Monday, February 1, 2016

KUSUT

Idea|Dari Langit
Pelakar|N.K
_____________

Ada kisah yang terlakar dihari bukan fantasi. Tentang sebuah ikatan yang dipanggil keluarga - terkandung semua manusia yang paling dicintai.

Mendung hujan yang menimpa bumi, itu lumrah alam yang Dia jadikan untuk dikutip pelajaran. Dan itulah jua rencah yang tersulam dalam keluarga. Adakala bingit dengan tawa, ada saat tegang dengan perbalahan - dari sekecil kecil hal membawa kepada sebesar besar perkara, tetap ikatan itu utuh tak kan terlerai - bagai kata pepatah, air yang dicincang tetap tak kan putus.

Meniti kedewasan, semua perkara tak sempat dikisah bicara. Ada tuntutan tanggungjawab yang tergalas dibahu yang menjarakkan. Dan siapa sangka ribut yang datang tiba tiba hampir merenggut nyawa - bila manusia yang kau panggil ahli keluarga memetirkan kau dengan hakikat yang walau berulang kali kau dipaksa telan, tetap payah nak kau hadam. Soalnya kenapa - tak perlu untuk dibawa ke tajuk hadapan. Yang hanya perlu dikutip pelajaran - bagaimana payah yang perlu kau hadap untuk kau terus jalan bagai tiada apa apa - bila dia manusia yang dilahirkan sedarah sedaging yang melayakkan dia menyandang jawatan ahli keluarga, yang kau tak pernah boleh padam keahlian dia walau berjuta kali kau gunakan pemadam.

Adakala hal yang payah, kau perlu dongak ke langit dan tarik nafas. Sebab hanya tenang yang mampu menggoyahkan sang payah.

Aku tak tahu hal yang payah ini mampu terlerai hanya dalam jangka masa sesaat - betapa aku masih tak cerna dan hadam ke perut Maha Agungnya Allah Tuhan Yang Menciptakan aku. Sering - aku sebut, 'tiada yang mustahil dengan Allah.' Yet, bila tiba saat aku diuji payah benar aku nak cerna! Ah, manusia! Selalu gah berkata kata. Sayangnya tak pernah gagah nak mendakapnya erat ke dada bila kaki goyah dek ribut yang menyapa.

Semustahil mana kau rasa. Seteruk dan sedalam mana kau terluka. Jangan pernah berhenti doa ditunjukkan jalan agar Dia bawa langkah kaki ke penghujung jalan yang kelam itu. Sebab hanya Allah yang dapat bawa kau ke sana. 

Dan percaya, kau tak kan pernah tinggalkan jalan duka dan kelam semalam tanpa kau pinta Dia bawa kau ke penghujung jalan. Sebab akan ada hari kau mengenang jalan duka itu lalu kau merintih dek sakit yang masih terasa - itu jua yang aku hadap dan lalu. Till aku sedar aku hanya tertipu dek konkritnya ego dan mainan perasaan. Walhal suka, duka, tawa, gembira - semuanya dari DIA - dan mengapa harus aku beza dan anak tirikan sesama mereka? Bila aku sepatutnya harus berlapang dada menerima mereka apa adanya - ketika setiap inci dan hama yang terjadi dihari itu kun fa yakun - atas izin dan kehendak NYA. Dan siapa aku untuk menimbang nimbang memilih hukuman yang perlu dijatuh? Bagai aku tak pernah salah, bagai semalam tak pernah menyaksi aku jatuh dilumpur maksiat. Ah, selalu lupa dan dipejam mata bila tiba saat diri sendiri dibicara!

Semalam yang bisu, aku lumpuh dalam simpuh. Tak kala aku bingung ke mana harus aku atur langkah, saat kelamnya langsung tak bersuluh aku merintih padaNYA..

Tuhan ku..
Ajar kan aku untuk sentiasa memaafkan
Agar aku Kau ampun dan maafkan
Ketika dosa maksiat ku terlalu tinggi menggunung..

