Tuesday, September 15, 2015

Rindu





Love is not what I feel for you. It’s what I don’t feel for anyone. But only you…



Tuhan
Moga jalanan takdir ini membawa aku dan dia dalam RedhaMU

DIA teguhkan kita diantara jarak yang terpisah
Yang menjadikan kerinduan saksi
Air mata dan doa nyanyian pengharapan
Yang adakalanya teruji
Saat hati rapuh membaja sabar

Dan ku pilih hatimu
Kerana aku ingin mencintaimu
Dunia akhirat

Tuhan
Saat KAU hadirkan dia
Ada bingung dibenak
Saat aku belajar menyayanginya
Ada rindu yang menjadikan KAU dan aku dekat
Saat aku berkali menafi dia dalam takdirMU
Ada cinta yang berbisik indah disimpuh…

Kerana sifatnya cinta
Datangnya tak selalu indah
Saat pada pahit itu KAU mendidik ku
Menjadi wanita yang teguh
Untuk dia ketika langkah kakinya rapuh

Sungguh Cinta MU terlalu misteri untuk ku ungkap Illahi

Rabbi…
Tika aku hilang ditelan mendungnya awan
KAU turunkan hujan
Untuk aku melihat disebalik awan adanya pelangiMU
Saat aku rasa cinta ini menyakitkan
Saat aku lihat jalanan harapan semakin kabur
Sungguh KAU ajarkan aku cinta itu adalah perjuangan
Tentang kemaafan dan kekuatan
Mempasakkan KAU diantara kami
Agar tak karam saat bahtera dipukul ombak
Tika aku perlukan cinta ini
Bukan hanya untuk bekalan disini
Tika cinta ku bukan hanya saat tawa
Kerana cintaku bagaikan matahari yang dilitupi awan
Walau ada saatnya terbenam dibalik awan
Akan tetap ia terbit kembali menerangi alam
Dan aku ingin mencintai mu
Selamanya dengan rasa yang tak pernah mati
Walau selebat mana hujan mengunjungi
Walau sekerap mana langkah terhenti
Aku tak kan pernah berhenti untuk mencintaimu
Kerana cinta ini
Tak kan pernah mati
Saat dariNYA ia datang
Dan pasti padaNYA ia kan kembali…


People ask me what I see in you. And I just can smile looking in to the sky with the great thankful when HE was The One that gifted me this feeling. I can’t tell them. Even for every moment that you touch my heart; back to HIM. When I’m afraid that if they could feel what I feel, they’d fall in love with you too…



Dia
Berulang kali rebah
Sendiri

Ketika jarak memisahkan
Sendu suaranya bercerita
Tentang luka dijatuhannya
Dan aku hanya mampu diam
Menahan sendu
Agar aku tak rebah
Untuk dia yang kian lelah
Saat aku hanya terbiasa
Mendengar tawanya
Dan sungguh aku lupa
Dia jua manusia yang diuji…

Dan kini
Dia masih lagi diuji
Ketika aku ingin memeluknya
Agar dia kembali senyum
Hakikatnya terasa pahit untuk ditelan
Saat pedihnya kesunyian
Yang hanya ada
Untuk menyaksi
Payahnya untuk dia bangkit
Dihari…

Damai pekatnya malam
Aku dan dia
Terduduk bisu
Hanya degupan jantung kedengaran
Terlalu perlahan bagai keletihan
Kerana rindu ini
Dalam kekuatannya
Terkadang ia melelahkan…

Kasihku
Usah kau risau
Walau hidup ni penuh duri
Dengan ujian yang tak henti
Kita 
Kan tetap teruskan larian
Walau jalanan hari ini masih terlalu kabur untuk didaki
Kerana Dia tak pernah biarkan kita sendiri
Dan kita
Pasti kan tiba
Dipuncaknya nanti
Sebagaimana yang telah DIA janji…


Kerana hari esok yang tiba
Aku tahu kita pasti kan terjatuh lagi
Kadang pada luka yang sama
Moga saat itu
Kau dan aku kan teruskan larian
Kerana walau berulang kali kita nodai
Rahmat yang dipinjamkan Illahi
Tetap Dia tak pernah tinggalkan kita sendiri…


Cinta datang bersama ujian. Ketika aku tak terdaya untuk membawa ia seiring redhaNYA, perlahan aku lepaskan ia. Kembali pada yang Menciptakannya.


Melewati lelah hari
Saat aku terdiam
Merenung langit Illahi
Sering KAU sapa hatiku dengan indahnya bahagia
Membuatkan aku tersenyum
Walau air mata membasahi pipi

Tuhan ku
Kerana MU
Aku mencintai dia
Dan kerana MU
Aku merindui dia
Terima kasih duhai KEKASIH ku
Atas anugerah ini…


ALLAH will make everything beautiful at the right place, at the right time, for the best reason. Have faith in ALLAH; always.

Trust ALLAH.


Te Amo'
SJM
©Dazz 

No comments:

Post a Comment