Friday, June 3, 2011

Just Ordinary




 “Uid Koji!”
Koji kalih ke belakang. Keningnya dijungkit.
            “Sini jap!”
Kaki mula mengorak langkah menghampiri Que yang separuh badannya tenggelam di balik tiang lab Fizik. ‘Pe hal minah ni men aci drama Hindustan ni… Silap telan ubat ke hape!’
            “Ko pehal gaya nak buat scene Hindustan ni?”
            “Banyak la ko! Tak de masa aku nak buang karan layan Hindustan… Ada hal sket nak mintak tolong ko…”
‘Haik! Dua macam jer suara budak ni…’ “Ko nak pecah masuk mana pulak ni… Dah nak exam kot! Bawak-bawak bertaubat weh!”
Spontan kaki kiri Koji menjadi mangsa sepakannya.
            “Ouch! Sakit woii!” matanya dijegilkan kearah Que. ‘Budak ni la…kaki tu kalau tak melayang tak sah! Harap jer muka comel, ganas ngalahkan beruang koala…’
            “Banyak sangat bunyi! Ni haa…” sekeping gambar disuakan kearah Koji.
            “Perghh…sape ni weh! Cun siot…”
            “Pe siot-siot…ingat siput sedut ka? Budak ni minat kat sorang mamat ni, senior ko. Dia mintak tolong adjustkan…”
            “Sape?” dahi spontan berkerut.
            “Ntah!”
            “Dah tak kenal mana nak jalan…”
Giliran Que garu kepalanya yang bertudung. “Alaa…yang korang selalu lepak tu la.” Jari telunjuk kanannya terletak elok dibawah dagu, berfikir dengan gaya habis khusyuk. “Haa, yang geng scoot tu!”
            “Owh! …geng scoot ramai la weh.”
Koji dipandangnya dengan pandangan membunuh. “Slow ar ko ni! Nak gak menyusahkan aku…” kepalanya mula bergerak ke kanan dan ke kiri, melarikan pandangan matanya.
            “Tapikan…aku pun tak tau muka dia sebijik ghuper sape. Awek gambar tu bagitau nama mamat tu jer. And nama itu telah aku terlupakan…”
Koji dah terbeliak biji mata. “Ko…”
            “Adios Koji. Nanti ingatan aku datang, aku roger ko.” Kaki laju memecut ke tingkat tiga, menuju ke lab Kimia.
‘Giler kentang minah ni! Mati-mati dia bahan aku!’ Telinga yang dah terasa berasap di kipas-kipas dengan tangannya. ‘Sabar Koji! Sat gi kena strok tak pasal jer…’

Tinggal dua minit untuk tamat waktu kelima, seketika loceng rehat nyaring berbunyi. Kelihatan berpusu-pusu para pelajar mula bergerak ke kantin, ibarat anak-anak kamben yang baru dilepaskan dari kandang.
Keril dan Pak Kob dah park tempat biasa. Tangan diraup ke muka, mengaminkan doa makan. Sudu dicapai, dan…
            “Wei!” serentak tangannya menepuk bahu Keril dan Pak Kob.
Kedua-duanya kalih pandang kearah Koji. ‘Karang bukan nasik ni yang aku bedal… Jadi sejarah gak ni, aku makan member sendiri!’
            “Chill bro, tersilap.” Sengih tiga kupang dihadiahkan buat Keril and Pak Kob.
            “Que mana?”
            “…kena tahan ngan Mama Scowl.”
Koji jatuh rahang. “Apsal? Misi failed ka? Dia redah mana pulak kali ni?”
Keril gelak kuat. Hanya kepala yang terangguk dek kerana mulut yang penuh dengan nasi tomatonya. Koji dah tak sabar. Mulut Keril yang tengah mengunyah nasi dipandangnya ralit.
Keril spontan ketuk dahi Koji. “Ko pehal renung aku gaya skodeng anak dara ni? Seriau weyh!” Tubuhnya dipeluk gaya orang kesejukan.
            “Wei, cepat citer!” dahi yang berbenjol tak dipedulikan.
            “Dia kantoi ponteng lab. Time tu Mama Scowl buat test…”
            “Ouh! Hari yang game tu?”
Keril menganggukan kepalanya. Seketika Koji hilang dalam menungannya. ‘Gila berani minah ni… Dan-dan  jer redah maut! Seb baek dia tak paksa aku join dua kaki.’ Keluhan terlepas dari bibirnya.
Pak Kob jeling sekilas. “Ko pehal? Tadi termenung, ni mengeluh lak… Pikir anak bini kat rumah ke?”
Keril yang elok meneguk air sirapnya, spontan tersembur. Koji menyapu tangannya yang tekena semburan air sirap Keril. ‘Kotor ar mamat ni!’

