Friday, October 7, 2011

Picisan Anak Muda~


“Kau pe hal?” dada Sidi ditolaknya kuat.
“Asal bro lu panas sangat?” Camai tepuk bahu Keyri.
“Lek ar…pasal awek pun nak gado ke?”
Keyri still pandang Sidi. Di wajahnya masih terlukis raut kebengangan.
            “Kau jangan bagi aku nampak bayang kau!” kaki laju melangkah meninggalkan South City Plaza.
Tokei garu kepala. “Kacau arr…datang nak beat snooker. Alih-alih gado pulak!”
            “Kau buat pe kat Keyri? Camai renung tepat ke mata Sidi.
Sidi yang hanya menjungkitkan bahunya, tayang muka selamba.
            “Dia tak kan mengamuk kalau kau tak carik pasal! And aku tak rasa hal ni bukan semata si Deyna!”
Sidi terkedu, suaranya terus ter‘mute’. Hanya anak matanya setia mengekori langkah Camai.
………………………………….
“Kau pi mana semalam?”
            “Apesal?” muka disembamkan ke buku.
            “Aku pi umah, kau tak de pun.”
            “Out.”
            “Lepak mana?”
Senyap.
Camai geleng kepala. ‘……
…………………………………….
Lappy di hadapannya dipandang kosong. Ada rasa yang menyelinap dibalik hatinya.
            ‘Betapa jauhnya aku tersasar ke daerah yang penuh dengan tipu daya, yang penuh dengan keseronokan, kemewahan, kegembiraan, sehingga aku hampir-hampir terlupa mengapa aku masih lagi bernafas dibumi ini! Ya Allah s.w.t aku mohon pada-Mu selamatkan diri ini…suluhkan cahaya-Mu dan terangi hatiku dalam mengenal ma’arifat-Mu.’
Di keheningan malam, Keyri hilang dalam kebingungan mindanya. Dia ibarat lemas dalam lautan yang cetek. Tidak tahu arah mana yang harus dituju. Dalam kebingungan mencari diri yang makin lemas, Keyri tertidur beralaskan meja studynya.
………………………………………………….
Deringan loceng terakhir persekolahan, memecah keheningan suasana yang tadinya sunyi sepi. Kelihatan para pelajar mula berpusu keluar.
“Jom lepak!”
Muka Camai dipandang. Ada rasa berbelah bagi dihatinya. Ada tekad yang tersimpan jauh dilibuk hatinya. “Aku ada hal…”
            “Hal pekebendanya! Dah arr…jom gerak.” Tubuh Keyri didorongnya.
Dalam keterpaksaan dengan hati yang berbolak balik Keyri menurut.
………………………………………………………
Hampir mencecah pukul 10 malam, Keyri bersama geng-gengnya masih lagi ralit di meja snooker. Mereka tenggelam dengan keseronokan bermain snooker, ditemani dengan kepulan-kepulan asap rokok yang terhembus megah diudara.
            “Huarghh…” beg sandangnya dicampak ke lantai disisi katil. Tubuh yang kepenatan terus dihumbankan ke katil. Dia terus hanyut di alam mimpi.
**********
“Woi Lame!”
Kaki masih terus melangkah.
“Kau pekak ke hape!”
Masih tiada tanda dirinya akan berhenti dari melangkah.
“Woi bodoh! Kalau orang cakap dengan kau, jangan buat pekak macam badak la doh!”
“Aku ada kelas.”
“Macam la aku kesah! Apesal kau gaduh dengan Irin?”
Senyap.
“Tolong sedar diri sikit. Muka sikit punya kampung, ada hati nak carik gaduh dengan awek aku! Kau…sekali lagi aku dengar buat kacau dekat Irin nahas ler!”
Langkah Qush dipandang sepi. Seketika jam ditangan dikerling.
…………………………..
            “Lemi!”
Kepala dikalih.
            “Kitorang dah cukup member untuk project Acc. Kau cari group lain eh. Sori.”
Bayang Amelia yang dah lesap dari mata seakan masih terbias ditubir mata, walaupun hampir sepuluh minit dia ditinggalkan. Kepala digeleng perlahan, menormalkan otak yang terenjat dek terkejut. Kaki mula menapak dari dewan kuliah.
‘Apa la nak di hairankan Lemi oii…dah biasa berlaku tiap-tiap sem hape…’ Kepala digeleng kembali.
…………………………..
            “Berapa yer?”
            “Rm 3.50 dik.”
Tangan pantas menyelongkar bean bag yang tersangkut di bahu kiri.
            “Terima kasih.”
            “Sama-sama.”
Mata melilau ke sekeliling, mencari meja kosong. Kaki mula melangkah saat mata terpandang bangku kosong.
            “Hai Lemi!”
            “Lame la…!”
            “Opss…lupa!”
Pecah gelak tiga sekawan.
            “Sorang je ke?”
Kepala mengangguk.
Celia gelak sinis. “Nak join kitorang?”
Irin dipandang tepat ke mata. “Nak pe?”
Irin gelak besar, diikuti Celia dan Sofi. “Nak you la!”
            “Fine.”
            “Jangan lupa, tak nak masin sangat kay!”
Irin dan gengnya berlalu ke meja makan. Lemi hanya memandang dengan pinggan nasi masih ditangan. Kaki mula melangkah ke kaunter pesanan. Order Irin and the geng dipesan.
Hampir lima belas minit, makanan yang dipesannya siap. Pinggan yang masih berasap dicapai dan dibawa ke meja Irin.
            “Lambat!”
            “Dah kebulur tau!”
            “Mana aku punya?”
Kaki tetap setia melangkah dari kaunter ke meja yang terletak dihujung penjuru kafe, tempat si si Irin and the geng, menghantar makanan yang dipesan mereka.
Lemi yang tercegat disisi meja dipandang jelik. “Pe hal?”
            “Duit.”
            “Aku tak de cash.”
Masih tak berganjak.
            “Woi, blah la! Tak selera aku nak makan!”
            “Aku dah tak de duit, dah sebulan aku belikan makanan tuk korang, dan korang tak pernah bayar balik.”
