Saturday, September 17, 2011

The Little Kiddo~



“…errr…” Sisi kanan dahi yang diliputi tudung digaru berulang kali.

‘Mak aiihh…biaq benor budak chomel ni…cakap omputih macam bertih goreng! Geramnya nak cubit pipi dia…’

“I’m waiting…” Kedua belah tangan ditarik silang ke dada.

“Ehem!! Err, I think you got the wrong person dear…” Senyum manis ditarik pinggir bibir.

Jari telunjuk diketuk perlahan dihujung hidung mancungnya. “Why?”

“I’m not a salesgirl.”

“Ouh…” Bibir kecilnya spontan membentuk oval. “Sorry…”

Kiera senyum. Kepala diangguk.

“So…can you help me?” Kaki dijungkit dari kedudukannya, cuba mencapai paras ketinggian Kiera.

“Akak a bit rush la dear…akak panggilkan assistant bookstore iye?”

“Nope!” Muka ditarik.

‘Huh…’ Kiera jatuh rahang.

“Pleaseee…” Mata dibulatkan.

‘Alahai…cutenya! Anak sape la ni. Kang aku kidnap jer terus…’ “Okie…”

“Yess!” Hannah Damia melompat girang.

Kiera geleng kepala. Duffel bag diselongkar. Fonsel dicapai pantas jejari berlari di skrin. ‘Alahai…payah kalau dah tergoda!’

“Assalamualaikum. Angah kat mana dah?”
“On the way. Along?”
“Erm…Along kat bookstore lagi ni…”
“What???”
Fonsel dibawa jauh dari telinga. ‘Haillam…’

“You know Mama better kan…”
“Yeah! Tu yang Along call angah.”
‘Naaa… Pe lagi si Along ni…!’ “Explain.”
“No time. Akak stuck kat sini. So, angah please bagi excuse yang masuk akal kat Mama…”

Iman garu kepala. “It’s always happen when Mama suruh balik rumah kan… Tak kan la Mama nak caye lagi…”

“Kali ni betul. Not a stupid-crazy-things. Please…”
“Will. But not promise la. If Mama meletup, then you answers yourself.”
“Okie.”
‘Fuhh..settle!’ Hujung atas tudung ditiup kuat.

Kepala dikalih ke sisi. “Err…”

Hannah Damia gaya santai dengan tangan kiri dan kananya disilang ke dada, mata tajam merenung Kiera.

‘Asal budak ni punyer aura tersangatlah bloodthirsty…!’ Kiera tarik sengih peace.

“Can we start now?”
“Sure.”

Hampir sepuluh rak diredahi, Kiera masih setia mengekori langkah si kecil. ‘Kaki aku giler cramp dah ni. Haimaa…’

“I think…” Jari telunjuk diketuk perlahan dihujung hidungnya. ‘Chomel!’

“What?”Kiera teruja. ‘Let’s finish here!’

“It’s not here…”

“Huh???” ‘Mak…boleh tak aku buat-buat koma kat sini. Rasa nak hempuk jer kepala sendiri dengan duffel bag ni…’

Kiera tayang muka pasrah. ‘Boleh la kau apply jadi babysitter lepas ni Kiera oiii!’
……………………………………………………………………...
Hampir dua jam berlegar, aci redah masuk bookstore yang ada, membuatkan Kiera hampir meraung kehibaan bila si kecil tetap kata, “I think we got the wrong place la sis… Can we go to others shopping complex?”

‘Ya Allah…give me a patience lorr…’

“I already out of my time dear… I think you should back to your parents now. It’s already late…” ‘Macam mana aku boleh lupa pasal parents budak ni erk…’

Senyap.

Kiera ketap bibir. “Where’s your parents?”

“Papa busy.”

“Huh?” Rahang bawah terbuka luas. “Then Hannah mai dengan sape?”

