Wednesday, March 20, 2013

Ceritamu Ceritaku


Ku ukir sepi dipelabuhan rindu
Dalam suramnya jalan yang ku susuri
Lelah aku melarikan langkah kaki
Sejenak terdiam
Melewati rindu yang bergumpal usang 
Potret wajahmu ku capai dan ku tatap
Genangan air mata tak mampu ku sapu


























Hati berbisik sendu
Tuhan kuatkah aku menyusuri jejaknya
Aku rindu
Teramat rindu
Merdu suaranya yang memujuk saat kaki tersungkur
Bening jernihnya yang menatap tak jemu memujuk
Petah bicaranya yang mengusir duka dan ketakutan yang menyelubungi..

Jalan ceritaku terasa lompang
Detak hatiku sumbang tanpa irama
Terdiam bisu bersama desir angin yang sepi
Sungguh berjuang itu bukan mudah
Kerana syurga itu terlalu indah..

Ku pujuk rasa
Ku lewati asa
Bersama kenangan
Bersama bara tinggalan
Aku meneruskan larian..

Ya Rabbi
Barakahkan dia di sisiMU
Abadinya seorang insan yang tak pernah lelah berjuang menegakkan agamaMU..

Tinggallah sepi 
Berlarilah sendu
Moga rindu yang bertamu
Membisikkan bara jihadnya
Untuk aku teruskan langkahku
Izinkan aku Ya Illahi...

Bulan tersenyum
Bintang menari
Ceritamu penuh warna warni
Ceritaku hanyalah hitam putih yang masih tak pasti..

Ceritamu ceritaku
manakan sama..


Al-Fatihah

©Dazz

Monday, March 18, 2013

Tudung Yang Koyak


“Eh tudung kau koyak la!”

“Tu la, jangan dok menyebok sangat.”

“Err..”

“Kan Allah dah bayar cash..”

Tunduk. Diam. Bisu.

Tudung yang koyak masih boleh ditampal. Tutur yang koyak rabak tak akan pernah mampu ditampal dan dijahit kembali.

meNYEBOK vs meNENGUR. Ada beza.

Mungkin dia hanya pandai baca jawi. Tu pun still merangkak. Mungkin dia hanya tahu solat lima waktu, sekali dua kala buat sunat dhuha. Mungkin dia hanya mampu doa dalam bahasa melayu, adakalanya tercungap-cungap bertatih menghafal. Ya, dia tak setanding mu. Dia tak sehebat mu. Tapi dia HEBAT disisiNYA.

“Huh? Kau ni pakai falsampah per yang sesat sangat ni?”

Orang yang terpuji dengan ketinggian IMAN didadanya; tak kan mendongak pabila berjalan. Tak kan mendabik pabila bertutur. Tak kan menghina pabila ditegur. Kerana MUQMIN SEJATI itu sentiasa merasa hina dengan dosa-dosanya. Sentiasa menyesali dengan tutur katanya. Sentiasa sibuk menghitung lopak-lopak langkah yang sumbang iramanya. Kerana yang diangkat sebagai jurinya hanyalah DIA.

Tunduk.

Dia tegur kerana kasih. Walau apa jua caranya yang adakalanya menghiris dan mengguris ianya tetap datang dariNYA; bukan sekadar parutan luka tanpa balutan kasihNYA. 

Bukankah setiap manusia itu berbeza? Dan kita juga pernah SILAP, pernah MARAH, pernah MENENGKING, pernah terGURIS.




Berlapang dada. Be +ve.

"Tapi susah..."

Kerana syurga itu dihuni oleh orang-orang yang berjihad.

"Jihad? Perang la?"

Jihad saat kehidupan tak pernah mudah baginya. Saat kaki tak mampu melangkah; dia tetap tersenyum dalam tatih. Kerana dia tahu adanya DIA disetiap langkah.




"Boleh ajarkan saya tuk jahitkan koyak tu?"

Mendongak. Senyum. "Tengs sebab tegur. Kalau awak tak tegur, koyakkan ni mungkin bertambah besar. Dah tak mampu lagi ditampal."

Rembesan air mata tak mampu diseka. 




Hina itu DIA yang meletakkan
Hukuman itu hakNYA
sebagaimana
Kesilapan datang bersama kemaafan
Kebahagiaan adalah pelangi dibalik rembesan hujan kehidupan..



"Awak tak malu ke tudung awak koyak?"

Geleng.

"Semua orang gelakkan awak..."

"Tak pe.." Senyum.

"Kenapa?"

"Sekurang-kurangnya DIA masih sudi tegur saya.."

"Huh?" Bingung. Kelam.

"Adakalanya saat kita berjalan, kita tak sedar yang kita dah hampir tersasar dari jalan yang kita tuju dek kerana tertipu dengan jalan-jalan yang terhias indah." 

"Kaitannya?"

"Saya juga manusia yang selalu alpa dan banyak khilaf. Jika DIA tak tegur, mungkin saya akan hanyut. Dan tak mustahil saya tak mampu lagi pulang ke pelabuhan. Apelah sangat dengan koyakan tudung ni..andai campakkan tarbiyyahNYA lagi hebat tak kan pernah mampu disyukuri walau dengan air mata.."

"Tak sakit ke diorang gelakkan awak?"

"Lagi sakit bila DIA sepi dan jauh dari saya.."

"Saat saya marah marah dan hina awak?"

"Saya hanya mampu menangis.." Mata bertembung. "Terima kasih.."