Irin bangkit dari kerusi. Mukanya memerah menahan marah. “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Aku tak pernah hutang kau ok! Mentang-mentang kau miskin, suka ati jer nak mengemis kat aku eh!”
Nafas ditarik dan dihembus kuat, menggerakkan hujung tudungnya. “Aku mintak dengan cara baik. Sebab aku sedar yang aku miskin, aku tak mampu belanja kau tiap-tiap hari.”
            “Woi!” Irin dah mula memekik.
Sofi pantas menarik Irin menjauh.
            “Kau ni pesal?” Celia bengang.
            “Tolong bayar duit yang aku guna untuk bayar makanan korang, then aku blah.”
            “Kau tak paham bahasa melayu hape? Bila masa kitorang hutang kau?”
            “Perlu ke aku panggil tauke kafe ni?”
            “Kau…!” Celia hilang kesabaran. Tangan kanan diangkat tinggi.
            “Pe hal ni?”
Celia terpaku. Lemi tetap statik, tak menoleh walau sesaat.
            “Sayang…” Lengan Qush segera dicapai Irin dan dipaut erat.
            “Kenapa ni Bie?”
Jari telunjuk tepat ke susuk tubuh Lemi yang masih tak berganjak dari membelakangi Qush.
Bahu Lemi ditolak kuat, berjaya membuatkan Lemi terlanggar sisi meja. “Kau pehal?”
Hujung bibir mula tersenyum. Senyuman yang cukup sinis.
            “Kau memang nak kena eh?”
Masih lagi tersenyum sinis. “Kenapa? Kau nak bayarkan duit aku?”
Qush dah berkerut dahi.
            “Sayang…perempuan ni dari tadi merepek. Dia cakap Bie hutang dengan dia!”
Irin disisi dipandang. “Hutang?”
Kepala diangguk manja. “Bie tau la dia miskin. Bie tak kisah pun nak bagi duit tu, walau Bie tak pernah hutang pun dengan perempuan ni. Tapi…Bie tak de cash sekarang, and dia tak habis-habis nak tuduh Bie hutang dia…”
Lemi yang masih tercegat tak beriak dijeling sekilas. “Berapa dia nak?”
            “Tiga ratus enam puluh ringgit.” Lemi pantas menyampuk.
Celia ternganga. Sofi tayang muka tak percaya. ‘Dia tanda?’
Kertas ditangan diletak ke meja makan.
            rm4.00x3=12x30=360
Qush tarik dompet di belakang jeans. Wang kertas lima puluh ringgit sebanyak lapan keping ditarik keluar dan dicampak ke dada Lemi.
Lemi pantas mengutip. Seketika, kaki mula berlari meninggalkan tempat itu.
            “Mata duitan betul!” Celia mencebik.
Keempat-empat mereka kembali duduk dibangku. Irin mula menggesel manja dibahu Qush.
Tak sampai sepuluh minit, Lemi muncul kembali. Semua mata melekat disusuk tubuhnya. Tangan pantas meletakkan baki wang kertas sepuluh ringgit sebanyak empat keping di meja.
            “Terima kasih untuk duit ni. Aku anggap kau tolong bayarkan bagi pihak awek kau. Kau tak berhak tuntut apa-apa dari aku, sebab sekarang awek kau yang berhutang tiga ratus enam puluh ringgit tu dengan kau.”
Kaki mula bergerak pantas. Keempat-empat masih tercengang dikerusi masing-masing.
Langkah terhenti, kepala dikalih kembali. “Dan kau tak berhak sentuh aku melainkan kau terus tikam aku dengan pisau!”
Walaupun kelibat Lemi telah hilang dibalik bangunan fakulti, pandangan Qush tetap tak berganjak.
Irin menggengam tangannya kuat. ‘Sial kau perempuan!’
**********
“Malam ni on tak?”
            “Ok jer.”
            “Cantek! Aku de game baru nak kasi kau rasa…”
            “Benda?”
            “Wait and see.”
Keyri jungkit bahu. Camai gelak kuat dengan hembusan asap rokok memenuhi ruang udara.
……………………………..
“Camai!”
            “Yo!” Tangan di hi-fi.
            “Beat doh?”
            “Berapa?”
            “Malam ni special punyer, so up lima percent!”
Camai gelak besar. “Terbaik wok!”
Ruang yang bingit dengan bunyi dan asap motor itu bergema dengan gelak tawa.
Camai yang ralit dengan awek baju sendat ditarik.
            “Pe hal?”
            “Kau beat benda?”
            “Game la bro!”
            “Yeah! Aku tak nampak pe pun…”
            “Cool la bro. Rempit la. Sape hebat dia menang!”
            “Tak bala ke beb?”
            “Relax. Tempat ni dah fully cover…”
Keyri terdiam.
            “Jom! Game dah on!” Bahu Keyri dipeluk dari belakang dan didorongnya.
……………………………………
Bunyi bising dipintu utama mengetuk gegendang telinga. Kaki pantas melangkah ke ruang tamu.
“Kamu nak pergi mana?” Kepala spontan melekat di jam dinding yang dah mencecah angka sebelas malam.
            “Keluar jap.”
            “Pergi mana?”
            “Jumpa member.”
            “Tak kan tiap-tiap malam jumpa member? Kerap keluar malam sekarang…”
Ibunya dipandang sekilas sebelum enjin motor berderum kuat, menenggelamkan terus suara Puan Suriati.
………………………………. 
“Ready?”
Kepala diangguk. “On.”
            “All the best bro!”
Penutup helmet ditarik turun. Ibu jari diangkat tinggi. Bunyi enjin makin kuat membingit kelam malam. Kiraan bermula, masing-masing mula memecut laju meninggalkan kepulan asap hitam dibelakang.
Camai tersenyum lebar. Note merah dan biru yang bercampur ditangan dikira laju. “Hebat giler kau beb! Gua salute bro!”
Keyri tarik sengih. Zip jaket ditarik ke bawah. “Teh tarik jom!”
            “Oraite!”
