Thursday, June 30, 2011

...i'M not a stOry tEller...i'm jUst a storyLean daT's full wIth raMble...



Bab11


Ba’im pandang Yazid sekilas,hantar isyarat supaya memberikan apa yang diminta si Ad before dia blah cam tu jer . Mukanya diraup kasar, pelbagai rasa menyerbu didada, rasa bersalah yang amat kat si Ad. Bukan dia tak tau yang the hole progress untuk paperwork ni 98% si Ad yang buat…tapi dia tak expect yang kos perbelanjaan, Ad kena support pakai duit sendiri. Selama ni si Ad tu la yang selalu kena smash, selalu kena tempias kalau part orang lain yang terbengkalai, but she still with the boat, doing her job! Sungguh la rasa bersalah yang amat!
            “I’m off.”
Ba’im pandang Ad yang dah berjalan kearah pintu bilik, tak de sepatah kata yang meluncur dari bibirnya. Masa seakan beku bersama derap kaki Ad yang semakin menjauh.
            “Aku nak laporan kewangan bersama dengan duit tabung, selewatnya minggu depan. No stupid excuse. By hook or by crook!” Ba’im capai backpacknya sebelum kaki ditala ke pintu bilik.
Butang lock keypad blackberry ditekan, function contacts dicari, nama si Ad menjadi sasaran, sesaat.. butang call terus ditekan.. “Tuttt…” tiga kali percubaan akhirnya Ba’im mengalah, keretanya dipandu keluar dari kawasan kampus.

Mia… panggil Fia perlahan.
Mia buat dunno, muka tengah khusyuk layan movie Korean.. ‘Pe gaya minah ni panggil nama aku cam gitu..ishk seriau den!
            Fia cuba naseb sekali lagi. “Mia…
            “Pe hal kau n! Seriau aku dok buat suara cam gitu ! karang aku karate baru tau.” Sembur Mia laju sebelum sempat Fia tarik namanya menjadi makin panjang.
Fia sengih kerang basi. “Heh..he..he..hidup pun. Ingat dah koma tadi. Weyh kau rasakan Ad marah tak kat aku? Tetiba ku rasa cuak pulak.”
            “Kalau kau kat tempat dia pe agaknyer yang kau rasa? Hepi gegiler ke?
Ek eleh…sejak biler pulak minah ni da jadik kerek sebijik cam gini.’ Fia senyap tiga saat. “Ermmm…tau aku yang salah,just…ntah…aku pun tak tau nak cakap cam ner, kekadang aku pun tak mau benda ni jadik cam ni. Rasa serba salah sesangat ngan korang…” kepala ditunduk kebawah menekur permukaan lantai bilik.
            “Assalamuallaikum” sapa Ad rendah serentak kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Mata dah tak sempat nak pusing toleh kearah kedua roomatenya, yang muka dah riak bagai kena sampuk dek hantu pucong.
Fuh baru jer disebut, tup..tup elok jer muncul depan pintu. Boleh gugur jatung den!’ Fia mengurut dadanya, mengusir jejauh rasa terkejutnya tadi.
Kedua-duanya menyambung aktiviti mereka yang tergendala tadi, penuh kekhusyukan dengan mode silent, kasi chan kat si Ad mengulit mimpi.

Mia, bangun! dah lewat kot…” teriak Fia kuat separuh kelam kabut.
            “Hah?” Mia bangun dengan terpisat-pisat sambil menggenyeh matanya mengusir jauh sisa kantuk yang masih terasa.
Tiada sebarang respon dari Fia yang masih kelam kabut mencapai segala benda yang diperlukannya. Mia toleh mencari jam disisinya. Sesaat kemudian, Mia melompat turun dari katil dengan kepantasan 0.01saat diiringi dengan jeritan yang mencairkan takat beku tahik telinga sesiapa yang mendengar.
            “Ad pi mana eh?” Mia siku Fia yang khusyuk dengan lecture Madam Salmah disebelahnya.
            “Ntah. Terbukak jer mata aku terus nampak jarum jam dah cecah 7.45 pagi, kelam kabut aku menyiapkan diri. Hari yang sangat mengharukan!” keluh Fia.
            “Tu la yang aku pelik, bukan selalu si Ad yang tukang kejut kita. Alih-alih hari ni dia yang lesap ghaib. Pepagi buta pulak tu…tak ke mendatangkan kepelikan tahap kehairanan tu… Lagipun minah tu mana pernah ada sejarah masuk kelas pepagi cam gini! Ishk…sungguh la musykil aku ini.” Mia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Di sudut rak ‘Discovery’ Ad tertido dengan gaya kepala yang ditongkat dengan tangan kanannya dalam posisi bersila dengan buku yang setebal tiga inci diriba. Sekali pandang gaya orang tengah study dengan khusyuk yang amat!
            “Hai” Baim menyapa ramah Kak Milah yang bertugas menjaga kaunter di perpustakaan itu dengan lagak gaya, ala-ala kasonava berjaya.
Kak Milah terus tarik senyuman sampai ke telinga, mata dikerdip manja agar menampakkan keayaunnya, tangan dilambai dengan penuh gemalai gaya ala-ala ‘Miss World!’ membalas lambaian Baim si ‘Anaconda’ terpames.
Baim meneruskan langkah ke destinasi yang ingin ditujui. Pagi ni dia terpaksa berkorban jiwa dan raga dengan menjejakkan kakinya ke library bagi menyiapkan tugasan yang dah menghampiri datelinenya.
            ‘Haisyeh la, kenapa la besor sesangat library ni! Ni la salah satu faktor yang menambahkan lagi peratusan kemalasan aku tuk mejejakkan kaki ke sini…tido lagi baik!’ Baim mengomel sendirian, sambil kaki pantas melangkah ke tempat yang ingin ditujunya.
            “Jumpa pun!” Ba’im sengih panjang.
            “Erkk?” terpegun seketika melihat objek di depannya.
Fuuhh…lawa siot minah ni! First time aku dapat usya minah ni...sedekat ni! Alis matanya lentik, hidung mancung, kening terukir indah… Waaa…terasa hepi la pulak! Ha…ha..ha…’ Adeyh apa ke gila la kau ni Ba’im dok sekodeng anak dara orang!
Kata orang tetua, kalau nak tengok muka real seseorang tu, time tidur kan? Memang sure lawa giler si Ad ni! Hailla… ‘Den terpikat sihh’ Ba’im sengih sendirian melayan angannya. Kenapa la minah ni tak pernah tayang muka macam sekarang eh? Ni tak, asyik tayang muka kosong dia 24jam memanjang. Aku nak tegur pun naik seram…
            “Woii Ba’im kau buat benda tu!
Dek terkejut dengan sergahan dari si Pian. Spontan Ba’im terduduk, hampir dengan Adriyana.
Spontan juga Ba’im bangun dengan pantas dan berundur beberapa tapak dari kedudukan si Ad. Bimbang akan flying kick dari Adriyana. Si Pian dan Bob tumpang cuak bila sudah menyedari hal yang sebenarnya.
Sesaat…dua saat…menginjak ke lima minit masih tiada respon dari Adriyana.
Ba’im tarik nafas kelegaan. “Jom blah!
            “Eh, macam mana dengan budak Ad tu? Tak kan nak biarkan? Entahkan hidup, entahkan dah ‘Inalillah’….” Bob cuak.
            “Woii! Mulut jaga sikit. Budak tu tido la. Dah jom blah!” laju Ba’im meneruskan langkah.
Spoil betul bebudak ni! Aku baru nak layan bunga ros yang baru nak tumbuh kat taman hati ni der!’ ngomel Ba’im bengang sambil menepuk-nepuk dadanya. Ada getaran muncul disitu.
            “Owhh!” serentak Bob dan Pian menyahut.
Punyer la kita menjerit sakan kat si Ba’im tadi, boleh dia still lena dengan jayanya. Sungguh luar biasa budak tu kan?” Bob meluahkan kemusykilannya kepada Pian.
Pian mengangguk-nganggukkan kepalanya. Memikirkan kepelikan si Ad.
            “Tak payah la korang sebok nak menyemakkan fikirkan korang. Telinga dia tersumbat dengan earphone, mana nak tembusnya suara merdu korang tu.” Selamba Ba’im membalas.
Tercengang dua sahabat itu. “Patut la!

