Monday, August 31, 2015

Malam Tanpa Bintang






Pernah kau rasa
Sunyinya malam
Membuatkan kau bingung
Tak tahu harus menangis atau ketawa?

Dan
Sesungguhnya DIA tahu
Rasa hati mu
DIA tahu
Kau hampir tersungkur rebah dihari mu
DIA tahu
Banyak yang kau simpan tak terluah
DIA tahu
Sesaknya nafasmu menelan segala kata
DIA tahu
Berapa kali hati mu terbunuh dek ego dan nafsu sendiri
DIA tahu
Betapa kau lelah dek menggunungnya dosa yang kau heret dilaku mu hari hari

Kerana itu
DIA asingkan kau dalam kesunyian
Untuk kau berlabuh kembali padaNYA

------

Hidup
Selalu melontar aku tak keharuan
Dalam pelbagai rencah yang tak mampu aku terjemah
Ketika aku sesak terhimpit dek dunia
Terasa betapa kerdil dan hinanya aku
Saat tiada jalan yang mampu membawa aku kembali pulang
Aku mula sedar tentang hakikat
DIA
Tak pernah
Sekali pun
Tinggalkan aku sendirian..


Aku
Tak mampu melukis
Betapa indahnya Cinta MU Tuhan ku
Dan untuk detik ini
Aku hanya ingin berterima kasih
Untuk semua yang KAU beri Rabbi
Ketika dengan nafasMU ini
Aku masih lagi hidup
Mendakap segala nikmat yang KAU beri
Walau terkadang sering aku bertanya
Mengapa jalan ku selalu adanya lompang
Tika yang lain tersenyum bahagia..

Dan tak jemu KAU memujuk
Walau aku terdiam beku
Dalam lebatnya basah dipipi
Dalam bingungnya hati yang perlahan mati
KAU datang berbisik
Cinta KU
Datangnya luar biasa
Untuk manusia biasa
Menjadi luar biasa
Begitulah AKU Mencintai hambaKU
Dan memuliakannya disisiKU

_____

Hebatnya tentang kehidupan
Bukanlah pada banyaknya tempat yang telah kita jejaki
Tetapi arah mana yang kita tuju
Sebelum terhenti di daerah yang selamanya abadi.



Malam yang tidak berbintang
Namun DIA selalu ada
Dihati,
©Dazz 





2 comments:

  1. lelah menahan segala rasa....letih mengingatkan diri segala kepayahan yang ada cuma ujian sementara didunia. :'(

    ReplyDelete
  2. Kadang sekuat mn pn kita cuba genggam hati kita, selaju mn pn kita cuba mengayuh larian kita, tetap kita akan terluka dan terjatuh bila Dia mengKehendakinya. Sebab rasa sakitnya luka yang tertikam, rasa pedihnya jatuhan yang mencalarkan, selalu buat hati kita menjauh bila mula terasa Dia tak sayang. Dan hakikatnya kita lupa..disetiap luka dan jatuhan dilangkah itulah yang menjadikan kita masih lagi teguh menjalani hari ini.

    Menjalani kehidupan, ntah sedar atau tidak, hakikatnya adanya peringkat2 yg kita lalui. Hidup, umpama graf perniagaan. Bila hidup hanya dijalani dengan mendatar, tiada pelajaran pada langkah dan tiada membawa apa2 keuntungan pada biz. Bila hidup dijalani penuh dengan peningkatan demi peningkatan, yang ada hanya keangkuhan dan keegoan yg akan mencampak diri jauh dari Tuhan Yang Mencipta. Dan siapa dapat menjamin ketaqwaan mu? Bila sesuatu kejayaan, harta dan kemashyuran itu datangnya bersama ujian yg mampu menenggelamkan mu sbgaimana Qarun. Dan perniagaan yang hanya menunjukkn graf peningkatan, bila tiba saatnya tiba di peringakt maturity, tak akan dapat lagi menjanjikan kejayaan demi kejayaan ketika diperingkat decline. Dan bila hidup hanya dijalani dengan penurunan demi penurunan tanpa ada perjuangan dan usaha, yang menanti adalah kemusnahan. Dan kerana itu, hidup ini tentang keseimbangan..sbgaimana Rasulullah saw telah mengingatkan kita, bersederhanalah dalam setiap perkara. Ketika kita diatas, jangan lupa tunduk ke bawah. Saat kita dibawah, jangan berhenti berusaha untuk menjadi lebih baik. Hebatnya DIA, setiap perkara ada jangka hayatnya. Sebagaimana kita yg sentiasa dinanti malaikat maut, begitulah ujian yg singgah dihari kita. Kala ia datang menyinggah, dan pasti ia akan berlalu pergi.

    Kadang2 bukan kita tak redha, bukan kita tak mampu terima ujian yang mendatang, bukan jugak sbb kita tak kuat, cuma kita terlalu berkerja keras agar apa yg kita rancang be on the plan. Membuatkan kita lupa, hidup ini terbatas oleh Takdir dan KehendakNya. Sebab kita terlalu percaya kat diri kita, lupa untuk meletakkan baja keyakinan padaNYA dan bagaimana saat ribut mendatang hati nak dipujuk agar dipasakkan keyakinan padaNYA bila akarnya kita tak pernah tanam?

    Hidup kita berbeza. Dan ada perkara yang akan membuatkan kita sama. Bila kita mula percaya, setia, dan sabar hanya kerana ALLAH.

    Pandanglah setiap yang buruk itu dari sisi baiknya. Maafkan setiap kesalahan agar kita dimaafkanNya. And the most precious thing that i learned from somebody that i used to love, dont hate the moments/things/people that make you bleeding most because you will miss it damn much..when He take from you later coz they are reason that make u stand strong..

    Dan dalam tak sedar, luka yg paling dalam menyentuh ke dasar hati kita adalah kerana org2 yg kita syg..dan hati selalu tanya mengapa dia? Insan insan yg disayangi.. Kerana pada mereka DIA uji kejujuran dan keikhlasan hati..dalam mencintai..

    Pada hati sering aku berbisik, jgn berhenti belajar mengenal diri, kerana hanya saat aku mengenal diri, aku mula mengenali Tuhanku.

    May Allah ease and guard ur way..

    ReplyDelete