Tuesday, December 22, 2015

Hikayat Vs Realiti


Idea:Dari Langit
Penulis:N.K
________________

Ceritera hikayat
Membuat aku menarik senyum senget
Ada acuh yang menjadikan tadahan telinga bagai nak-tak-nak
Dan saat baitnya menyapa kornea mata
Sungguh aku terhenyak!
----
"Kau tahu aku tak layak..

"Dan siapa bagi kau hak?"

"Di..."

"Aku jadi kawan bukan hanya nak lihat kau ketawa."

"Dan kau nak aku menangis?" Ada tarikan yang membawa hujung bibir terukir.

Raut wajah tetap statik. Bagai tak terusik dengan canda si kawan. Perlahan kepala diangguk ke atas dan ke bawah. "Kalau itu yang membuatkan kau dan Dia dekat."

Mata terpaku diraut wajah yang tenang. 'Begitulah selalunya dia. Tak pernah tenggelam dalam lautan emosi. Segalanya dia simpan sendiri. Bagai hatinya sedalam lautan yang tak pernah penuh hatta retak.' Wajah diraup kusut. "Do you really mean it?" Mata sekali lagi dibawa hinggap pada raut wajah yang masih tak beriak. "Diana Medina?"

"Kau kenal aku." Pendek.

Kepala diangguk perlahan. "Dan jujurnya terlalu banyak yang aku tak mampu baca dikehidupan seorang yang bernama Diana Medina."

"Sebab kehidupan tu tak seharusnya dipandang dengan hanya satu arah. Sama macam apa yang kau lalui sekarang. Kesilapan tu tak datang saja saja. Dan sebab tu kau tak boleh pandang kesilapan tu hanya dari sisi negative. Siapa bagi hak yang membuatkan kau tak layak bertaubat? Siapa bagi hak yang menafikan ruang untuk kau kembali pada Tuhan?"

"Aku.."

"Aku tak mampu tolong kau Lia.. Sebab segala hak tu semuanya atas diri kau. Bila kau sendiri menafikan segala hak tu untuk kau kembali pada Dia, bukan sebab banyaknya dosa dan silap yang kau laku; kerana hakikatnya kita adalah pendosa yang tak pernah jadi mulia kerana banyaknya amal dan tak kan pernah hina dek bergunungnya dosa kerana sesunggunnya Allah Ar-Rahman, tapi kau terlalu menjunjung rasa hati, terbuai dalam bisikan syaitan yang sememangnya adalah rencana mereka agar kau pilih untuk menyerah instead of kembali pulang pada jalanNya."

Jemari yang agak dingin dicapai dan digenggam erat.

"Dan sebab tu aku lebih sanggup tengok kau nangis dari kau tersenyum tapi hati kau kosong tanpa Dia."

"Di..."

Tanpa menunggu patah sempurna menjadi perkataan, tubuh yang naik turun menahan tangis ditarik ke dalam pelukan.

"Tiada yang pelik pada seorang yang empunya nama Diana Medina. Aku manusia yang diuji dan teruji. Cuma aku hanya terbiasa diam dalam senyuman kerana aku hamba yang dewasa dalam parut kehidupan."

"Dan dewasa dalam parut kehidupan menjadikan kau manusia gagah yang penuh dengan senyuman. Andai parut itu yang mengajar sebenarnya erti kehidupan, kenapa aku harus takut kala Dia pasti akan menyembuhkan.."

"Ni baru Izzah Elia Fahim!" Mata dikenyit nakal

Tawa yang meletus menggabung rasa dua hati. Rasa yang tak akan mati walau dimamah usia dan mimpi. Kerana ada DIA dalam kita.
----
Kehidupan bukan lingkungan yang terbatas
Adakala apa yang akal fikir hanya tinggal menjadi angan
Dan ada saat yang mustahil selalunya menyapa realiti
Cukup untuk membukti dan menyaksi
Maha Agungnya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa..

No comments:

Post a Comment