Sunday, August 26, 2012

Cahaya 'aqal seorang Mu'min



Aqal seorang Mu'min adalah aqal fikiran yang waras, dapat membezakan buruk dan baik, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran, kerana ia melihat segala perkara dengan cahaya Allah swt yang dapat menembusi di sebalik tutupan yang halus. 

 "Dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya petunjuk oleh Allah swt, maka tidak ada baginya cahaya sedikitpun." [24:40] 

 Cahaya aqal seseorang Mu'min itu sentiasa bersinar. Tidak dapat dipadam kecuali oleh kerja-kerja maksiat yang berkekalan, dibuat pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat. 

 "Sesiapa yang melakukan dosa maka bercerailah aqalnya dari dirinya. Ia tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya." [sabda:Nabi Muhammad saw]

 "Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam, nescaya mereka dapat melihat (merenung) kerajaan Allah swt di langit dan di bumi." [sabda:Nabi Muhammad saw] 

 ~Tidaklah beruntung seorang lelaki (dengan satu pemberian) dibandingkan dengan kelebihan kurniaan aqal yang dapat membimbing pemiliknya kepada petunjuk dan menahannya dari perkara yang buruk~ [Hadith riwayat Al-Mujbir]


By:Fathi Yakan

No comments:

Post a Comment