Rasa asing yang pernah menyapa tangkai hati, kini hilang ditelan kabur keseronokan dunia. Seorang lagi anak Adam kecundang ditangan sang Iblis…
************
Tangan lincah berlari di muka pinggan. Buih sabun mula menenggelamkan pinggan yang makin bertambah. Suara bingit pesanan dan arahan saling bertingkah. Namun Lemi masih tak berganjak dari baldi sabun dan deretan pinggan kotor disisinya.
“Lemi, tolong bancuh milo ais satu!”
Kepala diangkat dari baldi. Mata membulat. ‘Abang Man suruh aku?’
            “Uid! Mana milo ais?” Lemi yang tercengang tak dipandang. Mata masih melekat pada kertas pesanan ditangan.
Pertanyaan yang tiada sahutan menerbitkan kerutan pada dahinya. Mata pantas beralih ke tempat Lemi. “Apesal kau ternganga?”
            “Hah? Err…” Spontan hidungnya digaru jari telunjuk.
            “Woit! Tangan kau kotor tu…”
Jari telunjuknya kaku. Bibir tarik sengih kerang. Abang Man geleng kepala. ‘Kalut punyer budak!’
            “Mana milo ais aku suruh bancuh tadi?”
            “Err…kejap.” Pili air pantas dipulas. Tangan dicuci pantas. Kaki mula melangkah ke ruang dapur.
………………………….
“Assalamualaikum.”
Senyap. Jam ditangan dipandang. ‘Patut la…’
Kaki mula menapak masuk ke dalam rumah. Pintu kayu yang makin usang diselak. Suasana rumah yang gelap menyukarkan pergerakannya, bimbang terpijak adik-adiknya yang lena diulit mimpi.
Badan dibongkok. Dalam gelap dia meraba lantai kayu. Perlahan dia mengensot, menuju ke bilik.
            “Lemi dah balik?”
‘Buk!’ Kepala dah mencium papan lantai.
            “Kamu kenapa?”
            “Err…” Dahi digosok lembut. ‘Haisyeh!’ “Tak de pe tok. Atok tak tido lagi?”
            “Tunggu kamu…lambat benor balik…”
            “Pelanggan ramai tok…”
Kepala diangguk dalam gelap.
            “Atok tido la, Lemi nak mandi jap.”
            “Ye la.”
……………………………
Azan yang berkumandang sayup-sayup, membangkitkan lena Lemi. Mata digosok perlahan, menghilangkan sisa kantuk yang masih bergayut dikelopak mata.
Kaki mula melangkah menuju ‘kolah’ kecil yang terletak dibelakang rumah. Wudhuk diambil penuh tertib. Titisan embun masih menitis membasahi bumi gersang. Dan dipondok usang tempat berteduhnya enam batang tubuh, Lemi kembali sujud pada-Nya. Sujud penuh syukur, sesudah dihidupkan kembali dari maut kecilnya…
Keriuahan suasana rumah dengan tingkahan suara, tak mengalihkan tumpuan Lemi pada nasi goreng dikuali. Tangannya cekap bekerja. Sesekali jam ditangan dikerling.
“Firdaus, dah lewat ni! Cepat pakai baju sekolah.” Atok dah pening.
“Cepatlah angah…karang lambat kena marah kat pengawas…”
Firdaus masih leka mengusik Habib, si bongsu yang leka menconteng surat khabar lama di lantai.
            “Firdaus…” Atok kembali bersuara.
Farid mula menyarung kasut sekolah usangnya yang dah bertampal penuh. Tak lagi menghiraukan si abang yang belum berbaju.
Kelibat Lemi yang muncul dari dapur, membuatkan Firdaus bergegas mencapai baju sekolahnya yang tergantung dipaku dinding rumah.
            “Dah pukul berapa yang main-main lagi ni? Dah besar panjang pun nak kena Atok tegur lagi…”
Kepala ditunduk, tak berani menentang mata si kakak.
            “Angah…cepat la!”
Lemi kalih kepala ke pintu. “Tak nak sarapan?” Muka Farid dipandang tepat.
            “Alamak! Lupa…” Dahinya spontan ditepuk kuat.
Lemi geleng kepala.
………………………….
Masing-masing mula bersila untuk menjamu selera. Ruang kosong disebelah Farid dipandang lama. “Mana Layla?”
Serentak tiga kepala mula bergerak ke segenap penjuru rumah.
Atok yang terbaring disudut kanan rumah bersuara. “Dia dah pergi sekolah, katanya kena bertugas…”
Lemi angguk kepala. “Dah makan cepat, nanti lambat.”
Habib yang baru berusia tiga tahun, pantas menyuap nasi goreng ke mulutnya.
Firdaus dan Farid yang kaku dipandang pelik. “Kenapa?”
            “Along simpan je la untuk malam nanti.”
            “Kenapa?”
            “Beras pun dah nak habis. Along masak sekali sehari dah la.”
            “Tak payah risau, yang tu biar Along uruskan. Dah makan.”
            “Along…gaji lambat lagi kan? Nanti kita nak makan pe? Kat sekolah ada disediakan makanan untuk pelajar miskin, cukup la untuk alas perut sampai petang.”
            “Aah.” Farid mengangguk kecil.
Senyap. Nafas ditarik perlahan.
            “Nanti malam suruh Layla panaskan.”
Firdaus mengangguk pantas.
            “Kitorang pergi dulu…”
Tangan Lemi dan Atok dicapai dan disalami kedua-duanya.
***********
Suasana lengang kelihatan suram. Hanya bunyi papan keyboard yang ditekan laju kedengaran.
            “Terima kasih tuan.”
            “Sama-sama.”
Tangan kedua-duanya saling berjabat.
Akhirnya ketiga-tiga susuk tubuh itu mula meninggalkan suasana lengang itu.
………………………….
            “Memang teringin sangat nak merasa alam penjara?” Mata Keyri ditikam dingin.
Kepala makin menunduk ke lantai. Suara masih terkunci kemas.
            “Ayah tak pernah expect kamu akan terlibat dengan benda yang tak bermoral macam ni! Mana akal kamu? Mana pegangan kamu? Apa yang kamu dapat? Kepuasan? Keseronokan?”
