Saturday, November 19, 2011

Mahabah Rindu





Jam ditangan dikerling berulang kali. ‘Argh…mati la!’ Langkah dipercepatkan. Beg yang hampir terlurut dari bahu, ditarik letak kembali.


Tangga dilangkau. Mata tepat dipintu yang terkuak dari dalam.


“Laparnya…”


“Jom kafe!”


Dalam bingit suara yang kedengaran, mata tepat terpaku pada sesusuk tubuh yang melintas pantas, tak bersuara, tak peduli alam sekeliling, melangkah dicelah-celah ratusan pelajar yang berpusu-pusu. ‘Masih sama, tak berubah…’
Asakan dan bingit bunyi pintu menggesa kaki meneruskan langkah. Perlahan dada yang bergetar diusap lembut.
************
“Nak balik terus?”


Kepala diangguk. Tangan pantas menyumbat buku ke dalam duffel bag.


“Tak nak pi makan?”


Meja ditolak ke atas. Botol mineral dicapai, duffel bag disangkut ke bahu kiri.


‘Mesti minah ni sumbat punya…’


Tangan dilambai ke muka Jaz. Jari telunjuknya tepat menunding ke telinga. ‘Eh?’


Jaz tarik sengih. Butang paused diraba. Kening kanan diangkat tinggi. ‘Nape?’


“Penat jer cakap ngan kau… Tak nak pi makan ke?”


Jam ditangan kiri dikerling. “Tak.”


“Ok. Jumpa esok.”
“Okie. Adios.”
*************
“Woi bro!”


E’qey terngandah. Kertas ditangan melayang menyembah lantai.


Edy ternganga. Dahi dah berkerut tiga lapis. ‘Pe hal mamat ni…’


“Err…kau kenapa bro?”


“Hah?” Edy dipandang bingung. Sisi kepala digaru. Seketika dia berdehem kecil. “Apesal?”


“Kau ok?” Bahu E’qey dipegang kejap.


Spontan E’qey meledakkan tawa. Kerusi ditolak, kertas dilantai dikutip.


‘Pe hal mamat sekor ni!’ “Woi! Kau demam ke hape…pelik dua macam je aku nengoknya…”


“Aku nak mandi.”


“Hah?” Mata membulat di muka jam. “Sekarang?”


“Aah.” Badan hilang dibalik pintu almari.


‘Sah, budak ni buang tebiat!’


“Cu citer, apesal kau buang tebiat ni! Pukul 12 tengah malam, tetiba nak mandi segala magai ni…”


Dahi berkerut. ‘Dah pukul dua belas ke… Haisyeh!’ “Panas la bro!”


‘Panas?’ “Warghh!” Rambut dikepala ditarik kuat. ‘Karang aku yang sewel sama!’ “Lantak kau la. Aku blah dulu!”


Pintu bilik ditutup kuat.


Badan segera dilontar ke katil. ‘Apesal dengan aku ni! Arghh semak!’ Dahi dipicit lembut. 
Keluhan terlepas dari ulas bibir.
**********
Jejari berlari laju dipapan keyboard. Sesekali mata hilang dibalik helaian buku. Kaca mata yang melurut dihidung ditolak ke atas.


“Jaz…”


Kepala masih tegak diskrin lappy.


Bahu Jaz ditolak lembut.


“Omoo!”


Dian tergelak. Kepala digeleng lembut. “Kak Aimi…”


Kepala pantas dikalih ke pintu. Bibir spontan tarik sengih. “Sori…”


“Macam biasa la kan!” Aimi melangkah masuk.


“Apesal tak mesej nak mai.” Mouse dilari ke sudut kanan ikon ‘save’.


“Macam la kau perasaan…” Suara dileretkan. Muka dah serius habis.


Bibir bawah digigit. “Sori…”


“Tara hal la. Ni…jadual game.”


“Dah keluar?” Mata membulat.


“Esok dah start game. Bertambah la busy…”


Mata masih melekat dihelaian kertas.


“Esok kau habis kelas kul berapa?”


“Lima.”


“Kumpul sekali la…”


“Okie.”


“Aku blah dulu la. Sambung la kerja kau tu. Volume tu bagi naik lagi, senang aku nak bom 
bilik kau nanti…” Selipar jepun disarung ke kaki.


“Ha ha ha! Ishk, merempat la aku nanti…” Juntaian rambut didahi ditiup kuat.
**********
Fonsel yang berdering kuat, dicapai malas.


