Friday, June 3, 2011

Just Ordinary





Lima tahun lalu…


           “Woi bengap!”
            “Ko pehal?”
            “Apsal ko lambat?”
            “Suka ati. Bukan pinjam kaki ko pun.”
            “Banyak cantik muka ko?”
            “Tak payah cakap, dah muak aku dengar orang puji…”
            “Sengal!”
Keempat-empatnya pecah gelak.
            “Dah dekat seabad kitorang tunggu ko tau…” Keril meleretkan suaranya.
Que yang sedang mengikat tali kasut sukannya spontan lipat maut. “Ko pehal yang buang tebiat gaya nak mampos ni?” kening kirinya terjungkit tinggi.
            “Gila punyer bahasa minah ni! Wei Que, control sket…” Koji jadi peacemaker. Pak Kob tukang bantai gelak.
            “Asal jumpa, mesti gaduh! Korang punyer daya kutub kuat sangat beb!” spontan kepala Koji jadi mangsa buah epal yang dah tinggal hampir separuh dimakannya.
            “Gol!!!” Pak Kob terkinja-kinja melompat bilamana balingan Que tepat di kepala Koji.
Que geleng kepala. Dah nek muak melayan karenah malaun-malaun yang tak cukup umur ni. Kaki yang dah siap berkasut laju mengorak langkah ke gelanggang basketball.
            “Wei balik nanti saing!” Pak Kob gaya suara tujuh oktaf.
Que angkat thumbs up. ‘Masalah tul bebebudak ni…yang kekwat pulun tunggu aku sampai pehal. Bukannya main satu team! Buang tebiat tahap petala ketujuh…’ Kepala dah tergeleng ke kiri dan ke kanan.
           
“Lambat!!”
Que sengih peace. “Siaran tergendala dek gangguan malaun-malaun selat Teberau…”
Lay dah tergelak. “Pak Misai buat spot check tadi…”
            “Pehal? Overtime?”
            “…de over job…”
Kening kirinya dah terjungkit. “Us?”
            “Yup! Esok game dengan musuh tradisi…”
            “Uh-naa…aku de lab!”
            “What? Ko jangan cakap ko tak join…”
            “Mama Scowl punyer la beb!”
Spontan Lay bawa tangan kanannnya ke mulut yang dah berbentuk oval…
            “Disasters!!”
………………………………………………………………
Hampir sejam berhempas pulas digelanggang, Que santai bersila ditepi court melepaskan penatnya. Botol air disisi dicapai, hampir separuh darinya diteguk laju menuruni anak tekaknya.
            “So macam mana esok?”
Que jungkit bahu.
            “Wei, join la! Mati la ko tak de, mesti teruk kena belasah…”
            “Redha dalam pasrah je la….”
Bahu kiri Que ditolaknya. “Saje bagi down!”
            “Chill ar…buat-buat relax dah ar. Tak yah kecoh-kecoh, tambah nyemak telinga aku jer!”
Lay gelak tiga kupang. “Nak tak nak ko mesti turun game esok!”
Que kalih sisi kirinya. “Beso mandat ko…”
Bahunya dijungkit, melakonkan ulang tayang aksi wajib Que bila malas nak mengeluarkan suaranya.
            “Uid, aku blah dulu. Adios!”
            “Tata…”
‘Sengal ke minah ni. ‘Tata?’ Uh-naa, buat seriau aku jerp! Langsung tak masuk feel…’
………………………………………..
            “Wei apesal tak saing semalam?”
Que angkat muka dari meja. “Benda?”
            “Apsal ko tak tunggu kitorang balik semalam?”
            “Ouh! Kena ke?”
Pak Kob hentak meja dengan penumbuk kanannya. “Poyo arr…”
            “Aku emergency. Chill ar ko ni…”
            “Banyak la alasan ko!”
            “Haruslah! Nak hidup…”
            “Naseb ko gurl. Kalau dak ak bantai jer…”
            “Ko ingat anak kamben ko ke, suka suki nak bantai? Kempunan nak bantai sangat buat anak sendiri…”
Pak Kob garu kepala. ‘Minah ni punyer mulut, memang bisa membiuskan orang…’
            “Ko ni… Wei, dengar petang ni korang de game?”
            “Yup!”
            “Pukul berapa? Kat ner?”
Sekali lagi kepalanya diangkat dari meja dengan gerak malas. “Apsal ko banyak bunyi ni? Mana malaun dua ekor tu? Ko kena pulau eh?”

Pak Kob buat-buat gelak. ‘Kantoi la pulak!’ “Dah-dah, sambung la membuta tu…” punggungnya diangkat dari kerusi.
            “…lagi sekali aku dengar suara ko, aku sepak terus pi Azkaban.” Kepala dah mula layu ke meja.
Pak Kob sengih kerang. Kepalanya digaru berulang kali. ‘Ni memang dah bengang tahap tenuk gayanyer…’

No comments:

Post a Comment