            “Keyri muda lagi…”
            “…tak mati la?” Encik Fauzi menggeleng laju.
Kedua belah tangan memegang erat kepala yang tertunduk. Sesak dan lemas dirasakan saat ini. Andai bisa dia menjerit kuat, mungkin sakit dikepalanya mampu mereda…
            “Apa yang kamu nak kami tak bagi? Duit, motor, kasut, laptop…”
‘Bukan tu yang Keyri cari!’
            “No more hang-out! Sebelum result SPM keluar duduk jer rumah. Tolong ibu, ajar adik-adik…tak payah kerja!” Encik Fauzi bangkit dari kerusi selesai memberi kata putus.
Kepala dipanggung, pandangan mata Ibu tepat dimatanya. Pandangan itu kosong tanpa warna. Hati itu kecewa yang amat…
Langkah Puan Suriati yang menghilang dibalik pintu kamarnya dipandang sepi. ‘Tiada lagi sentuhan lembut itu dikepala, tiada lagi sinar kasih yang menghiasi kolam mata redup itu, dan masih tak siapa mengerti hati ini… Pengakhirannya, kecewa tetap milik aku…’
…………………………………..
Hampir seminggu terperap di rumah, ibarat tahanan di pusat pemulihan. Otak seakan beku, tak berfungsi. Rancangan televisyen terhafal penuh dibenak. ‘Tiada satu pun yang menarik!’
Buat kesekian kalinya Keyri melepaskan keluhan. ‘Just one month lagi…bertahan la Keyri!
            “Abang!”
Kepala dipusing lambat. “Pe?”
            “Jom main bola kat taman.”
            “Malas.”
            “Kerol pergi sendiri!” Kaki yang siap berkasut sukan dihentak kuat.
Dia kembali berbaring disofa, sebelum kembali bangkit mengejut.
            “Kerol!”
Si adik tak menoleh. Langkah kecilnya dipercepat.
‘Masak betul budak ni! Messy..’
…………………………………….
Tangan ligat mengelap rambut yang masih basah. Mata meliar di sekeliling bilik sebelum terpaku disudut meja belajarnya. Kaki pantas mengorak langkah menghampiri meja.
‘Dah lama tak hadap benda ni!’ Lappy yang pegun tak berusik ditempatnya di‘on’kan. Hampir lima minit menunggu sambungan internet, pinggir bibir mula mengukir senyuman. ‘Yeah! Tak la mati sesak…’
*********
Seusai Puan Salmi memberikan salam penutupnya, disudut belakang dewan Lemi mula menyusup keluar. Kaki melangkah dengan laju. Sesekali jam ditangan dikerlingnya.
Baru kaki melepasi bangunan kuliah, namanya diseru kuat dari belakang.
            “Lemi?”
Kepala pantas mengangguk.
            “Encik Abdullah nak jumpa.”
Jam dikerling.   
            “Sekarang?”
            “Aah.”
Hujung tudung ditiup kuat. “Terima kasih.” Kaki mula berlari anak.
…………………………….
            “Saya anggap awak dah cukup bijak untuk buat keputusan…”
Bibir seakan beku. Bingung seketika.
            “Kalau tak ada apa lagi, awak boleh keluar.”
Suara Encik Abdullah mengembalikan kenormalannya. Kepala spontan mengangguk. “Terima kasih Encik.”
Pintu bilik ditutup perlahan. Kaki seakan tiada daya untuk meneruskan langkah. Jiwanya kosong, entah ke mana menghilang rasa itu…
………………………………
            “Adik ok?”
Raut wajah tua berbaju biru dipandang bingung. “Hah?”
            “Adik ok ke tak ni? Bahaya melintas jalan tak pandang kiri, kanan? Tak sihat?”
Kepala mula berpusing ke sekeliling. ‘Ya! Aku hampir dilanggar motor…’ “Astagfirullahalazim…” Bibir beristighfar lembut.
Dia mula bangkit dari duduk. Baju kurung lusuhnya ditepuk perlahan. Bean bag disangkut ke bahu kiri. “Terima kasih pak cik. Maaf…”
Pak guard berbaju biru mengangguk, pelik.
Kaki kembali melangkah. Tak lagi menghiraukan hiruk piruk kawasan kampus. Tak lagi tergesa ke hospital untuk mengambil ubat Atok. Hanya kaki yang mula melangkah tanpa arah, sekosong jiwa dan mindanya saat ini.
…………………….
Hampir dua jam berjalan tanpa henti, kaki ternoktah disebuah taman permainan yang asing. Tubuh dilabuhkan ke bangku kayu. Mata merenung kosong, lurus ke depan. Suara Encik Abdullah kembali berputar di kotak memori.
            “Saya dapat laporan awak selalu cari pasal dengan kawan sekelas awak Irin Adira Borhan.”
Bibir masih terkunci, hanya dahinya mula berkerut.
            “Saya tak tahu masalah awak dengan dia. Tapi senang cerita macam ni la…saya nasihatkan awak supaya mengalah jer. Saya cakap demi kebaikan awak. Masalah awak ni dah jadi campurtangan Qushairi  Aqasyah Dato Adnan, dan supposedly awak tahu la background dia… Dia boleh buat apa saja untuk kenakan awak, dan tak mustahil akan menyebabkan awak dibuang universiti. Kita kena ukur baju dibadan sendiri untuk mendapatkan potongan yang kemas…”
“Saya anggap awak dah cukup bijak untuk buat keputusan…”
‘Ibu…ayah…Lemi tak kuat! Tuhan…biar hati ini mati rasa, jangan bibir ini lantang menyesali.’ Dada yang sesak ditumbuk perlahan. ‘Air mata keluar la untuk kali ini…agar aku mampu terus tersenyum untuk wajah-wajah kesayanganku…’
Perlahan air matanya mula menuruni lekuk pipi. ‘Terima kasih Ya Allah, tak meninggalkan aku terkapar sendirian…’ Kelopak mata dipejam rapat. Hati berzikir pantas, menenggelamkan bisikan-bisikan yang mula kedengaran.