Illahi Rabbi..
Ada satu saat aku hanya ingin bangun dan bersila mengadap langit Mu. Bercerita tentang aku dan kehinaan aku. Memandang luasnya laut Mu, ketika aku penat menangisi noda maksiat yang aku lakar..

Illahi Rabbi..
Adakala aku bagai mengunci kenangan semalam dan ku tolak jauh ke dasar. Namun hati ku masih tak mampu tersenyum. Bila aku tak jujur mengharung khilaf yang aku lakar. Dan aku tertanya mengapa harus jalan semalam aku benci? Saat ditiap jejaknya harus aku hadap dengan jujur dan berani - membersih debu noda dengan sujud taubat, mengharap keampunan Mu tanpa jemu.. Dan hari ini, aku duduk - mengepal jemari, mencari sedikit kekuatan - untuk aku singkap jalanan semalam. Kerana aku ingin mencari Redha Mu Illahi Rabbi..

Illahi Rabbi..
Di dunia hina ini, sungguh aku tak punya apa melainkan Mu duhai Rabb ku.. Dan aku terlalu lemah dan hina untuk mengemudi langkah kaki andai Kau tak sudi memimpin aku.. Dan aku mengharapkan Mu Tuhan ku..bantu aku di langkah, sisip hati ku dengan kerendahan, dan cintai aku jangan pernah jemu..

Illahi Rabbi..
Sungguh aku ingin memaafkan segala galanya...kerana aku terlalu ingin Kau maafkan aku disesat jalan yang menyaksi aku berlumur noda maksiat..dan andai Kau campak aku ke dalam Neraka Mu, asal Kau maafkan aku pada noda dosa yang ku lakar pasti selayaknya aku dicampak. Asal Kau sudi maafkan hamba hina Mu ini Rabbi.. Asal Kau akan redha dan bangga punyai aku sebagai hamba Mu nanti.. Asal Kau tak campak aku jauh dari Mu Tuhanku.. Saat melewati hari tanpa Mu, sungguh helaan nafas terlalu menyakitkan untuk aku tarik, dan sungguh aku tak sanggup laluinya lagi Rabbi..

Illahi Rabbi..
Moga dalam jaga hatta lena, Kau selalu aku ingat.. Moga dalam Rahmat dan Nikmat yang Kau anugerah makin membuatkan Kau dan aku dekat..

Moga Kau kan tuntun aku ke penghujung jalan kelam ini Illahi. Hanya padaMU aku harap, Tuhanku..


Maha Agungnya Kuasa Allah, jalan yang duka dan penuh kelam itu akhirnya DIA tuntun aku ke hujungnya - membaca bait bait nasihat ini, aku hanya ingin kau rasa kehebatan Tuhan yang menciptakan kita. Aku hanya ingin kau tahu, DIA tak pernah tinggalkan kita mengemudi jalanan hidup ini sendiri. Aku hanya ingin kau tahu, cintanya Allah itu terlalu misteri untuk kau pandang hanya pada tawa dan bahagia - bila air mata dan duka itu sebenarnya cinta.

Moga hati mu yang masih berselirat duka dan luka DIA sentuh dengan Rahmat dan CintaNYA. Selamat berjuang mencari petunjuk Tuhan!


~ NAFAS DALAM KETUHANAN ~

Izinkan kami ingin berkongsi pesanan Ayahanda kami,

Salam cinta dan kerinduan duhai anakku..

Dalam kehidupan yang singkat ini, kita perlu menggunakannya dengan sebaiknya agar berada dalam kebenaran, yang paling utama kita jaga agar setiap nafas berada dalam ketuhanan Allah, bukan ketuhanan diri dan alam. Sentiasa berada kepada memandang Allah pada hakikat, jangan hanya terhenti pada bayangan ciptaanNya tanpa melihat akan tuan empunya bayang2. 

Ramai yg mengatakan " dulu kita berada di alam ketuhanan, kini kita di alam dunia" ia tiada salah pada lafaz kalimah secara umum, tapi ia adalah kalimah yang tertipu dan terhijab bagi ahlu tauhid makrifat.
Dulu, sekarang dan akan datang, yang ada hakikatNya hanya Allah, yang berbeza ialah dahulu alam ketuhanan yang ghaib dan sekarang alam ketuhanan yang zahir. 

