Monday, May 16, 2011

Damsel

Sedar tidak sedar, dah hampir tiga bulan berlalu. Akif dah pun berlepas ke Australia, Papa pasrah jer. Amna dah selamat menduduki SPMnya, dan Nadira masih lagi kat Mesir meneruskan perjuangannya dalam jurusan Medic. Dan Alhamdulillah, dia sekarang dah bergelar Puan Farah Ilyani isteri kepada Megat Lokman…
            “Assalamualaikum sayang…” tubuh isterinya dipeluk dari belakang.
Ilyani terkejut. “Waalaikumusalam…bila abang sampai?”
            “Dekat dua puluh minit dah… Syok jer tengok luar, skodeng mamat handsome eh?”
Pinggang suaminya dicubit geram. “Tak de makna, bukannya boleh kawen empat pun.” Lokman tergelak.
            “How are you today?”
            “More fine…”
Lokman tarik senyum. “Buat pe jer?”
            “Cuci mata…”
Telinga Ilyani digigitnya. “Abang!”
            “Main-main lagi…”
Ilyani gelak. “Kemas rumah and masak jer…”
            “Tu jer?” perlahan suaranya berbisik lembut ke telinga Ilyani.
            “…baru habis baca surah An-Nisa’…”
            “Good gurl!” pipi isterinya dicium.
            “Busuk la…”
            “Baru nak komplen? Dari tadi lagi abang peluk…”
Kedua-duanya tergelak. Pelukan dipinggang isterinya dieratkan, mereka sama-sama menikmati keheningan suasana senja yang sedang berlabuh.


Selesai satu chapter dihabiskannya, In’syi menggeliat merenggangkan sendi-sendi yang dah bersimpul. Matanya dipejam celikkan. Tetiba tetingkap YMnya berkelip.

kh@lish: hai sweetheart ! <big hug>

stuffYnunu: Assalamualaikum ya ahli kubur… <dork>

kh@lish: Giler sengal Nunu! Insaf jap <loser> Waalaikumusalam warahmatuallahiwabarakatuh...

stuffYnunu: <rolling on the floor> pe hal sibuk bom ym orang ni <raised eyebrow>

kh@lish: saja buat pasal… Nah! <kiss>

stuffYnunu: bukan Along memang seirama senada ke dengan pasal tu…<puke>!

kh@lish: <laughing> sampai hati…<crying> orang missing gilak sama dia <frown>

stuffYnunu: <rolling on the floor> circuit cut!

kh@lish: <broken heart> sihat?

stuffYnunu: <rolling on the floor> Along baru kena reject dengan minah mata sepet ke? <thumbs up>

kh@lish: <laughing> not my taste! Ma ada call Along…

stuffYnunu: berlagak! Why?

kh@lish: of course!<smug> Ma tak de call Nunu ke?

stuffYnunu: <silly> tak pun. <raised eyebrow>

kh@lish: <big grin> nothing la. Summer ni balik tak?
………………………………………….
Buzzz….

‘Sape lak menyemak ni!’

‘Pop!’

dIbaKawaIi: In’syi !! <big hug>

‘Lerr…cik kak ni ghupernyer!’
……………………………………………..
Kh@lish- Buzzz !!

‘Ishk, sabo la!’ In’syi garu kening.

stuffYnunu: tak. Kirim salam Ma,Pa. Nah! <big hug> I’m off <loser> Assalamualliakum.
……………………………………………….
 dIbaKawaIi: <raised eyebrow>

stuffYnunu: Assalamualaikum…<big hug>

dIbaKawaIi: <blushing> Waalaikumusalam…lama giler tak chit chat ngan ko!

stuffYnunu: <laughing> sesame…

dIbaKawaii: balik tak summer ni?

stuffYnunu: tak. Ko?

dIbaKawaIi: ingat aku anak datuk ke nak balik tiap-tiap summer…<frown>

stuffYnunu: <rolling on the floor> dah tu sape suh bangkit isu tu… bukan ko cucu datuk Hamid <big grin>

dIbaKawaIi: <rolling on the floor> aku dah tergolek weii!

stuffYnunu: <laughing> uid! Aku de kelas ni. got to go. Catch you later. Assalamualaikum…

dIbaKawaIi: <thumbs up> waalaikumusalam…

stuffYnunu: I’m off <loser>

dIbaKawaIi: <wave>

stuffYnunu is now offlined.

‘Ishk laju betul minah ni…’ kepala dah tergeleng. Bibir mula tarik sengih tanpa sedar.