"Huh?"

"Dah lama saya tak menangis..kerana DIA. Dah lama saya tak menyesali noda dosa yang saya lakar. Dah makin jauh saya hanyut membiarkan arus dunia mengemudi.."

"Awak...sangat pelik!"

Senyum. "Tak ada yang pelik tika jasad yang berlumur hina ini disirami salju kasihNYA.."

Terdiam.

"What makes you be as strong as this?"




Tika langit runtuh
tiada tasbih yang mulia 
melainkan senandung memuji kebesaranMU

Tika diri mula butuh
tiada tugu yang bisa memaut mu utuh
melainkan tiang solat yang kau bina sedari kau mengenali siapa Tuhan mu




Life is a game
You have a choice either to play or quit
But you will never know how its going on
If you don't dare to take a risk.

Tudung yang koyak
masih boleh ditampal
Iman yang koyak
masih boleh kembali dijahit
Tutur yang koyak
tak mampu dibaik pulih..


©Dazz


Wednesday, March 13, 2013

AKU DIA & GARIS MASA

Garis itu aku lewati. Sekadar larian kaki yang kosong tak berirama.

"Macam mana nak kuat?" 

Saat hati belajar memaut redha, badai yang menyapa melumpuhkan langkah..




Bangkit itu payah; kerana larian ke penamat itu adalah kejayaan.

"Huh? Cakap boley la..."  *sigh*

Smile. "Talking while doing=achievement. Not talking in sleepin then eating while watchin tv."

Hurmmm..  "Nak buat tu yang susah.."

"Coz bagi alasan tu senang+simple kan?"

Gulp..! "Err.."




"There's no PEACE without HARDSHIP. As wind blow the trees; but they still firm fight to stand."

Lookin out of the blue, "Yeah, I know i will gonna be okie. But when..? And what should I do when I try to stand; I fell back. Slipshod to step ahead.."

"PATIENT and TRUST."

"Huh?"

"DIA beri. DIA uji. DIA tarik. DIA bagi balik. Much better than before..."

Head bowed.   

"DIA just nak sikit SABAR. DIA just nak hamba-Nya YAKIN pada-Nya. Kerana DIA nak hadiahkan CINTA-Nya..yang hakiki dan abadi."



"Hakikatnya kita MAMPU untuk KUAT. Bukan hanya saat kita tiada pilihan. Tetapi hanya bila sekeping darah yang bernama HATI tetap teguh meYAKINI hanya DIA sebaik-baik PENOLONG."

"Macam mana nak bagi hati teguh?"

"...bila rohani dan jasmani tak kehausan dan ketandusan."

"Maknanya?"

"Jasmaninya; saat perut berlagu lapar, makanan dan minumanlah perawatnya. Rohaninya; jiwa dan jasad perlukan AMAL agar tak kehausan dan ketandusan. Sebagaimana kemiskinan mampu membinasakan ISLAM ke lembah keMURTADan; begitulah keHAUSan dan keTANDUSan AMAL mampu membinasakan jasad dan rohani. Lantas menjauh dari-Nya.."







"TAKDIR tak pernah silap. ALLAH tak pernah salah. Sedangkan KITA yang sentiasa KHILAF penuh DOSA. Kerana jiwa yang HAUS dan TANDUS. Menenggelamkan SABAR dalam AMARAH, membiarkan KECEWA membaluti REDHA, merelakan AIRMATA melewati, bukan kerana HINA dan KERDIL; tetapi kerana ASA yang kian KELAM dimamah DUKA.."


"Ketahuilah dengan mengingat Allah; hati akan menjadi tenang." [13:28]





KESABARAN itu gedung KEBAIKAN, tidak Allah berikan kecuali INSAN MULIA di SISI Allah.  [Hassan al-Banna]

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan." [55:13] 





Setiap WAJAH di UJI 
Setiap MATA punya TANGIS
Setiap DUKA diiringi TAWA
Setiap HIDUP pastikan MATI

Don't waste your life just sitting of afraid. Step your walk. Believe on HIM. 

"Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned. "Our Lord, do not impose blame upon us if we have forgotten or erred. Our Lord, and lay not upon us a burden like that which You laid upon those before us. Our Lord, and burden us not with that which we have no ability to bear. And pardon us; and forgive us; and have mercy upon us. You are our protector, so give us victory over the disbelieving people." [2:286]





©Dazz

Friday, March 1, 2013

K.E.T.I.K.A.






Ketika mana kita berusaha untuk bangkit;
Ada tangan yang mengheret jauh

Ketika mana kita berusaha untuk bertahan;
Teriknya mentari semakin hangat membakar

Ketika mana kita berusaha untuk tersenyum;
Sang hujan tiba tanpa sempat payung dicapai

Ketika mana kita berusaha untuk menahan luka;
Torehan yang tipis makin merobek

Ketika mana kita berusaha untuk memaafkan;
Sabar yang terbias hampir terpadam

Ketika mana kita berusaha untuk memahami;
Bagaikan deru angin dia berlalu pergi

Ketika mana kita berusaha untuk mempertahankan;
Sesepi alam ianya terkubur pergi

Ketika mana kita cuba berlari mengejarNYA;
Tiada lagi yang mampu menghalang melainkan NAFSU dan MAUT

Ketika mana kita terjaga dari lena yang panjang;
Sungguh hati tak mampu kembali lena..


Falling down doesn't mean you're lose; coz you'll explore the best of the possibilities that you know in your heart are there.

©Dazz