aku demi menegakkan keadilan untukku!(haih terlebey drama disini)
__
Ajan - manusia paling bongsu dalam keluarga menyebabkan namanya sedikit keperempuanan. Dia punya level slow sampai kura kura pon letih nak nunggu beliau. Tapi sekeping dia punya level kematangan tahap aku ternganga bila sekali dia keluarkan hujah. Aku jadi bahagia bila aku dapat jalan dengan dia sama sama macam aku tak pernah tua dan dia tak pernah meninggi (jeles hokey sebab dia selalu kata aku pendek bila weols jalan sebelah menyebelah!) Kau rasa dia terlalu budak budak untuk ambil kisah - yang kau rasa hanya orang tua yang mampu deal - padahal hakikatnya dia pandang hal tu lagi matang dari manusia yang dah tua umurnya tapi lagak bebudak yang baru nak up. Dia selalu berjaya buat aku hold dari leleh - ntah kuasa apa dia ada - it just aku selalu rasa comfort dengan dia. Mungkin sekeping dia masih suci dari maksiat dunia - mungkin saja. Dan aku rasa dia telah membesar dengan jayanya untuk protect aku. Dan dia selalu redha bila kena paksa belanja aku aiskrim (gelak jahat) - dan paling moment yang terindah bila aku paksa dia janji yang dia akan jaga aku bila dia dah besar even dia dah kawen (terasa aku melakonkan watak mak mertua yang busybody) dan dia selalu balas - dah kau tak kahwen ke kak oi?! - dia tak tahu hatiku tersiat luluh saat keluarnya soaklan yg maha sensitip itu! Haip! 
__
Diuji dan teruji dengan manusia yang bernama lelaki sering membuat aku lelah dihujung hari. Adakala aku rasa tak perlunya manusia ini dihari. Dan tiap kali itulah Allah selalu tampalkan memori indah bersama lelaki sedarah sedaging. Sumpah mereka selalu mampu buatkan kecewa aku berbalut dengan tawa. Kerana mereka tak pernah pakai topeng untuk terima aku yang sekeping penuh hina ini. The matter is - aku tak perlu letak kata dihati untuk sentap dengan segala tohmah yang mereka bash bila aku melintas - selalu terjadi - dan aku selesa diterima begini - dari hidup bersama manusia yang bertopeng - yang act tak pernah kisah sesopan sesantun yang pijak semut pun tak mati - tapi selalu ambil kisah tiap patah dan laku - ditampal lekat ke hati - dibiar bernanah sendiri.
__
Dan saat ni aku hanya nak jalan - sebab aku dah tak ada alasan nak kekonon quit - bila Dia selalu campakkan sayang untuk penuhkan aku dengan cukup hanya Dia.
__
Apa lagi kau nak oh diri? Cukup cukuplah. Tolong kayuh dengan senyap. Sebab kau perlukan kekuatan untuk menempuh jalanan yang goyah dihadapan.
__
Mendongak ke langit - tak pernah penat. Terima kasih Kekasih!