Saturday, May 23, 2015

House with Love is Home



It takes two tango to make a love.
It takes one heart to build a marriage.
It takes one Imam to lead his maqmum.
And it needs two hand when the boat was stumble
Because it will cracked when you just let your Imam leading the way
Put all the problems on his shoulder 
And dancing by your own
Till you will fallen and broken
Hurt each other..




Mata yang terpejam lena ditatap. Lama. Takungan air jernih dikelopak mata yang bergenang penuh menanti tumpah diseka jari telunjuk.

"I love you..."

Tubuh yang masih lena dalam mimpi yang indah, dikemas dakap. Moga saat dia bangun, kembali berdiri kukuh. Walau air matanya ntah bila menitis, tak pernah terzahir jatuh membasahi pipi. Kerana dia lelaki yang teguh..

Air mata yang gugur satu persatu ke pipi dibiar sepi. 'Tuhan, bahagiakan dia dengan CintaMu, saat dia telah kehilangan insan yang paling dia sayang.. Tuhan, sentuh hati dia dengan Rahmat dan Kasih SayangMu, agar saat dia kerinduan, dia tak jauh dariMu.. Tuhan, jagakan dia hingga akhir nafas. Kerana dialah lelaki yang aku cintai. Hadiah yang Kau anugerah. Dan dia terlalu indah. Menyentuh hati kecilku berlari ditengah kelabunya kehidupan.. Tuhan, moga hanya aku bidadarinya diSana nanti..'

Dia yang tenang dalam senyumannya ditatap. "Do you love me?"

Pipi yang dah makin tembam ditarik cubit. 

"Abang!"

Dia ketawa kecil. "I love you so much sayang.."

Ciuman yang melekap didahi menghantar basah dipipi. "I love you too much abang.."

Tawa yang masih tersisa membuatkan mata terpejam rapat. 'Indah tawa ini yang dulu sering memujuk hati yang basah kerana rindu. Tuhan..terima kasih..'

Kepala ditongkat ke dada langit. 'Papa..kami rindu papa..dan abang terlalu rindukan papa..'

Hening tawa yang memecah udara mengalihkan kepala ke sisi kanan. Ada senyuman yang terhias dibibir, saat kornea mata menyapa susuk susuk tubuh yang ketawa indah. 'Tuhan, moga berlalunya detik masa, aku belajar untuk menjadi berus yang cantik untuk mereka lakar kisah yang penuh indah. Tuhan, moga sisa hari yang tinggal menjadi memori untuk kami kenang satu hari nanti. Saat hanya ada potret kaku untuk berbicara..'

Haruman dia yang semakin terasa dekat, menghantar getar dihati. Ada nyanyian rindu yang mengiringi. Moga cinta ini terus dibaja hari ke hari. Moga satu saat nanti ia mekar indah. Cukup untuk menerbitkan senyuman dibibir, kerana akulah wanita yang paling bahagia dengan cintamu..


Tika nyanyian rindu
Menjadikan aku rapuh
Aku belajar mencintaimu
Bukan kerana kau mencintai ku
Namun kerana kesabaran 
Yang kau dakap utuh
Menyentuh hatiku saat ia rusuh
Membuatkan air mata jatuh
Menyedarkan aku tentang hakikat
Hakikat cinta yang sering aku tafsir salah
Sedang kau mengenggamnya erat ke hati
Tika aku berulang kali mengoncangnya ribut
I love you abang...






©Dazz