Segala apa yang terbentang dihadapan kita, Allah menzahirkan sifatnya seperti sifat qudrat, kini kita dapat melihat akan sifat itu secara nyata dihadapan kita dengan berlakunya siang dan malam, segala cakrawala yang hebat, peredaran yg bergerak mengikut paksinya dan lain lagi.

Apa yang penting kita lalui kehidupan dengan cara yang baik, Allah menguji manusia dengan perasaaan dan fikiran, kerana dua perkara tersebut boleh membawa mereka gembira atau sedih. Hakikat kegembiraan dan kesedihan bukan datang dari luaran tapi faktor dalaman kita. 

Contohnya kekayaaan hakiki yang boleh membawa kebahagiaan bukan terletak pada harta atau pangkat, tapi kekayaan hati. Apabila hati manusia itu miskin dengan aqidah, mereka akan tetap akan menderita dengan pelbagai keresahan dalam kehidupan. Di sekeliling mereka seperti melihat ada mereka yang lebih kaya dan dihormati berbanding mereka, anak-anak hidup berdengki dan berseronok sahaja atau lainnya. Mereka ini jika didampingi penuh dengan permasalahan jiwa dan pemikiran.

Berlainan mereka yang hidup dalam sentiasa kaya dengan makrifat kepada Allah, segala apa jua merka kembalikan kepada Allah dan akan mencintai apa jua takdir Allah yang berlaku terhadap mereka. Mereka akan banyak tersenyum dalam kehidupan apabila melihat semuanya bagaikan ‘bayangan’ Allah padanya. Manusia yang sebenar kaya dan bahagia ialah apabila hati mereka tiada tersangkut kepada makhluk , dunia, nafsu dan bisikan syaitan. 

Mereka mematikan perasaan dalam lautan tauhid dengan membina jiwa diatas sifat redha, sabar, syukur, qannah, ikhlas, tawadhu dan tawakal. Apabila sifat-sifat ini subur dan tumbuh dalam jiwa mereka, mereka menjalani kehidupan ini dengan santai dan gembira.

Mereka tak tahu untuk merungut malah akan bertaubat jika datang perasaan tersebut. Manusia akan miskin apabila jiwa berada dalam kekuasaan EMPAT perkara iaitu dunia, makhluk, syaitan dan nafsu ammarah. Hidup mereka akan sentiasa memikirkan hal kehidupan dunia, perasaan dan pandangan manusia, bisikan syaitan yang mengajak kepada syirik dan menghembuskan dengki, dendam, kemarahan, kebencian dan kesombongan, nafsu yang jahat yang tiada mahu redha , patuh, syukur dan cinta kepada Allah.

Rasulullah saw datang mengajar kita agar memburu kekayaaan yang hakiki dengan tauhid dan makrifat kepada Allah serta hidup berkasih sayang . Dengan makrifat yang kukuh, manusia itu dapat menguruskan perasaannya dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi. Cinta dan makrifat kepada Allah membawa jiwanya terbang ke alam lahut, mereka bebas dari kesempitan dan keterikatan jiwa dengan dunia, makhluk, syaitan dan nafsu. 

Ramai manusia mengambil jalan membunuh diri kerana merasakan kematian akan membebaskan mereka dari segala kesengsaraan ini, padahal jalan yg terbaik ialah membunuh jiwa kehidupan ini menuju Allah.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani " Matikan diri kamu sebelum kamu mati" yakni jiwa mu sudah mati dengan dunia, tiada apa yang kamu kehendaki di dunia ini melainkan mencari cinta dan Redha Allah. 