“Yup?”


“Kat mana bro?”


“Bilik.”


“Lorr…turun la. Kitorang dah nak gerak ni.”


“Aku ada hal. Korang lepak la.”


“Kau biar betul bro?” Kaki mula menjauh dari bingit suasana.


“Kau ajak Kerol la. Kunci kereta aku ada dengan dia. Chow.”


Fonsel dipandangnya lama.  ‘Haik?’
***********
Bahu yang terasa sengal, menghentikan larian jemari dipapan keyboard. Jam loceng disisi meja dijeling pandang. ‘Mak aih, dah pukul dua pagi!’ Kepala spontan dikalih ke kanan. ‘Dah tido pun rumate terchenta…’ Kepala dicondong ke kanan. Jejari mula memicit bahu yang dah mengeras. Lappy di log off, ‘Enough for today!’


Kaki dihala ke tandas. Berus gigi dicapai. Dengan gerakan malas, berus mula berlari dicelah 
gigi.


Sejadah dihampar perlahan. Telekung disarung. Tubuh berdiri tegak mengadap kiblat. Mata dipejam rapat, ‘hamba-Mu ini datang melerai rindu Ya Ilahi…’


Di keheningan pagi, diri hina kembali tunduk sujud, demi memohon secebis keampunan-Nya…


‘Pada damainya pagi-Mu, hati yang sesak kembali lapang. Jiwa yang kacau, kembali tenang. Penat yang merantai, hilang ntah ke mana…Maha Agung-Mu Ya Allah s.w.t…


Dalam sesaknya dunia yang bernama sebuah kehidupan, hati sering berbisik sendirian… ‘Alangkah indahnya, andai saat, dan detik ini tak berlalu pergi…’


Saatnya matahari terbit diufuk Timur, kaki mula melangkah. Jasad hiba sendirian, takut untuk menjalani hari…sedang usia makin berkurang, namun dosa tak henti bertambah…’


Dalam syair indah zikirullah-Mu, hati menangis hiba…


                ‘Ya Tuhan, sungguh aku rindu pada-Mu…jangan biarkan diri ini terkorban pada palsu dunia-Mu, aku pohon Ya Illahi. Ya Rabbul Izzati, cinta-Mu tak pernah layu disudut hati ini…tiada lain yang ku damba melainkan cinta Agung-Mu…
**********
“Kau kenapa?”


Senyap. Bisu.


Edy mengeluh kuat. “Berapa lama kau nak duduk macam ni?”


Kepala digeleng. Rambut yang kusut diraup kuat. “Dah hampir dua tahun…aku masih tak mampu!”


Air mata yang membasahi pipi E’qey mengundang bingung dibenak. Pertama kalinya dia melihat air mata seorang lelaki yang menjadi ribuaan rebutan pelajar perempuan, air mata seorang lelaki yang punya segala yang menjadi dambaan manusia…


“Walau berkali aku menidakkan rasa ini, hati ini makin parah. Walau berjuta wanita yang aku pandang, dia tak pernah kalah…” Bibir melepaskan tawa. “Macam mana dia boleh kalah…sedang dirinya terkunci kemas dalam bekasnya…”


Edy telan liur. ‘Ni memang kes parah, bukan cobaan lagi…’


“Kau bagitau aku, siapa yang aku nak selama ni tak dapat?” Edy dipandangnya tajam.


“Err…” Sisi kepala digaru.


“Dengan kelulusan al-Azhar aku, dengan harta mak bapak aku, dengan rupa yang sempurna ni…aku tak pernah gagal memiliki apa yang aku nak…”


Muka diraup payah.


“…sedang dia, pandang aku pun tak pernah…” Air mata laju menuruni lekuk pipi.
“Siapa perempuan tu?”
**********
“Assalamuallaikum…”


Kepala diangkat dari beg. “Waalaikumusalam.”


“Mia Jazlin?”


Kepala diangguk.


“Kak Zetty...”


Bibir tarik senyum.


“Boleh akak cakap dengan Jazlin?”


Jam ditangan dilihat. “Ada apa ya?”


Zetty tersenyum. Kerusi disebelah Jaz ditarik.


“Dah berpunya?”


“Huh?” Mata spontan membulat.


Zetty tergelak kecil. “Orang lawa macam Jazlin, tak kan solo kan…”


“Err…” Hujung tudung ditiup kuat. “Tak. Just tak pernah lagi kena shoot dengan soalan 
sepsis dua alam macam ni…”


“So?”