“Papa…”

‘Hadoii…awat berbelit+simpang siur sangat ni…’

Jam ditangan kiri dikerling. ‘Dah jam enam… Die in hard bubble la aku dengan Mama nanti… Omoo!’

“Jom akak hantar Hannah balik.”

“Then what about my komik?”

“You should try to find next time.”

“Perhaps…”

‘Ala..kesian la pulak!’ Bibir diketap. Kepala dipusing ke sekeliling. ‘Idea coming to me please…!’

“Err…can we move now?”

Hannah Damia tarik muncung. Kaki laju melangkah. Tak lagi mempedulikan Kiera.

‘Alahai…’ Langkah kecil Hannah dikejar. Tapak tangan si kecil dicapai sebelum mereka hilang di balik orang ramai.
…………………………………………………………………………
Rahang bawah dah terbuka luas. ‘Berduyun-duyun cik Tan menapak masuk’. Mata membulat, tak berkelip walau sesaat. ‘Mak aihh…biar betik?’

“Ehem!”

Melihatkan Kiera yang masih ternganga luas, Hannah Damia menarik hujung lengan baju kurung Kiera.

Kepala dikalih ke sisi. Kening kirinya dijungkit.

“Home sweet home…”

“Ouh!” Sengih.

“Betul ni rumah Hannah?”

“Why?” Kening dah knitted.

Kiera tarik sengih peace. “Nothing…”

“Jom!”

Tangan kanan Kiera ditarik sejurus pintu pagar terbuka.

“Err…akak dah lewat…”
………………………………………………………………………….
“Where have you been honey?”

Kiera kalih si kecil di sisi. ‘No reaction.’ Tangannya masih digenggam Hannah Damia erat.

“Kan nanny dah pesan…you should bring Pak Mail or Mak Wida along with you…”

Senyap. 

Kiera garu sisi tudung. ‘Hape kes ni? Sape yang dok bercakap? Awat si kecil ni senyap ja? Haimaa…’

“Hannah…? Isn’t you there?”

‘Baru perasaan ke yang dia dok cakap sensorang?’ Kepala spontan tergeleng, tanpa sedar si kecil ralit memerhatikannya.

“Why you…” Mata terpaku tepat di muka Kiera.

Bibir tarik sengih sipi. “Assalamuallaikum Puan.” Kepala ditunduk sedikit, menghormati yang lebih tua.

Datin Kamilah senyum. ‘Lawa!’ Tangan Kiera pantas dicapai dan digenggamnya erat.

‘Huh?’

“Ehem!”

Kedua-duanya kembali menoleh serentak.

“I’m here. This is my friend, Sis Kiera.”

“Since when you have a friend honey?” Datin Kamilah senyum mengusik.

“…and this is my blabbering-nanny-belong to Mr.Asyraf…”

Kiera jatuh rahang. ‘Astagfirullahalazim…hape ke pelik tahap insomnia nama diberi…!’

Datin Kamilah dah terlepas gelak. “It’s ok dear. She always like that. Jom.”

“Pergi mana?” Bingung.

“Kiera kan tetamu…”

“…then?”

“Have something before you leave.”

“Ouh…tak pe Puan. Saya pun dah lambat ni.”

“No. Take it as my thankful for sending my little princess back home… Ok?”

Bibir bawah digigit. Jam ditangan kiri dikerling. ‘Aduhai…’

“Jom sis!” Tangan kanan Kiera ditarik.
………………………………………………………………………..
“Nur Qayra Adlina!”

‘Ho ho ho…I’m died…’ “Assalamuallaikum…”

“Waalaikumusalam. Kamu pergi mana? Janji pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa? Kamu memang tak serik kan?”

“Panjangnya soalan Ma. Mana satu yang Along nak kena jawab ni?” Innocent.

Senyap. ‘Ya Allah budak ni…!’ “Jawab semua!”

Kepala diangguk. “Ermm…”

“Apa lagi?”