Jalan kematian jiwa ini diperolehi dengan faham tentang nafi dan isbat dan matikan diri dalam nafi dan isbat, banyakkan tenggelam diri kepada Allah dengan banyakkan zikir samada lisan atau khafi, tafakur yang mendlam, solat yangg khusyu dan sentiasa syuhud kepada Allah. Kehidupan yang tiada mahu terlalu difikirkan dan berbimbang dgnnya. Kehidupan banyak diserahkan kepada Allah dalam apa jua sebagaimana doa siti fatemah " Ya Allah, aku serahkan kehidupan ku ini pada Mu, jgn kau serahkan kehidupan ini pada ku walau satu saat pun"

Duhai anakku

Didiklah dirimu menyayangi apa jua, tapi didik dirimu juga boleh menerima dibenci, dihina, dipulau ,difitnah dan kehilangan mereka yang disayangi. Begitu juga dengan segala kelebihan yang dimilki, kita juga belajar mendidik diri dengan kehilangannya jika ditakdirkan. Kehidupan siang dan malam , manusia melalui dengan penuh kenikmatan kerana mereka dilatih untuk melaluinya sejak lahir lagi hingga bagaikan ia tiada memberi kesan. 

Begitulah kehidupan ini ,kita perlu belajar menjadi bumi yang sedia menerima cahaya dan kegelapan, hujan dan kemarau...

Rasulullah s.a.w sebagai tauladan kepada insan, disunnahkan Allah Baginda melalui hal tersebut pada hal Allah boleh meniadakan, daripada seorang yang disayangi oleh saudara maranya dan masyarakat, ,menjadi manusia yang hina, dipulau, difitnah dan dibenci. Kehilangan mereka yang disayangi seperti Siti Khadijah, Saidina Hamzah, Abu Talib, anaknya zainab, ibrahim dan para sahabatnya.

Nabi Ayub as menjadi contoh seorang yang memiliki jiwa yang bahgia lantaran kaya dengan Allah. Dirinya yang asalnya kaya harta, anak yang ramai, isteri yang ramai, pengikut yang ramai, dimuliakan semua org dan beberapa kelebihan lagi, semuanya hilang apabila Allah memberi penyakit kulit kepadanya. Baginda tenang melaluinya dengan penuh keredhaan hingga iblis berputus asa dengannya. Akhirnya segala yang hilang itu dikembalikan kepadanya malah bertambah lagi nikmatnya.

Jadikan para Nabi as sebagai rujukan dan tauladan dalam apa jua kehidupan.

Allah boleh memberi dan boleh menghilangkannya jika dikehendaki. Kita wajib belajar melatih diri dengan dua keadaan ini, mensyukuri dgn kenikmatan dan bersabar dgn kesakitan. 

Tok Pulau Manis dalam syarah hikam mengatakan " mereka yang benar mencapai makrifatullah, sama sahaja dipuji dan dihina, disayangi dan dibenci, memilki dan kehilangan," 

Sifat itu mereka milki lantran mereka melihat kehidupan hanyalah infiaal Allah, bayangan dan senda gurau dari Allah utk menguji hambanya yang benar jiwanya hanya mati dgnNya.

Justeru itu Ayahanda juga berpesan mahukan anak-anak mendidik diri menjadi hati bagaikan kepingan besi yang kuat dan tiada mudah lemah, sensitif dalam apa jua. Marah, merajuk, terasa hati, sedih, kecewa adalah fitrah insan tetapi jika tidak dirawati, ia menjadi racun yang lebih bisa dari patukan ular, ia akan membawa kelemahan, kerosakan dan kerugian kepada diri sendiri, keluarga, perjuangan dan ummah. 

Salah satu sifat jemaah akhir zaman yang disabda oleh Rasulullah s.a.w;
“Akan datang Panji-panji hitam di akhir zaman dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiah lah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji” (Al-Hafiz Abu Nuaim)
Ujian perjuangan cinta ialah kita boleh kehilangan orang yang dicintai dan dipercayai, sentiasa mengajar diri menerima hal ini agar tiada merasa kecewa apabila kehilangan, menerima secara positif apabila itulah keputusan Allah. Ia ada hikmah yang tiada kita ketahui...Allah jua yang tahu dalam rahsiaNya..

moga anak-anak sentiasa dalam dakapan cinta yang suci, moga dapat kefahaman..

Wallahulam..

~Walid Al Malik~

No comments:

Post a Comment