Adriyana menggeliat malas, jam ditangan kiri ditoleh.
 “Huh…
Hadoii..macam mana la boleh tak sedar aku tertido kat balik rak ni! ‘Mak aiii penatnyer…’ Pangkal   hidungnya ditekan dengan jari telunjuk. ‘Agak-agak kalau aku apply suruh doc tolong komakan aku seminggu boleh dak…’ sangat la mess otakku ini…
            Adriyana bangun dari tempat bertapanya, baju kurung yang dah berkedut seribu ditepuk perlahan, duffle dan tote bagnya dicapai, buku-buku yang disepahkannya disusun kembali, kaki dihala perlahan mengimbangi rasa kantuk yang masih tersisa menuju ke arah susunan meja yang terletak disudut kiri library.

Sunday, June 26, 2011

AGAMA tanpa ILMU adalah BUTA, Ilmu tanpa AGAMA adalah LUMPUH~


Kita sering berbicara pada taubat...
bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya...
seandainya rasa cinta ada, pasti akan ada jiwa hamba yang merindui
beramal dengan Maha pencipta.
Lihat pada nadi, selagi nadi berdenyut, selagi nafas berhembus,
pintu taubat masih terbuka buat hamba-Nya.
    Namun sayangnya kadang-kadang kita lupa,
    hakikat kesombongan kita yang membawa kita malu
    untuk bertaubat hari ini.
    Keegoan yang beraja dalam diri, menarik untuk menangguh.
    Kejahilan kita membuatkan kita selalu berfikir,
    akan selalunya ada hari esok...


Dan 'selamanya' kita HANYUT DALAM KEALPAAN dan kesibukan duniawi...


Recycle of Life


Namun...


Terjaga dari tidur tak sama dengan terjaganya dari mimpi.
Jika terjaga dari tidur, kita akan bangun dan tidak merasakan
sesuatu seperti terjaganya dari mimpi.
Kita seakan dikejutkan dan diminta untuk bermuhasabah diri...
   Andai mimpi itu buruk,
   kita pasti beristighfar dan mencari nilai positifnya.
   Andai terjaga dari mimpi yang indah,
   kita akan kembali meneruskan lena yang terganggu...


          

Sedarkah kita hakikat yang sebenarnya?
Dunia adalah sebuah rumah yang mempunyai dua pintu,
iaitu pintu masuk dan pintu keluar.
Dunia adalah persinggahan sementara,
manakala akhirat adalah abadi...





Kembali kita kepada tujuan penciptaan manusia.
   "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali supaya mereka beribadat kepada-Ku"
                                                               (Adz Dzariyat:56)

Recycle of Muslims Life


Sebuah bangunan tidak mungkin dapat berdiri tegak dan menjulang tanpa adanya asas...
Begitulah diibaratkan dengan manusia...
Tak sempurna tanpa pengabdian diri kepada-Nya.

                 
                                                                                     Tujuan Hidup>




                                                                                      







<Teladan Hidup




                    
                                                                              Pedoman Hidup>








Hidup ibarat sebuah perjuangan.
Setiap titis peluh dan darahmu,
tak akan pernah sirna ditelan masa...
Segores lukamu dijalan Allah s.w.t,
akan menjadi saksi pengorbanan jihadmu....


Saat ini kita hidup disebuah era yang hampir menumbangkan dan mengaburkan iman didada, mengharuskan kita untuk mendidik hati dan jiwa agar tidak ketandusan. Mengharuskan kita untuk menghiasi apa yang ada di dalam sebelum yang ada di luar...
     Amat mudah untuk menghiasi bentuk luar(penampilan diri),
     namun begitu sulit untuk menghias jiwa didalamnya...
Apakah kita saat ini telah mengenakan pakaian Islam dengan jujur dan ikhlas?
Apakah kita berdakwah dijalan Allah s.w.t dengan penuh bashirah. ikhlas, dan penuh ketulusan hati - atau kerana agenda lainnya?


               Ukuran redha Allah s.w.t terhadap seorang hamba-Nya,
               bukanlah pada hartanya, bukan pula pada kefakiran, juga bukan
               kekuatan dan kelemahannya. Tidak juga pada
               pangkat/kedudukannya.
               Ukuran itu adalah sejauhmana seseorang hamba itu belajar
               tafaqquh(memahami) terhadap ilmu-ilmu Allah s.w.t dan agama-Nya....


Sabda Rasulullah s.a.w :"Hendaklah engkau beribadat kepada Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Maka jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu,"


"Jagalah perintah Allah s.w.t, nescaya Allah s.w.t akan menjagamu. Jagalah Allah s.w.t, nescaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah s.w.t. Jika engkau mohon pertolongan, mohonlah kepada Allah s.w.t. Kenalilah Allah s.w.t di waktu lapang, nescaya Dia akan mengenalimu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang menyimpang dari padamu, nescaya tidak akan mengenaimu, dan apa yang mengenaimu, tidak akan menyimpang darimu. Dan ketahuilah, bahawa kemenangan disertai kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan disertai kesusahan dan kesulitan disertai kemudahan." (H.r. Tirmidzi dan Ahmad, dari Ibnu Abbas).


    Dunia ini ada dua kelompok, sebagaimana diakhirat nanti. Kelompok satunya di syurga dan satu lagi di neraka. Sebegitu juga di dunia. Ahli neraka akan mempersiapkan diri ke nerakan, sementara ahli syurga akan mempersiapkan diri ke syurga, mereka bermahabbah dalam naungan Allah s.w.t dengan petunjuk dan bersama manhaj-Nya.


Allah s.w.t telah menjadikan taubat sebagai puncak maqam kaum Mukmin yang soleh. Puncak maqam para wali yang muttaqiin. Maqam orang yang sedar akan tugas-tugas syariat(ahli shahwah) dan dzikir, sebagaimana firman-Nya dalam At-Taubah:112.


Seseorang itu tidak mungkin dapat menjadi dai, ahli zikir, guru atau pengajar(mu'allim) dan pendidik (murabbi) disisi Allah s.w.t kecuali jika ianya sentiasa mengetuk pintu taubat, kemudiannya solat, zakat, puasa dan haji.


"Sesungguhnya Allah s.w.t mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang suka bersuci." (Al-Baqarah:222)


...dan janganlah kita tertipu  bahawa kita adalah seorang hamba yang telah melaksanakan semua syiar dan ibadat sehingga tidak perlu bertaubat. Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda: "Demi Allah s.w.t, sungguh aku beristighfar kepada Allah s.w.t dan betaubat kepada-Nya dalam satu hari lebih dari tujuh puluh kali."(H.r Bukhari).