“…dah lupa soalan first…” Kepala ditunduk.

Puan Alya Alimi ketap bibir. ‘Ya Allah geramnya aku! Anak sape la ni…’

“Kamu pergi mana yang sekarang baru nampak batang hidung?”

“Mama tak nampak ke muka Along yang cun ni?” Puan Alya dipandang bersungguh.

“Nur Qayra Adlina Bt Luqman!!”

“Okie. Along ada meeting dengan client kat luar, then masa nak cabut balik stuck pula kat sana. I’m trying hard to get back…and I’m here oready kan…?”

“Sangat la…” Kiera dijelingnya sekilas.

Bibir tarik sengik kerang. “Sorry Ma… So apa yang urgent sangat Ma suruh Along balik ni?” Duffel bag dilurut dari bahu. Badan terus dicampak ke sofa.

“Cuba sopan sikit.”

Senyap.

“Ehem… Ni haaa, malam ni kawan Papa nak datang dinner kat sini.”

Diam.

“Satu family…”

Kening dah knitted. ‘Dah tu apa kaitan dengan diriku…?’

“Along dengar tak ni?”

“Yup! Then Ma nak suruh Along masak?” Jam didinding dikalih pandang. “Dah nak Maghrib kot…mana nak sempat…”

“Tak de nya Mama nak suruh kamu masak. Macam la kamu tu terror masak.”

“He he he…” ‘Asal Mama kantoikan aku…! Malu kat diri sendiri lor…’

“Mama nak kamu naik mandi, siap then turun.”

“Nak pergi mana?”

“Ya Allah budak ni…!”

“Okie Ma, Adioss…” Kaki pantas berlari mendaki anak tangga.

Gelak tawa Kiera yang sayup-sayup kedengaran menerbitkan senyuman di bibir Puan Alya. ‘Alahai Along ni….’
………………………………………………………………………….
“Lawa baju…”

Kepala masih tak berganjak, tangan lincah menyusun pinggan mangkuk.

“Hitam campur putih…very nice!”

‘Ada orang cakap dengan aku ke?’ Kepala diangkat dari pinggan.

Kiera terkebelakang. “Huh?”

“Hai!”

“Waalaikumusalam. Salah masuk rumah eh…”

“What??”

“My home…”

“Hah?”

Sisi kanan tudung digaru. “Encik salah masuk rumah ni. Ni rumah ayah saya, kami tak de adik beradik lelaki.”

Irfan Naufal meledakkan tawa. Kiera jatuh rahang. ‘Gila double cheese-del ke hape!’

“Along…tom yam dah letak belum?”

Kiera pandang Iman. ‘He is crazy…not me okie!’

Iman bulatkan mata. Kening kanan dijungkitnya.

“Hi, Iman right?” Masih dalam sisa gelak.

“Yup!” Iman senyum, tudung dikepala dirapikan.

Kiera dah berkerut dahi, bingung. “Bukan dia ni salah rumah ke? Apesal Iman boley kenal pulak?”

Iman melopong. “Apa Along ni!” Irfan Naufal dihadiahkan senyuman. “Ni anak kawan Pa la…”

“Ouh…” Dengan tak bersalah kaki melangkah ke dapur.

“Sorry…Along memang macam tu…” Senyum.

“It’s ok.”
………………………………………………………………………….
“Along!”

“Pe…” Tak berganjak dari epal ditangan.

“Apesal Along cakap dia salah rumah?”

Bibir spontan tarik sengih. Kiri kanan dipandangnya, telinga Iman dirapati. “Along ingat dia salesman…dia macam cakap something pasal baju. Ni kan tengah bulan, pokai kot!  Mana nak cekau duit…kang lari budget!”

Iman jatuh rahang. Muka Alongnya ditatap tak berkelip.

“Iman?”

“Are you serious?”

Kening dah knitted. “Yup…apesal?”

