Sunday, December 27, 2015

Keria


Idea|Dari Langit
Penulis|N.K
_____________

Mak kata kena senyum sokmo

Even kena selalu buli sebab terlampau baik? (Sebab nak menguji tahap kecekalan mental mak, aku telah quote ayat kat ig yang aku baca semalam)

Dah tu nak berhenti jadi baik? (Dengan mata terjegil menambahkan lagi keayuan mak dipagi hari😁)

Kalau dah penat sangat kena buli, kena pertimbangkan gak lah usul tu. Kuih keria disumbat ke mulut selamba

Dah tu baik semua manusia ataih muka bumi jadi jahat lah noh!

Kuih yang baru melalui kerongkong tersekat menyebabkan aku tersedak. Mak aih mak!

Kita jadi baik bukan sebab manusia, tapi sebab Allah. Dah kalau dia nak buli ke, nak tikam ke, lantak pi dia lah. Apesal kita nak turun sekali dgn dia? Nak duduk sama rendah dengan dia? Bila Allah yang Mengadili segala galanya. Bila setiap hama yang dilakukan itu untuk kebaikan, pasti Dia akan ganjarkan. Dah tu nak runsing pasai pa?  Hang tak percaya kat janji Dia?

Mak is the beshh lah mak! Cayalah!👍

Tak payah nak beshh sangat lah. Kena senyum tu biar ikhlas dari hati. Baru segala caci-buli tu tak termakan dek hati. Sebab Allah pasti kan jaga hati sekeping tu, even diri sendiri jarang menau nak jaga polish bagi suci bersih. Luka tu Dia biarkan kejap je. Esok lusa tulat kompen Dia akan sembuhkan. Kunci Dia sabar dan yakin kat Allah

Senyum dari hati cenggini eh mak?😄 anyway ten-Q a lotthiess mak sebab tampalkan senyuman nih! May Allah guard you till Jannah!

Friday, December 25, 2015

Tenacious


Idea|Dari Langit
Penulis|N.K
_____________

Ada sesak didada
Aku pujuk air mata agar tumpah
Moga dada yang ketat punya sedikit ruang
Dan tetap tubir enggang basah
Langit aku pandang
Ada sang awan yang setia mengelilingi bumi
'Cukuplah sekali kau menangis kerana manusia..'

Dan garis mula melebar
"Cukuplah.."
Getar didada ditekup telapak tangan - indah - dalam pejaman mata
"Kerana air mata ini akan tumpah hanya untuk Mu Rabbi.."

Burung berkicau
Girang dengan PemberianNYA
Segirang sekeping hati
Yang tak nampak dimata lebar nya senyuman yang diukir

Kau dan Aku adalah Kita



Idea:Dari Langit
Penulis:N.K
________________

Kaki yang berjuntai dihayung perlahan. Awan yang biru dipandang tanpa kerdipan.

"Aira!"

Kepala dipusing dengan tubuh yang masih tak kalih posisi. Raut putih bersih dengan tubuh genit yang comel memenuhi kornea mata. Ada garis yang ditarik si bibir. "Hyep."

"Ganggu?"

"Nope." Garis dibibir tak jua lentur

"What do you expect in this life?"

Dahi yang licin bergaris. "Kau ok?"

Nafas dihela kasar. Wajah diraup telapak tangan. "Terngadah dalam larian.."

"Lelah?"

Angguk.

Diam. 

Ada burung yang melintasi awan. Sang burung yang terbang bebas. Yang terlihat dek mata membawa rasa dihati, 'alangkah bertuahnya sang burung yang terbang bebas.' Dan hakikatnya, mereka tak bebas. Tak bebas dari dihadapkan dengan ujian. Kala jalan dihadapan tiada siapa yang boleh menjanjikan, lurusnya tanpa rintangan.

"Aira..apa yang kau expect dengan hidup ni?"

Berat. Sebab bilah jawapannya mampu membuatkan si kawan kembali tegak hatta terus tumbang.

Anak mata dibawa lari sebelum dipaku pada raut yang terpeta penuh pelbagai emosi. Terkadang nafasnya ditahan. Cuba tegak dalam peperangan melawan sang hati barangkali -- menahan air mata dari tumpah yang pasti. "Kasih sayang hingga mati."