< Taubat mampu merentaskan manusia dari keraknya Jahim menuju puncak ketinggian syurga yang luasnya seluas bumi dan langit.


Tiada istilah putus...bertaubatlah dan kembali kepada Allah s.w.t, meskipun dosa-dosa kita memenuhi kolong langit.
      "Sesungguhnya Allah s.w.t akan membentangkan Tangan-Nya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di waktu siang, dan membentangkan Tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di waktu malam, sampai matahari terbit dari barat." (H.r Muslim)


"Allah s.w.t akan mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat."(Al-Mujadalah:11)
      Galilah ilmu sebanyak mungkin selagi nadimu berdenyut, selagi nafasmu berhembus. Jangan biarkan dirimu fakir tentang makrifat-Nya. AGAMA tanpa ILMU adalah BUTA, Ilmu tanpa AGAMA adalah LUMPUH.


Ilmu bagaikan hujan deras yang menerpa bumi.
Bumi yang diterpa hujan itu adakalanya adalah bumi yang kering.
Kemudian turun hujan, maka air itu meresap kedalam tanah, menjadi subur dan akhirnya tumbuhlah tumbuhan....


Adakalanya bumi gersang yang tidak mampu meresapkan air.
Namun masih mampu menyimpannya sehingga manfaat dari adanya bumi itu masih ada.
Diambil manfaatnya itu untuk dibuat minum, mengairi tumbuh-tumbuhan...


Adakalanya bumi seperti lembah,
tidak meresapkan air, tapi pada saat yang sama tidak mampu menyimpan air itu sendiri....
Air itu hanya mengalir begitu sahaja...
tidak berbekas.....


Jangan biarkan hati sepi dari zikir dan mahabbatullah~

Saturday, June 25, 2011

Iman Yang Kuat Dalam Jasmani Yang Lumpuh


Muq'ad seorang yang lumpuh kakinya. Beliau tidak dapat bergerak dan berpergian sendiri tanpa bantuan.
Namun dirinya tidak pernah sunyi dari mengikuti tentang perkembangan Islam dan perjuangan Nabi Muhammad
s.a.w. Walaupun dirinya tiada kudrat untuk disumbangkan, namun hatinya mencintai Allah s.w.t dan Rasul
dalam kemampuan yang ada padanya.

         Demi rasa cinta dan rindunya yang membuak-buak untuk menatap dan mendengarkan suara Rasulullah
         s.a.w diminta keluarganya agar mendudukkannya dipinggir jalan laluan Nabi s.a.w. Tidak pernah hirau  
         berapa lama harus menunggu Nabi melalui jalanan itu kerana baginya menunggu itu sudah cukup untuk
         menyejukkan hatinya.

Keadaan Muq'ad diketahui dan dirasai Nabi Muhammad s.a.w. Apabila baginda lalu, baginda akan mengucapkan salam kepada Muq'ad. Betapa hatinya gembira dapat bersalam dan mendengar suara Nabi Muhammad s.a.w walaupun hanya sepintas lalu. Begitulah keadaannya disetiap hari.

Sampai saat ajalnya menjemput, kematiannya dikhabarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda dengan penuh keharuan segera ke pondok yang didirikan di pinggir jalan atas permintaan Muq'ad demi kecintaannya yang amat besar kepada Nabi Muhammad s.a.w. Beberapa orang sahabat bersama baginda bagi membantu menguruskan jenazah Muq'ad.

      Baginda berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Seorang pun tidak boleh mendekati tempatnya selain dari
      aku."

Baginda segera masuk ke pondok Muq'ad dan baginda lihat Malaikat Jibrail sudah berada dekat Muq'ad.

"Wahai Rasulullah! Sekiranya engkau tidak datang, maka kamilah yang akan menguruskan mayatnya. Tetapi kerana engkau sudah datang, maka engkaulah yang lebih utama menguruskannya." demikian Jibrail berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w dengan dibantu sahabat-sahabatnya menguruskan jenazah Muq'ad. Jenazah Muq'ad dimandikan, dikafani, disalatkan dan dimasukkan ke kubur. Sempurnalah jenazah Muq'ad menuju ke alam Baqa' dengan iman yang unggul berada di dalam badan yang lumpuh.

Walaupun dirinya lumpuh, tetapi imannya tidak lumpuh. Dengan iman yang hidup dijiwanya Muq'ad mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Dengan ini jualah bekalannya menghadap Yang Esa.

~Berbahagialah orang yang lumpuh jasmani tetapi Imannya tidak lumpuh dibandingkan dengan orang yang jasmaninya tidak lumpuh tetapi Imannya lumpuh~

Buku: Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w
Penulis: Nawawi Dusuki

Monday, June 20, 2011

Surat dari ayah buat adik…







Assalamualaikum…
Terima kasih ayah ucapkan kat adik atas ucapan dan hadiahkan ayah sepasang jam tangan yang berjenama sempena hari bapa kali ini…
Ayah tahu adik lebih dari mampu untuk belikan hadiah-hadiah yang lebih hebat dan berjenama…
Hadiah yang adik bagi kat ayah sempena hari bapa tiap-tiap tahun, ayah simpan elok-elok… Tak mampu ayah nak gunakan apatah lagi bermegah dengan hadiah-hadiah yang adik berikan…
Sedari adik kecil sampailah adik menginjak dewasa. Dah boleh berdiri dengan kaki sendiri, bergaji besar, berkereta mewah…tak pernah satu detik pun ayah lupakan adik. Ayah bangga dengan kejayaan-kejayaan adik…
Tapi mata tua ini tak pernah berhenti menangis di setiap kali sujud kepada-Nya…walaupun ayah dah menginjak ke 61 tahun, tapi ayah masih tak mampu  untuk tersenyum bahagia…
            Apalah guna ilmu agama didada ayah, tapi tegar membiarkan adik hanyut dengan arus duniawi… Adik kata adik dah besar, adik boleh pilih jalan hidup adik sendiri. Ayah tak perlu campur urusan adik... Tahukah adik saat tu hati ayah seakan lumat, walaupun bibir ayah tersenyum… Ayah selalu rindukan adik waktu adik masih di alam persekolahan. Adik selalu cium tangan dan kedua-dua belah pipi cekung ayah. Adik selalu bercerita kat ayah, dan bila adik ada masalah adik selalu menangis dipangkuan ayah. Bila ayah bagi kata-kata nasihat adik dah tak nangis, adik peluk ayah dan dakap ayah erat. Adik selalu cakap yang adik tak kan lupakan nasihat-nasihat ayah, adik akan jadi anak yang solehah. Adik tak kan biarkan ayah menangis kerana risaukan adik. Adik akan selalu doakan ayah sentiasa dirahmati Allah s.w.t… saat tu adalah saat yang paling membahagiakan ayah.
Saat ayah tegur adik, bilamana ayah dah tak mampu membutakan mata hati ayah, adik merajuk…tak lagi sudi menjenguk ayah dikampung. Adik cakap ayah kolot, kekampungan, tak open minded…


Adik…
            Adik pernah cakap yang adik tak kan biarkan ayah menangis kerana risaukan adik, tapi adik dah lupa janji-janji adik… Tahukah adik, apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya, membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya…
Bahagiakah ayah? Megahkah ayah dengan hadiah-hadiah berjenama dan segulung ijazah dari luar negara dari adik? Segulung kertas yang telah mengubah ‘adik’ ayah…segulung kertas yang memberi sejuta kepahitan dan kesedihan buat ayah itu benar-benar berjaya mengubah adik…