“You’re really out of mind!” Iman menyusun langkah, kakinya dihentak kuat. ‘Rasa macam nak hantuk je kepala kat peti ais! Apesal la Along aku ni gila pelik…’

“Lorr…” Bahunya dijungkit, epal dikupasnya kembali.
…………………………………………………………………………
“Assalamualaikum…”

“Waalaikumusalam. Ma…sihat?”

“Sihat Alhamdulillah… Along? Kat mana ni?”

Dia gelak. “Ma always tanya Along banyak-banyak…”

“Ye la…dah kamu tu suka sangat off call. Orang tak habis cakap lagi, dia sibuk nak letak!”

Kiera ketawa kuat. “Along sihat, kalau tak Along dah terbaring kat katil tu haa. Kat office ni, nape Ma?”

Puan Alya geleng kepala, ‘sepatah orang tanya, berpatah-patah dia jawab!’

“Ma?”
“Ya…ya…ni semalam ada rombongan merisik datang…”
“Iman nak tunang dah ke? Handsome tak Ma?”
“Ape pulak kamu ni! Kamu tu yang patut kahwin dulu…”

‘Adeyh!’ “Ma kirim salam la kat Iman, cakap kat dia Along wish congrate’s!”

“Nur Qayra Adlina! Rombongan tu datang nak meminang kamu la!”

“Huh?” ‘Bila masa aku pi mengorat anak teruna orang ni?’

“…Pa dah terima. Minggu depan tunang, then bulan depan kahwin…”

Gedebukk…!

“Along…? Kamu kenapa?”

“Err…” Punggung yang terhempap digosok lembut. ‘Ni bukan ibarat ditimpa tangga dah…memang dah ditimpa kerusi pun haa!’

“Ma…Mama buat lawak je kan? Mama marah kat Along sebab dah lama tak balik kan…”

“Tak de nya Mama nak buat lawak cekodok basi tengahari buta ni Along oii. Nanti Along call Papa, Papa nak bincang something…”

“Ma…”

“Hujung minggu ni balik! Kalau tak kereta kamu Papa tarik.”

“Ala…mana aci!”

“Dah pi buat kerja kamu, jangan dok curi tulang jer! Kirim salam kawan serumah kamu tu, jemput diorang datang sekali. Assalamuallaikum, jaga diri.”

Klik!

‘Huh?’ “Mama? Puan Alya Alimi?”

Tettt…

“Warghhhh….” Kepala ditekur ke meja. ‘Encik Alimi tolong Kiera…huk huk huk. Kenapa anak Encik Alimi tegar melakukan hal sedemikian pada diriku…sungguh kejam anak perempuan encik… Nak lariii!’

“Kiera…kau ok?”
“Erk?” Bibir tarik sengih peace. “Kuat sangat ke aku jerit?”
“Tak de la kuat sangat…bergegar sikit jer office ni.”
“He he he…”
……………………………………………………………………….
“Where are you?”

“Erm…on the road lagi. Can you give me another minute?”

“How much minute lagi ni… Penat la tunggu!”

Bibir senyum tanpa sedar. “Kan dah promise, nak keluar dengan sis tak ni?”

Hannah Damia melepaskan keluhan. “Trying. Of course! Hannah dah dress-up la…”

“Okie. Then trying to control your patience…”

“Ok sis!”
Dalam tak sedar kepala dah tergeleng. Dah hampir sebulan dia jadi best fiend  si kecil, Hannah Damia. Dah banyak bookstore area Petaling Jaya yang mereka dah aci redah masuk dan bertapa macam rumah sendiri. Nasib baik Hannah Damia kaki lepak king dengan gedung buku…kalau kaki shopping…tak ke haru hidup den nanti…!
…………………………………………………………………………
“Macam mana kau boleh tertunang ni? Kitorang yang aci dok ayam cinta bertahun-tahun, alih-alih kau yang dok ayam ketupat dalam mimpi, bertunang dulu…”

“Aah! Dah tu bulan depan dah majlis kahwinnya…”

“Kau ehem-ehem senyap-senyap eh?”

