Friday, June 3, 2011

Just Ordinary




“Wei pehal?”
            “Sape kata aku nak belanja kau makan kat sana…Tercabut urat saraf ke hape! Harga nasi sepinggan dah cecah sepuluh hinggit, tak pasal-pasal kena puasa seminggu!” gelaknya kembali bersambung.
‘Citt podah! Kedekut tahik hidung masin tul anak Pak Cik Kob ni! Warghh, bencinya aku! Buat malu sedekad jer…’
            “Ni haa, aku belanja…” plastik satay cucuk ikan disuakan kearah Lya.
Lya sambut dengan muka yang penuh dengan kesedihan. ‘Sabo je la…naseb la dia belanja. Pasrah je la de kawan yang bakhil lagi terjering ni…’
            “Nak ngutuk aku pun, bawak-bawak la bersabo dulu… Paling idak pun, cakap le mekasih ke, thank you ke…”
            “Mekasih…”  terus senyap.
‘Mak aih, tacink benar dak  kuruhs ni…’ “Tak nak try rasa ke? Mana tau nak topup, boleh aku tolong…”
            “Mak cakap tak elok makan berdiri. Kedai topup dekat jer ngan rumah, nanti boleh jalan pakai kaki sendiri bila nak topup.” Mukanya masih cemberut. ‘Gila ke anak Pak Cik Kob ni! takat satay cucuk ni, macam la aku tak pernah makan! Banyak la kau topup…aku tongkat-tongkatkan kepala otak kau tu, baru tau…’

Que yang khusyuk menulis dihampirinya.
            “Wei pe story?”
            “Aku tak tengok tv pun semalam…”
            “Poyo! Awek cun tu…”
Tangan spontan tepuk dahi. ‘Omoo..’ kepala dipanggung dari buku lab chemistrynya. “Cam ner?”
            “Kau ni amnesia ke hape? Bukan patut aku yang tanya?”
            “Sampai hikayat mana ari tu?”
            “Kau terlupa nama mamat tu…”
            “Ouh! Orang panggij Ijam…”
            “Owh, mamat tu!”
Kepala dianggukan, kepala kembali tertumpu di buku labnya. Tangan khusyuk melukis gambarajah eksperimen semalam.
Koji curi pandang. Punggung diangkat dari meja yang didudukinya. “…cikgu bagi homework untuk buat kat rumah, bukannya kat sekolah. Tak tau la aku kalau kau tak faham menatang ‘homework’ tu hape…bukannya ‘schoolwork’.”
Que cebir bibir. ‘Gaya kerek nak mampos. Macam la dia tak pernah buat kerja ni.’ Getah pemadam disebelah pembarisnya dicapai dan terus dibaling tepat ke kepala Koji.
            “Ouch!”
Que kepala statik dibuku, tangan still ligat bergerak di buku.
            “Woi!”
Senyap.
            “Woii!” masih tak puas hati.
            “Ye, Khairul Zafrul, awak panggil saya ke?”
Koji telan liur. ‘Macam mana boleh tak perasaan Pak Misai ni dah masuk…’ Bibir tarik sengih tiga kupang. “Tak de la cikgu…saya test suara. Saya balik kelas dulu la iye. Selamat mencurahkan ilmu yer cikgu.” Terus tangan Pak Misai disalaminya dan sepantas kilat juga kakinya mengorak langkah beribu-ribu menjauh dari kelas Que.

Rutin harian yang sangat padat dan memenatkan, membuatkan dia hampir-hampir kelemasan dek terkejar-kejar bak tak cukup tanah nak jejak. Sungguh la masa tu sangat kejam, tak pernah terhenti walau sesaat.
Sedar tak sedar dia dah dipenghujung tahun. Cuti sekolah hanya tinggal lagi dua minggu. Exam dah habis, tinggal result jer…satu benda yang sangat menyemakkan otaknya. Sebelum exam dah satu hal, cuak jer memanjang. Lepas exam lagi la…
Dalam hidupnya, istilah ‘merdeka’ tu tak pernah damai dijiwanya. Bila difikirkan balik, mungkin saat matanya tertutup, dan nadi tak lagi berdenyut istilah ‘merdeka’ mungkin akan damai menjadi miliknya…

No comments:

Post a Comment