“Uan, malam ni ada party kat rumah Albert. Jom!”
            “Oraite!”
            “Ko jangan lupa lak…”
            “Ok, bro…”


“Wey, si Tina tu dah lama minat ko kot!”
Akif jungkit kening.
            “Yang pakai dress merah…” Roslan memuncungkan mulutnya kearah Tina.
Mata Akif terarah kearah yang ditunjukkan. Pandangannya hanya sekilas, mata kembali menala ke tengah-tengah ruang rumah Albert yang dipenuhi dengan teman-teman seuniversitinya yang kini sedang menari rancak.
            “Anak Tan Sri tu…rugi beb ko tak rembat!” Roslan menyucuk.
            “Uan tak campur la benda ni. Ko ni…” kepala Roslan ditolak Iqbal.
            “Saje je nak test!” Roslan ketawa.
            “Bukan ko yang mengidam ke bro…cakap straight la, tak payah nak koner-koner…”
Mereka ketawa serentak. Masing-masing mula hanyut dengan keseronokan arak yang diteguk.

Empat tahun berlalu…
Dibalik tirai bilik Pengarah Urusan di tingkat tujuh belas, Uan masih lagi sibuk dengan plan projeknya.
Pintu biliknya diketuk dan dikuak dari luar.
            “Lunch jom…”
Jam tangan dikerlingnya. Nafas dihela panjang.
            “Rilex bro, jom melantak dulu…”
Fonsel yang tenggelam dibawah timbunan kertas dicapainya. “Jom!”

“In’syi!” serentak G-ha, Diba dan Dolly melaung.
Rahang bawahnya dah terjatuh. Matanya dipejam celikkan. “Korang? Bertiga? Pakatan Lexus ke…”
Ketiga-tiganya gelak. Tubuh In’syi diterkam ke dalam pelukan.
            “Uid! Lemas la…” pelukan terlerai. “Korang balik lagi awal dari aku eh?”
            “Ko kan fly lambat dua minggu dari kitorang. Of course la kitorang jejak tanah Melayu dulu…”
            “Gaya riak giler… Eh, chop!” ketiga-tiga sahabatnya dipandang penuh curiga.
            “…mana korang tau aku sampai hari ni?”
Dolly garu kepala, Diba dah sengih kerang dan G-ha dengan muka innocentnya.
            “G-ha?” tau akan kelemahan G-ha yang tak pandai menipu.
            “Serius aku tak tau. Dolly yang ajak…”
‘Ishk budak bendul ni!’ Dolly dah tersengih sumbing.
            “Dah…tak payah dok garu kepala. Sat gi gugur rambut lurus ko tu, bertambah kaya Pak Cik ‘Yu Nam’ tu…”
            “Haa! Sampai ati ko tak bagitau nak balik.” Diba tukar topik.
            “Dolly?”
            “…Along ko…”
‘Tak habis-habis nak dengki si Romeo ni!’    
            “Jom la, parents ko dah tunggu tu…”
            “Jap, aku nak ambik barang…”

“Pa, Ma!” dan dia tenggelam dalam pelukan kedua-duanya.
            “Aik, makin kurus je Pa tengok?”
In’syi sengih.
            “Diet la tu, konon-konon nak jaga body…” Irfan Khalish menyampuk.
            “Jom balik, dah lapo ni. Kak Temah masak pe?”
‘Aii, dia buat pekak badak nampak…’
            “Aah, dah lama si Temah tu tunggu. Ajak kawan-kawan kamu tu sekali…” Puan Irma mempelawa.