Kiera jungkit bahu. Mata masih melekat diskrin tv, khusyuk dengan BoboyBoi.

“…tapi macam mustahil jer…”

“Apesal?” Noni pelik. ‘Minah ni…dia tanya, alih-alih dia pulak yang jawab!’

Tiga kepala pandang Dura. Wana jelling sekilas kat Kiera yang turut kalih pandang ngadap muka Dura. ‘Mak aii…dia pulak terlebih excited!’

“Tak kan la dia bercinta dalam mimpi… Tak pernah dating, hatta SMS…apetah lagi nak bergayut dengan phone!”

Wana ngan Noni angguk kepala serentak. Kiera tahan gelak. ‘Alahai la mate-mate aku ni… Yang pi overtime kan kepala korang pe hal…layan BoboyBoi kan lagi bagus….’

“Haaa…!” Kiera melepaskan jeritan. Saje!
“Woi!”
“Kiera!”
“Nur Qayra Adlina!”
“Okie, enough!” Bibir tarik sengih peace. “Sorry. Korang pe kes boleh tercampak elok landing kat ruang tamu rumah aku hari tu? Bila masa korang bersaudara dengan bakal laki aku?”

Ketiga-tiganya spontan terdiam.

“I’m waiting…”
“Err…” Tiga pasang kepala saling berpandangan.
“Dura manisss…”
“Mama kau yang jemput!”
“Ouh…I see…”
“Dura!!” Noni ngan Wana serentak menepuk bahu kanannya.
“Opsss…” Telapak tangan kanan di bawa ke mulut.

Kiera bantai gelak. “Okie la, aku berlayar dulu. Nonitye! Adios! Assalamuallaikum…”
“Waalaikumusalam…” Serentak.
“Minah ni cool jer.”
“Aah…tak de pulak dia meraung protes dengan pertunangan misteri ni…”
“Dia tak kan buat macam tu la…”
Wana dikalih pandang. “Apesal?”
“She’s a good daughter. Even dia agak sempoi and agak crazy+freaky, if melibatkan family dia tak pernah bantah…walaupun ada kalanya dia terpaksa sacrifie…”
Noni mengangguk setuju. “Dia selalu mengalah…even dengan kita pun.”
“Yup! All this while pun she was too kind… Tak lokek, and sangat good listening even dia tak pernah terlibat dalam masalah jiwa…!”

Ketiga-tiganya ketawa serentak.
…………………………………………………………………………………..
“Along…!”

Senyap.

Pintu bilik diketuk lagi buat kali ketiga. “Along… bukan kamu janji dengan Qaid nak ambik baju hari ni? Ni dah pukul berapa, tak gerak-gerak lagi…”

Pintu terbuka dari dalam. “Jap. Along nak siap la ni.” Tangan ligat melipat telekung solat.

“Ye la… Mama nak keluar dengan Auntie Lin ni. Nanti jangan lupa kunci rumah.”
“Okie.”
……………………………………………………………………………………
Hampir lima belas minit berlegar di ruang parking, kini dia mampu menarik nafas lega.

“Hannah?”
“Sis Kiera!”
“Assalamuallaikum…” Pipi si kecil dicuit dengan hujung jari.
“Waalaikumusalam. Late again…” Suaranya dileretkan.
“Stuck kat parking la dear.” Bibir sengih kerang. “By the way, Hannah buat pe kat sini?”
“Errr…” Si kecil gelabah. Rambut depan yang tersusun elok ditiup berulang kali.
“Hannah? Lost again?”

“Honey…” Kedua-dua kalih kepala serentak.
“Papa!”
‘Papa? Father? Means ayah dia?’

“Why are you running out from the butik?”

Si kecil tarik muncung. “B.O.R.I.N.G…la Papa!”

