Thursday, February 4, 2016

KELIRU

Idea|Dari Langit
Pelakar|N.K
______________

Pernah rasa, kau bangun dan bingung tak tau nak jalan ke mana? Kau lihat langit kelam. Kau rasa macam nak hujan. Dan kau buat keputusan - duduk diam kat sudut ruang yang hanya ada kau. 

Makin kau tenggelam dalam bisu, makin lebat air mata yang jatuh ke pipi. Dan diri, kau terasa makin terasing menghuni bumi ini bila kornea kau hanya nampak indahnya kehidupan manusia lain - sebab kau dah mula rasa jemu menanti yang indah itu juga tiba dihari mu. Sedang hari hari kau hanya dihiasi dengan manusia yang penuh mehnah dan tipu daya - mungkin mereka terlupa, kau juga punya perasaan dan perlukan ruang untuk bernafas.

Aku tahu tak mudah untuk lalu walau berjuta kali kau teriak bagi hati dan akal kau faham dan cerna makna sabar - sebab kita ni manusia - lumrahnya tergesa dan terburu buru dalam mematikan kata dan laku.

Silap aku agar kau iktibarkan - jangan pernah berhenti ajar hati mu cerna makna sabar walau adakala kau rasa ianya tak bermakna apa apa. Tetap sabar. Sabar. Dan sabar. Kerana hari esok kau tak kan pernah tahu senyuman yang akan DIA hadiahkan untuk mu.

Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya, Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui - Mereka itu ialah) orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya. [16:41-42]

Sungguh, kau hanya perlu sabar. Tanpa perlu sesak kan akal mu untuk membalas segala laku yang diperbuat ke atas mu kerana yakin mu padaNYA - saat telah DIA janji, setiap dari kita ada bahagian masing masing - yang pasti dihitung diSana nanti tanpa sehama pun yang tercicir.

Maka, bangunlah dan teruskan melangkah. Jadi pejuang yang tak sesekali menyerah, tapi hanya berserah padaNYA.

No comments:

Post a Comment