Damsel

Getaran fonsel dari duffel bagnya, memaksa dia memperlahankan langkah.
            “Yup?”
            “Where are you?”
            “Still walking…”
            “Where?”
            “Almost arrived...”
            “Hah? Sampai mana?”
            “Library la… Kenapa ni? Kalut semacam jer…”
            “Nunu!” tangan spontan menjarakkan fonsel dari telinganya. ‘Apsal semua orang yang kena campak dari tanah jajahan Malaysia suka menjerit di corong telefon…’ kepala dah tergeleng.
            “Along ni kenapa? Nunu dah lewat la ni…”
            “Hey, Along, Ma ngan Pa dah terpacak depan apartment Nunu ni!”
‘Omoo!’ dahinya spontan ditepuk.
            “Sumpah, Nunu tak hengat langsung…”
            “So?”
Kaki dah berhenti melangkah. ‘Nak patah balik ke? Waarghh, jauh aku jalan kaki kot! Tapi tak kan nak biarkan diorang beku depan pintu rumah aku, kalau si Romeo jer, no hal la... Haisyeh!”
            “Nunu?”
            “I will be back…” Klik.
Fonsel ditangannya dipandang lama. ‘Budak ni la!’
            “Haa, Nunu kat mana? Apa dia cakap?”
            “Dia on the road… Dia lupa yang kita sampai hari ni.”
Puan Irma dah geleng kepala. Encik Muhyidin dah tergelak.
            “Teruk perangai lupa dia tu…”
            “Tu la Ma…umur baru masuk dua puluh tahun. Ngalahkan Along yang masih muda ni!”
            “Iye la…kamu tu bila nak kawen?”
Irfan Khalish telan liur. ‘Haik pe sepsis soalan ni…silap setting tul!’
            “Kan muda lagi…relax la dulu…”
            “Muda apanya. Daddy kamu, umur dua puluh enam tahun dah kawen. Kamu pulak masih lagi merantau.”
            “Still ada dua tahun tu…” Irfan Khalish selamba.
Encik Muhyidin pecah gelak.
            “Awak ni…menyokong pulak!”
            “Biarla, dia cari pengalaman dulu. Nanti dah tua, dah tak larat nak merantau jauh-jauh.”
            “…pelik betul syarikat kamu ni. Tiap-tiap tahun kena campak…”
            “Aii, Ma sejak bila kamceng dengan Nunu ni, copy paste sebijik ayat si Nunu!” Puan Irma tergelak.
Irfan Khalish yang masih mahu menyakat mamanya terdiam, bila melihatkan In’syi yang dah tercungap-cungap bak tak cukup oksigen tuk bernafas.
            “Kenapa ni?” Pa dan Ma serentak menoleh.
            “Kamu kenapa Nunu? Bila sampai?” Puan Irma kerut dahi.
Kelima-lima jari kanannya spontan diangkat ke depan, gaya tahan dari kena rempuh lori.
            “Bagi dia tarik nafas dulu.” Encik Muhyidin menyampuk pantas.
Hampir lima minit bertungkus lumus menormalkan balik jantungnya, In’syi segera menyalami kedua-dua parentsnya tak dilupakan si romeo…
            “Kamu duduk berapa orang?” ralit Puan Irma memerhatikan apartment anaknya.
            “Empat orang, semua student Malaysia…”
            “Bagus la macam tu…”
            “Ma ngan Pa sihat? Macam mana dekat sana?”
            “Amboi…Ma ngan Pa jer? Tak nampak ke Along yang handsome kat sini…”
            “Eh, laaa…Along pun mai ka!” gaya muka terkejut habis.
            “Jadi…jadi la Nunu…” Irfan Khalish pasrah, fonsel ditangannya di alih tumpu. ‘Sabao je la!’
Selesai membancuh air kopi, dia kembali ke ruang tamu.
            “Ma kat sini berapa hari?”
            “Tiga, Pa dah nak kena balik. Dah lama tinggalkan syarikat…”
In’syi angguk. “Si romeo tu…”
            “Katanya tengah cuti…” Irfan Khalish buat-buat pekak.
            “Semendang jer cuti! Buat rugi jer ambik jadi pekerja…”
            “Dengki!”
In’syi cebik bibir.
 
Ilyani terus masuk apabila salamnya tak terjawab. Baru kaki hendak memijak anak tangga pertama, kelihatan Mak Mah mula menuruni anak tangga dari tingkat atas.
            “Kenapa kecoh tu?”
            “Ilya…elok la kamu dah balik. Papa ngan Mama mengamuk tu…”
Kaki dah mula berlari ke tingkat atas.
            “Papa?”
Tangan Tan Sri Faizal yang hampir meyentuh pipi Akif terhenti.
            “What’s wrong? Akif…”
            “I’m standing with my decision…” kaki mula mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Seketika kedengaran hempasan pintu bilik.
            “Papa, kenapa? Ma?”
Tan Sri Faizal terduduk disofa.
            “Papa terjumpa offer letter from University of Melbourne…”
Ilyani mula faham kedudukan sebenar, punca kemarahan Papanya. ‘No wonder Papa mengamuk sakan…’
Ilyani mendaki anak tangga. Tombol pintu bilik Akif dipulasnya. ‘Naseb tak berkunci…’
            “Are you ok?”
Akif mencelikkan matanya sekilas, sebelum dipejamkannya kembali.
            “Rasanya tak terlambat untuk akak wish congrate for the offer that you get…”
Senyap.
            “…kalau tu yang Akif pilih, just go on. This is about your future, you deserve for it. Cuma a bit atrocious for Papa. You break your promise with him, and know you react like you never fault. It’s enough Akif…cukup la apa yang Akif dah buat kat Papa. Both of you make a mistake with each other. It’s not fair, when you just put all the blame to Papa…like just you a victim. Grow up…”
Nafas ditarik lembut.
“…lantak la Akif tak nak dengar or buat-buat pekak. Ni last akak cakap dengan Akif, and after this moment, you can feel great without my annoying voice. Kat sana, jaga diri elok-elok. Jangan lupa solat dan mengaji. If perlukan bantuan call jer akak…”
Akif masih statik dengan posisinya, sedikit pun tak beriak.
            “…don’t you want to congrate me?” Ilyani ketawa perlahan. “…like Akif pernah care pasal akak… Never mind.” perlahan dirinya bangkit dari duduk.
“Next month I will be married, insyaAllah. If akif rasa nak attend, my pleasure…” pintu bilik Akif tertutup rapat.