Air mata yang tak henti mencurah, hampir membasahi separuh hijabnya. Namun tiada sendu yang kedengaran, hanya bibir bergerak lembut tanpa henti.
Tersenyumlah dunia saat ini kerana air mata yang menghujan… Namun ketahuilah kau hakikat sebenarnya, air mata ini bukan keranamu, air mata ini bukan tanda aku tunduk menyerah kalah, tapi air mata ini, air mata kegembiraan kerana DIA tak pernah pergi meninggalkan aku keseorangan didunia kejam ini!
*********
Suasana yang penuh sesak dengan manusia yang datang dari pelbagai pelusuk negeri memenuhi perkarangan university. Meriah seakan sebuah pesta keramaian.
            “Belajar rajin-rajin, jadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara…”
Kepala diangguk.
            “Rebut peluang yang Allah s.w.t beri. Tak semua orang beruntung, dan dapat peluang untuk sambung belajar. So grab the opportunity and don’t waste it!”
Masih lagi setia menganggukkan kepalanya.
            “Jangan reti angguk jer! Ingat pesan Ibu…” Ayah menamatkan ceramah pendek Ibu. Tahu  telinga si anak dah mula mengembang…
………………………..
Hampir sebulan menjalani kehidupan di alam universiti, kini Keyri mampu menarik nafas lega walaupun masa seakan menyesakkan nafasnya.
            “Oit!”
Kening dijungkit.
            “Join tak malam ni?”
            “Kat mana?”
            “Tempat biasa lor…”
            “On.”
            “Okay. Jumpa nanti…”
            “Oraite bro!”
Mata kembali menala di skrin laptop.
……………………………
Gitar ditarik dari case. Bilik yang masih kosong tak berpenghuni seakan memberikannya inspirasi. ‘Konon la…’ Bangku kaki empat ditarik. Jejari berlari di atas string, first chord Too Late by Marc Wild mula dimainkan.
            “Smooth.”
Kepala spontan dipusing ke pintu bilik.
Bibir tarik sengih sepi. “Banyak lagi lubang bro…”
Syafiq gelak. “Boley kasi asah der…”
            “Mana yang lain?”
            “Pekena teh tarik kat bawah.”
Tanpa sedar, kepalanya mula tergeleng. “Janji punya gempak…boley layan teh tarik abang machaa tak hengat dunia!”
Syafiq gelak besar. “Tak leh buat per der. Addicted suda!”
*********
Tangisan Farid mendebarkan hatinya. ‘Ya Allah s.w.t, jangan la jadi apa-apa kat adikku…’
            “Farid?”
Terkejut dengan sapaan Lemi, air mata pantas disapu laju.
            “Kenapa?”
Kepala digeleng. “Mata Farid masuk habuk…”
Bibir tersenyum. “Farid ada Along kan. Tak nak share?”
Kepala sekali lagi digelengnya kuat. ‘Adik tak nak Along sedih, walaupun Along tak pernah nangis even masa jenazah Ibu dan Ayah dikebumikan… Adik nak jadi sekuat Along. Adik nak cepat besar. Adik tak nak tengok Along kerja sampai malam. Adik nak sangat tatap wajah Along masa tidur…sebab Adik tak pernah dapat tengok Along tido… Adik sayang Along sangat-sangat…’
            “Farid kena buli lagi eh?”
            “Tak de la.”
Bibir masih lagi mengukir senyuman. “Farid sedih diorang ejek adik tak berIbu dan berAyah kan?”
            “Tak.” Kepala digeleng kuat. Mata dah mula basah. Kedua-dua belah tangannya dikepal kuat.
            “Farid janji dengan Along, yang Farid tak kan pernah balas balik ejekan diorang…”
Kepala mengangguk laju. Sendu mula kedengaran.
            “Walau kita tak berIbu dan berAyah, kita ada DIA…” Kepala Farid yang erat dipelukannya diusap lembut. “Allah s.w.t tak suka kita dendam, tak suka kita buat jahat, dan Allah s.w.t sangat sayang kat hamba-Nya yang sabar walau kita disakiti, walau kita di hina…”
            “Ibu dan Ayah tak pernah tinggalkan Farid Long… Mereka tetap hidup dihati Farid…” Dalam sendu, Farid bersuara.
‘Tuhan…terima kasih untuk segala-galanya…’
…………………………..
Seusai beras ditanak, tangan lincah menumbuk bawang.
            “Along…”
Kepala diangkat dari bawang dilesung.
            “Kenapa? Atok sakit?”
Kepala pantas digeleng. “Err…” Sisi kepala digaru berulang kali.
            “Layla?”
            “Abang Firdaus gaduh deng…”
            “Budak tu cedera?”
Perlahan kepalanya naik, turun. Alongnya dipandang takut.
Kepala kembali menekur bawang dilesung. Mata dipejam rapat, nafas ditarik perlahan. ‘Tuhan…bantu hamba-Mu ini. Tiada lain tempat ku bergantung dan berharap, melainkan hanya pada-Mu…’
            “Dah habes buat kerja sekolah?”
            “Aah.”
            “Atok dah makan ubat?”
            “Aah.”
            “Layla pergi la rehat, Along nak masak. Jap lagi boleh la makan.”
            “Ok.”
Tangan mula berlari laju meneruskan kerja memasaknya.
…………………………………..
Pintu yang terkuak, mengalihkan tumpuannya dari buku. Dengan cahaya lilin yang malap, lebam dipipi adiknya kelihatan. Jam ditangan dikerling kejap.
Kelibat Firdaus yang melangkah ke satu-satunya bilik yang terdapat di pondok usangnya itu diekori anak matanya. Hampir sepuluh minit menunggu, dia mula bangkit dari sila. Langkah diatur cermat, tidak mahu menganggu lena yang lain.
Cahaya lampu jalan yang terbias, menampakkan susuk tubuh Firdaus yang bersimpuh di tikar sejadah. Lemi turut bersimpuh disebelah adiknya, rapat. Belakang tubuh Firdaus diusap lembut.
            “Maafkan Along untuk segala kekurangan. Maafkan Along untuk sakit yang tak terungkap disudut hati angah…maafkan Along untuk segala-galanya…”
Senyap.