Adik …
            Adik pernah cakap kat ayah yang adik akan selalu  doakan ayah agar sentiasa dirahmati Allah s.w.t, adik akan jadi anak solehah…
Tapi adik sekarang dah lain… Adik tak pakai tudung dengan alasan bumi kini makin panas. Adik kata: “Rimas la ayah ! Adik ada migraine, cepat pening nanti!” Bila ayah ingatkan adik dengan azab-azab dari Allah s.w.t, adik cepat-cepat angkat punggung nak balik. Nasihat-nasihat ayah tak lagi mampu mendamaikan jiwa adik. Suara ayah tak lagi mampu memujuk hati adik…
Ada suatu hari yang adik jalan ke kedai, kebetulan ayah baru keluar surau. Ketika tu ayah nampak ramai budak-budak lelaki pandang dan tenung adik dari atas ke bawah. Ada yang bersiul-siul, dan ada pula yang cuba memegang adik… Ayah segera berlari mendapatkan adik, walaupun ayah ada asma. Tapi saat tu hanya adik dikepala ayah. Bila ayah tegur budak-budak lelaki tu, adik tarik muka. Lepas tu adik dah tak cakap dengan ayah. Sampai je kat rumah adik marah-marah ayah. Adik cakap ayah dah malukan adik. Sekali lagi adik panggil ayah ‘Old Man’… Ayah tak marah adik marahkan ayah…tapi hati ayah dah merintih hiba bila adik cakap, “Salahkah diorang nak tengok keindahan bentuk badan adik? Nanti diorang puji adik, then mesti ramai yang nak bermenantukan adik…”


Adik…kalau lah saat tu mampu ayah gadaikan nyawa ayah supaya adik tak berpakaian macam tu, ayah sanggup dik. Biarlah berjuta cacian dan makian adik untuk ayah, ayah tak kisah…asalkan ayah tidak tergolong dalam lelaki dayus sebagimana hadis Rasulullah s.a.w: Apakah dayus itu wahai Rasulullah s.a.w? Jawab Nabi: Iaitu seseorang(lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri, dan keluarganya).


Adik…
            Seindah-indah hiasan didunia ini adalah wanita yang solehah… Adik…wanita solehah itu auratnya dijaga, pergaulannya dipagari,  dan sifat malu pengikat diri. Keayuan wanita solehah tidak terletak pada kecantikan wajahnya. Kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya. Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin..dan bukan jua terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu…


Adik…
            Jangan dibangga dengan kecantikan luaran…kerana suatu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman. Jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang adik genggami, kerana ada lagi manusia yang lebih bijaksana dari adik…


Adik…
            Lelaki yang soleh bukan terletak pada raut ketampanannya. Bukan jua terletak pada harta kekayaannya, bukan jua terletak pada manis bicaranya…kerana lelaki yang soleh itu terletak pada kemampuannya menjadi iman, kerana adik dan zuriat-zuriat adik bakal menjadi makmunnya…


Adik…
            Jadilah seorang wanita yang memelihara agama sepertimana aurat adik  terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa, hiasi peribadi dengan sifat mahmudah agar kelak tidak dipandang rendah dan lagi indah kalau adik berperibadi mulia…kerana itu sebaik-baik hiasan dunia…


Adik…
            Tiada yang lain yang ayah harapkan dari adik…melainkan doa adik buat bekalan ayah saat ajal menjemput tiba…
            Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila telah meninggal manusia putuslah amalnya, kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah (umpamanya membuat masjid) atau ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya.” (Hadis riwayat Muslim.)
             Ayah tak pernah menyesal dengan lahirnya adik sebagai anak ayah… Ayah tak pernah berkecil hati dengan setiap perbuatan adik dekat ayah… Ayah cukup bahagia dengan kejayaan-kejayaan adik… Ayah tak mengharapkan harta dan kemewahan adik…Cuma satu yang ayah minta…doakan ayah disetiap kali sujud adik… Moga dapat kita disatukan disana kelak.


Adik…
            Ketika adik lahir, adik menangis dan orang disekeliling adik tersenyum bahagia. Jalanilah hidup adik sehingga nanti adik mati…adik tersenyum dan orang disekeliling adik menangis… Doa ayah sentiasa mengiringi setiap langkah adik. Jadilah hamba-Nya yang sebenar-benarnya, jangan hanya berpaksikan Islam sebagai keturunan…sesungguhnya kemanisan Islam itu tiada tandingannya…
            Maafkan ayah atas segala salah dan silap sepanjang ayah membesarkan adik. Halalkan makan, minum dan pakai yang pernah adik berikan untuk ayah. Moga adik dikurniakan hidayah dari-Nya…

Wassalam…


~Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. Sesungguhnya kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.~

**Al-Fatihah buat Allahyarham Ghazalii B Hassan dan Othman B Mat Akib~



Friday, June 17, 2011

Mujahadah Wanita-Antara Kemuliaan dan Kepalsuan duniawi.[Full]


