Sunday, December 30, 2012

Soleh + Solehah




"Lia..."

"Hurmm.." Mata masih setia didada buku.

"Bestkan dapat husband macam suami sheila.." Dagu ditongkat tangan kanan. Mata hilang jauh didada tasik.

Kepala dipanggung. Dira dipandang tepat. "Kenapa?" Kening spontan tercantum rapat.

Lia yang memandangnya bingung dikalih. "Ye la..Irham tu kan budak hafiz. Belajar pulak kat al-Azhar..memang perfect la.." Mata membulat. Teruja.

"Ouh.. So pe yang perfectnya dia?"

Sisi kepala yang berlapik tuding digaru. 'Biar betik Lia ni..tak kan tak faham?'

"..dan pe yang untungnya kalau dapat husband cukup 'stok' tu?"

"Err.. Tak la kan. Nanti diorang boleh bimbing, and ajar kita.."

"Ouh.." Angguk.

"Kau tak teringin ke nak husband macam tu?" Sengih. "Nanti dia boleh bimbing ko. Boleb jadi Iman, jadi ketua keluarga.."

Dira kembali dipandang. "Have watching a lot of fairytale eh?" Bibir tarik senyum sambil geleng kepala. Buku yang terbuka ditutup perlahan. "Kejadian wanita itu terciptanya penuh kelemahan dan kelembutan."

Lia yang masih merenung bukunya yang tertutup dipandang tekun.

"Dan sememangnya telah DIA fitrahkan lelaki sebagai pelindung dan pembela wanita."

Angguk.

"Mendapat yang soleh/solehah itu anugerah. Tapi mengharap sang soleh/solehah untuk berubah itu angan-angan."

Dua mata bertembung.

"Dira..nak berubah tak perlukan 'dia yang soleh' tapi DIA YANG SATU."

Tegun.

"Hari ni dia mungkin masih teguh, tapi belum tentu sebulan, setahun, tiga tahun mendatang..kerana 'dia' juga manusia yang lahirnya dari hinaan air mani.." Nafas ditarik. "Dan kenapa kita berharap padanya..sedang DIA lah satu-satunya kebergantungan kita.."

Tunduk.

"Mencari yang soleh/solehah kini, biasnya terlalu luas terpampang. Bersalut dengan kepalsuan yang menipu sang mata. Adakah bahagia itu yang kita cari? Dan seandainya 'dia' yang hadir sebagai pendamping ke mana harus kita paut saat badai menghujan dan dia jatuh rebah? Masih berharap 'dia' membimbing? Atau turut rebah bersamanya?"

"Lia.."

"Tak salah bercita-cita untuk ke bulan. Tapi adalah sia-sia bercita-cita untuk mengapai bulan.."

Bahu Dira dipaut. "Mendapat pendamping Soleh/solehah itu anugerah. Tugas kita adalah bercinta denganNYA.." Senyum."Bila saatnya si dia terduduk lelah, sekurang-kurangnya kita mampu menghulur tangan untuknya berpaut seketika. Saatnya si dia lupa dek badai ujian yang menjenguk, sekurang-kurangnya kita mampu mengingatkan dengan sabar yang dibaja. Saatnya si dia kaku tak berarah, sekurang-kurangnya kita mampu berlari menyambung lariannya.."

Dira dipandang. "Bukankah isteri itu penyejuk mata dan obor kekuatan?"

Pelukan hangat menerbitkan senyuman di bibir."Andai kita hanya berharap akan kesolehan si dia untuk membimbing, pada siapa kita kan berpaut seandainya dia buta tak lagi bisa menuntun jalanan kita?"

Belakang tubuh yang bergetar diusap lembut."Sesungguhnya DIA ciptakan manusia itu untuk saling melengkapi. Dan jangan kita leka, akan tiba saatnya kita harus meneruskan perjalanan tanpa 'dia' disisi.."

"Bahtera yang teguh, tertegaknya pada anak-anak kapal yang menghuni. Kekuatan dan kebijaksanaan nakhoda mengemudi melorongkan arah yang betul. Dorongan dan kerjasama anak-anak kapal yang menggerakkan seluruh isi kapal. Dorongan dan kerjasama ini hanya akan tercapai bila orang kanan nakhoda iaitu sang ISTERI mampu mendidik anak-anak kapal dengan segala kudrat dan akal yang dimilikinya. Dan oleh kerana itu menjadi solehah itu bermula bukan saat kaki ingin melangkah ke bahtera yang dibina, tapi seawal panggilaNYA datang menyinggah."

Dalam esakkan, dia mula mengerti...


--Mencari jejak yang hilang, pautannya hanya pada DIA. Luruskan jalanmu, usah khuatir andai pelangi masih tak kunjung tiba. Usah gelisah andai hujan masih tak henti mencurah, sesungguhnya telah DIA siapkan jodoh yang terbaik buatmu, kerana DIA Pemilikmu, Maha Mengetahui apa selayaknya buatmu. Have faith and belive on HIM:)

Dazz:291212 

No comments:

Post a Comment