Saturday, May 14, 2011

Mahar Cinta


Seusai satu juzuk surah An Nisaa’ dihabiskannya, zikir memuji kebesaran-Nya mengalun lembut di bibirnya. Setitis demi setitis air mata keinsafan menodai pipinya.
            ‘Wahai pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini…berat ujian dari-Mu, namun ku pasrahkan segala-galanya pada-Mu. Tuhan…baru kini aku sedar, betapa indahnya nikmat sihat itu. Namun tak pandai aku bersyukur, dan kini pula…aku mengharapkan cinta-Mu. Kata-kata cinta terucap indah, mengalir berzikir di kidung doa ku…sakit yang ku rasa ini biarlah menjadi penawar kepada dosa-dosa ku. Butir-butir cinta air mataku teringatkan semua yang telah Kau berikan untukku. Ampuni khilaf dan salahku selama ini Ya Allah s.w.t. Tuhan kuatkan aku…lindungi aku dari putus asa. Jika ku harus mati, pertemukan aku dengan Mu…dan hanya pada Engkaulah ku sandarkan hidup dan matiku…’
……………………………………………
“Aryan!”
Nahar yang sedang berlari anak menuju kearahnya dipandang.
            “Kau nak keluar ke?”
            “Yup! Apsal?”
            “Dengan Amiza?”
Kepala dianggukkan.
            “Humm, nak kirim barang boley? Stok dah banyak kering…”
            “Ok. No hal!”
            “Nanti aku bagi senarai…”
            “Duit sekali…” kening kanannya dijungkit.
Nahar tersengih. “InsyaAllah…”
            “Amboi! Bab tu slow jer bunyi… Kay, ku gerak dulu. Ada kelas, nanti la bagi…”
Nahar mengangguk pantas. Aryan agak kelam kabut berlari ke tingkat empat, menuju ke kelasnya.