Dalam keheningan pagi, dikala embun masih lagi menitis membasahi muka bumi yang gersang, disudut kamar yang suram yang hanya diterangi cahaya rembang  pagi, Nur Rabiatul Adawiyah berteleku di tikar sejadahnya. Persoalan yang sesak dibenaknya sejak seminggu kebelakangan ni benar-benar membuatkannya buntu. Segala pekerjaan yang dilakukankannya  seakan kosong tanpa perasa.
            ‘Apakah memang benar lelaki sekarang tidak boleh diharap? Atau wanita sendiri yang tidak tahu fungsi sebenar mereka? Apakah gejala-gejala sosial itu hanya diomong sebagai petanda kiamat semata-mata? Tak perlukah puncanya diteliti, tak perlukah kerosakan itu ditampung? Hanya cukup sekadar mengetahui hakikat itu adalah salah satu petanda kecil kiamat? Mengapa perlu mengalah, andai kaki belum pun melangkah setapak ke medan jihad…
            Kata-kata Abraham Lincoln tiba-tiba menerpa dibenak. ‘Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk Negara. Ya, mungkin benar kata-kata beliau. Masalah sosial ini tak kan selesai waima berjuta jari menunding ke arah pemimpin dengan pelbagai hentaman… Yang hanyut akan tetap hanyut dibawa arus. Yang teroleng, masih lagi terkapai-kapai mencari arah…’
*********
Matahari yang mula mengintai disebalik awan diperhatikannya ralit. ‘Subahanallah…cantiknya ciptaan-Mu Ya Allah s.w.t…’ Kaki yang lesu diheret perlahan menyusuri gigian pantai. Dalam kepayahan mengawal emosi, air matanya tumpah lagi buat kesekian kalinya. Tubuhnya yang telah kehilangan jasad rebah tersungkur ke bumi…tak lagi mampu meneruskan langkah kaki yang kian sumbang.
            ‘Ya Allah, maafkan aku. Sungguh aku tak kuat dengan ujian-Mu ini. Dimana harus aku cari kekuatan, andai bukan dari-Mu… Bagaimana harus aku bangkit tanpa pertolongan-Mu… Hilang kan kesakitan yang mencengkam ini Ya Allah…pasrahkan sekeping hati ini. Balutkan kembali luka-luka yang tercalar. Jangan biarkan hati ini berpaling dari-Mu Ya Allah…sesunggguhnya aku tak mampu menghadapi, andai detik itu benar-benar terjadi…
            Aku jahil dalam mendalami Qalam-Mu. Cetek tentang ma’rifat-Mu. Tak juga punya jaminan untuk meraih syurga-Mu Ya Allah. Ku mohon Ya Allah jangan Kau matikan aku dalam kekufuran…aku pinta Ya Allah…hanya Engkau yang Aku ada, hidup dan mati Ku semata-mata demi-Mu Ya Allah…
            Ya Allah…tidak ku terdaya lagi menahan dugaan ini. Bantu aku redha akan ujian-Mu ini Ya Allah. Aku takut, aku lemah, aku lelah…Serasa telah ku temui noktah dalam kehidupanku. Hati kuat untuk mengakhiri segala yang telah terjadi, jiwa sekan mati menyerah kalah tanpa secebis mujahadah. Ya Allah, tiada kata yang mampu aku lafazkan… Aku mengharapakan sejalur kekuatan dan kasih sayang dari-Mu untuk aku pulihkan jiwaku yang segersang padang pasir ini…’
            “Ya Allah Adawiyah! Kenapa ni? Kau ok tak?” Dalam tak sedar air matanya turut jatuh dari kelopak membasahi pipinya. Adawiyah yang terduduk di pasiran pantai dipeluknya erat.
            ‘Walaupun aku tak mampu menjadi seperti pemadam yang bisa memadamkan kesakitan dan kepedihanmu…izinkan aku menjadi pensel warna, agar dapat aku mewarnai kehidupan mendatangmu sahabatku, Nur Rabiatul Adawiyah…’
            “Aku takut Mai…Aku takut aku tak kuat dengan ujian ini. Aku takut hati ini berpaling dari-Nya. Aku takut andainya jiwa ini hilang rindu pada-Nya. Aku takut saat nyawa aku diambil…aku pergi dalam kekufuran…” Maisara dipeluknya kuat.
            “Kita sama-sama doa mintak dijauhkan. Selagi Allah s.w.t panjangkan umur aku, aku akan sentiasa ada disisi kau. Saat kau leka, aku akan kejutkan. Saat ko jatuh, aku akan tiupkan semangat. Saat ko tak berdaya, akan aku genggam erat tanganmu…”
Tubuh Maisara dipeluknya erat. “Terima kasih sahabat…kerana tak membuang aku saat aku dipenuhi dengan kotoran…”
Maisara pantas menggelengkan kepalanya. “…syuhh…aku tak nak ko cakap cam tu lagi. Ko tak pernah bersalah! Biar beribu orang datang mengatakan yang kau hina…selagi iman berpaksi didada aku, demi Allah s.w.t kau lah insan yang paling suci…”
Dalam kepayahan, Adawiyah mengukirkan senyuman. “Aku tak pernah kisah dengan pandangan orang…tak kan pernah termampu aku untuk menutup mulut mereka walaupun aku hidup untuk seribu tahun lagi. Aku cuma takut perhubungan aku dengan-Nya…bimbang hati ini goyah dipertengahan jalan…bimbang jiwa ini terheret dengan pautan nafsu yang kuat mencengkam… Andai itu terjadi, hidup aku sudah tiada erti… Jika redha dan cinta-Nya tak mampu aku gapai…apalah ertinya aku hidup sebagai hamba-Nya…”
Raut wajah Adawiyah yang basah dengan air mata direnungi Maisara. ‘Ya Allah, begitu hebatnya Engkau menduganya. Namun sebutir sesalan tak pernah termuntah dibibirnya. Subahanallah… Ya Allah, Engkau kuatkanlah imannya untuk dia menempuhi liku-liku kehidupan yang mendatang…’
Perlahan Adawiyah dipimpin menuju ke rumah usangnya.
*********
            “Mak…tolonglah jangan ungkit pasal tu…”
            “Dah. Kamu nak Mak buat apa? Mana Mak nak letak muka ni? Orang kampung dah bising tuduh mak bela anak haram! Harapkan pakaian yang sopan, tapi bawa benih haram…”
Nafasnya ditarik. Maisara beristighfar dalam hati. “Mak…dah berapa kali Mai cakap. Tu bukan anak haram. Adawiyah mangsa rogol!”
            “Mak tak peduli! Mak nak kamu cakap dengan dia, suruh dia keluar dari rumah ni! makin hari makin sesak Mak dengan mulut-mulut orang kampung ni!”
            “Mak….”
            “Keputusan Mak muktamad!” Mak Lijah meninggalkan Maisara yang terduduk dikerusi dapur.
Disebalik tirai pemisah ruangan dapur, air mata Adawiyah mengalir laju membasahi pipinya. Air mata yang tidak henti mengalir cuba dihentikan. Hati mengalunkan zikir, memuji kebesaran-Nya.
***************
Selesai membersihkan muka dari sisa air matanya, perlahan dia mengatur langkah ke dapur.
            “Mai…nak masak pe?” sebuah senyuman terhias disudut bibirnya.
Maisara terkedu. Air mata dipipi segera disekanya. Bibirnya pantas mengukir senyuman. “Err…kau nak makan pe?”
            “Aku tak kisah la… Kita masak sekali?” matanya kelihatan bersinar, penuh mengharap.
Melihatkan Maisara yang terpaku, menyebabkan dahinya berkerut.
            “Mai…” perlahan bahu sahabatnya disentuh lembut.
            “Haa?”
            “Aku tanya boleh tak kita masak sama-sama?”
            “Ouh! Boleh!”
Melihatkan raut wajah Adawiyah yang penuh bercahaya, serasa air matanya tegar untuk tumpah buat ke sekian kalinya. Nafasnya ditarik perlahan mencari sedikit kekuatan.
**********
“Mai…” tangan Maisara ditariknya lembut, menghentikan langkah sahabatnya itu.
Maisara mengerutkan keningnya. Adawiyah dipandang dari atas ke bawah berulang kali. “Cantik ni nak ke mana? Pantai?”
Hanya senyuman manis terukir dibibir sahabatnya.
            “Jom!”
Angin lembut yang menyapa, memberikan ketenangan pada setiap yang merasa. Adawiyah yang tersenyum ceria ralit diperhatikannya.
            “Siti Maisara Fauzan…”
Dengan dahi yang berkerut, dia menjungkitkan keningnya ke arah Adawiyah.
Kedengaran tawa kecil terlepas dari bibir Adawiyah diikuti kepalanya yang tergeleng ke kiri, ke kanan. Seketika tangan Maisara dicapainya. Senyuman masih tidak lekang dari ulas bibirnya.
            “Terima kasih untuk everything… Siti Maisara Fauzan adalah sahabat Adawiyah dunia dan akhirat…”
Maisara tersenyum, meski otaknya dipenuhi persoalan yang menerjah.
            “Kau janji bila aku dah pergi, kau tak kan nangis.”
            “…kau nak pergi mana?”
Adawiyah masih lagi tersenyum. “Dah sampai masanya aku mencari diri aku yang hilang…”
            “Means?”
            “Tak de pepe…”
            “Wiyah please…kau nak pergi mana? Kenapa tiba-tiba? Kau tau aku sayangkan kau kan…”
            “Mai…aku pergi bukan sebab dah tak sayangkan kau la dear!” sengihan mengusik dihadiahkan buat sahabatnya.
            “Ishk!”
            “…aku perlu hijrahkan diri aku. Aku perlu gali balik kekuatan yang dah terkambus. Aku perlu hadapi realiti.” Mulut Maisara yang ingin memotong katanya dihalang jemarinya. “Aku bukan berniat membelakangi kau. Cuma dah sampai masanya aku bangkit dari rasa takut yang mencengkam jiwa. Aku sangat menghargai pertolongan dan jasa kau kat aku selama ni…mungkin tak termampu untuk aku balas balik…”
Lama mereka saling bertatapan.
            “Maisara…redhakanlah pemergiaan aku. Doa kan aku kuat untuk menempuh perjalanan yang masih kelam… Aku tak boleh hanya memandang ke bawah semata-mata untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah . Kerana dengan menetapkan pandangan ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang mampu membuatkan aku menemui jalan sebenar. Kisah silam bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Andai aku hanya bersembunyi dibalik bayang-bayang, dan berharap kisah hidup aku kembali di terangi mentari…aku hanyalah ibarat Mat Jenin. Tak perlu untuk aku sesali apa yang dah terjadi, dan tidak pula untuk tangisi apa yang dah berlaku. Tapi dah tiba masanya aku bangkit dan bina kembali apa yang telah hilang, kerana ini adalah takdir hidup Nur Rabiatul Adawiyah Razman…”
Seusai berkata-kata. Tubuh Adawiyah kejap didalam pelukan Maisara. “Wiyah…kau sentiasa dalam doaku… Pergilah wahai sahabat. Bangkitlah dari kedukaan yang hadir…buktikan pada dirimu yang kau tegar untuk menghadapi ujian-Nya! Jangan pernah menyerah kalah, waima nyawamu menjadi korban! ‘Sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” (Surah An Nahl:110)
            “Thanks Mai…moga ukhuwah kita dapat mempertemukan kita kembali. InsyaAllah…”
            “InsyaAllah. Jaga diri. Kalau kau nak mintak tolong, just call jer aku…”
Adawiyah menganggukkan kepalanya. Raut wajah sahabatnya direnungi buat terakhir kalinya. Bekalan buatnya, biar terpahat kukuh dihatinya…
            “Mai…Kirim salam kat Mak Lijah dan adik-adik kau. Thanks sudi tumpangkan aku. Aku pergi dulu…”
Maisara yang dah basah dengan air mata dipeluknya. “Assalamualaikum…”
            “Waalaikumusalam…” berat nafasnya, seberat matanya melepaskan pemergiaan Adawiyah.
Esakan Maisara merentap jantungnya….namun langkah tetap diteruskan, tak lagi menoleh ke belakang. ‘Maafkan aku wahai sahabat…’ Air mata yang mengalir dipipi dibiarkan…tak mampu diseka, tak juga mampu dihentikan…
                ‘Wahai hati…
            Berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah s.w.t semta-mata,
            Walaupun hidup ini tak selalu bahagia…
            Sedekahkanlah satu senyuman,
            Walau dihatimu tak mampu lagi bertahan…
            Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka…
            Hiduplah dalam iman,
            Walau hidup dipenuhi godaan…
            Berpeganglah kepada Allah s.w.t,
            Walau Dia tak kelihatan…bukti kasih-Nya, kita wujud didunia pinjaman ini…

