Thursday, February 14, 2013

Kelabu Yang Mula Terang.





HE never put you on 'hard' for NOTHING..


Kelopak mata terpejam rapat. hati dipujuk redha; walau kaki tersungkur berdarah.


Bukan namanya kehidupan; tanpa ujian. 
Bukan namanya lautan; tanpa hempasan sang ombak.

Masih lagi kaki tak berganjak. Terpaku dalam bisu. Mencerna makna redha dalam luka.


Benarkah ujian itu pahit dan sakit itu membunuh?

Seandainya ujian itu pahit; bukankah kopi yang pahit itu kan manis pabila diletak gula?
Dan ujian itu pasti kan menjadi manis pabila kepahitannya diletakkan dengan ketundukan padaNYA..

Senyum. 


Realize that it is not the people (or even your own self) that can save you. Only Allah can do these things. The people are only tools, a means used by God. But they are not the source of help, aid, or salvation of any kind. Only Allah is. The people cannot even create the wing of a fly [22:73].


Melakar kejayaan; jalannya tak semanis angan. 


Di bumi ini aku berlari dicelah kesibukan yang kadangnya membingungkan diri. 

Terkadang dalam destinasi aku tenggelam; hilang punca diri. 
Penat yang menyelebungi diri; seolah melumpuhkan langkah kaki. 
Seringkali hati memujuk jasad; tuk hentikan langkah kaki..
Haruskah aku tunduk tika jalanan yang ku lalui sejauh ini; sedang telah tertulis didalam al-Quran; Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. [Baqara:286]


Mengenggam kejayaan; hadiah yang termahal dalam kehidupan.

L.U.P.A.
Ya, aku terlupa kejayaan adalah hadiah yang termahal dalam kehidupan; kerana KEJAYAAN tak kan datang tanpa PENGORBANAN.


Pengorbanan itu Iman.

Analogi yang kadang bermain dibenak tanpa rungkaian.
Dan sejauhmana harus berkorban dan terkorban dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan didunia dan akhirat?

Seringkali diri rasa hebat diuji. Terkadang merasakan air mata yang mengalir; tak terbayar harganya. Adakalanya pelangi yang hadir; tak mampu menyinari mendungnya awan yang bertapak dihati. Dunia adakalanya dirasakan kejam. Terkorbannya aku dalam larian kehidupan..






Tika kaki membelah debunya pasir bumi ambia; ku tahu jalanan ini bukan sekadar singgahan kenangan untuk hanya melakar kaca memori. Bersama jejak kaki yang ku tinggalkan; ada pengorbanan yang ku pikul untuk aku genggam sebenar-benarnya kejayaan agar tak ku terkorban dipengakhiran jalan..


Pengorbanan itu Iman; ujian itu kejayaan.

"Adakah kamu mencintai ibu dan ayah mu?"
"Ya, saya amat mencintai ibu dan ayahku.."
Sebanyak mana cintamu itu?

Terdiam.


Pengorbanan; hanya sebaris kata yang kosong tanpa 'bukti'.

'Bukti' bukan baris lafaz dibibir; tapi gerakan anggota badan, dan jiwa yang ikhlas.

Kata mu, kaulah hamba; namun seringkali aku mendengar kau mempersoal tika ujian datang menyinggah. Benarkah kau sebenarnya hambaNYA? Dan mengapa mempersoal tika DIA menimpakan ujianNYA; saat bibirmu mengaku DIA lah Tuhanmu..

Then; what to do..

Turn your heart towards Allah. Face Him alone, as Prophet Ibrahim (as) said so beautifully: “For me, I have set my face, firmly and truly, towards Him Who created the heavens and the earth, and never shall I give partners to Allah.” [Qur’an,6:79]

But how does Prophet Ibrahim (as) describe his journey to that point? He studies the moon, the sun and the stars and realizes that they are not perfect. They set. They let us down.


So Prophet Ibrahim (as) was thereby led to face Allah alone. Like him, we need to put our full hope, trust, and dependency on Allah. And just Allah. And if we do that, we will learn what it means to finally find peace and stability of heart.







Such a long journey; its not worth to step back giving up.
“La Tahzan Innallaha Ma’ana” Don’t be sad; indeed, Allah is with us. [9:40]


Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia disebalik tabir kehidupannya. Sesungguhnya apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.


Dalam ujian; adanya pengorbanan. Dalam pengorbanan; adanya Iman. Itulah sebenar-benarnya kemanisan dalam genggaman kejayaan.






Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan;

Redha-Nya dalam taat.
Murka-Nya di dalam maksiat.
Nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
(tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.



©Dazz


No comments:

Post a Comment