Kiera senyum tanpa sedar.

Danial terkelu.

“Papa? Are you dreaming?” Si kecil bingung. “In a hot noon ni?”

Kiera kalih pandang Danial. Dahi dah knitted.

“Ehem! I’m just thinking…”
“Really?”
“Sorry for troubling you with the little girl…”
“She is my best friend la Papa!”
“Huh?” Si kecil dipandang pelik.
“Since when you make a friend?”
“Since you always neglect me!”

“Err…sorry disturbing both of you. Saya minta diri dulu la, dah a bit late. Nice to meet you dear, see ya. Assalamualaikum.” Pipi Hannah dicuitnya.

“Why are you looking at her like this…” Danial dipandang dengan mata bulatnya.
“Looking like what?”
“Like you want to swoop her…”
Danial jatuh rahang. “Where you pick-up that word?”
“Pak Lang…”
‘Haisyeh!’ Danial garu kepala. “Don’t ever use that word again! No more question. It’s final!”
“O..k…”
“Jom.” Tangan si kecil dicapai.
…………………………………………………………………………………
“Ok, we can start now. Dua-dua mempelai dah sampai…” Qalisyha memecah hening.

Kiera yang ralit dengan majalah yang melayukan anak matanya, kalih pandang.Rahang bawah terbuka luas. 
‘Tak kan la…’

“Jap!”

Ketiga-tiga kepala kalih pandang ke arahnya serentak.

“Why are you here?” Matanya tepat merenung si kecil.

“I’m looking for flower girl gown.” Bibir tak lekang dari senyuman.

‘Don’t tell me yang aku bakal berkahwin dengan bapak budak…and I’m gonna be instant Mom! Omoo…’

“Adlina dah kenal Hannah ke?”

Bibir tarik sengih sumbing. Kepala diangguk.

“She is my best friend la Uchu!”

“Oh… I see! So ni la sis Kiera, Hannah eh?”

“Yup!” Kepala diangguk bangga.

“No wonder…”

Kiera tersenyum cuma.

“Jom la try baju, nanti Mommy sampai bising pulak. Angah..!”

“Don’t scream la Uchu! Papa kan dah cakap, be polite…” Tangan Kiera ditarik ke arah changing room.

Qalisyha sengih kambing. ‘Alahai….’
………………………………………………………………………….
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumusalam…”
“Dah settle?”
“Alhamdulillah.” Bibir tarik senyum. “Auntie Lin tak singgah?”
“Tak, dia rushing nak ambik Haiqal kat nursery.”
“Ouh! Along naik atas dulu, badan dah melekit.”
Puan Alya mengangguk. “Along tidur sini ke?”
“Aah…”
……………………………………………………………………………….
Di keheningan pagi, Qayra Adlina kembali sujud pada-Nya, penuh rendah diri demi melerai rindu yang kian bercambah dihati.

‘Ya Allah, Ya Tuhanku…tak pernah sesaat Kau hilang dalam diriku, walau pahit mana jalanan yang aku tempuhi, Kau tak pernah hilang meninggalkan aku terkapar keseorangan…

Namun aku seringkali goyah pada hati ini…seringkali mempersoalkan takdir-Mu, seringkali jua mengeluh atas ketetapan-Mu. Pada dinginnya pagi-Mu ini, aku mohon Ya Allah…teguhkanlah pendirianku, tetapkanlah keImananku, hadiah kan aku sebongkah kekuatan dan kesabaraan, agar dapat aku terus menempuhi hari-hari yang mendatang…agar cinta-Mu tak kunjung mekar dalam taman hatiku Ya Rabbi…

Pada indahnya dunia, telah ku pasakkan seluruh hidupku buat akhirat-Mu… Pada gemilangnya cinta agung dari cebisan dongengan silam, telah ku serahkan sepenuh jiwaku pada Cinta-Mu… Pada indahnya sebuah kehidupan, telah ku abadikan seluruh kudratku pada kedua orang tua ku… Tak ku harap yang lain, melainkan redha dan cinta-Mu Ya Rabbi…