            Wahai hati…
            Menangislah penuh pengharapan kepada Ilahi…
            Pasti kan kau temui jalannya nanti…
            Wahai hati…
            Usahlah bersedih lagi,
            Carilah redha-Nya,
            Sematkan disudut hati…
            Moga kasihnya menyinari hari-hari yang menanti…’

****************
Hampir tiga jam dia termangu dipondok menunggu di sebuah daerah yang asing, dirinya disapa.
Assalamualaikum…”
            “Waalaikumusalam…”
            “Adik ok? Mak cik tengok dari tadi lagi adik kat sini. Adik ada masalah ke?”
Mak cik yang bertubuh agak berisi, bertudung biru dihadapannya dipandang bingung.
            “Adik…?”
Dalam kebingungan senyuman ditarik pinggir bibir. “Err…saya baru sampai. Dan tak tahu nak pergi mana…”
            “Hari pun dah nak senja ni. Bahaya anak gadis duduk sorang-sorang. Jom la ikut mak cik balik rumah. Nanti boleh la kita fikirkan masalah adik…”
Dalam ragu-ragu, kakinya mengekori langkah mak cik yang bertudung biru itu. ‘Ya Allah s.w.t…aku berserah pada-Mu.’
***********
Rumah banglo dua tingkat itu dipandangnya ralit. Ada kerutan yang terlukis di dahinya. Namun kakinya tetap mengekori langkah mak ck bertudung biru itu.
            “Adik masuk la bilik ni dulu. Rehat-rehatkan badan, mak cik ada hal sikit. Nanti malam kita sembang yer…”
Adawiyah menganggukkan kepala. “Terima kasih mak cik.” Tangan mak cik bertudung biru itu disalaminya.
****************
“Assalamualaikum.”
            “Waalaikumusalam…masuk la mak cik. Maaf Wiyah tengah solat tadi.”
Puan Hasmah tersenyum. Sejuk matanya melihat raut wajah dihadapannya kini.
            “Maaf kalau mak cik bertanya. Wiyah ada masalah?” tangan Adawiyah dicapai dan diusapnya lembut.
Adawiyah tersenyum dalam kepahitan. Jejari tua yang mengusap lembut tangannya mengingatkan bondanya yang tercinta. Matanya dipejam sesaat, menyalur kekuataan. “Maafkan Wiyah kalau selepas mak cik dengar cerita ni membuatkan mak cik tersinggung. Cuma satu…terima kasih sebab pelawa Wiyah menumpang kat rumah mak cik…”
            “Jangan cakap macam tu… Mak cik ikhlas tolong Wiyah.”
            “Terima kasih… Wiyah kena rogol…”
Puan Hasmah beristighfar panjang. “Sabar yer nak…”
Di bibirnya terlukis secebis senyuman. “InsyaAllah…”
            “Keluarga Wiyah?”
Senyuman masih terlakar dipinggir bibirnya. Kepalanya digeleng sekilas.
            “Kenapa?”
            “…tak semua orang boleh terima hakikat yang ternyata pahit untuk ditelan. Sifat semulajadi manusia yang pantas menghukum tanpa usul periksa…”


Senyuman pahit terlukis diwajahnya. “…saat Wiyah dirogol, tiada kata-kata hikmah pemulih semangat. Saat disahkan hamil, diri ini dipandang jijik ibarat sampah yang sudah berulat. Darah sama yang mengalir ditubuh ini seolah-olah malu untuk mengakuinya. Diri ini dilontar jauh tanpa diberikan peluang untuk berkata-kata. Mengalir air mata seorang ibu mengubat lara hati ini…namun ternyata ujian buat diri ini tak ternoktah disaat itu. Air mata ibu mengalir demi secebis pengharapan agar diri ini tidak lagi menjejakkan diri ke situ, pintanya agar melupakan silaturrahim yang terjalin… Apa daya diri ini? Apa kudrat diri ini untuk melawan? Kerana pada kakinya terletak syurgaku…”
Adawiyah yang tenang tanpa sebarang emosi terlakar diwajahnya dipandangnya. ‘Subahanallah…betapa beratnya ujian-Mu Ya Allah buatnya. Selagi nafasnya berhembus Engkau teguhkanlah pendiriannya Ya Allah…’
            “Wiyah boleh tinggal kat sini berapa lama Wiyah perlu. Lagipun mak cik pun dah tak de sape-sape. Tingkat atas ni mak cik peruntukkan untuk anak-anak yatim…”
Wajah tua Puan Hasmah direnunginya. ‘Ibu…Wiyah rindukan ibu…’ Perlahan tangannya mencapai jejari tua Puan Hasmah, disalami dan diciumnya. “Terima kasih mak cik…tak terbalas budi mak cik…”
Puan Hasmah mengangguk. Adawiyah diraih ke dalam pelukannya.
**************
Di keheningan pagi, dia kembali sujud penuh kerinduan dan keinsafan kepada sang Kekasih, Ya Rabbul Izzati.
                Ya Allah…
Di keheningan pagi ini ku bisikkan kerinduan, keinsafan, dan pengharapan hanya pada- Mu…
            Ya Allah…
            Ku sembahkan secebis pengorbanan, membuktikan kecintaan pada-Mu…