Melihatkan Ryan santai dikatilnya, Nahar mengambil peluang untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoaln yang sering bermain dibenaknya…
            “Ryan!”
            “Yo…” seketika Nahar dikalih pandang.
            “Dah berapa lama kau couple dengan Amiza…”
            “Dekat tiga tahun…”
            “Kau tak rasa apa yang kau buat ni salah…”
Kepalanya terus menala kearah Nahar. “Kenapa?”
            “Aku cuma agak pelik. Kau bukannya lelaki yang biasa-biasa… Maksud aku, dari segi ilmu agama. Kau bekas pelajar Maahad, dan sekarang bergiat aktif dengan persatuan-persatuan dakwah uni. Mungkin pandangan aku salah…tapi agak sukar bagi aku untuk memahami konsep hubungan yang kau jalinkan dengan Amiza. Aku tak nak menuduh dan menjatuhkan hukuman terhadap kau, sebab aku tak tahu keadaan korang. So tolong leraikan persoalan-persoalan aku, supaya aku tak berprasangka buruk dekat korang…”
            “Aku manusia Har…dikurniakan nafsu. Lagipun aku dengan Amiza dah cuba sedaya upaya untuk menghadkan perhubungan kitorang. Kitorang just jumpa bila perlu dan mustahak. Aku cuba elakkan perbualan ditelefon. Lagipun dia dah banyak berubah, lepas dia couple dengan aku. Kitorang saling mengingati… Bila aku dapat sesuatu ilmu aku sms dia. Begitu juga dia…”
            “Kalau kau tak keberatan, aku ada beberapa lagi soalan…”
Aryan menganggukan kepalanya.
            “Memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yang ke 32: "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Bukankah perhubungan korang merupakan satu langkah menghampiri zina?”
Aryan terkelu.
            “Kau tak perlu jawab sekarang. Aku teruskan…”
Dan dia hanya mengangguk.
            “Memang betul niat korang baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, dan yang haq tetap haq. Bagaimana dengan makna ayat ni? Surah Al-Anakabut,; 38 “Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah s.w.t), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”
Dari segi pemahaman aku, syaitan telah buat korang pandang indah benda buruk yang korang lakukan. Walaupun korang berpandangan tajam, maksudnya korang berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat korang baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat korang terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, ‘diantara kedua mesti ada yang ketiga’…
Dalam Riyadahus Solihin bab larangan melihat wanita, Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun korang buat, korang tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Lama Aryan membisu. Bait-bait kata Nahar terngiang-ngiang dibenak.
            “Aku tahu kau mampu menyelam sampai ke dasar persoalan-persoalan tu...kerana aku bukan berbicara dengan seorang budak hingusan yang akalnya masih lagi cetek, aku bukan berbicara dengan mat-mat rempit yang hanya bertuankan nafsu duniawi mereka…aku berbicara dengan seorang yang tinggi ilmu didadanya. Baik dari segi ilmu agama dan ilmu duniawi…
            Kau berpotensi untuk menjadi pemimpin. Hijrahkan dirimu untuk persiapan jihad mu. Biarlah dakwah mu disegani kerana keperibadianmu mengikut jalan-Nya. Jangan dicemari kesucian dakwah dengan mengotorinya dengan perbuatanmu. ‘Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah s.w.t tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.’ (surah Ar-Ra'du; 11.)
            Kata-kata Ulama Salaf: Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.’” Bahu Aryan ditepuknya lembut sebelum dia hilang dibalik pintu bilik.
………………………………………………………….
Kenangan itu hampir setahun berlalu, namun kesannya masih terpahat kukuh diingatannya. Satu keputusan yang cukup berat untuk dilakukannya. Dia hampir tewas, mujur iman didada menjadi tugu kekuatan. Untuk melafazkan perpisahan bukan sesuatu yang mudah. Ia melibatkan satu jiwa, perasaan dan hati. Namun siapalah aku untuk menidakkan segala kebenaran-kebenaran kata-kata peringatan dari sahabatku, Nahar.
Berbekalkan secebis niat untuk berjihad fisabilillah, aku memutuskan perhubungan aku dengan Amiza, setelah aku meminta pandangan ustazku.
            “Pasal dia, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ustaz yakin, dia tidak akan buat perkara-perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri.”
Kini, dia mampu berdiri tenang. Hanya menghitung detik-detik kematiannya yang bakal tiba bila-bila masa. Saat dia berhijrah dari kesilapannya, dia diuji dengan disahkan mengidap penyakit barah otak…yang kininya sudah diperingkat akhir. Siapa tahu perancangan-Nya… Namun dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk membetulkan khilafnya, sebelum dia pergi meninggalkan bumi yang fana ini untuk menemui pencipta-Nya.
            “Aryan…”
Bahunya disentuh lembut oleh si Ibu.
            “Ye bu…” senyuman dihadiahkan buat Ibunya.
            “Dah makan ubat?”
Kepalanya dianggukan.
“Abah tanya Aryan nak ikut ke ceramah Ustaz Hanafi kat Masjid Imam Shafie tu?”
            “Kalau tak menjadi keberatan untuk ayah dan ibu…”
Puan Hamidah menahan sebak. “Kamu tak pernah menjadi bebanan Ibu…malah Ibu yang berhutangkan jaminan Allah s.w.t disana kelak…” anaknya ditarik ke dalam pelukan. ‘Engkau berikanlah kami kekuatan Ya Allah…’
…………………………………………………………..
Di suatu petang yang cerah…
            “Ibu…” Puan Hamidah yang ralit mengupas ubi didepannya, ditatap penuh kasih.
            “Ye sayang…”
            “Nanti kalau Nahar dah balik, dan dia cari Aryan…kalau time tu Aryan dah tak de…Ibu bagi buku-buku dan laptop Aryan dekat Nahar ye…”
Puan Hamidah memandang anaknya. Air matanya cuba ditahan dari mengalir. ‘Tabahkan diriku Ya Allah…ini hanyalah secebis dari  ujian-Mu buatku…’
            “InsyaAllah nak…” senyuman diukirnya walau pahit.
Aryan masih menatap raut wajah ibunya. ‘Moga wajahmu sentiasa bersemadi dihatiku…’
            “Ibu…walaupun ibu tak sekuat Masyitah yang terjun penuh keyakinan bersama bayi kekuali yang mendidih…Ibu cukup kuat dimata Aryan, kerana yakin pada ujian AllAH s.w.t. Terima kasih Ibu untuk tidak mengalirkan air mata, terima kasih kerana redha dengan ketentuan-Nya ini…
            Biarpun Aryan akan pergi jauh…Ryan tak kan pernah mati dalam hati Ibu. Doakan Aryan selamat disana. Ibu ampunkan dosa-dosa Aryan, andainya pernah Aryan menghiris hati Ibu. Aryan mengharapkan Restu Ibu kerana disitulah  letaknya kunci syurga Aryan…”
Aryan kemas dipelukan Puan Hamidah.
            “Ibu halalkan segala-galanya. Doa Ibu mengiringi pemergianmu nak… Usah bimbang, bersemadilah dengan tenang disana…”
Aryan tersenyum dalam pelukan ibunya.
            ‘Kasihanilah Tuhan ibuku yang telah melahirkan diriku ini, bagaikan kasih ibuku sewaktu kecilku. Moga bahgia ibuku di dunia dan di akhirat sana. Ibu…Kasih sayangmu sungguh bernilai. Itulah harta yang paling terindah yang engkau berikan kepadaku...’
Seusai solat Mahgrib berjemaah, Aryan duduk disisi ayahnya. Suara garau ayahnya membacakan kandungan kitab, menusuk lembut ditelinganya. ‘Abah, moga suaramu terpahat kukuh diingatanku…’
Selesai satu bab kitab dibacanya, Aryan yang duduk disebelahnya dikalih.
“Kamu macam mana hari ni?”
“Alhamdulillah Bah…”
Encik Ariffin tersenyum.
“Abah…terima kasih untuk segala-galanya. Terima kasih kerana memberikan semangat kepada Ibu. Ibu kuat dengan adanya Abah. Walaupun Aryan tak pernah tengok Abah mengalirkan  air mata, tapi Ryan tahu hati Abah. Tak terhitung jasa dan budi Abah untuk Ryan balas…
Hari ni, biarlah bibir Ryan berbicara di telinga Abah, kerana meluahkan itu lebih bermakna…
Disebalik ketenangan Abah yang seolah-olah tiada keresahan Ryan tahu Abah bimbangkan diri ini. Setiap kali Ryan melukakan hati Abah kerana keterlanjuran kata, Abah tak pernah tinggalkan Ryan sendirian. Saat Ryan berduka, Abah peluk tubuh ini dengan penuh pengertiaan. Di saat Ryan putus asa dengan takdir-Nya, Abah setia menyemai erti kekuatan dengan kata-kata azimat yang menyalakan semangat Ryan. Restu dan doa Abah sentiasa mengiringi Aryan.
Abah, semua kasih sayang yang Abah curahkan walaupun kadangkala dikaburi dengan ketegasan…namun Aryan tahu kasih Abah tak terbanding. Kasih itu akan sentiasa tersemat dihati. Halalkan segala salah dan khilaf, makan dan minum Aryan…”
Tangan tua ayahnya dicapai lalu diciumnya. Encik Ariffin terus menarik anaknya ke dalam pelukannya. Air matanya gugur membasahi pipinya. ‘Ya Allah, Engkau redhailah pemergiaannya…tempatkan dia dikalangan orang-orang soleh. Kau ampunilah segala dosa-dosanya…’
…………………………………………………
Selepas Aryan diselimuti, dahi anaknya dicium lembut.
            “Ibu…”
“Yer sayang?”
“Tolong sampaikan surat ni untuk Amiza nanti…”
Puan Hamidah mengangguk.
“Ibu...kalau Aryan dah tak de, Ibu janji jangan menangis yer.”
Kepalanya diangguk, tak mampu membalas kata-kata anaknya.
“Kalau Ibu menangis, Aryan tak kan tenang kat sana…walaupun Ibu tak menangis, Aryan tahu Ibu sayang Aryan…”
“InsyaAllah nak…” kepalanya dianggukan berulang kali, memberi keyakinan pada si anak.
Dia tersenyum penuh tenang. Raut wajah tua ibunya ditatap penuh kasih.
“Terima kasih Ibu…”
Puan Hamidah melangkah berat, Aryan yang mula lena di renung buat seketika. ‘Andai sudah tiba masanya Ya Allah…redhakan lah hatiku dengan pemergiaannya. Dari-Mu dia datang, pada-Mu dia kembali. Engkau peliharalah dia, dan tempatkan dia dikalangan orang-orang soleh…’
……………………………………………………………………………..
“Dah, awak dah kejutkan Aryan belum? Saya dah nak solat ni…”
“Saya dah kejut tadi. Kejap saya jenguk…”
“Assalamualaikum…Ibu, Abah.”
“Waalaikumusalam…” kedua-duanya menjawab serentak.
“Elok la kita mula…” Encik Ariffin mengimamkan solat Subuh mereka.
Seusai bacaan doa suaminya, Puan Hamidah memandang Aryan yang masih sujud ditikar sejadahnya.
“Bang, dari tadi lagi Aryan sujud…”
Mendengarkan suara si isteri, Encik Ariffin pantas menoleh kearah Aryan disisinya. Dia mula menghampiri Aryan. Puan Hamidah dah menarik nafas, ada air mata yang bergenang ditubir matanya.
“Innalillah wa inna ‘ilayhi raji’un…” Encik Ariffin tenang.
Puan Hamidah mengucap perlahan. ‘Subahanallah…’ Tiada air mata yang membasahi pipinya. Itu lah janjinya dengan arwah. Alunan Yassin mengalun lembut dibibirnya, sementara suaminya menguruskan jenazah dengan hujan yang mula turun mencurah-curah ke bumi. Seakan-akan mengerti kesedihan yang dirasai sekeping hati miliknya.
‘Pergilah wahai anakku. Sudah sampai waktunya engkau menunaikan janjimu dengan-Nya … Tenanglah engkau disana…’