Kaku.

Riak bingung diwajah yang kaku membuatkan garis dibibir melebar. Kepala ditolak ke atas sebelum ditarik ke bawah. Mengusir bingung dan mematikan andaian dibenak sang teman.

"Kenapa?"

"Sebab aku pernah rasa gelapnya tanpa kasih sayang. Aku cuba meraba untuk mencari DIA. Dan sayangnya aku tak pernah jumpa. Ketika saat aku mula menyayangi, aku disayangi. Dan baru aku nampak, DIA sebenarnya ada dalam aku."

Diam - hanya luaran. Bingit - dalam peperangan hati melawan sang memori yang memutar segala noda dosa dan khilaf tanpa ada sedebu pun yang tertinggal.

"DIA. Tak hadir dalam jiwa yang gelap dengan dendam dan benci, yang penuh iri dan sangka, dan yang penuh dusta dan pura pura." Anak mata hinggap didahan tempat si burung bertenggek. "Sebab Allah Al-Quddus, Maha Suci. CahayaNYA hanya menembusi hati hati yang suci dari dendam dan benci, dari iri dan sangka, dari dusta dan pura pura, walau tetap dosanya menggunung tinggi. Kerana hamba itu pendosa. Yang wajib  bergantung harap dan mencari keAmpunan dan keRedhaan hanya dari Tuhannya semata."

"Sungguhlah tak mudah nak jadi sebenar hamba.."

"Sebab Syurga tu mahal harganya."

Angguk. Kepala dibawa ke langit. Masih sang awan tenang berarak. "And, who you wanna be?"

"The people who're in love but not loves in return."

Senyum. Kala gulungan memori semalam terlerai. 

"Siapa kau tiga tahun akan datang?"

"Huh?" Walau soalan yang termuntah kedengaran pelik, tetap pau ditangan disumbat ke mulut.


"Student life just will arrive at the top of finish line four hours from now."


"So?"


"Kau. Aku. Dah tak kan tidur sebantal dan sekatil!"


Gelak dalam kunyahan perlahan. "Lumrah yang bernama kehidupan. Yang pergi kan berganti dengan yang lahir. Sebagaimana siang yang pasti berganti malam. Di situ Maha Bijaksananya Allah meletakkan tanda yang kehidupan dunia ini tak kan kekal dan pasti kan musnah."


"Kan..and i will gonna miss your words! Sumpah.." Tubir mata terasa panas. 'Allahu..bukan mudah nak dapat teman yang betul betul boleh diangkat sebagai sahabat..' 


"Nanti kita doa banyak banyak for one day yang DIA letakkan kita untuk kembali bersua tu tiba. Dan kau boleh saksi dengan mata kepala kau jawapan yang akan aku beri pada soalan kau." 


"Dan siapa kau tiga tahun akan datang?" Teruja!


"The people who're in love but not loves in return."


"Hah?" Rahang seakan terasa jatuh ke tanah. "Why?"


"Sebab aku tak pernah kenal Rasulullah saw. Dan aku tahu kesempatan tu tak kan tiba didunia ni, melainkan at Hereafter soon. Sebab tu aku belajar menjadi sebaik dan seindah akhlaknya Rasulullah saw. Kerana aku tahu setiap laku perbuatan dan tutur kata Rasulullah saw, semuanya dari DIA. Dan kerana Allah sangat mencintai Rasullulah saw, aku ingin belajar mencintai kekasihNYA. Moga Allah mencintai dan meredhai aku si hamba hina ini.." Lalang yang senget ditiup angin kencang berjaya mencuri pandangan. "Dan mulianya dia Muhammad, Kekasih Allah, dia mencintai tanpa menagih untuk dicintai..."


Titik jernih yang menghempap tangan menarik waras kembali ke akal. 'Dan dia tetap dia. Berpegang pada apa yang digenggamnya. Dan tak goyah walau kadang di usik dengan kebenaran kerana lumrahnya yang benar itu selalu datang dalam kepahitan. Dan tegaknya dia kerana dibataskan dengan garis hakikat yang kesempurnaan itu hanya milikNYA. Lalu dikutipnya kesilapan menjadi teman paling akrab.' "You will!" Senyum. Dari sudut hati yang terdalam.