            Di kedinginan pagi ini…ku bisikkan untuk-Mu munajatku…
            Memohon sejuta restu…
            Merindui maghfirah-Mu…
            Mardhiah-mu dalam restu…
            Tulus harapan dari sekeping hatiku…
            Moga cintaku pada-Mu bukan palsu Ya Allah…

            Ujian kepahitan dalam kehidupan...
            Padanya ada kemanisan, ketenangan dan kebahagian…bayangan syurga idaman…

Ya Khalik…
            Ku rindukan pimpinan-Mu…
            Keagungan-Mu dalam doaku…
Pada desiran penuh syahdu…
            Segelombang lautan rinduku pada-Mu, Ya Tuhanku…

**************
Bayu pantai yang menyapa lembut mendamaikannya. Kaki yang melangkah tanpa arah akhirnya berhenti, melabuhkan diri disisi batu bata yang terhias indah. Sepasang mata bundar miliknya merenungi penuh kekaguman keindahan alam ciptaan-Nya. Akhirnya mata bundar itu hilang ditengah-tengah lautan yang tiada penamatnya…satu lagi keajaiban ciptaan Allah s.w.t.
            ‘Pohon semalu pantang disentuh, pasti kan menunduk sopan. Namun durinya masih berceracakan…itulah lambang keindahan wanita bermaruah. Wanita yang dalam dirinya terselit perasaan malu, mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim, mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin dan kembali ke rumah bila menjelangnya senja… Namun mengapa wanita di era serba canggih ini menjadikan resmi kupu-kupu yang sentiasa berterbangan bebas tanpa mengenal erti siang dan malam sebagai lambang kemuliaan mereka?
            Islam hadir untuk meningkatkan darjat wanita. Sebagaimana sejarah Islam telah membuktikan wanita mempunyai peranan yang besar. Khaulah Al-Azwar, seorang wanita yang berani menggadaikan nyawanya di medan perang tanpa gentar. Kepaksiaannya kepada Allah s.w.t telah berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dan melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamat. Begitu juga dengan Nusaibah, sanggup berkorban diri mempertahankan agama dan Nabi sehinggakan tangannya dihunusi. Saat anaknya, Abdullah luka parah ditikam musuh diikatnya luka dan segera disuruh anaknya bangkit berjuang sehinggakan Rasulullah s.a.w yang melihatnya terharu. Bersama Rasulullah s.a.w di syurga hakiki pintanya…
            …mengapa kisah Imarah ini tidak diteladani?...sedangkan kisah-kisah hidup artis digilai, dipujai, dan disanjung ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah... Besarkah pengorbanan mereka pada Islam? Apakah teladannya bertunjangkan Islam? Apakah mampu kisah-kisah mereka menuntunmu ke jalan Illahi? Apakah mampu ianya meraih syurga abadi di sana kelak?     Apakah gejala-gejala sosial yang berlaku hari ini ekoran dari lelaki yang tidak boleh diharap? Bukankah setiap masalah itu ada puncanya? Masakkan pokok kan bergoyang andai tiada yang memainkan peranannya…
            Sedarlah wahai wanita…disebalik tuntutan menjaga auratmu, terselit seribu hikmahnya. Bukan sekadar seruan dan tuntutan oleh agama. Lihat hakikat, besarnya kesan seorang wanita terhadap lelaki. Kerana tangan wanita yang lembut bisa menggoncangkan dunia. Dan hanya kerana sejalur aurat yang terdedah, wanita mampu mengoncangkan iman lelaki.
            Perempuan adalah pasangan kepada lelaki. Maka Allah s.w.t telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Maka ianya ada hubung kait dengan nafsu dan bisikan syaitan durjana. Inilah hikmahnya tuntutan menutup aurat.  Sebagaimana firman Allah s.w.t; Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan(terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah s.w.t, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nuur:31)
            …ketahuilah wanita…sedar atau tidak, kita merupakan punca segala zina dan kita adalah senjata utama syaitan durjana! Lihatlah hakikat yang terbentang dimata kini. Di jalan-jalan, pasar malam, shopping complexs, bus stop, atau mana-mana tempat sekali pun…pastikan ada wanita yang terdedah auratnya. Even tak keluar rumah, petik jer suis TV…terhidang la aurat-aurat para wanita. Adakah masih lelaki yang menjadi punca? Megahkah engkau melaungkan yang maruah diri mu masih terjaga walaupun tidak menutup aurat? Adakah engkau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratmu mempunyai hati sesuci dan iman setinggi mu? Langsungkah engkau tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka?
Buka mata mu…tajamkan deria pendengaran mu…lihatlah diri ku ini! Sekali pun engkau tidak mempedulikan kritikan masyarakat sekeliling…dengarlah luahan sekeping hati yang dah lama mati ini… Tidak aku minta belas ehsanmu…tidak juga mengemis kasihmu, aku cuma mengharapkan pengertian darimu wahai wanita! Lihatlah dengan hatimu yang lembut bak kapas itu. Kerana keangkuhamu bersuara mengatakan yang maruah dirimu terjaga walaupun engkau tidak menutup aurat, tahukah engkau berapa ramai wanita yang tak berdosa di luar sana yang menjadi korban keangkuhan mu? Tak perlu mencari yang jauh, lihatlah pada diriku... Kehormatanku diragut sekelip mata…aku percaya ini hanyalah secebis ujian buatku. Namun hati ini parah ibarat ditoreh hujung mata pisau saat sebuah lembaran kemaafan terlayar di tubir mata. Mungkin tanpa iman didada, dah lama aku menjadi gila… Pedihnya saat itu tak mampu aku ungkapkan. Lembaran kemaafan dari seorang perogol…dan perogol itu adalah jiran kampung dan juga sekampusku yang bergelar mujahid…bukan calang-calang orang! Kemafaan dipinta…kesalahan diakui dan PENYEBABNYA MEMBUNUH diri ini! ‘…Maafkan aku, kerana khilafku tak menjaga pandangan mata, terpesona dengan keindahan ciptaan-Nya, terbuai dengan nafsu yang meronta dan dirimu yang menjadi mangsa. Sumpah aku tak sedar apa yang aku buat
 Pernakah engkau selami hati kami? Even engkau menangis air mata darah sekalipun, tak kan termampu membasuh luka yang engkau pahatkan buat kami…
…berapa ramai yang tegar memilih untuk menoktahkan hidup mereka kerana keangkuhamu? Bagaimana dengan wanita cekal yang masih berbekalkan secebis iman didada untuk meneruskan hidup mereka, menghadapi ujian-ujian yang mendatang? PERNAHKAH ENGKAU FIKIR?
Tak perlu dipungut yang sudah dibuang…tak perlu dikenang yang dah lepas…kerana kita manusia tak lari dari khilaf. Aku bukan mencari sebuah keadilan, kerana aku pecaya qada’ dan qadar-Nya…tak kan mampu menandingi keadilan duniawi.
…hati ini hancur melihat palsu duniawi menjadi pujaan dan keagunganmu…jasad ini lumpuh dengan keangkuhan makhota berhargamu yang engkau agung-agungkan…hati meratap hiba, takut nasib diri ini menimpa lebih ramai insan-insan yang tak berdosa…
Sedarlah, wajahmu itu bukan untuk tontonan umum, apatah lagi tontonan khusus. Perempuan yang sebenar-benarnya cantik itu TIDAK MEMANDANG dan TIDAK DIPANDANG… Ketahuilah wanita…Allah s.w.t menciptakanmu semulia-mulianya. Terciptanya bahumu agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun jua bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur… Diberikan wanita kekuatan untuk melahirkan bayi dari rahimmu, walau kerap berulangkali menerima cerca si bayi itu apabila ia menigkat dewasa… Diberikan wanita keperkasaan yang membuatkanmu tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa… Diberikan kesabaran jiwa untuk merawat keluargamu walau dirimu sendiri keletihan, walau sakit, walau penat tiada pernah berkeluh kesah… Diberikan wanita kekuatan untuk membimbing si suami, melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya…bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak? Diberikan wanita kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi… Dia Yang Maha Penyayang menganugerahkan mu wanita dengan air mata, sebuah anugerah yang tak ternilai…agar dapat engkau mencurahkan perasaanmu saat engkau terluka, saat engkau dicerca, saat engkau rebah tersungkur… Ianya bukan tanda kelemahanmu wanita, tetapi itulah air mata kehidupan…
Jangan butakan mata hatimu dengan kepalsuan duniawi yang hanya bersifat sementara ini wahai wanita… Kemuliaanmu bukan untuk disia-siakan! Kerana sesungguhnya kemuliaan wanita ternyata pada amalnya. Kemuliaan wanita bukanlah apabila wanita itu berpangkat tinggi, berkerjaya hebat, bermuka cantik, berpakaian anggun…tetapi WANITA YANG MULIA adalah WANITA YANG TAAT KEPADA TUHANnya, melaksanakan semua perintah Allah s.w.t dengan sunnah Rasulullah s.a.w dijadikan ikutan…
Kemuliaan semu dan fana yang engkau agung-agungkan takkan ada nilainya, malahan hanya mengundangmu ke lembah kehancuran… Ada apa pada pangkatmu? Ada apa pada kecantikan wajah dan tubuhmu yang pastinya akan dimamah usia? Ada apa dengan kelantangan suaramu menuntut persamaan hak dengan lelaki? Apakah hakikat yang terbentang didada kalamuallah tidak cukup untukmu jadikan iktibar? Pada siapa hendak kau buktikan kehebatanmu? Sedangkan hakikatnya, wanita yang punya sifat sabar sahaja dijanjikan pahala seperti Aisiyah, isterinya Firaun. Mengapa harus menempa jalan yang penuh onak duri sedangkan didepanmu telah terbentangnya jalan yang pasti? ’
Air mata yang mengalir laju dipipi dibiarkan. Kaki mula melangkah menyusur gigian pantai. Jiwa bergolak hebat, zikir mengalun laju disegenap saraf, perut yang kian memboyot diusap lembut… ‘Maafkan ibumu yang kerdil ini…moga lahirnya dirimu setabah Zainab puteri Rasulullah s.a.w.  Tegar menongkah arus walau pelbagai ujian mendatang. Jangan pernah salahkan takdirmu… Binalah benteng kekuatan untukmu menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Jadilah engkau hamba-Nya yang sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Peliharalah agama seperti mana nyawamu, siramlah hati dengan taqwa sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadimu agar kelak tidak dipandang rendah. Sesungguhnya pintu syurgawi menantimu disana…’
Anakku…
Jika lahirmu sebagai lelaki,
Ketahuilah masyarakat menunggu perananmu,
Apakah menjadi orang pandai yang mampu berfatwa,
Hakim yang adil, iman yang hafal al-Qur’an, pegawai yang jujur,
Pemimpin yang bijak atau seorang pedagang yang jujur lagi mahu nasihat-menasihati…

