Friday, July 29, 2011

Di kala Nafsu di Julang Megah~



Kiri kanan ditoleh,
Kosong!
Walhal suasana sesak dengan ragam manusia.

Pendengaran diamati,
Sunyi!
Walhal suasana bingit dengan pelbagai rencah suara.

Hati resah,
jiwa gelisah,
batin meronta hebat…

Peluh mula memercik di segenap liang roma,
kaki di heret melangkah,
cuba menjauh…
Namun jasad tetap kaku…

Hati resah,
jiwa gelisah,
batin meronta hebat…

Tangan yang terkulai layu dikerah berfungsi,
jemari dipujuk berlari…
Namun…
Semuanya sepi,
Seolah pekak lagi tuli!

Hati resah,
jiwa gelisah,
batin meronta hebat…

Jasad kaku bangkit bersuara,
berlagu tanpa henti,
lantang mencaci,
lantang mengeji,
menuntut jawapan disetiap inci bakti yang diberi…

Tubuh mula dibanjiri peluh,
angin yang bertiup dingin sekali,
mencengkam rapuh hingga ke tulang temulang!
Matahari yang megah memancar dilangit,
kini sejengkal tegak dikepala,
hangat membakar diri!
Hujan nikmat mencurah bertubi-tubi,
jasad rebah terkapai-kapai kelemasan!
Salji yang nyaman kini membeku,
menyumbat disegenap pembuluh darah!
Pelangi yang berwarna-warni,
kini pucat tak lagi berdarah!

Hati tunduk mengaku kalah,
jiwa menangis pilu saat api neraka menjulang megah…
Segenap urat saraf menegang,
mata terbeliak,
mulut terherot,
dada kian menyempit,
Jasad hitam bersorak gembira!
AKHIRNYA manusia itu tumbang ditangan nafsunya…

~Tidak ada hukuman yang lebih berat atas manusia selain kejahilannya tentang ilmu taubat, dan tak menguasai ilmu taubat itu…-Abu Thalib al-Makki~

Dazz-




No comments:

Post a Comment