            “Ni bukan penyelesaiannya angah…”
            “Angah bukan hipokrit macam Along!”
Bibir mula tersenyum.
            “Ada apa pada maruah yang dijaga dan dijulang megah? Kala ianya menghumban ke lembah keangkuhan…sedangkan hinaan itu punya ganjaran yang besar, kala sakit itu hanya sementara. Adakah sakit dihina itu kekal? Sakit itu tak kan sembuh? Tak kan? Cuba renung balik, saat Angah dihina rasa sakit menujah dada. Namun dalam sekelip mata Allah s.w.t hilangkan sakit itu…Allah s.w.t berikannya melalui Habib. Bila Angah tengok Habib, Angah mula tersenyum dan Angah dah mampu gelak balik. Siapa yang hipokrit dan tak bersyukur?
Setiap kejadian, perlu ditimbang dengan akal yang waras dan Iman didada…barulah redha itu tersemat indah. Allah s.w.t tak pernah zalim pada hamba-Nya. Sesudah rasa sakit itu, DIA pasti hadirkan kegembiraa. Supaya hamba-Nya sentiasa bersyukur…”
“Tapi kenapa kita yang dihina? Kita tak salah ape pun dekat diorang…kita tak pernah mintak tolong diorang saat hampir seminggu perut tak beralas. Kita tak pernah menangis merayu dekat mereka, saat Atok meraung kesakitan… Kita tak pernah mengemis bantuan mereka Long…!” Air mata lelakinya tumpah membasahi pipi.
Nafas ditarik payah. ‘Ya Tuhan…andai manusia diperlihatkan kasih sayang-Mu, pasti tiada jiwa yang menangis derita…’
            “Dunia ibarat sebuah pentas lakonan, dimana kita sebagai pelakonnya, Allah s.w.t adalah hakimnya, dan syurga dan neraka sebagai ganjarannya. Dalam merebut anugerah pelakon terbaik, kita harus menggapai rintangannya. Bukan hanya membuang masa mempersoalkan ‘Mengapa?’ kerana itu hanya sia-sia… Masakan kejayaan bisa dirangkul tanpa usaha…?”
            “Kita hanya hamba-Nya angah…tak berhak mempersoalkan setiap kejadian-Nya, kala kita jua hanya menumpang dibumi-Nya. Lihat pada dunia, masih ramai yang lebih malang dan susah dibandingkan dengan kita yang masih berpeluang untuk menjalani hari dan punya tempat untuk berteduh. Sedang mereka yang lebih daif dan susah, tak beratap kala hujan membasahi bumi, diasak dengan alunan tembakan saat matahari mula tegak dikepala…namun mereka tetap bernafas menjalani hari, kerana kekuasaan Allah s.w.t tetap mengatasi segala-galanya.”
            “Fahamilah hakikat, kita tak punyai dunia…oleh itu kita perlu meraih bekalan akhirat, kerana hanya itu yang bisa menjamin kebahagiaan yang kekal abadi. Kita tak ada harta yang menimbun, oleh itu kita mesti menggali sebanyak mana ilmu dunia dan akhirat untuk kita meraih anugerah pelakon terbaik. Kita tak punya orang tua untuk bergantung harap, namun kita punya DIA, Tuhan sekelian alam…yang tak pernah menjauh dari hamba-Nya…”
Bahu Firdaus ditepuk berulang kali, sebelum dia bangkit dari simpuhnya.
‘Jangan biarakan kami terkorban pada dunia hina ini Ya Rabbi…’
*********
Helmet disarung di kepala. Kaki mula menolak tongkat motor. Baru kaki menekan pedal minyak, mata terpaku dengan babak didepan matanya.
‘Zaman serba moden ni pun ada sistem hamba lagi ke?’ Kepala tanpa sedar mula tergeleng. ‘Macam-macam!’
            “Apesal lambat?”
            “Aku stuck tadi.”
            “Banyak la kau…naseb baik Madam tak moody!”
Keyri tarik sengih. Nafas lega dihembus kuat.
………………………
Sidi yang dah sedia diatas motornya dipandang.
            “Aku kena balik Melaka la beb!”
Kening mula bercantum. “Bila kau free?”
            “Malam ni pun boleh. Tak de la terkejar sangat…”
            “Ok la.”
            “Kau lepak bilik aku or?”
            “Aku lepak bilik kau.”
            “Oraite!”
Keduanya berjabat tangan.
            “Cepatlah! Lembap macam siput babi kau ni…” Tangan mencekak pinggang.
Kelihatan gadis berbaju kurung denga beg bean beso gedabaknya terkial-kial membimbing plastik bag yang sarat dikedua-dua belah tangannya.
            “Aku pun heran, apesal budak perempuan tu selalu jer kena buli…”
Kepala pantas dikalih mengadap Sidi. “Kau kenal ke?”
            “Yang perempuan rambut perang tu kenal la…”
            “Budak yang kena buli tu?”
Bahu dijungkit. “Rasanya diorang classmate.”
Keyri diam.
            “Oit, aku blah dulu!”
            “Oraite!”
*********
Langkah kaki dibrek pantas. Hampir-hampir hidungnya mencium papan lantai.
            “Kenapa dengan Atok?”
            “Atok sesak nafas. Layla nak bangunkan Atok untuk suapkan nasi, tetiba Atok macam lemas.”
Atok diangkat dari baringannya. Dada tua itu diusapnya lembut. ‘Ya Allah s.w.t, redakan sakit hamba-Mu ini…’
Dalam kepayahan Atok tersenyum. Wajah Lemi diusapnya payah. “Cucu Atok dah balik?”
            “Ye Tok…”
            “Ka..mu mes..ti pe..nat…”
            “Tak. Atok rehat la, Lemi ada kat sini.”