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.
 Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Setiap hari pasti ada orang yang meninggal dunia. Setiap hari pasti ada orang yang ditanam di dalam kubur. Dan setiap hari pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah kehidupan dunia ini. Yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Yang hidup pasti akan mati. Kita di atas dunia ini hanyalah seperti seorang musafir yang berhenti sebentar di sebuah kota. Dan sebentar lagi kita akan meneruskan pelayaran kita ke alam barzakh. (Maasyiral Muslimin rahimakumullah.)
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman…
.....................................................................
Selesai bacaan surah Yassin, dia menabur kelopak-kelopak bunga di atas pusara. ‘Tenanglah engkau disana wahai sahabat…’ Kaki mula melangkah meninggalkan pusara Aryan Ariffin, yang telah disemadikan pada 16 Rabiulawal 1430H.
Surat yang diberikan Puan Hamidah dicapainya. Lama surat itu direnungnya. Tulisan pada surat ‘Khas buatmu, sahabatku Amiza Adnan…’ disentuhnya lembut.
Nafas ditarik, mencari sejalur kekuatan. ‘Bismillahirrahmanirrahim…’
            Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Amiza Adnan, maaf kerana aku pergi hanya dengan sebuah kata-kata. Saat itu, aku tak punya kekuatan…saat itu aku masih kosong dan masih tercari-cari, lantaran itu aku tak mampu memberikanmu penjelasan disebalik keputusan yang aku buat.
Hampir setahun aku mula mencarinya…dan terima kasih untuk sahabatku Nahar kerana membuka mindaku.
Amiza Adnan….
Aku bukanlah seorang lelaki yang baik untuk menjadi imammu. Aku telah memacumu ke lembah maksiat yang telah mencampakkanmu kearah kebinasaan dirimu. Aku tak mampu mendidik mu menjadi permata kerana aku telah meletakkan mu di lembah kaca. Aku tak mampu menjadikan mu bidadari yang mengejar ukhrawi kerana aku telah menenggelamkan mu di lautan duniawi…Maafkan aku diatas semua khilafku. Keampunanmu aku harapkan…
Amiza Adnan…
Engkau seindah-indah ciptaan Allah s.w.t…
Peliharalah dirimu,
Jangan pernah lagi menitiskan air matamu hanya kerana seorang 'lelaki'.
Titiskan air matamu kerana menangisi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosamu...
Titiskan air matamu kerana kerinduan yang mendalam kepada DIA, Allah s.w.t dan Rasulmu Muhammad s.a.w.
Titiskan air matamu kerana mengharapkan kebaikan untuk kedua-dua ibu bapamu,
Titiskan air matamu kerana ujian-ujian yang diberikan-Nya.
Sesungguhnya hanya itu yang layak ditangisi air matamu…

