Tuesday, July 5, 2011

Bicara an-Nisaa' di Akhir Zaman~

Bismillah...

Ya ALLAH....
Jadikan aku setabah Ummu Khadijah...
sehingga dirinya digelar 'Afifah Solehah'..
Dialah wanita pertama yang tiada ragu mngucap dua kalimah syahadah ~
pengorbanan bersama Rasulullah s.a.w, susah senang brsama..
walau hilang harta kerana berdakwah...
walau dipulau 3 tahun 3 bulan...
imannya sdikit pun tak berubah...
mampukah aku setabah itu?
andai diuji sedikit sudah rebah.....
baru dihina sudah mengalah....
Ya ALLAH tabahkan aku sepertinya....

Ya ALLAH...
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah...
betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya..
tak pernah putus asa pada parjuangan dakwah baginda..
anak yang semulia peribadi baginda...
tangannyalah membersih luka....
tangannya jua membersihkan cela...
pada jasad Rasulullah s.a.w tercinta....
tabah dan kental dirinya pada dugaan...
mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam tertanam..
saat disakiti, maki pengganti...
Ya Rabbi teguhkan hatiku sepertinya....

Ya ALLAH...
jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah....
tukang sisir yang beriman...
dan keluarga Yasir yang bertakwa...
sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia..
iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan..
mampukah aku sesabar mereka?
saat tergoda oleh nafsu dunia?
saat alpa dengan kekayaan, kemewahan dan kesenangan?
entah ke mana hilangnya iman di dada.....

Ya Rahman...
kuatkan imanku seperti Masyitah....
terjun penuh keyakinan bersama bayi kekuali yang mendidih
kerana yakin AllAH s.w.t pasti disisi...
sabarkan aku sesabar sumaiyyah..
biar tombak menusuk ke jasad....
iman sedikit pun tak tergugat...

Ya ALLAH....
jadikan aku semulia Ummu Sulaim.....
perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar iman...
islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah s.a.w...
betapa hebatnya tarbiyyah isteri terhadap suami...
hinggakan segala panahan terhadap Rasulullah s.a.w pada hari
uhud disambut dengan belakang jasad Abu Talhah...
Ya ALLAh....
tarbiyyahkan aku paad cinta sepertinya...
ketinggian cinta pada harga keimanan....
mampukah aku menatap cinta itu?
sedangkan rupa yang menjadi keutamaan?
ketulusan iman dibutakan....
Ya ALLAH...ilhamkan aku pada cinta sepertinya....

Ya ALLAH.....
jadikan aku sehebat Aisya Humaira..
isteri termuda Rasulullah s.a.w...
biar dilempar fitnah dan tohmahan...
dia tetap teguh pada ketetapan-NYA.......
isteri sejati yang memangku Nabi...
pada saat akhir baginda...
hadis dan sunnah Rasulullah s.a.w dipertahankan...
betapa hatimu seorang mujahidah....
Ya AllAh...mampukah aku mencontohinya?
pada fitnah yang melanda?
diri mula hilang arah dan brputus asa....
teguhkan imanku seteguh imannya...Ya Rahim...

Ya ALLAH...
teringat diri pada khansa...
4 orang anaknya mati dijalan ALLAH s.w.t....
dia meratap tangis...
anak sulung kedua dan ketiganya syahid...
namun tangisan itu bukan atas pemergiaan anak tercinta..
tangisan itu kerana tiada lagi anak yang dapat dihantar untuk berjihad
Ya ALLAH....mampukah aku menjadi ibu sepertinya...
sedang anak tidak menutup aurat msih tak terjawab...
sedang anak tidak solat pun buat tak kisah...
berikan aku kekuatan sepertinya ya Rahman....
agar diriku bersedia pada akhirat kelak....

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah...
diriku tidak setabah Ummu Khadijah...
bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah..
apatah lagi sesabar Masyitah dan Summaiyyah..
mahupun sehebat Ummu Sulaim...
tidak jua seteguh Aisya Humaira....
kerana diri ini cuma An-Nisaa di akhir zaman...
dimana aurat semakin terdedah 
dimana syahadah hanya pada nama...
dimana dunia terus diagungkan...
dimana nafsu fana mnjadi santapan utama...
dimana batas sentiasa dileraikan...
dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan...

Wahai kaum hawa...
kita cuma An-Nisaa....
para pendosa yang terbanyak di neraka.....
lantas, walau tak setabah para Mujahidah...
namun...tabahlah pada ketetapan AllAH s.w.t..
berpeganglah pada agama-Nya....
carilah redha-Nya....
bekalkan diri dengan ilmu didada....
kerana sesungguhnya pada-Nya ada SYURGA!
Walau tak semulia para wanita sirah....
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara...
kerana padanya ada PAHALA!
walau tak sesabar para wanita solehah...
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa...
kerana disitu ada BAHAGIA!


Sesungguhnya HAWA tercipta dari tulang rusuk ADAM...
bukan untuk ditindas kerana lemah...
tapi untuk dilindungi kerana indah....
dan indah apabila tertutup dan terpelihara...
kerana disitulah terjaganya SYAHADAH...


Memang mudah untuk kita berkata... 
dan sukar untuk melakukan....
memang mudah untuk jatuh tersungkur....
kerana...
pahit dan sukar untuk bangun kembali..
memang mudah untuk berbuat amal..
tapi susah pada istiqamah....
insyaAllah, semuanya terletak pada kekuatan hati,
yang dipandu dengan akal yang bertunjangkan iman dan ilmu.
dengan kesabaran dan sejuta keinsafan dan keampunan
yang dipinta pada-NYa...
insyaAllah moga dipermudahkan segalanya...

Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adanya ketenangan dan kekuatan...
Moga tabahlah dirimu wahai para An-Nisa di akhir zaman....



No comments:

Post a Comment