Dada yang naik turun menyukarkannya untuk bercakap. ‘Andai sampai ajalku Ya Rabbi, Kau peliharalah cucu-cucuku dari kehancuran dunia. Kau binakanlah hati-hati mereka, supaya kuat dan teguh pada tali-Mu. Sesungguhnya gadis muda ini terlalu tabah dalam menempuh onak duri dunia, gadis yang menangis tersedu-sedan saat sujud disepertiga malam-Mu, gadis yang tak pernah mengeluh dengan ujian-ujian-Mu…peliharalah dia Ya Rabbi. Moga jalanan abadi miliknya…’
********
Perpustakaan yang lengang, memberikan ketengangan. Hampir sejam mengadap buku tebal, tangan dibawa ke belakang kepala. ‘Penat!’
Tangan diluruskan. Tubuh menggeliat kecil, membetulkan sendi yang dah mula bersimpul. Kepala dipusing ke sekeliling. Kelibat gadis berbaju kurung dengan beg sandang gedabaknya, yang tekun menulis dimeja memakukan pandangannya.
Getaran fonsel mengejutkannya. Mata dialih dari gadis berbaju kurung itu.
-          kau kat ner?
Jejari mula berlari laju dipapan keypad.
-          Lib. Aku ada hal, tak jadi main. Sori.
Seketika fonselnya kembali bergetar.
-          Ok.
Kepala dipanggung, melihat gadis berbaju kurung itu. Gadis itu kelihatan mula mengemas, dan tergesa-gesa melangkah ke pintu keluar. Keyri pantas mengejar.
            “Irin…”
Kertas ditangan dibelek dengan senyuman lebar. “Not bad otak kau!”
Celia ngan Sofi yang memegang kuat kedua-dua belah tangan Lemi ketawa dengan kuat. “Tapi tetap Lame!”
            “Forever…” Bahu Lemi ditepuknya berulang kali. “Thanks dear…kali ni aku lepaskan kau. But make sure, mulut kau ni dizip rapat, kalau kau masih nak hirup udara kat sini!” Bibir Lemi ditujah dengan jari telunjuknya.
Langkah Irin, Celia dan Sofi yang makin menjauh dipandang sepi. ‘Hati, sabarlah…’
………………………..
Langkah kaki gadis itu mula ternoktah. Keyri bergerak ke bangku selang sebuah dari gadis berbaju kurung itu.
            “Kenapa kau biarkan diri kau dibuli?”
Kepala dikalih seketika ke arah Keyri. Namun bibirnya masih sepi dari bicara. Hanya mata merenung jauh ke tengah tasik.
            “…untuk raih simpati?” Tetap tak berputus asa.
            “Apa yang mata lihat, tak sama dengan hakikat sebenar…kerana mata itu sering tertipu…”
            “Ni bukan pertama kali aku tengok…”
Spontan bibirnya tersenyum.
            “Aku bukan menonton sebuah drama, tapi sebuah hakikat…” Masih tak berpuas hati.
            “…kerana drama itu adalah hakikat.”
Kepala pantas dikalih memandang gadis berbaju kurung itu.
            “…Cuma pengakhirannya yang berbeza. Pengakhiran yang bukannya sebuah fantasi.”
            “Maksud kau?”
            “Fairytale.”
            “…like Cinderella?”
Kepala diangguk. “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”-QS 13:11-
Mata terpaku di wajah gadis berbaju kurung itu. ‘Siapa dia ni…’
            “Kadang-kadang dunia seakan melemaskan aku. Berkali aku tersungkur padanya, namun sesak dibenak masih tak mampu terungkai. Kadang hati cemburu pada si miskin, tetap indah dengan senyuman walau keringat tak henti menghujan.”
            “…itulah manusia yang tak kenal erti syukur.”
Keyri melepaskan tawa kecil. “Bercakap memamang senang…”
            “Kesilapan lalu, tak memberikan sebarang erti jika hanya penyesalan hanya meniti dibibir…”
Air liur yang ditelan, terasa pahit.
            “Persoalan yang sesak dibenak, tak kan pernah terjawab andai diri tak henti mengeluh dan meyalahkan orang lain. Diibaratkan  sesorang itu menaiki sampan untuk menghijrahkan diri ke tempat baru. Di sepertiga jalan, hati mula berputus asa kerana merasakan usahanya hanya sia-sia, kerana destinasi yang ingin ditujuinya masih lagi jauh dan tak menampakkan bayangnya. Lalu diri mula menyerah dan perahu didayung kembali ke tempat asalnya…”
            …Yang hina dan miskin, tak kan selamanya derita…selagimana Iman terpahat kukuh dijiwa. Lihatlah dunia dengan dimensi akhirat, nescaya masamu tak kan sia-sia dengan penyesalan dan persoalan-persoalan yang tak bermanfaat, kerana banyaknya bicara itu mematikan akal…[Saidina Ali]
            …Cuba renungkan diri. Untuk apa kita hidup didunia ini? Adakah untuk menaklukinya semata? Adakah untuk kemewahan, keseronokan semata? Hidup bukan semata mencari kepuasan diri, tetapi berbalik kepada tujuan penciptaan kita, "Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali supaya mereka beribadat kepada-Ku"  (Adz Dzariyat:56)
Kepalanya dirasakan nyaman, bak salji mencurah-curah dikepala.