Wahai hawa…
Tutuplah auratmu dari pandangan buas durjana…
Jangan engkau mudah menabur cinta duniawi, sebaliknya kau titipkanlah buat zaujmu kelak.
Jadilah engkau bidadari yang sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi…
Asuh lah sifat keibuan didalam dirimu, supaya kelak zuriatmu penuh dengan kesantunanmu.
Jagalah kata-katamu, kerana itu menunjukkan kau wanita yang berhemah.
Jadilah engkau seorang yang berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri…
Jadilah engkau wanita yang pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah…
Jadilah engkau seorang yang berfalsafah, kerana itu simbol mar’afatonah.

Wahai hawa…
Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah hati dengan taqwa sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa, hiasi peribadi dengan sifat mahmudah agar kelak tidak dipandang rendah dan lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. HAWA…meski kau dicipta daripada rusuk Adam yang bengkok, namun ada ketika tanganmu yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia dan mencipta sejarah. Kelak engkau bakal menghuni al-Firdausi…

Ketahuilah wahai hawa...lelaki yang soleh itu, tidak akan mengambil apa yang bukan haknya. Dia menjaga dan melindungi dirimu dengan menjaga pandangan matanya. Dia mendoakanmu disetiap solatnya. Dia memohon dan meminta keredhaan-Nya terhadapmu. Bila dia mula merinduimu, dia memohon petunjuk dan pelindungan daripada Allah s.w.t. Bila dihatinya mula terbit rasa kasih,rasa cinta, dia bersujud kepada-Nya. Setelah dia yakin dan diberikan petunjuk oleh-Nya, dia menyuntingmu sebagai surinya...dan CINTA mula disemai dan dibajai dengan berlandaskan agama islam dan keredhaan Allah s.w.t.

Amiza Adnan…
Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri sendiri…
Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah s.w.t…
Cintakan bunga, bunga akan layu. Cintakan manusia, manusia pasti mati. Cintakan Allah s.w.t, kekal selama-lamanya…

Amiza Adnan…
Tak terlambat kiranya untuk engkau menghijrahkan dirimu. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Zumar,39:53 ; ‘Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t, kerana sesungguhnya Allah s.w.t mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Mungkin aku tak dapat menebus segala dosa-dosa aku terhadapmu… Aku sentiasa mendoakanmu, moga-moga pintu hidayahmu terbuka. Maafkan aku sekiranya tindakan ku kejam. Aku Aryan Ariffin, hanyalah seorang insan yang lemah yang dipenuhi dengan noda-noda dosa.