Seusainya mata pelajaran terakhir ditamatkan gurunya, langkah kaki pantas diatur keluar dari kelas.
            “Wei, loceng tak bunyi lagi!” Lya melaung dari dalam.
            “Pe hal minah tu cam kena kejar hantu?”
Lya jungkit bahu.
            “Mama Scowl bagi hadiah pe kali ni?” Pak Kob berminat.
            “Ntah, dia tak cakap pe pun. Time dia masuk tadi, Mr Mat dah start kelas. Tak dan nak usya…”
            “Misteri nusantara jer…”
Lya jungkit bahu. Beg sandangnya digalas ke bahu, kaki mula mengatur langkah. Baru kakinya mencecah simen luar kelas, deringan loceng tamatnya waktu persekolahan nyaring kedengaran.

Lya yang dah jauh ke depan, dikejarnya.
            “Wei Lya!”
Langkah terhenti. “Pe hal?”
            “Game hari tu korang menang tak?”
            “Tengok kaki la…”
            “Kotot jer, tak de pulak aku tengok makin tinggi… So?”
Lya ketap bibir. ‘Mamat ni, memang saje jer cari nahas!’ “Menang!”
            “Superb, la korang! Jom aku belanja…”
Lya sengih lebar. “Sila, sila...kecil tapak kaki ko, stadium Hang Tuah aku tadahkan…”
Pak Kob kerut dahi. ‘Cam pelik jer peribahasa dak kuruhs ni…’ Melihatkan kerutan didahi Pak Kob, Lya dah snigger. ‘Alahai lampai tul anak Pak Cik Kob ni!’
            “Ko nak belanja aku makan kat restoran mana ni?” Lya teruja.
            “Ada aku mention ke nak belanja kat restoran ke?”
Lya mula tarik muka. “Yer, tau aku ni tak setinggi Que tak layak berdiri sama tinggi ngan ko. Nak belanja kat kedai mamak mana ni!”
            “Amboi gaya suara! Ni sape yang nak belanja? Tarik balik kang…”
            “Cepat la…aku nak balik ni. Karang terlepas bas, berendam air mata la aku…”
            “Ala, relax ar. Kejap jer pun…lagipun dekat jer dengan bus stop.”
Lya jatuh rahang. “Don’t tell me yang ko nak belanja aku makan kat Garden Café..” suaranya kedengaran teruja habis.
Pak Kob senyap, hanya senyumannya masih lagi terukir dipinggir bibir. Kaki kian mendekat dengan destinasi. Lya yang dah giler teruja, terus masuk ke Garden Café.
Selesai membuat pembayaran Pak Kob menoleh ke sisinya. Kosong. Kepalanya dipusing pula ke sekeliling. Tetap kosong. ‘Haik! Minah ni lesap pi mana lak…’
Hampir lima belas minit menunggu, namun kelibat Pak Kob masih tidak kelihatan. Lya bangun dari duduknya, pintu kaca café ditolaknya dari dalam. Mata terus terpacak kearah kelibat Pak Kob yang sedang berdiri tertoleh-toleh. ‘Pe hal mamat ni tak masuk-masuk lagi…’
Bahu kiri Pak Kob diketuk dengan jari telunjuk kanannya.
            “Wei ko pi mana?”
Jari telunjuk kanannya segera menala kearah Garden Café. “Dekat limat belas minit aku termangu tunggu ko!”
Pak Kob kerut dahi. “Ko buat apa kat dalam tu?”
            “Ko kata nak belanja…”
Spontan Pak Kob meledakkan gelaknya. Lya kerut dahi dengan muka tak puas hati.

No comments:

Post a Comment