Monday, August 31, 2015

Malam Tanpa Bintang






Pernah kau rasa
Sunyinya malam
Membuatkan kau bingung
Tak tahu harus menangis atau ketawa?

Dan
Sesungguhnya DIA tahu
Rasa hati mu
DIA tahu
Kau hampir tersungkur rebah dihari mu
DIA tahu
Banyak yang kau simpan tak terluah
DIA tahu
Sesaknya nafasmu menelan segala kata
DIA tahu
Berapa kali hati mu terbunuh dek ego dan nafsu sendiri
DIA tahu
Betapa kau lelah dek menggunungnya dosa yang kau heret dilaku mu hari hari

Kerana itu
DIA asingkan kau dalam kesunyian
Untuk kau berlabuh kembali padaNYA

------

Hidup
Selalu melontar aku tak keharuan
Dalam pelbagai rencah yang tak mampu aku terjemah
Ketika aku sesak terhimpit dek dunia
Terasa betapa kerdil dan hinanya aku
Saat tiada jalan yang mampu membawa aku kembali pulang
Aku mula sedar tentang hakikat
DIA
Tak pernah
Sekali pun
Tinggalkan aku sendirian..


Aku
Tak mampu melukis
Betapa indahnya Cinta MU Tuhan ku
Dan untuk detik ini
Aku hanya ingin berterima kasih
Untuk semua yang KAU beri Rabbi
Ketika dengan nafasMU ini
Aku masih lagi hidup
Mendakap segala nikmat yang KAU beri
Walau terkadang sering aku bertanya
Mengapa jalan ku selalu adanya lompang
Tika yang lain tersenyum bahagia..

Dan tak jemu KAU memujuk
Walau aku terdiam beku
Dalam lebatnya basah dipipi
Dalam bingungnya hati yang perlahan mati
KAU datang berbisik
Cinta KU
Datangnya luar biasa
Untuk manusia biasa
Menjadi luar biasa
Begitulah AKU Mencintai hambaKU
Dan memuliakannya disisiKU

_____

Hebatnya tentang kehidupan
Bukanlah pada banyaknya tempat yang telah kita jejaki
Tetapi arah mana yang kita tuju
Sebelum terhenti di daerah yang selamanya abadi.



Malam yang tidak berbintang
Namun DIA selalu ada
Dihati,
©Dazz 





Tuesday, August 18, 2015

Tentang Ayah dan Ibu Dalam Hujan Yang Indah





Idea:Dari Langit
Penulis: Dazz


Ketika bicara tentang ayah dan ibu berkumandang memenuhi segenap udara, aku hanya mampu terdiam bisu. Mengepal jemari. Moga ada kekuatan yang sampai ke hati. -- Ntah apa rasa hati ini, jujurnya aku sendiri tak mengerti.

Ayah dan Ibu. Bayangan mereka dalam memoriku hanyalah samar samar. Kala ada yang berkata kata, “Hargailah Ibu Bapa, kerana jasa mereka tak kan mampu di balas.” Jujurnya saat itu hatiku memberontak keras. -- Ketika aku bingung meniti usia yang sejagung mentah, hanya herdikan dan cubitan yang singgah. Dan membesar meniti usia remaja yang kononya penuh indah, untuk kesalahan yang tak pernah aku buat, aku selalu dijatuh salah. -- Dimana kasih untuk jiwaku lahir mengenal makna sayang dan menyayangi? Dimana tangan yang harus menuntun kala aku terjatuh untuk aku mengerti hebatnya makna ucapan terima kasih? Dimana lantunan suara menegah tika aku tersalah langkah agar aku mengerti tiada aku tanpa mereka?

Bahagia. Ya. Mana mungkin aku tak pernah rasa. Cuma bahagiannya terlalu sedikit untuk aku gali dalam timbunan memori yang terlalu jauh tenggelam didasar. -- Cerita tentang bahagia, jujurnya hanya membuatkan bibir tertarik sinis. Untuk apa aku dongengkan? Kala sekadar untuk membuatkan hidup ku nampak indah. Padahal hakikatnya kau dan aku tahu. Saatnya aku mencarik senyuman pasti kan nampak fakenya!