Jangan pernah pemergianku ditangisi, kerana aku tidak layak untuk itu. Jangan pernah engakau menyesali, kerana kau tiada salah denganku. Bangkitlah wahai sahabatku…al-Firdausi menantimu disana.

Wassalam…
………………………………………………………………………………

Pipi yang basah dengan air mata dibiarkannya. ‘Keluarlah…tangisilah noda-noda dosa lalu. Betapa kerdilnya diri ini Ya Allah s.w.t…’
            ‘Bangkitlah Amiza Adnan!’
Mukanya diraup lembut. Kaki mengorak langkah menuju ke tandas. Seusai mengambil wudhuk, dia tenggelam dalam kekhusyukan mengadap Ilahi. Di hamparan sejadah dia bertelaku, bertasbih memuji Ilahi.
            ‘Ku memohon dalam sujudku pada-Mu Ya Allah... Ampunkanlah segala dosa-dosa dalam diri ini. Ku percaya Engkau bisa meneguhkan pendirianku dan keimananku. Ya Rabbul Izzati, Engkau satu cinta yang selama ini aku cari. Walau seribu rintangan yang menghadang dalam diri, akan ku teguhkan hati ini. Dan hanya pada-Mu ku pasrahkan hati ini. Ya Allah s.w.t, selamatkanlah hambamu ini dari segala fatamorgana dunia. Ya Allah s.w.t... jauhkanlah hambamu ini dari hidup yang sia-sia…
Ya Rabbul Izzati, sekian lama aku mengembara mencari cinta. Terperosok aku dalam perangkap rindu yang bersulamkan kata-kata palsu. Pedih jiwaku, gersang ragaku. Tapi aku tak pernah berhenti mengharapkan cinta-Mu, kerana aku tahu cinta sejatimu adalah musim semi dalam jiwaku.

Terima kasih Ya Rabb, kerana Kau mendidik aku dalam kealpaan mimpi lenaku. Dan kini, Kau dakap aku dalam belaian tarbiyah yang banyak mengajarkan aku tentang mak’rifat-Mu. Tak sanggup ku bendung air mata keharuan atas belaian-Mu ini. Kerana aku tahu, tidak semua hamba-Mu, Kau perlakukan sama seperti aku. Terhurai sudah tirai kelam yang sentiasa menyeret langkahku menjauh dari-Mu, sungguh aku bersyukur atas semua ini.

Aku sedar tidak sama pejuang dengan penghalang…kembali aku teringat sebait doa yang pernah ku lafazkan, tentang sebuah janji yang telah ku ikat, tentang azam yang kutanam dan juga segala amanahku. Mengingatkannya, semakin kuat dan kukuh keazaman untuk kakiku melangkah. Ternyata tanggungjawab itu besar berada dibahuku...

Ya Muhaimin, untuk yang kesekian kalinya, ku ucapkan terima kasih yang tak terhingga, atas segala cinta dan pelabuhan rindu-Mu. Dalam pangkuan-Mu, terhimpun seluruh kekuatanku, dengan kekuatan itu tanganku memainkan melodi, mulutku menyanyikan lagu syurgawi. Izinkanlah ya Allah s.w.t untuk aku menjadi penyambung cahaya-Mu yang tiada pernah pudar…
Engkau tempatkanlah roh Aryan Ariffin dikalangan orang-orang soleh... Amin ya rabbal alamin.’
………………………………………………..
Nahar hilang di kejauhan awan dilangit…
            ‘Sahabatku Aryan Ariffin…amanatmu telah aku penuhi. Berbanggalah sahabatku atas jihad yang engkau tinggalkan…dan ia akan terus berkekalan walaupun ditelan masa. Aku merinduimu…aman lah engkau disana.’
Lamunanya dikejutkan dengan ketukan kecil dipintu biliknya.
            “Assalamualaikum, Encik Nahar?”
            “Waalaikumusalam…Ada apa Manan?”
            “Kita mendapat respond yang baik untuk jualan buku-buku karya arwah Aryan…”
            “Alhamdulillah…” bibirnya tersenyum gembira.
            “…dan separuh dari hasil jualan buku, dah didermakan ke rumah anak-anak yatim Darul Aryan. Puan Amiza menjemput Encik Nahar ke Darul Arya esok. Sempena sambutan Maulidur Rasul…”
Encik Nahar menganggukan kepalanya. “InsyaAllah…Terima kasih banyak-banyak Manan.” Tangan Manan dijabatnya.
            “Sama-sama…”
……………………………………………………….

“Jika aku menyembah-Mu kerana takutkan api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” (Rabiah Al Adawiyah)
“Cintailah Allah kerana nikmat yang dianugerahkan kepada kamu, cintailah aku kerana cinta kamu kepada-Nya”. (HR. Tirmidzi dan Al-Hakim)

Mahar cinta-Mu Ya Allah s.w.t….