“Akak nak pinang saya ke?” Kening dijungkit tinggi.


“Hah?”


Seketika Zetty tergelak. ‘Nice!’


“Kenal E’qey?”


Kepala digeleng. Mata tepat diwajah Zetty.


“Dia dah lama minat kat Jazlin…”


“Huh?”


“Jazlin langsung tak perasaan sesapa yang pernah tengok, or renung Jazlin?”


Bahu dijungkit pantas. “I’m here to study…” Bibir tersenyum manis.


“Ouh…”


Beg tangan diselongkar. “Ni E’qey…”


Dahi terus knitted.


“Kenal? Dia satu batch dengan Jaz…”


Jaz tarik sengih. Kepala digeleng laju.


“Cuba tengok betul-betul.” Gambar E’qey ditolak kembali ke arah Jaz.


Nafas ditarik. “Kenapa dengan dia?”


“Dia minat kat Jaz.”


Jaz yang ralit merenung ke depan di pandang tak lepas.


“Lumrah lelaki…”


“Dah hampir dua tahun dia simpan perasaan…”


“Mungkin dia salah orang. Maaf, saya balik dulu.”


“Jaz dah ada pakwe?”


Zetty dipandang. “InsyaAllah tak kan ada…”


“Kenapa?”


“Tiada perhubungan yang halal antara lelaki dan perempuan sebelum akad…”


Zetty terkedu.


“Saya balik dulu. Assalamuallaikum.”


“Kau bukannya alim mana pun…”


Langkah kaki terhenti.


“Edy!”


“Ramai perempuan kat sini yang gilakan si E’qey…diorang lagi baik dari kau. Pakai tudung 
labuh, berjubah, sekolah agama… Aku pun hairan apa yang si E’qey pandang sangat kat kau. Nak kata solehah biasa-biasa ja aku tengok…”


Tubuh dipeluk angkuh. Menunggu letusan bicara dari ulas bibir Jaz.


Hujung bibir ditarik. “Dah habis?”


Kening kanan sedikit terangkat. Zetty telan liur. Raut Jazlin dipandang cemas.


“Kadang persoalan, tak semestinya terjawab. Sebegitu juga bibir yang meletus tawa, kadang tak bersebab…” Tawa kecil terletus dari ulas bibir. “Terima kasih atas teguran encik. 
Sejujurnya agak menyentap jiwa.” Bibir tersenyum. “…tapi sekurangnya nilai tak semengah itu masih boleh diperbaiki.”


“Jazlin…”


“Tak pe akak… Kebenaran itu sememangnya pahit. Maaf, assalamuallaikum.”


Langkah Jazlin hanya dihantar dengan ekor mata. Keluhan terlepas dari bibir. “Kenapa 
dengan kamu ni…”


Edy yang senyap bersandar di sudut tiang dipandangnya geram. “Macam la tak boleh bincang 
elok-elok…” Kepala digeleng kesal.
********
Entah kali ke berapa air matanya tumpah membasahi pipi. Langkah kaki yang sumbang tetap mengheret jejak.


Dalam resah dan air mata,
lelaki ini…
yang dulunya megah,
lupa pada ‘Tuannya’…
mendabik penuh riak,
lantang melafaz bicara,
kini lumpuh tak bersuara…

Pada pinjaman-Mu aku bermegah,
pada anugerah-Mu aku menghina,
pada kemuncak nafsu,
aku tersungkur rebah…

Tuhanku…
segunung malu yang terhimpun ini,
tetap tak mampu menebus dosa-dosaku…

Ampuni aku Ya Rabbi…
*******
Langkah kaki makin laju. Jam ditangan diulang kerling.


“Bro!”


“Sori…traffic jammed.”


Mirul jungkit kening. “Diorang dah lama tunggu…”


“Fail aku?”


“Rina dah letak…”


Kedua-duanya melangkah masuk ke meeting room.


********
“E’qey!”


Kepala dikalih. “Akak?”


“Kamu pergi mana? Call tak dapat?”


Kening bertaut. “Meeting. Kenapa kalut sangat ni?”


Nafas ditarik megah. “Free sekarang?”


“Agak la…”


“Jom,ikut akak!”


“Mana?”