Syukur. Pasti kau mengutuk aku yang terlalu angkuh dengan kata. -- Tolong senyum. Dan lapangkan dada. Cerita ku belum bermula. Terlalu awal untuk kau jatuh hukum.

Ibu bapa. Saat aku melangkah dengan bebanan beratnya buku yang digalas, selalu ada soalan yang membuatkan aku rasa terhina, dan rasa itu telah sebati aku hadam kini. Bukan salah mereka. Saat mereka tak pernah mengerti jalanan yang aku lalui, sepertimana aku tak pernah faham rasanya bahagia yang mereka kisah kan.

Dan saat mereka lupa ada batas yang tak sepatutnya mereka langkah, maafkan aku kerana membalas. -- “Budak, kalau tak cukup kasih sayang mak bapak macam ni lah peelnya!” -- Berdesing! ‘Ah, sinis sungguh kau menjatuh salah!’ Aku marah bukan kerana aku hatinya baik; simpati pada dia yang diherdik. Jujurnya aku marah kerana kau tak pernah mengerti rasanya terhina. Kau tak pernah mengerti sakitnya saat hati kau perlahan lahan mati dalam gelapnya jalan yang kau tak pernah berhenti berharap kan terang. Dan kerana kau kenal makna bahagia, pasti kau jua akan teruji. Lumrahnya, dalam rencah yang kau tak kan pernah mengerti. Jatuh bangun yang sang hina ini lalui. Untuk buatkan dia dan aku berdiri saat ini!

Kasih sayang Ibu Bapa. Selalu buat aku menangis bisu. Terkadang hingga menyenakkan dada. Saat aku paksa ia tinggal diam. Agar tak terluah. Kerana sungguh, hanya Tuhan yang tahu betapa rapat mulut ku kunci dari meluah bicara. Saat aku tahu. Kerana tebalnya dinding dendam yang membentengi hatiku ini. Yang kedengaran, pasti semuanya hanya buruk belaka. -- Dan aku pernah bertanya pada Tuhan ku, “Mengapa tidak aku punya ibu dan ayah sebaik mereka? Penuh kasih sayang…”

Ujian. Yang singgah. Hampir membuatkan aku lemas. Dan kerana Tuhan ku Maha Pengasih dan Penyayang, aku masih lagi teguh yang terkadang rapuh, berdiri disini saat ini. -- Dalam episod yang bernama ujian, banyak menyaksi aku tersungkur kalah. Dan hanya Tuhan yang menjadi saksi berjuta luka yang terparut untuk membuatkan aku masih mampu berdiri saat ini. -- Namun luka itu tak kan pernah terbanding dengan banyaknya dosa yang aku heret…

Kerana. Ujian. Kini. Saat cerita kasih sayang ibu bapa menyapa halwa telinga. Aku tak lagi malu untuk menangis. Tak lagi ku tahan sebak yang ingin terluah. Kerana Umi dan Abah, aku bangga menjadi anakmu! Tika lantunan wajah menyapa di cermin, hatiku menjerit kuat, “Aku bahagia Tuhan ku...” Dan saat air mata jatuh ke pipi, seluruh anggota Mu ini menjadi saksi hebatnya Kekuasaan dan Kasih Sayang Mu Al-Khaliq, Tuhan Yang Mencipta…

Kerana. Aku. Anak yang kurang kasih sayang. Saat aku bertanya padaNYA, “Mengapa tidak aku punya ibu dan ayah sebaik mereka? Penuh kasih sayang..” Kini. DIA menjawabnya, “Kerana hanya Kasih SayangKU yang akan memenuhi segenap ruang hatimu, hambaKU. Penuh. Tiada yang AKU sisakan. Hatta untuk seinci lompang pun yang singgah.” Dan mengertikah engkau mengapa aku menangis?

Kisah ini dilakar menjadi sebuah kata yang menterjemah bukan kerana aku ingin kau jadi Ibu Bapa yang sempurna. Kerana itu hanya Sifat Allah; Al-Quddus, Maha Sempurna. Aku. Sekadar ingin kau berpijak ditanah. Sedar. Yang kita hanyalah insan. Yang punya segala kelemahan dan khilaf. Tika kau rasa dunia tidak adil padamu, pilihlah untuk menjadi adil pada dunia. Dengan memaafkan segala yang kau tak punya ketika kau layak mendapatkannya. Bukan kah DIA Al-'Adl, Maha Adil? -- Pasti. Suatu hari nanti DIA akan ganti.