Anakku…
Bila kau menjadi doktor atau ahli perubatan atau apa sahaja sesuai bakat dan keinginanmu,
Maka jadikanlah motivasimu agar orang Islam tidak lagi bergantung kepada orang-orang kafir.
Dan bila engkau menjadi doktor atau ahli perubatan,
Jadilah doktor atau ahli perubatan muslim yang mahu menasihati manusia
ke jalan Allah s.w.t dan Rasul-Nya, mengikut petunjuk-Nya dan membela pemimpin Islam.
Dengan itu nescaya Allah s.w.t akan memberi kemenangan kepada umat Islam menerusi tanganmu…

Anakku…
Jika lahirnya engkau sebagai wanita,
Jadilah engkau seorang wanita yang membawa harapan agama dan lampu hidayah bagi orang lain.
Hafalkan al-Qur’an! Berbekallah dengan ilmu yang bermanfaat untuk membimbing keluargamu,
Dan masyarakatmu ke jalan yang lurus…

Anakku…
Persiapkanlah dirimu untuk menghadapi serangan-serangan hebat dari musuh.
Berdiamlah di rumah. Ketahuilah bahawa Allah s.w.t akan membantu,
dengan penuh semangat melakukan perjuangan, apakah engkau dan teman-temanmu akan tinggal diam?
Sesungguhnya, doa itu senjata orang MUKMIN!

Anakku…
Engkau adalah seorang muslim.
Sebagai seorang muslim, engkau harusnya menjadi orang-orang yang mendambakan kebahagiaan akhirat, tidak hanya mengejar duniawi semata.
Bersungguh-sungguhlah engkau untuk menjadi pewaris syurga yang penuh dengan redha dari Allah s.w.t…

Matahari yang kian terbenam diufuk menjadi santapan mata. Seluruh urat saraf bergetar halus, kagum dengan keindahan ciptaan-Nya. Bibir perlahan mengalunkan zikir memuji kebesaran-Nya.
‘Tiada indahnya kedinginan kala malam menjelma,
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu demi mengintai secebis keampunan dari-Mu,
Tiada indahnya setiap hari yang dilalui tanpa mengingati dan patuh kepada-Mu,
Tiada indahnya hidup didunia ini,
Melainkan alunan zikir dan kalamuallah meniti dibibir,
Memuji kebesaran dan keagungan-Mu…
Tiada indah saat tibanya di akhirat yang abadi,
Tanpa keampunan-Mu…
Tiada indahnya diri ini,
Tanpa keampunan-Mu di setiap debu-debu dosa kejahilan diri…
Tiada indahnya kekayaan duniawi ini,
Tanpa keberkatan dari-Mu…
Tiada indahnya aku, hamba-Mu yang kerdil lagi hina ini,
Hidup didunia tanpa langsung mengingati-Mu disetiap hela nafasku…’

            ...Manusia lahir ke dunia bukan untuk menghuni dunia. Dunia cuma tempat transit, tempat ujian dari-Nya. Manusia diciptakan untuk suatu alam yang kekal abadi, ABADAN ABAD (kampung akhirat)…

*****************