Tangan adiknya ditarik tanpa bicara.
********
Raut E’qey yang kaku dan menggeletar menghantar sebak didadanya. ‘Maafkan akak…ni je cara yang akak ada untuk kembalikan E’qey pada jalan yang sebenar… Jaz, kebenaran itu sememangnya pahit…’


17 Feb…
Entah kenapa jejari ini laju berlari didada kosong ini…kebiasaan yang sememangnya diluar alam benuaku! >.<


Kejadian dua tahun lalu tetap tak mampu aku usir jauh… Puas ku pujuk hati, puas ku menangis memohon pada-Nya agar diberi kekuatan itu…tapi tetap ia terus berputar dikotak memori ku… <mungkin ini ujian-Nya buatku. Hati mengertilah…>


23 April…
Entah kenapa manusia itu cepat menghukum… Terima kasih Ya Allah s.w.t mengenggam hatiku dari amarah… <berlalulah sepantasnya wahai siang…agar malam bisa menjelma. Moga dapat ku sujud mengadu pada-Nya…>


Belajar diam, dari banyaknya bicara…
Belajar sabar, dari sebuah kemarahan…
Belajar kesusahan, dari hidup senang…
Belajar menangis, dari suatu kebahagiaan…
Belajar keikhlasan, dari kepedihan…
Belajar tawakkal, dari ujian…
Belajar REDHA dari KETENTUAN-NYA…!

U can do it Jaz!...Syukur Ya Allah s.w.t…


11 Ogos…


Seakan tak mampu untuk aku terus berdiri saat kata itu menampar kuat di gegendang telinga…


Namun Kau tetap setia disisi ku Ya Rabbi…sungguh tak mampu aku ucap dengan kata-kata atas limpahan kasih dan sayang-Mu…


Ya Rabbi…
Maafkan hati yang sering rapuh ini…
Berkali ku pujuk hati,
berkali ku usap lembut dada ini agar kesakitan itu bisa terhapus…


Setiap kali bibir terbuka untuk berbicara,
air mata tak mampu ku bendung…
hati merayu ulas bibir,
zikir teralun payah…
andai kau bisukan aku saat ini,
ku terima dengan redha Ya Tuhan…
asal tidak bibir ini mempersoal takdir-Mu…

Manusia…
Kata itu ibarat matanya tombak,
bisa merobek dengan sekali lafaz,
dan bisa membunuh dengan hanya satu tujahan yang kuat…

Maafkan hati rapuh ini Ya Illahi….

1 September…


Soal cinta tak pernah sunyi dari hati-hati yang hidup… Soal yang seringkali mengundang sayu disudut hati ini. Entah mengapa cepat benar manusia lupa… Ulas bicara tak lekang dari cinta duniawi, sedang hati tak pernah cuba meraih cinta-Nya… Walau berkali terluka, tetap bicara cinta itu menghiasi hari… Sedang DIA tak pernah henti menunggu, tak pernah sekali menjauh, agar hamba-Nya kembali…


Terkadang hati terusik rindu pada-Nya hanya dipandang sepi…hanya kerana diri seakan tak mampu mengorak langkah ke lorong yang pasti, bimbang yang digenggam terlepas…


16 September…


Lelah yang menyapa,
seakan tak mampu lagi mencelikkan mata…

Tuhan…kirim kan aku bayu kekuatan-Mu…


Edy…
Lelaki yang tak pernah terselit di kotak memoriku… Namun hanya dengan patah kata yang terlafaz dari bibirnya, dua tahun yang berlalu tetap tak mampu mengubat luka yang tergores…

Bersua kembali dengannya bukanlah impian… Namun takdir-Nya tak siapa yang mengetahui hikmah yang terselindung disebaliknya…

Dia tetap dengan bicaranya yang tajam dan berbisa. Lontaran pandangan yang cukup sinis dan angkuh… Moga masih berkesempatan untuk menggapai hidayah-Nya…aku tetap berharap walau bingung dengan sikapnya mengasak…

Entah kenapa air mata ini tak henti membasahi pipi… Seakan bahagia terisi penuh disudut hatiku. Rindu pada-Nya membuak-buak…serasa tak ingin dibuai alam mimpi. Entah kenapa hati ini bimbang rasa ini berlalu pergi…. ‘Bilakah dapat ku bertemu dengan-Mu Ya Rabbi…’

Malam yang biasanya aku bertelaku dihamparan usangku, terpaksa aku curi sekejap untuk mencoret didada putih ini…sekadar menuruti rasa hati yang kuat mendesak…