Ya Allah, Ya Rahman… bersaksikan hamparan sejadah, dan berkiblatkan kaabah-Mu, aku melafazkan suara hatiku… Sungguh aku tak mengharapkan seorang mujahid sebagai pelengkap dan pemilik tulang rusuk ini, kerana aku berIman pada Qada’ dan Qadar-Mu… Aku sedar ikatan ini bukan sekadar penyatuan dua hati, kerana pada ikatan inilah yang akan memacuku ke Syurga-Mu, yang akan melahirkan khalifah-khalifah yang teguh keIslamannya untuk mentadbir isi bumi-Mu, dan yang akan melahirkan wanita solehah yang bersimbolkan mar’afatonah demi sebuah syahdah ‘ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH’ yang terlafaz dibibir…

Ya Allah…pada-Mu ku serahkan segala-galanya. Moga hati ini damai dengan ketentuan-Mu. Terima kasih tak terhingga Ya Allah…hanya pada-Mu ku temui kekuatan untuk menjalani hari-hariku…hanya pada-Mu ku pasakkan kejadianku…Tuhan Yang Maha Esa…

Ya Allah…
...Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

…………………………………………………………………………………..
“Kiera!!”

Kepala pantas dikalih ke belakang.

“Waa…cantiknya kau!! Berseri-seri even tak over touch-up…” Noni terpegun.

“Macam mana korang boleh terpacak kat sini?”

“Qayra Adlina!!”

Kiera gelak. “Just joking. Dah makan?”

“Belum…tunggu nak sambar kau la…”

“Woo..ganas!”

Keempat-empat pecah gelak.

“Mana laki kau?” Dura toleh kiri dan kanan.

Kiera jungkit bahu. “Tadi ada, ntah…”

“Dia ni la…”
…………………………………………………………………..
“Assalamualaikum…”

Gerakan tangan yang lincah melipat helaian baju terhenti. “Walaikumusalam.”

Danial senyum. Kiera direnung lama. ‘Cantik!’ “Can we have a chat?”

Danial dipandang pelik. “Huh?Errr… Okie.”

Langkah Danial yang menuju ke arah balkoni bilik dituruti.

Hampir lima minit berlalu, suasana yang beku merimaskan Qayra Adlina.

“Err…kata nak cakap kan?”

Danial berdehem perlahan. Senyuman dihadiahkan buat si isteri. “Thanks for be my wife.”

Kepala spontan terangguk.

‘Haik…tu je ka respon dia?’

“Tu jer nak cakap?”

Danial tahan gelak. ‘Not bad bini aku ni…’ “Do you love me?”

“Huh?” Kiera jatuh rahang. Spechless nak pengsan… ‘Ada ke main tembak through the heart… Freaky man!’

Kiera dihampiri. Senyuman masih terukir dibibir. “Do you falling in love with me at the first sight we meet?”

“Bila first time kita jumpa?” Danial dipandang bingung.

‘Biar betik minah ni…’ Qayra Adlina direnung tak percaya.

“Tak ingat?”

Geleng kepala.

“Langsung tak ingat?”

“Yup.”

‘Ishk…macam nak hantuk kepala kat sliding door ni jer…’

“Kat butik pengantin hari tu…”

Senyap.

Hampir sepuluh minit…

“Ouhh…papa Hannah Damia?”

“Yup!” Semangat.

“Are you falling with me at that time?”

Dahi dah knitted. “At that time I just wondering do I will be an instant mom…”

Danial jatuh rahang. ‘Hape ke pelik…’

“Means…”

“Agak scary to be step mother…”

“What? Step mother?”

Kiera angguk kepala.

“Do I look like ‘Bapak orang’?”

Kedua-dua bahunya dijungkit.

