Monday, September 10, 2012

Semusim Salju~




Tatapan air mata didada langit
Redha dalam suratan takdir Illahi
Kebahagiaan hakiki bukan disini
Keindahannya tidak selamanya abadi..
Derita, kecewa, tanda kasih Illahi
Mengangkat taraf insan dengan Keampunan dan RahmatNYA
Penghapus kealpaan diri yang terleka dalam jejak hari

Duka dan air mata
Kisah yang menghiasi hari
Tentang zikir, doa, dan pasrah
seorang Abdillah dibumi Tuhannya..

Senyumlah dalam air mata mu
Tahanlah dalam sakit mu
Redhalah dalam duka mu
Ia adalah permulaan bahagia
dalam dakapan tarbiyyah
tanda cintaNYA buat hambaNYA..

ErtiHidup,
Dazz

No comments:

Post a Comment