Kejadian siang tadi kembali berputar dikotak memori. Edy, maafkan aku andai bicaraku pernah merobek kepingan hatimu, maafkan aku andai perilaku ku menggundang jelik dimata mu. Sungguh aku tak punya niat untuk bermusuh dengan sesiapa…

Walau kau lantang memaki dan mengejek diri ini, bibir lesu ku tetap tersenyum. Diamku bukan bererti membenarkan setiap kata-kata dan tuduhanmu. Tetapi kerana lahirnya aku sebagai wanita yang terselit dengan sifat malu dan lemah lembut. Mana bisa aku lantang membidasmu hanya untuk menegakkan ego, pada siapa untuk aku buktikan kebenaran itu? Sedang DIA Maha Mengetahui…

Aku tahu, diamku mengundang amarahmu. Namun bukan pekertiku melawan bicara agar kelihatan hebat dan menang…walau pada nilai matamu itu adalah pengecut…

Mana mungkin seorang manusia yang tak punya rasa untuk disayangi. Ya, aku jua pernah disapa rasa itu...

Jika aku dilabel sebagai manusia hipokrit hanya kerana tak menyambut huluran kasih… mungkin itu lebih baik dari aku terjebak dalam kancah zina…kerana aku takut saatnya aku kembali ke pangkuan-Nya penuh dengan kehinaan… Tak kan mungkin saat itu julangan nista hipokrit itu bisa membasuh kehinaan-Nya…

" Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia "
[HR Bukhari dan Muslim]

Aku hanya insan biasa…seringkali terkulai dipujuk rayu dek nafsu, kerap tertewas pada agenda syaitan durjana…


Bertahun aku pujuk hati, bertahun aku memohon diberi kekuatan melawan rasa yang menyapa ini… Tak terbendung air mata yang tumpah untuk aku melawan cengkaman rasa ini…


Saat rindu menyapa, pasti hati ini gelisah. Bimbang diri menghampiri zina…bimbang rindu itu akan mengalpakan, bimbang rindu itu akan menjauhkan aku dari-Nya…


“… Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Jodoh itu ketentuan-Nya…satu ketetapan, bukan untuk di'usaha’kan…

17 September…


Maafkan Jaz Ibu, tak dapat temankan Ibu pergi pasar… Jaz nak habiskan surah an-Naas, takut nanti tak sempat… Maafkan Jaz, sayang Ibu ketat-ketat :)

Insan…
Dengan izin-Nya,
hati ini mengenal erti rindu saat wajahmu menyapa dialam mimpiku…
dan rasa itu mendekatkan diri kerdil ini dengan-Nya…

Kadang hati teguh,
tapi seringkali jua ia goyah…
namun Iman penyelamat,
memujuk saat rindu menyapa…

Disetiap tadahan doa,
hati tak lupa memohon petunjuk-Nya…
Andai benar tercipta dirimu buatku,
biarlah detik saat yang tercatat oleh-Nya mengikat…
Andai cinta ini mahabah rindu,
yang ditakdirkan tersimpan kemas dihatiku…
moga syahid mengiringi pemergianku…

Barangsiapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikan dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai detik kematiannya, maka dia adalah seorang yang mati syahid…

Buku kecil itu hampir lunyai digenggamannya. Dada yang sesak ditumbuk kuat. ‘Ya Tuhan…’ Duduknya terjelopok menyembah ke lantai. Air mata laju menuruni lekuk pipi. ‘Dendam dan kebencian yang aku bina, hanya kerana cintaku yang tak terbalas…sedang hayatnya tak pernah sedetik pun sunyi dari berjuang pada mahabah rindu yang menyapanya…’

*******
Lautan yang tenang menghadirkan ketenangan, tak jemu walau berkali dipandang. ‘Moga Kau cucuri rahmat ke atas arwah Mia Jazlin dan tempatkannya dikalangan orang yang berIman, Ya Allah…’

Benarlah sebagaimana firman Allah s.w.t, “…perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)…”
[Surah An-Nur, 24: 26]

Mia Jazlin, kini aku mengerti…huluran kasihku tak bersambut kerana saat itu DIA memeliharamu… kerana kau wanita solehah tercipta untuk lelaki yang soleh…

*******
Al-Fatihah : Mia Jazlin 17sept2010;08:08

Dazz-













No comments:

Post a Comment