Wednesday, February 13, 2013

Hitam Putih.






Dia.

Hidup misteri. Teka teki yang membingungkan. Melodi yang hanya terhias lakaran hitam putih. Kaku. Lesu.

Cermin kaca yang dibasahi titik hujan; dingin. Sendu suara semalam; terngiang ditubir telinga. ‘Kuatkan dia Ya Illahi.’ Kelopak mata tertutup rapat. Titisan putih membasahi alis mata menuruni lekuk pipi.

Torehan luka membisukan kata...

Luka itu perit. Namun keperitan itu kan hilang bersama masa; walau terkadang parutnya tetap kelihatan.

Teman...
Kita hamba yang terlalu banyak diselimuti KurniaNYA. Mengapa membutakan mata pada helaian helaian warna warni yang pernah terlakar dalam hidup kita; saat kesedihan menyapa hanya sejenak cuma. Sedang hakikatnya itu jua dari DIA.

Why the things have to turn like this...

Kita hidup kerana DIA. Berjalan diatas jejak takdirNYA. Mengapa perlu mempersoal; kala hari hari kita seringkali kita curang pada haqNYA.

Teman...
Usah mensia siakan diri mempersoal;
Usah memperbodohkan diri menyesali kosong;
Usah tertipu dengan kata kalau;
Dan jawapan itu hanya padaNYA.

So many times i try to make it up; when people just keep saying ‘sabar’. And it so tiring. Should I run away and hide…

Teman…
Sejauhmana kau berlari bersembunyi; segagah mana kau harung untuk menamatkan larianmu; namun selagimana dentingan takdirmu masih berjalan; tetap kau harus teruskan.

Aku tahu tersungkur itu lelah. Aku tahu kekecewaan itu pahit. Aku tahu air mata itu duka. Walau jalannya berbeza; kau aku dia dan mereka; kita tetap sama. Setiap wajah kan diuji. Dan bukankah dalam lelah itu ada syukur? Dalam pahit itu ada manis? Dalam duka itu ada tawa?

Then what should I do…

DIA telah menetapkan ujian dijalanan hidup kita yang tertulis sebagai TAKDIR. We dont have TO DO; but HE will DO.

Means?

Back to basic. Where you’re from. Who are you. What you’re responsibility.

Abdillah?

Bernafas dalam ehsan. Berjalan dalam hamparan pinjaman; yang terkadang jatuh tersungkur; hina berlumur noda dosa. Dan kembali bersimpuh dalam dambaan taubat. Kerana sedar nadi yang berdenyut; adalah nafas seorang hamba dari ehsan Sang Tuhannya.

Alhamdulillah?

Senyum. Syukur selayaknya hanya untuk DIA. Terima kasih Illahi untuk sentuhan cintaMU buat dia.

Dedaun kering yang berguguran ditatap ralit. Di bumi ini aku berlari dicelah kesibukan yang kadangnya membingungkan diri. Ntah apa yang dicari. Ntah apa yang dikejari. Arusnya kadang melemaskan diri; melumpuhkan langkah kaki. Seringkali dalam kepenatan aku tertanya dimanakah penghujungnya; dan seringkali dalam ketundukan aku temui kekuatan; walau jalannya masih kelam tak berpenghujung…

©Dazz


No comments:

Post a Comment