Panjangnya garis yang ditarik menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik. "InsyaAllah..kita mampu.."

Jarak yang memisah
Hanya doa mengikat rasa dua hati
Rasa yang tak akan mati 
Walau dimamah usia dan mimpi
Kerana ada DIA dalam kita

Dan yang selalu indah antara kau dan aku adalah KITA..

Thursday, December 24, 2015

Gadis Aneh


Idea:Dari Langit
Penulis:N.K
________________

Dia selalu ada
Bukan sekadar dalam tawa tetap tika tangis dia setia
Menadah bagaikan dihikayat dengan cerita indah
Rautnya tak pernah jemu hatta menyampah
Dan tuturnya acap kali menikam jiwa
Membuat akal terngadah
Menarik hati mengingat Dia
Yang selalu dilupa kala bersama tawa dan bahagia

Dia
Pada kaca pandangan bagaikan si tabah
Kala hati lelah menampung ujian yang mencurah
Kata terluah dari sang bibir
Dek kagum dengan tabahnya dia
Dan aneh!
Dalam gelak dia menggeleng "Tabah itu bukan 'pandangan'. Saat mata melihat indahnya baju yang tersarung ditubuh, manusia memuji kehebatan si penenunnya bukannya tangis dan luka yang dia harung disebaliknya; walhal kerana itulah sebenarnya tabah yang berjaya membuatkan dia mempersembah kehebatan tenunannya. Dan sebenar tabah itu milik sekeping hati yang tak gugah. Walau lukanya masih kemerahan, dia tetap mendongak ke langit mensyukuri segala yang diberi. Dan walau kekayaan menyelebung memberi rasa indahnya kesenangan, dia tetap tunduk ke bumi mengingatkan hati, hinanya diri tanpa DIA yang Memberi."
Sungguh bicaranya selalu membisukan kata!

Drama
Selalu indah di akhirnya
Hakikat
Selalunya berakhir dengan kepahitan yang tertelan
Dan sungguh dia juga diuji
Dalam luka yang aku sendiri tak mampu galasi
Dan kerana dia gadis aneh
Kala dibentang dengan kebenaran
Dia hanya terpejam dalam bisu
Sebelum seketika bibirnya kembali mencarik senyuman
Menyambung lariannya bagai tiada apa
Tiada rasa kah dia?
Tiada air mata kah dia?
Lalu jasadnya aku tahan menghentikan lariannya
Dek kerana gaulan rasa hati yang tak lagi terbendung
Lantas jemarinya aku genggam; kejap
"Luahlah.."
Dalam intonasi yang memujuk
Si gadis aneh tetap menggeleng dalam senyuman
"Kisah yang tamat, tak kan ada kata yang boleh lagi disusun menjadi perkatan untuk dikisahkan."
Begitulah selalunya dia
Tak pernah tenggelam dalam lautan emosi
Segalanya tetap dia simpan sendiri
Bagai hatinya sedalam lautan
Yang tak pernah penuh hatta retak
Dek dibelah badai ujian

Terngadah dalam langkah itu biasa
Tersungkur dalam larian itu lumrah
Terjatuh dilangkah
Sungguh payahnya untuk bangun hanya Tuhan saja yang tahu
Dan aku terduduk dengan pertanyaan

"Macam mana nak kuat?"

Dia senyum penuh tenang

"Boleh ke kuat?" Ada kerutan didahi yang jelas terbentang

Benar dia gadis yang aneh!

"Macam awak." Jari tegak lurus ke susuknya

Senyuman mati. Tubuh dibawa tegak. "Kekuatan tu hanya milik Dia. Masakan jasad hina ini tanpa silu mengangguk megah bila dikata kuat. Walhal yang mereka sangka kekuatannya itu bukanlah kerana asbab lakunya dia. Tak kala segala kudrat itu adalah ehsannya dari Dia Al-Wahhab; Tuhan Yang Maha Memberi.

Tersentak. Dada berlari kencang. 'Allahu..'

Dan sungguh dia jua manusia yang diuji dan teruji
Cuma dia gadis yang aneh
Yang kini aku mengerti
Mengapa dia sentiasa indah dalam senyumannya
Walau saat disapa dengan ujian dan kehilangan
Kerana
Dia menghadapinya dengan terbiasa diam dalam senyuman
Tak kala dia hamba yang dewasa dalam parut kehidupan

Dan
Tunduknya bukan mengalah
Bisunya bukan kerana kalah
Tapi berserah hanya padaNYA..

Wednesday, December 23, 2015

Bisu Vs Lantang





Idea:Dari Langit
Penulis:N.K

Kayuhannya perlahan bagai menikmati tiupan angin yang melentok damai bersama senyuman yang bagaikan tak kan pudar.
_____________________

"Sorang hari ni?"

Tongkat ditarik turun, menyeimbangkan basikal tua agar mampu tegak sendirian. Kepala mengangguk dalam senyuman.

"Eh, hidup lagi budak tak siuman nih!" Selantang suara yang kedengaran, matanya bulat terjegil bagai memastikan dunia melihat apa yang dilihatnya.

Kepala ditunduk. Rapat ke tanah. Langkah disusun perlahan menuju ke celahan rak agar bingit itu tak lagi kedengaran. Agar pandangan sinis itu tak lagi tertayang dikornea mata.

"Ni je semua?"

Kepala dibawa naik ke atas sebelum ditarik turun ke bawah. Dan bibir masih tegun dengan senyuman.

"Lima belas ringgit dua puluh sen."

Wang kertas dicelahan dompet kain yang sederhana kecil ditarik dan dihulur cermat. "Terima kasih Pak Mail."

"Pandai bercakap rupanya si tak siuman ni! Ingatkan pekak bisu." Ketawa yang datangnya dari pelbagai tone suara, bersatu memecah ruang udara.

Langkah kembali disusun. Menuju basikal tua yang masih lagi tertegak utuh dibawah mentari.

"Berapa Mail?" Intonasi suaranya tetap nyaring sebagaimana dia ketawa hatta memerli sinis.

Plastik ditangan disangkut dipemegang yang dah kian luntur warna asalnya.

"Alaa tak boleh kurang ke Mail? Aku tak cukup duit bulan ni. Laki aku tak berapa nak bertuah!"

"Dah banyak bulan asyik masuk buku 555 Jah oii!" Kaca mata yang melurut ke batang hidung ditolak jari telunjuk.

Badan dipusing. Langkah disusun.

Wang kertas biru yang diselit dicelah genggaman jemari menerbitkan garis didahi tanpa sempat bibir dibuka luas untuk melontar kata.

"Rezeki Mak Jah dari Dia, untuk segala penat lelah Mak Jah. Menebar segala kudrat yang ada asal untuk sesuap nasi anak anak dirumah."

"Kau menung ape Jah oii? Nak bayar ke tidak?"

Waras kembali ke akal. Wang kertas masih kejap digenggaman. Bukan mimpi! Susuk tubuh bersama basikal tuanya tak lagi kelihatan. Genangan air mata dihujung alis dikesat hujung baju. 'Allah..'

Aku selalu lantang 'menyapa' dia
Dan dia tetap tersenyum
Bagai berjalan didunia yang hanya miliknya
Entah jenaka apa yang menggeletek dia selalu tersenyum
Sering membuat aku menjeling cemburu!

Dan ketika dia mampu membalas laku ku
Tetap dia pilih untuk tunduk dalam senyuman seperti kebiasaannya
Menghulur dalam bisikan
Yang hanya telinga ku mendengar bait katanya
Dan siapa yang sebenarnya tak siuman?
Melainkan aku..
Si sombong yang lantang mendabik
Tetapi hakikatnya papa kedana!
Miskin budi apatah lagi harta
_____________________________
Dia mengayuh basikal pada jalan yang sama dalam emosi yang berbeza. Tapi tetap bersama senyuman. Kerana dia tahu yang dilangit selalu Memandang.

Tuesday, December 22, 2015

Hikayat Vs Realiti


Idea:Dari Langit
Penulis:N.K
________________

Ceritera hikayat
Membuat aku menarik senyum senget
Ada acuh yang menjadikan tadahan telinga bagai nak-tak-nak
Dan saat baitnya menyapa kornea mata
Sungguh aku terhenyak!
----
"Kau tahu aku tak layak..

"Dan siapa bagi kau hak?"

"Di..."

"Aku jadi kawan bukan hanya nak lihat kau ketawa."

"Dan kau nak aku menangis?" Ada tarikan yang membawa hujung bibir terukir.

Raut wajah tetap statik. Bagai tak terusik dengan canda si kawan. Perlahan kepala diangguk ke atas dan ke bawah. "Kalau itu yang membuatkan kau dan Dia dekat."

Mata terpaku diraut wajah yang tenang. 'Begitulah selalunya dia. Tak pernah tenggelam dalam lautan emosi. Segalanya dia simpan sendiri. Bagai hatinya sedalam lautan yang tak pernah penuh hatta retak.' Wajah diraup kusut. "Do you really mean it?" Mata sekali lagi dibawa hinggap pada raut wajah yang masih tak beriak. "Diana Medina?"

"Kau kenal aku." Pendek.

Kepala diangguk perlahan. "Dan jujurnya terlalu banyak yang aku tak mampu baca dikehidupan seorang yang bernama Diana Medina."

"Sebab kehidupan tu tak seharusnya dipandang dengan hanya satu arah. Sama macam apa yang kau lalui sekarang. Kesilapan tu tak datang saja saja. Dan sebab tu kau tak boleh pandang kesilapan tu hanya dari sisi negative. Siapa bagi hak yang membuatkan kau tak layak bertaubat? Siapa bagi hak yang menafikan ruang untuk kau kembali pada Tuhan?"

"Aku.."

"Aku tak mampu tolong kau Lia.. Sebab segala hak tu semuanya atas diri kau. Bila kau sendiri menafikan segala hak tu untuk kau kembali pada Dia, bukan sebab banyaknya dosa dan silap yang kau laku; kerana hakikatnya kita adalah pendosa yang tak pernah jadi mulia kerana banyaknya amal dan tak kan pernah hina dek bergunungnya dosa kerana sesunggunnya Allah Ar-Rahman, tapi kau terlalu menjunjung rasa hati, terbuai dalam bisikan syaitan yang sememangnya adalah rencana mereka agar kau pilih untuk menyerah instead of kembali pulang pada jalanNya."

Jemari yang agak dingin dicapai dan digenggam erat.

"Dan sebab tu aku lebih sanggup tengok kau nangis dari kau tersenyum tapi hati kau kosong tanpa Dia."

"Di..."

Tanpa menunggu patah sempurna menjadi perkataan, tubuh yang naik turun menahan tangis ditarik ke dalam pelukan.

"Tiada yang pelik pada seorang yang empunya nama Diana Medina. Aku manusia yang diuji dan teruji. Cuma aku hanya terbiasa diam dalam senyuman kerana aku hamba yang dewasa dalam parut kehidupan."

"Dan dewasa dalam parut kehidupan menjadikan kau manusia gagah yang penuh dengan senyuman. Andai parut itu yang mengajar sebenarnya erti kehidupan, kenapa aku harus takut kala Dia pasti akan menyembuhkan.."

"Ni baru Izzah Elia Fahim!" Mata dikenyit nakal

Tawa yang meletus menggabung rasa dua hati. Rasa yang tak akan mati walau dimamah usia dan mimpi. Kerana ada DIA dalam kita.
----
Kehidupan bukan lingkungan yang terbatas
Adakala apa yang akal fikir hanya tinggal menjadi angan
Dan ada saat yang mustahil selalunya menyapa realiti
Cukup untuk membukti dan menyaksi
Maha Agungnya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa..

Monday, December 14, 2015

Bicara


Sunday, October 11, 2015

Katakan Yang Benar





“Katakan yang BENAR walau dalam kebenaran itu ada kepahitannya.”


Tidak adil bagi seorang ayah memaksa anaknya bersolat lima waktu jika solatnya sendiri masih belum cukup. Itulah kiasan yang menjadi kunci yang perlu dipegang oleh para penyebar agama ALLAH swt; sentiasa berkata apa yang dibuatnya.

Sekiranya setiap umat Islam tidak mengambil berat dengan ibadah diri sendiri, sekadar menyebarkan dakwah siang dan malam, akhirnya agama itu akan jatuh.

“Orang orang  yang tidak pernah langsung beribadat malam, tidak layak untuk bercakap dakwah.”

                                                   [Tuan Guru Syeikh Ibrahim]

Penulis bukan bertujuan menyekat usaha dakwah, malah amat berterima kasih kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia yang sentiasa berdakwah ke arah agama ALLAH swt dengan cara masing masing. Namun, bekalan pada diri sendiri juga perlu kita siapkan.

Rasulullah SAW sendiri sewaktu ingin menghantar Muaz bin Jabal untuk mengajar di Yaman, baginda menyoal selidik tentang latar belakang ilmu Muaz bin Jabal terlebih dahulu.

“…dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) ALLAH tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.”
                                                                                                [31:20]

Formula utama kejayaan dakwah Rasullullah SAW; pertama, pendidikan ilmu secara langsung yang diperoleh dari ALLAH swt melalui perantaraan Malaikat Jibril. Kedua sifat serta peribadi baginda itu sendiri yang amat mulia. Apa yang baginda perintahkan, baginda juga lakukan. Apa yang baginda larang, baginda sendiri tidak lakukan.

Hari ini, orang bukan Islam makin jauh dengan Islam adalah kerana sifat kita yang banyak memperkatakan Islam, tetapi amat sedikit sekali menghidupkannya. Orang lebih mengenali Islam melalui nama yang ada pada kita, bukan amalan kita. Orang mengenali sesebuah pertubuhan Islam kerana nama Islamnya, bukan aktiviti yang direncanakannya. Orang mengenali Negara Islam kerana ia tertulis di perlembagaannya, bukan kerana penghayatannya.

Kerana itu Nabi bersabda;

“Daripada Ali bin Abi Talbi r.a berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal daripada al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat jahat makhluk yang ada dibawah kolong (naungan) langit. Dari mereka, berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali.
                                                                        [Hadis Riwayat Baihaqi]

statistik menunjukkan rata rata orang bukan Islam yang memeluk Islam di seluruh dunia pada hari ini adalah kerana membaca al-Quran terjemahan, terdengar azan, perkahwinan dsbgnya. Yang menyedihkan, tidak ramai di antara mereka yang berlapang dada tertarik hati memeluk Islam kerana terpesona dengan akhlak dan budaya ilmu umat Islam itu sendiri. Seorang profesor dari barat yang baru memeluk Islam menegaskan, andai orang bukan Islam menyandarkan Islam itu kepada tabiat serta akhlak orang Islam kini, pasti mereka tidak akan memeluk Islam.

Ayuh tambahkan ilmu didada, tingkatkan amalan dijiwa, supaya kelak kita tidak dipersendakan, agama kita tidak dipandang sebelah mata. Teruskan tradisi dakwah, tingkatkan prestasi ukhuwah, mantapkan saf atas dan bawah, insyaAllah Islam tidak akan kalah.

Petikan dari:
Khutbah Terakhir Rasulullah
Ibnu Rijal



xxxxxxx

Menyampai
Dalam kata kata
Hatta sekadar coretan tulisan
Tak semudah saat jejari berlari di dada keyboard
Dan tak semudah lantuan suara yang bergema

Menulis
Tak semudah apa yang akal fahami
Tak semudah kehendak hati yang mengingini
Kerana menyampai tanpa laku yang mengikuti
Bagaikan pohon yang ditanam namun tak dibaja
Perlahan kan mati
Lalu menyembah ke bumi

Pada bait ayat ayat yang bersimpul
Menjadi susunan yang cantik
Aku di uji
Dengan kepahitan disebaliknya

Saat DIA menginginkan aku memahami
Aku terhenyak pada baris kata yang aku tulis
Kala DIA bentangkan rangkaian kata yang aku simpul
Di hari yang aku lalui
Aku tersungkur rebah menangis sendiri
Memaksa aku membawa kaki ke daerah sunyi
Mencari secangkir harga diri
Agar aku tak lagi menjadi si pencuri
Menulis tanpa aku sendiri melakukannya..

Dan sungguh
Khilaf itu bagaikan Rahmat
Dari DIA Yang Maha Memberi
Kerana disebaliknya
Terkandung Cinta Tulus Illahi

Terima kasih Tuhan
Mendewasakan aku dalam pahitnya rencah kehidupan
Kala disebalik kepahitan itu
Aku dapat menghirup nikmat kemanisannya

Dan kerana Kasih dan Cinta MU
Yang menjadikan aku teguh berdiri saat ini..
Terima kasih Tuhan ku..


©Dazz




Saturday, October 10, 2015

Yang Terindah






Dalam tenang yang sesekali
Membuatkan dada berombak kencang
Bibirnya lumpuh dari carik
Untuk tersenyum hatta mencebik

Ketika damainya malam yang mengulit
KAU jagakan aku untuk dia
Kerana KAU tahu masanya makin menghampiri
KAU berikan aku waktu
Untuk melakar kenangan bersamanya
Agar aku teguh untuk menjalani hari
Dalam kerinduan yang pasti sesekali 
Akan membuatkan aku lumpuh
Merindukan mu yang jauh..

Dalam bicara mu yang tenggelam
Membingungkan aku dalam kata 
Kala segalanya tak mampu dicerna dek akal waras
Sedang DIA tengah memberi petunjuk
Yang kau kan pergi
Pergi yang tak kan kembali
Meninggalkan aku sendiri..

Dalam celik yang mengayuh mu kepenatan
Kau meminta aku memeluk mu 
Seolah aku tak kan lagi merasa kehangatan pelukan mu
Tika kau tahu jasad mu bakal terbujur kaku
Hanya dapat aku renung dari kejauhan..

Rasa yang bergaul
Membuat aku kalah dalam air mata
Tika aku ingin sekali menjadi teguh untuk mu
Dan kau memandang ku kasih
Meminta ku jangan bersedih
Seolah kau hanya pergi untuk bercuti
Padahal kau tahu kau bakal pulang ke daerah asing
Yang telah dijanjikanNya; pasti

Tika hati berperang
Kau ku bisik agar jangan mengalah
Namun hati menangis agar kau pergi
Agar kesakitan itu tak lagi singgah dijasadmu
Kerana mata mu terzahir penuh dengan kepenatan
Yang membuatkan aku redha untuk melepaskan
Rehatlah sayangku
Kerana telah lama kau berjuang
Dalam hebatnya emosi 
Yang tak pernah terpeta diwajah mu

Ketika larian garis mesin hanya mendatar
Aku menangis
Saat ku tahu
DIA telah menjemput mu pulang kembali padaNYA
Setelah lama kau kami persia
Setelah lama kau memberi tanpa mengharap balas
Setelah lama kau nanti
Kasih insan yang kau sayang
Yang akhirnya jua tak berbalas..

Ketika kaki melangkah
Meninggalkan ruang yang sekali lagi
Membawa orang yang aku sayangi pergi
Langit yang cerah 
Perlahan diliputi awan mendung
Mendakap ku dalam kerinduan yang dalam
Tuhan kuatkan aku..

Kerana kasih mu tak berbalas
Kau pilih untuk memaafkan
Kerana kau tak sempurna
Kau pilih untuk memberi
Walau sering kau disakiti
Kau tetap mencintai..

Selebat air mata gugur dihati
Hujan mencurah membasahi bumi
Menyambut kepulangan mu penuh indah
Tika hentian nafas mu bagaikan tidur yang lena
Membuatkan aku cemburu
Kerana aku tak pasti
Bagaimana pengakhiran untukku nanti..

Kerana DIA telah menanti mu
Hujan bagaikan mengerti
Lalu tak lagi turun membasahi bumi
Dan kau selamat dikebumi
Dari tanah
Pulang ke tanah..

Kerana kasih mu untukku yang tiada jemu dan tak mati
Terima kasih sayang kerana menyayangi aku seadanya
Moga Tuhan ku, KAU redha ke atasnya
Moga kita kan bertemu diSana nanti
Moga Allah mencintai ku sepertimana DIA mencintai mu
Berehatlah insan yang DIA sayangi
Dan doakan perjalanan ku menuju DIA
Agar kita dapat kembali bersua..




Al-Fatihah kesayangan hatiku,
1450:Jumaat:25 Dhu'lHijjah1436AH
WG

Monday, October 5, 2015

Kerana Syurga Itu Mahal Harganya





Jalanan hari tak selalu indah
Ada air mata yang tumpah
Saat hati teruji
Dengan ikhlasnya sabar
Yang dibaja hari ke hari

Ketika kaki berlari dalam teguh yang tak mampu digugat
Dentuman kilat yang menyambar hanya untuk sesaat
Melumpuhkan segala galanya yang didakap

Kerana cuba menjadi
Apa yang dijanji
Hati dipeluk rapat
Berharap degupan yang laju terpujuk tenang
Agar kata tak terluah
Saat detik ini pasti kan berlalu dengan pantas
Tapi tidak pada persoalan yang terluah
Yang hanya akan membuatkan hati parah
Saat hikmahnya DIA persembah

Dan mengapa tika semakin dekat kaki berlari menujuMU
Makin rapuh langkah yang disusun?
Kadang tersungkur berdarah
Membuatkan hati menangis hiba…



“Kakak menangis?”

Tubuh pegun.

“Kenapa?”

Mata hitam yang agak bundar ditatap dalam, bersama senyuman yang perlahan dicarik. “Tak. Adik dari mana?”

“Kakak senyum cantik.” Jari telunjuk lurus ke bibir si gadis yang bertudung.

“Terima kasih..” Hujung hidung digaru bingung. Dek rasa yang kian bercampur aduk.

“Adik datang dengan mama.” Jari telunjuk kecilnya ditunding ke satu arah yang menempatkan tiga batang susuk tubuh yang leka dengan aktiviti mereka. “Kat sana.”

Kepala mengangguk perlahan.

“Layang layang adik jatuh kat tepi kakak..”

Mata mendarat tepat ditangan kanan yang utuh mengenggam layang layang yang telah dikutipnya.

“Kakak sedih kan…”
Akal tak sempat nak cerna soalan yang keluar dari bibir kecil yang petah bertanya tika air mata dipujuk agar tak kembali tumpah dipipi. Kerana hati tersentuh dengan cekalnya si kecil. Kala kakinya tak sesempurna aku dan manusia biasa… ‘Tuhan…’

“Dulu adik pun sedih macam kakak..”

Si mata bundar ditatap. Ada kasih yang tumpah.

“..bila mak adik tak nak adik sebab adik tak macam budak budak lain.”

Air mata yang mengalir tak ditahan. ‘Berlarilah air mata. Duhai hati, moga kau tak lupa untuk bersyukur saat kau terluka. Takkala segala nikmat yang telah DIA kurnia tak terbanding hanya dengan luka yang pernah kau rasa. Dan kerana luka itu pasti DIA kan balut dengan KasihNYA, hingga tiada lagi parut yang terlukis.

“Tapi adik dah tak sedih. Sebab mama cakap Allah sayang adik. Sebab tu Allah uji adik kat sini.”

Tangan kecil yang menyentuh terasa digenggam erat. “Allah sayang kakak..”

Tubuh kecil ditarik ke dalam pelukan. ‘Allah hu Allah…’

“Bila adik rindu kat mak, adik selalu nangis. Dan mama selalu peluk adik kuat kuat. Bila adik tanya mama kenapa adik selalu sedih bila adik rindu mak, dan kenapa mak tak sayang adik macam mama, mama cakap..” Kepala di dongak mencari sepasang mata milik si gadis bertudung. “…kerana Syurga itu mahal harganya..”

Sendu yang pecah menyenakkan dada. ‘Tuhan…’

“Dan saat tu adik dah tak nangis bila adik rindu mak. Sebab mama cakap kalau adik rindu dan sayang kat mak, adik kena solat dan doa banyak banyak kat mak..”

kepala di angguk laju.

“Nanti suatu hari nanti, mesti mak akan sayangkan adik kan..”

“Mak adik akan sayang adik sebab adik anak yang baik…”

“Macam Allah sayang kat akak. Sebab Syurga tu mahal harganya, Allah nak akak doa banyak banyak.”

Kepala di angguk dalam senyuman yang pertama kalinya terasa indah saat dicarik.

“Kerana Syurga itu mahal harganya…”


Saat KAU yang memberi
Mana mungkin hadirnya saja saja
Melainkan untuk mendidik aku
Menjadi sebenarnya hamba

Moga saat tiba masanya
Aku kan pulang
Dalam RedhaMu
Illahi..



Kerana hidup sebuah perjalanan yang panjang saat kau lelah; Sujudlah.
©Dazz