Ketika aku terluka saat mereka tak memperlakukan aku sebagaimana selayaknya aku sebagai anak, aku menjauh membawa dendam yang makin menghantar aku jauh dariNYA. Saat Tuhan hadiahkan Ujian. Aku mula belajar untuk berterima kasih. Kerana aku mengerti tanpa DOA mereka, mana mungkin Tuhan kan kasih. Padaku, sang hina ini...

Saat aku meminta KAU berikan aku kekuatan, aku tertanya dan bingung. Mengapa hanya ujian demi ujian yang KAU hadiah? Dan ketika aku sedar CintaMU terlalu misteri untuk aku terjemah hatta sekadar untuk dibentuk menjadi kata kata, begitulah misterinya KAU menghadiahkan aku kekuatan dibalik ujian yang KAU hadiah. Dan aku mula belajar menari dalam lebatnya hujan yang menghujani. Ku dakap kemaafan erat dihati ditengah damainya hujan yang aku nikmati. Membuatkan aku sedar. Mereka; Ibu Bapa. Jua hanyalah insan. 

Ketika aku. Mengharapkan Redha Illahi. Aku sedar. Tak akan aku perolehi. Tanpa redhanya dikau Umi dan Abah…



Moga Tuhan sentiasa Merahmati dan Menjaga mu Umi Abah
Maafkan anakmu yang penuh khilaf,

©Dazz 

Saturday, August 15, 2015

Gadis





Gadis itu
Biasa biasa saja
Cuma redup matanya
Bagai penuh dengan
Cerita yang tak terluah

Gadis itu
Langkahnya selalu laju
Dan bila lelah
Dia pasti terpaku
Memandang langit biru
Entah bicara apa dia sedang mengadu

Gadis itu
Sesekali bagai bingung
Mungkin dia sedang mencari jalur arah
Untuk melontar rasa hati
Yang hari ke hari
Makin menghimpit jiwa

Gadis itu
Akhirnya dia 
Terduduk bisu
Kala segala masalah 
Datangnya bagai sang hujan
Yang tiada henti
Bagaimana mahu dicerakinkan segala masalah?
Saat dia sendiri hampir rebah

Gadis itu
Dia kembali pulang
Pada tanah yang selalu menghantar getar dihatinya
Hebatnya yang bernama dugaan
Menyaksi berulang kali dia tersungkur dihari
Namun pasrahnya buatkan dia damai pada takdir Tuhannya
Berbekal secebis yakinnya pada Illahi
Lantas dibalut kemas satu persatu 
Ditolak jauh ke dasar
Biar hilang tak terjejak

Gadis itu
Sungguh dia bukan siapa siapa
Cuma anak yang dari kecil sering teruji
Dengan hakikat yang bernama kehidupan
Lalu membesarlah dia dengan langkah yang teguh
Kerana telah lama dia hadam
Cacian dan hinaan 
Yang pernah meninggalkan bekas 
Dihatinya

Gadis itu
Kini dia tak lagi berdiri dibalik tiang; bersembunyi
Pada yang sering melontar dengan tangan tersembunyi
Dia tak lagi heran
Kerana 
Gadis itu
Munculnya dalam kelam
Dan pasti kan pergi dalam samar kepayahan
Kerana tempatnya bukan disini
Untuk selamanya abadi

Gadis itu
Dia tak lagi peduli
Pada kata yang terlalu tajam menghukum
Bagai dia tak punya hati
Hatta ruang untuk membela diri

Gadis itu
Akhirnya dia menangis
Saat dimata insan yang dicintai
Dia hanyalah bagai kain buruk
Yang dilempar sesuka hati
Yang dicarik carik tanpa belas
Bila saat keyakinan dihati mula goyah
Bila saat kesetiaan dirasakan bagai tak berbalas
Mungkin dia lupa
Gadis itu
Punya hati
Dan jua manusia yang diuji

Gadis itu
Suaranya tak lagi kedengaran
Tika air mata kini mengambil peranan
Membawa kakinya perlahan melangkah pergi
Sudah sampai masanya untuk bersendiri




©Dazz