Friday, November 18, 2011

Dari Mata Jatuh ke Hati...






“Kak Que…”
            “Yup!”
            “Tanya sikit boleh?”
Diana dipandangnya pelik. “Sejak bila jadik sopan ni?”
Diana tersengih. “Ermmm…”
            “Just shoot.”
            “Dulu-dulu…time akak kat uni, akak tak rasa jealous ke tengok orang bercinta?”
            “Kenapa?” dahinya dah berkerut. Diana dipandangnya pelik.
            “Hurmm…lately Dian rasa sedih sangat. Semua teman-teman Dian ada pakwe. Bila keluar mesti berteman…belajar sama-sama…” Dagunya ditongkatkan ke meja.
            “Kadang-kadang Dian rasa alone sesangat. Bila hepi tak tahu nak share kat sape…lagi la bila tengah sedih… ‘Si Domino’ jer yang jadik teman setia Dian time-time cam tu…” Dia tergelak kecil, namun diraut mukanya terpancar kesedihan.
Que tersenyum. “Normal la tu…Dian kan remaja yang dalam proses untuk meningkat dewasa. Tipulah kalau ada yang kata dia tak pernah fall in love. Kalau pun dia tak pernah jatuh cinta, mesti dia pernah tersuka kat someone…
Dian mengangguk setuju.
            Kita manusia, perempuan…dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal. Cinta itu hanya satu ujian dari-Nya buat hamba-hamba-Nya. Pandang lah cinta itu dengan mata hati, jangan dipandu mengikut hawa nafsu kita…
            …jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kita, kerana khuatir dari mata jatuh ke hati, akan lahirnya senyuman dari situ yang akan tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut nanti lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri…
            Kita perlu sedar yang kita merupakan punca segala zina dan kita adalah senjata utama syaitan durjana. Akak pernah terbaca satu artikel kerana wanita lelaki berperang dengan nafsu sendiri...

"Orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila-bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!’
            Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon… so korang, orang perempuan bila dah bergayut lama-lama dengan lelaki apa akan jadi?"

           "...Subahanallah! Besarnya kesan seorang wanita terhadap lelaki….kerana tangan wanita yang lembut bisa menggoncangkan dunia. Dan hanya kerana sejalur aurat yang terdedah, wanita mampu mengoncangkan iman lelaki.”
            “…sama ada kita suka atau tidak, itu adalah hakikat yang kita harus telan. Tak perlu kita mempersoalkan ‘MENGAPA’ kerana itu adalah ketentuan-Nya. Tidak perlu kita memaki hamun kaum lelaki, kerana itu adalah kelemahan mereka.”
Diana yang khusyuk mendengar diperhatikannya sekilas.
            “Kita sedia tahu yang perempuan adalah pasangan kepada lelaki,maka Allah s.w.t telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
            Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah s w.t dan Rasul-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
            Kerana itulah, dalam al-Quran telah dituntut supaya kaum wanita menutup aurat. Sebagaimana firman Allah s.w.t; Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah s.w.t, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nuur:31)
“Astaghfirullah!” Diana beristighfar panjang.
“Betapa Dian leka dengan nafsu, sehingga terlupa dengan setiap larangan-Nya…” mukanya diraup perlahan.
Bahu Diana ditepuk Que lembut. “Hati kita kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan… Hati kadang meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman… Dan hati selalu saja jauh untuk difahami, kerana hati selalu saja rasa sunyi dan sepi …
…merasakan yang kita kadang tiada siapa yang memahami apa yang terbuku di dalam jiwa, dan kita sering merasakan tiada siapa yang peduli akan kita…menyebabkan kita semakin lama semakin menjauh dengan dunia kita. Sering saja kita terleka dalam asyik yang panjang…”
Que yang leka merenung kosong lurus ke depan dipandang Diana ralit. ‘Seorang yang susah untuk mengeluarkan kata…namun sekali dia berkata-kata mampu mengerakan seluruh deria rasa untuk bekerja…cukup bermakna.’
Melihatkan Diana senyap disisinya dia menyambung kata. “Ambillah masa untuk berfikir, kerana itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah s.w.t. ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, kerana itu adalah nilai keberhasilan. Dan ambillah waktu untuk beramal, kerana itu adalah kunci menuju syurga.”

“Dian masih berpeluang untuk mengecapi rasa itu?” perlahan suaranya bertanya.

Que tersenyum. “Setiap manusia pasti melakukan kesalahan ataupun dosa sama ada dosa itu kecil ataupun besar. Namun sebesar mana pun dosa kita, besar lagi pengampunan dari-Nya…sebagimana firma Allah s.w.t dalam surah Az-Zumar, “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’”

Diana mengangguk perlahan. Saat itu air matanya mengalir menodai kedua-dua belah pipinya. ‘Ya Allah s.w.t. betapa Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. Maafkan segala dosa dan khilafku selama ini. Aku kalah dengan pautan nafsuku…aku tumbang dengan tiupan dan bisikan syaitan-syaitan durjana. Sungguh aku lemah tanpa cinta-Mu Ya Allah, Ya Rabbi…
            Kini baru aku rasai sakitnya saat kehilangan cahaya cinta-Mu… Kosongnya jasad tanpa ma’krifat tentang-Mu. Dada ini seakan-akan hancur luluh, seribu satu perasaan yang tak mampu aku ungkapkan Ya Rabbi…
            Ya Allah bantulah aku…sinarkan aku dengan cahaya keimanan-Mu. Berikan aku hidayah untuk aku merasakan manisnya cinta-Mu…’

Taken from Novel:Just Ordinary
by Dazz

No comments:

Post a Comment