Tuesday, December 27, 2011

Berjuang itu pahit...kerana Syurga itu manis...~



Bumi Tunisia... 
Jantung revolusi keIslaman,
kini bangkit bergema...
Takbir Kebesaran-Nya bergema megah,"La ilaaha illallah, Al-Khilafah wa'dullah"!!
Ribuan kaum Muslim berdondong meghadiri aula,
panji-panji Rasulullah s.a.w berkibar lantang,
tumbangnya para penguasa rezim!
"Allahuakbar!!!"


Si jalanan yang celik dan tidak berhati buta,
kini bangkit..
Turun ke jalanan penuh semarak obor jihad,
kezaliman rejim Hosni tergugat...
Islam kembali gemilang penuh rahmat menaungi umat Islam,
dari hujung timur ke hujung barat muka bumi...
InsyaAllah...hanya sedetik lagi!


"Berjuang itu pahit...kerana Syurga itu manis..."

Dibumi barakah bernama Palestin...
lahirnya mereka menjadi insan yang hebat...
al-Qur'an dan al-Sunnah dijunjung tinggi,
lantang bersuara pada sebuah kebenaran yang hakiki,
tidak gentar walau geriji besi peneman diri,
tidak serik walau berkali digugat...
Galak bak rambo,
lasak panas dan sejuk beku...
Dibuang daerah,
cuba dibom...
Walau anak jadi taruhan,
kata serik tak pernah menjadi titian bibir...
Bukan menang yang menjadi dambaan,
kerana syahid yang menjadi impian...
KAU cucurilah rahmat-Mu ke atas mereka Ya Rabbi...
[Dr.Abdul Aziz Rantisi, Syeikh Ahmad Yassin, Abdul Fattah Dukhan, Muhammad Syama', Dr.Ibrahim al-Yazur, Isa an-Najjar dan komander Salah Syahadah]


 "Berjuang itu pahit...kerana Syurga itu manis..."

Walau mata tak celik,
namun lafaz katanya mampu menggoncang pentas pidato dan mimbar Jumaat!
Sedang si zalim yang garang bak singa diam terbisu...

Syeikh Abdul Hamid Kisyk nama diberi...
kerana kelantangannya bersuara,
penjara besi jadi peneman...
Walau berkali dijatuh salah,
erti kata putus asa tak pernah menyapa diri...
lantas pada semarak jihad yang berkolong didada,
masjid dibina dari titik peluhnya...
lantas, lahirnya para mujaddid yang celik dalam terang...

Dia insan bertuah...
Walau lahirnya dalam kegelapan,
namun hatinya tak buta pada kebesaran-Nya...

Pada sujud kedua..solat sunat,
dia kembali ke sisi Kekasihnya...
Allahuakbar...!
Moga Kau tempatkan dia disisi-Mu Ya Rabbi...


"Berjuang itu pahit...kerana Syurga itu manis..."

Hassan al-Banna...
sebaris nama yang mashyur.
Bukan kerana ketampanan wajahnya,
tidak jua kerana kekayaan harta miliknya...

Mashyurnya dia...
pada ketampanan pekertinya...
Mashyurnya dia...
pada kekayaan akalnya...
Mashyurnya dia...
pada kerendahan dirinya...

Walau pemergiannya kian usang dek panas,
namun dia tetap hidup dihati para mujaddid...

Pada nukilannya,
coretannya bercerita penuh hikmah...
Pada setiap baris katanya,
tak pernah lekang mengagungkan kebesaran Allah azajawala...
"Subahanallah...hebatnya semarak jihad didadanya..."

Detiknya 12 Februari 1949,
syahidnya beliau pada sebuah tembakan pengecut si zalim!
Langit suram penuh sayu...
Hilang lagi sebutir permata-Nya...

"Berjuang itu pahit...kerana Syurga itu manis..."


Wahai Ikhwan!
singkaplah sirah Nabawiyyah...
kenali dan cintainya...
nescaya untuk sesaat,
masamu tidak akan terbuang untuk perkara sia-sia... 

Pesan Hassan al-Banna,
kamu harus menjadi orang yang banyak bekerja,
bukan orang yang banyak bercakap dan bertengkar...
kerana satu-satu kaum bila mendapat petunjuk dari Allah s.w.t,
mereka diilhamkan untuk bekerja...
Sedang satu-satu kaum itu sesat setelah mendapat petunjuk,
adalah kerana mereka banyak bertengkar dan berbalah...


 "Berjuang itu pahit...kerana Syurga itu manis..."

Walau mereka jauh nun dikampung barzakh...
perjuangan mereka tetap masih berdarah...!
Alunan suara takbir mereka,
seakan terngiang penuh marak...
Bait kata mereka tetap hidup berterbangan diseluruh pelusuk bumi...

Sedang kita masih hanyut di lautan alpa...
sering diperbodoh, namun tetap tinggal diam tak bersuara...
Bilakah bara jihad kan bangkit bersuara?
Bilakah insan yang lemah kan terbela?
Bilakah tangisan lumuran darah itu kan terhenti?

Wahai Ikhwan...
hati mereka tak pernah henti berharap...
dalam tangisan doa,
kehadiranmu mereka nanti penuh syukur...

Pada sebuah kata 'Cinta',
kau tersungkur rebah...
Bagaimana untuk kau tagih syahid di medan sana...?
Sedang kini jihadmu sudah terkulai layu pada bisikan nafsu dan desakan hatimu...

Benar...
fitrah manusia itu memerlukan cinta...
Namun ingatlah wahai Ikhwan...
cinta kalau tak dipagari dengan batas,
kau akan terbabas dek kelalaianmu mengemudinya...

Fahami hikmah disebalik anugerah-Nya itu,
diberikan kau rasa cinta,
bukan untuk kau puja...
tidak untuk kau bicarakan...
bukan jua untuk kau angankan...
kerana DIA anugerahkan cinta itu,
untuk kau semai dan mengenali-Nya,
agar kau mencintai-Nya...


Pohonlah pada-Nya ketetapan hatimu...
moga DIA suluhkan cahaya-Nya...
agar bara api yang sekian lama malap,
kembali membara membakar api jihadmu...

Benar... 
"Berjuang itu pahit...kerana Syurga itu manis..."

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur'anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

Allah s.w.t adalah tujuan kami,
Rasulullah s.a.w teladan kami,
Al-Qur'an pedoman hidup kami,
Mati di jalan Allah (syahid) adalah cita-cita tertinggi kami...

Bangkitlah sebelum terlambat,
berpatahlah sebelum ajal tiba,
kerana seguris luka dijalan Allah s.w.t...
kan menjadi saksi pengorbananmu...


Dazz 241211.

Credit to Rusydee Artz,
http://selamattinggal.blogspot.com/2011/01/berjuang-memang-pahit-kerana-syurga-itu.html

No comments:

Post a Comment