“Then…apesal idea tu yang come out…?”

“No idea.”

Letusan tawa dari Danial mengejutkan Kiera yang ralit memandang bintang di dada langit. Danial dikalih pandang. Kening kiri spontan terjungkit.

“Weirdo…”
“What?”
“Your head…”
“Why?”
“That’s why I was falling love with you at the first sight I meet you…”

Diam.

“Qayra?”
“No word to say. But thanks…”

Dan Danial hanya ketawa cuma…
………………………………………………………..
Pengumuman penerbangan mula kedengaran. Orang ramai kelihatan berpusu-pusu menuju ke pintu masuk.

“Hannah, salam sis Kiera. We got to go now.” Asyraf bersuara dibalik troli bagasi.

Tangan Qayra Adlina yang erat digenggaman Danial ditariknya. “Over!”

Danial ketawa besar. “Tak habis jealous dengan Papa lagi eh?”

Bibir tarik muncung. “You stole my best friend!”

Ruang menunggu bingit dengan ledakan tawa.

Tubuh Hannah Damia ditarik ke pelukan. “Gonna miss you little kiddo!”

Senyap.

“Take care. I will pray for you, always…”

Pelukan yang makin ketat menerbitkan senyuman di bibir Qayra. ‘Moga dewasanya dia menjadi wanita solehah Ya Rabbi…’

Bahu Hannah Damia diusap lembut.Esakkan yang makin jelas kedengaran menyentuh hatinya. “Don’t worry dear…Allah s.w.t always by our side. When you feel hard, listened for HIM. When you feel so pain, asked to HIM because HE never let you down…”

“I love you so much…” Pipi Qayra dicium lembut sebelum tubuh kecilnya hilang dibalik pintu berlepas.

Bibir tersenyum indah. ‘Terima kasih untuk pertemuan ini Ya Allah s.w.t.’
………………………………………………….
Pelukan dipinggang menerbitkan senyuman dibibir.

“Missing a little kiddo?”

Kepala diangguk. Mata masih setia di dada langit.

“Tadi abang Asyraf call…”

Kepala pantas kalih mengadap si suami.

“Hannah dah okay…”
“Alhamdulillah…”
“Thanks dear…”

Kening kanan terangkat.

“Being a good friend for Hannah…”
“Ouhh…”
“….and lovely wife for Qaid Danial…”

Qayra terpaku.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada... agar kelak kita tak terhumban dilautan kecewa, kerana dunia ini hanya persinggahan...dan mati adalah pengakhiraan hidup...”

Mutiara jernih yang gugur dipipi tak diseka. ”Saat bibirmu melafaz akad, hati tak lekang melafaz syahadah. Andai benar terciptanya dirimu buatku, biarlah kerinduanku tetap milik-Nya. Andai benar terciptanya dirimu buatku, biarlah rasa cintamu membawa ku dekat pada-Nya...moga hadirnya dirimu kan dapat menuntun langkahku menuju Syurga abadi-Nya...”

Keduanya hilang dalam keindahan langit ciptaan-Nya. ‘Moga bahagia ini milik kami Ya Allah… Redhai dan berkatilah ikatan ini Ya Rabbi… Moga jalanan-Mu kuat untuk terus kami harungi…’
******************

Qaid Danial - Jangan pernah mencari orang yang sempurna untuk dicintai. Namun carilah orang yang pantas untuk dicintai. Lalu cintailah dia dengan cinta yang bermaruah agar dapat kau lamar redha-Nya…

Qayra Adlina – Hidup bukan hanya dipandu dengan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri, tapi dipandu dengan kewarasan akal dan Iman didada. Kadang tak semua persoalan mampu terjawab, namun selagi mana redha tersemat dihati…pasti kau kan raih bahagianya nanti…














2 comments:

  1. aku sukaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  2. wooooo..
    good cerpen la dear..
    best2..
    like it so much

    ReplyDelete