            “Ambil la masa untuk bermuhasabah diri, kerana itu kunci kesedaraan. Jangan pernah menyesali takdir perjalanan hidupmu, kerana ketahuilah…masih ramai yang lebih malang darimu. Bersyukurlah kerana dirimu masih punya kedua-dua ibu bapa. Berjasalah pada mereka walau dirimu sering mendapat nista, walau dirimu pernah terbuang, walau bahagia itu tak pernah menyapa saat kau bergelar anak kepada mereka…
Jangan pernah menyalahkan mereka, kerana kekurangan dalam dirimu. Mungkin saja mereka tidak menyedarinya, kerana tak semua orang bertuah untuk mendapat hidayah-Nya… Dengan memberontak hanya menjahanamkan diri sendiri…dan itu sangat sia-sia. Bangkitlah walau harus bertatih kembali. Jadikan kesilapan ibu bapa kita sebagai pengajaran bukan sebagai warisan. Bantulah mereka yang jahil dengan memenuhkan dadamu dengan ilmu agama, agar kelak dapat kau menuntun mereka menuju jalanan syurga yang abadi…
…saatnya dirimu tak mampu lagi bersabar, tanyalah pada dirimu…apakah doamu selama kau bernafas, tidak pernah dimakbulkan-Nya? Amal apakah yang terlalu hebat kau lakukan hingga tegar menjauh dari-Nya, hanya kerana pintamu kau rasa belum terjawab? Sedangkan sedar atau tidak, kau selalu mengundang murka dari-Nya…”
Nafas ditarik perlahan. “Kadang kita tak sedar, tangis yang membuat hati pilu kerana kurangnya rasa syukur dan kurangnya meyakini segala yang dah tercatat diLauhul Mahfudz, lalu timbulnya iri yang merosakkan hati…dan membuatkan hati mati, dan menjauh dari Ilahi…
            …menangislah sekadar untuk melepaskan kesakitan, menangislah agar kau mampu tersenyum kembali…dan simpanlah tangisan sendumu kerana takutkan-Nya, kerana dosa-dosa yang dilakukan, kerana kejahilan diri, dan kerana bersyukur masih berpeluang untuk mengetuk pintu taubat-Nya… "Sesungguhnya Allah s.w.t akan membentangkan Tangan-Nya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di waktu siang, dan membentangkan Tangan-Nya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di waktu malam, sampai matahari terbit dari barat." (H.r Muslim)
…Jagalah perintah Allah s.w.t, nescaya Allah s.w.t akan menjagamu. Jagalah Allah s.w.t, nescaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah s.w.t. Jika engkau mohon pertolongan, mohonlah kepada Allah s.w.t. Kenalilah Allah s.w.t di waktu lapang, nescaya Dia akan mengenalimu di waktu susah. Ketahuilah bahawa apa yang menyimpang dari padamu, nescaya tidak akan mengenaimu, dan apa yang mengenaimu, tidak akan menyimpang darimu. Dan ketahuilah, bahawa kemenangan disertai kesabaran, dan sesungguhnya kesenangan disertai kesusahan dan kesulitan disertai kemudahan." (H.r. Tirmidzi dan Ahmad, dari Ibnu Abbas).
Keyri yang menekur tanah dipandangnya. “Selagi dunia masih belum tamat, senyuman penuh bahagia dibibir tak kan pernah terlakar dibibir ini, melainkan saatnya ajal datang menjemput…kerana rencana syaitan durjana itu tak kan terhenti dari menyesatkan anak-anak Adam…”
Diri mula bangkit dari bangku. “Letakkanlah hanya Allah s.w.t dihatimu, pasti kau tak kan pernah menyerah pada dunia…dan kebahagaiaan abadi sentiasa menantimu, InsyaAllah… Assalamuallaikum.”
Langkah kaki gadis berbaju kurung itu dipandang lama. ‘Subahanallah…jauh aku tersasasr dari jalanan-Mu Ya Rabbi…’ Muka diraup payah.
********
Lemi – Pandanglah dunia dengan mata hati, pasti hatimu tak kan pernah membandingkan takdirmu. Kehidupan mematangkan aku, kesabaran mengajar aku mengalah, dan ujian-Nya mendewasakan aku untuk mengharungi bumi yang makin tenat ini.
Membesar dengan tanggungjawab yang tergalas dipundak lebih baik dari menghabiskan sisa umur remajaku dengan kenangan yang penuh dengan kejahilan. Walau aku digelar ‘Lame’, itu hanya dipandangan dunia, kerana menyibukkan diriku dengan bekalan akhirat menjadikan aku semakin ‘Advance’ pada pandangan Allah s.w.t.
Namun aku hanya insan biasa. Kecundang saat alpa, tersasar saat langkah sumbang…tiada siapa yang akan memimpin kembali tangan ini ke jalan yang benar, tiada sesiapa yang akan mengusap lembut ubun-ubun kepala saat diri lelah, tiada sesiapa yang akan menghulur pundaknya, saat kepala tak mampu lagi tegak…tiada sesiapa… melainkan DIA, Allah s.w.t…
Wahai hati...
berjalanlah dgn penuh harapan,
kepada Allah s.w.t semata-mata,
walaupun hidup ini x selalu bahagia...
Sedekahkanlah satu senyuman,
walau dihatimu x mampu lg bertahan...
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
Hiduplah dalam iman...walau hidup dpenuhi godaan…
Berpeganglah kepada Allah s.w.t,
walau DIA tak kelihatan...
Bukti kasih-Nya, kita wujud didunia pinjaman ini...

Wahai hati…
Menangislah penuh pengharapan kpd ilahi,
pasti kan kau temui jalannya nanti...
Wahai hati...
Usahlah bersedih lagi,
carilah redhanya,
sematkan disudut hati...
Moga kasihnya menyinari hari-hari yang menanti…
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur…


Keyri – Dilahirkan dalam keluarga dan kehidupan yang cukup lengkap, hati tak pernah rasa cukup. Membesar menjadi anak muda, aku menghabiskan sisa umur mudaku penuh sia-sia. Dan hati ini tetap jua gelisah sendirian, bahagia itu tetap tak kunjung tiba…diri dirasakan malang dan tak berguna.
Tak ku sedari, masih ada insan-insan yang malang diluar sana…insan yang tak punya apa di mata dunia, namun punya hati yang kuat sekeras kerikil! Dunia seolah hanya sebesar hama dipandangannya. Tak dipandang megah, dan tak dijulang riak… Hinaan dan ejekan bagai angin lalu, seolah diri tak punya perasaan. Penindasan dan kezaliman, tetap tak mengugatnya bersuara lantang meminta belas ehsan. Namun dia masih menjalani hari…tak menyerah, tapi mengalah. Tak bersuara, tapi menggengam kemenangan. Tak tunduk, tapi hormat. Tak menagih pada manusia, tapi berserah hanya pada-Nya…
Usah sangka apa yang belum kita miliki adalah jaminan pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah, kekal cerah selama-lamanya. Ada kalanya, ia kan menjadi hitam dan menyusahkan…



Dazz-


1 comment: