Thursday, September 4, 2014

DIA dalam KITA





“Kalau kata kita yang salah?”

“Hah?”

“Saya tak selamanya mampu berdiri teguh disisi awak. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap yang hidup pasti mati. Allah nak duga tak kira masa.” Senyuman ditarik pinggir bibir. Pahit. Hakikat tak selamanya mampu dinafikan. Kena telan. Bagi hadam.

“Awak dah ada orang lain?”

Geleng. “Tak.”

Diam.

“Saya yakin Allah hadirkan awak bersebab; yang hanya DIA yang tahu.” Nafas ditarik. Kalaulah bahasa hati mudah diterjemah dan dibaca; tak kan ada prasangka. “


Bicara awak tentang sakit
saya hanya mampu menelan dengan tangisan
Sepinya kehadiran awak
saya hanya mampu menyapu rindu dalam tadahan doa



“Saya tak mampu menjanjikan kesetiaan, saat takdir bukan milik saya. Saya tak mampu mengenggam awak teguh saat kesakitan menyapa awak ada jurang yang membentengkan kita.” Mutiara putih yang menitis diseka jari telunjuk. “Boleh tak awak hulurkan tangan awak untuk saya? Mungkin saya tak mampu hilangkan kesakitan awak. Tapi sekurang kurangnya saya boleh menemani awak; sama sama berlari mengharunginya.”

“Awak...” Ada gusar yang tertelan.

“Saya yakin awak akan sembuh. Setiap permulaan ada penamatnya. Dan kalau pun kata, awak akan sakit sehingga ke hujung nafas, tak kan menggubah hati saya melainkan dengan kehendak dan kekuasaanNYA. Saya mencintai awak bukan untuk menerima kesempurnaan. Dan saya yakin sakit ini ada hikmah. Untuk awak. Dan saya. Kita.”

*******

“Umi, Adlin nak tu”

“Apa sayang?”

“Yang tuuu…” jari telunjuk kecil tepat pada belon belon yang bergantungan teroleng ditiup angin laut.

“Mintak dengan Abah.” Mata dikenyit menguji.

“Alaa umiii…” Bibir automatik ditarik muncung. Panjang ke depan.

Bibir ditarik senyum. Tangan si kecil dicapai lembut. “Janji yang ni last. Ok?”

“Ok!” Mata membulat. Jari kelingking halusnya disulam dijari si Ibu. “Sayang Umi!” Pipi si Ibu menjadi sasaran bibir comelnya.

“Pandai eh anak Umi!” Gelak kecil terlepas dari ulas bibir.

------------------

“Abahhh..”

Si kecil yang comel berjubah ungu dikalih pandang. “Hai sayang..” Tangan didepa luas.

“Adlin dapat ni.” Belon merah bentuk hati ditangan ditunjuk megah. “Umi yang belikan. Cantikkan Abah?” Belon ditangan ralit ditarik-lepas di awangan.

“Cantik sayang.” Pipi montel si kecil yang bertudung dicium. “Mana Abah punya?”

“Alamak!” Dahi ditepuk spontan. Wajah si Abah dikalih pandang. “Adlin lupa nak belikan untuk Abah…” Tubir mata mula digenangi air mata.

“Kita share ok?” Memujuk.

Kepala yang tunduk memandang pasir sepi.

“Sayang.. Abah tak marah Adlin pun. Kita share ok?”

kepala diangkat perlahan. “Sungguh?”

Angguk. “Ya sayang..” Pipi si kecil dicium lembut.

“Ok..” Tangan kecilnya dilingkar ke tengkuk si Ayah. “Sorry…”

Tubuh kecil dipeluk kasih. “Jom tolong Umi kutip kulit kerang.”
“Nak nak!”

------------------


“Abah…jangan kacau Adlin!” Tangan si Ayah yang berkali menutup pandangan mata ditepis menjauh.

“Bagilah kat Abah pulak.” Masih cuba menarik perhatian si kecil.

“Abah carilah. Ni Adlin punya. Umi yang belikan.” Cedok plastik warna pink ditangan disorok ke belakang. Mata si Ayah direnung geram.

“Abah nak pinjam kejap je..”

Kepala digeleng. Tubuh dipeluk; protes.

Tawa yang disimpan, akhirnya terburai. Tubuh si kecil digeletek geram. “Kedekutnya dia!”

“Abahhh Adlin gelilah…” 

Gelak tawa dua permata hati yang memecah keheningan alam melabuh senyuman dibibir. Mematikan kenangan semalam. 'Dua batang susuk tubuh yang mendekat mengukir senyuman diulas bibir. ‘Rahmati mereka dengan Kasih SayangMu Ya Illahi.. Terima kasih Tuhan, atas labuhan kasih ini..’

*********


Semalam yang baru berlalu masih segar dikotak memori. Pahit yang ditelan; memahat secangkir senyuman hari ini.




©Dazz



No comments:

Post a Comment