Thursday, June 16, 2011

Damsel




“Uid, ko perang saudara ke ngan Along ko tu? Pehal? Aku tengok dia baik jer, handsome lagi!”
            “Aah! Best giler Along ko. Dia sporting woo…”
In’syi memandang curious kedua-dua temannya. “Korang kena flu khinzir eh?”
            “In’syi!”
            “Makan! Karang aku habiskan semua, baru melopong…”
            “Tamak!”
            “Haloba…”
            “In’syi!!” dan dia mula hilang dibalik pintu dapur saat Dolly menejrit kuat.

“Are you ok? Larat ke nak masuk kerja ni…”
            Ilyani menganggukan kepala. Matanya dipejamkan seketika, menenangkan otaknya yang terasa agak pening.
            “Sayang tak payah masuk la hari ni, nanti abang telefon hospital. Rehat ok?”
            “Lya, ada surgery petang ni…”
Lokman mengaru kepalanya. Bimbang nak melepaskan isterinya...
            “Take a half minute to rest jap. Then kalau rasa dah more better abang hantarkan…”
            “Abang tak masuk office ke?” suaminya yang sedang mengenakan tali leher dipandangnya.
            “Masuk, lepas hantar sayang.”
            “Tak pe ke?”
            “I’m the only one, your Papa son in law. Pekerja dia yang paling berdedikasi lagi!”
Ilyani tergelak. “Macam mana Akif?”
Lokman tersenyum manis. Isterinya dihampiri, dahi licin Ilyani diciumnya lembut. “Do you miss me?”
Ilyani tergelak kecil. “Are you sick…”
            “Ada pulak jawab cam tu…tak faham soalan iye?” hidung mancung isterinya ditarik lembut.
Ilyani tersenyum. “I miss you more than yesterday…”
Ilyani tenggelam dalam pelukan suaminya. Rutin pagi yang tak pernah dilupakan Megat Lokman.
            “Do you love me…” Ilyani bertanya dalam nada mengusik. Arif dengan bakal jawapan yang akan keluar dari bibir suaminya. Jawapan yang dah sebati dengan telinganya.
            “…yes, next after Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w, Puan Kalsom, and Megat Hamidi.”
Ilyani tersenyum bahagia. Terimbau di saat pertama kali dia mendengar jawapan suaminya itu, dia hanya tersenyum bercampur pelik. Masuk kali ketiga, dia mula bertanya dek rasa curious yang melampau.
            “Sayang tak suka?”
            “No, but a bit curious…”
            “Why?”
            “Why not even of your single word, You never say ‘I love you so much’?”
Bibir suaminya masih lagi tak lekang dengan senyuman. Kini dahinya mula menjadi sasaran ciuman suaminya.
            “…sebab abang tak mampu cintakan sayang sepertimana abang cintakan DIA, Allah s.w.t. Abang tak mampu rindukan sayang sebagaimana abang rindukan kekasih-Nya Muhammad s.a.w, dan abang tak mampu memberikan kebahagiaan dan kesempurnaan hidup untuk sayang sebagaimana kedua ibu bapa abang berikan. Perjalanan hidup kita baru bermula, dan abang tak mampu menjanjikan sayang dengan sebuah fantasi yang penuh dengan kebahagiaan sedangkan perjalanan kita baru bermula dan masih lagi samar tanpa satu kepastian. Dan abang takut andainya dengan fantasi keindahan kata-kata itu kita mula alpa, saat itu kita mungkin tak mampu lagi berpaling. Tak siapa yang tahu… Hidup kita hanya pinjaman, kerana janji-Nya kita akan pulang kembali ke pangkuan-Nya adalah pasti. Dan pabila saat itu tiba, abang tak nak kita kecundang dengan ujian-Nya. Hidup seakan tak terurus, mula berputus asa, dan hanya meratapi sebuah kehilangan yang sudah tersurat…itu hanya akan memusnahkan diri, sedangkan perjalanan kita didunia ni adalah bekalan kita untuk disana kelak. Biarlah hidup kita tidak dipenuhi dengan kata-kata indah yang penuh dengan kepalsuan, asalkan kita tahu dimana kita berpijak dan kita sedar akan hakikat sebenar kehidupan kita…”
Ilyani mula basah dengan air mata. Lokman hanya membiarkan, berharap sang isteri memahami apa yang ingin disampaikannya.
            “…Allah s.w.t telah berfirman, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah s.w.t, ikutilah aku, niscaya Allah s.w.t  mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ali’ Imran;31). Mengapa kita masih menafikannya? Mengapa kita tetap hanyut dengan arus cinta yang palsu? Kerana kita adalah makhluk-Nya yang bernama manusia…dimana telah tertulis, selagi denyutan nadi kita masih belum terhenti, ranjau kehidupan kita tak akan pernah sunyi dengan rencana-rencana dari syaitan yang durjana.”
Dahi isterinya dicium lembut. “…Farah Ilyani Faizal, cinta itu satu perasaan yang unik. Ia memberikan seribu rasa pada sesiapa yang dianugerahkan-Nya…ada yang membawa bahagia dan ada yang membawa duka. Setiap orang berbeza rasa yang dialaminya, sebab tu ramai yang mengatakan cinta itu sangat universal. Namun pada dasarnya, cinta kepada seorang insan itu hanyalah satu ujian dari-Nya buat yang bergelar hamba-Nya. DIA hanya pinjamkan kita cinta manusia, untuk memberikan kita peluang merasai nikmatnya apabila dicintai. Sedangkan itu hanya cebisan kecil cinta yang dapat kita rasakan jika kita benar-benar mencintai-Nya. Jika kita sedar akan makna disebalik cinta yang sebenar…betapa tak kan pernah termampu diungkapkan dengan kata-kata akan nikmatnya cinta kepada-Nya. Tak kan termampu dinilai dengan air mata kita… Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t dalam surah Al-Hujuraat ayat tujuh; “….Allah s.w.t menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan.” Dan itulah nikmat sebenar cinta-Nya yang kekal abadi pada hambanya.”
Wajah isterinya didongakkan, matanya menatap jauh ke dasar hati sang isteri. “Abang tak mengharapkan sayang menjadi sebaik Khadijah, isterinya Rasulullah s.a.w. Cukup untuk abang bawa cinta kita menuju redha-Nya, dengan harapan kita kan bertemu disana nanti…..”
            “Sayang?” wajah isterinya direnung pelik.
            “Haa…”
            “Ok ke tak ni?”
Ilyani tersenyum. Kepalanya dianggukan. “Ok, jom. Nanti lewat pulak abang masuk office…”
            “…mengelamun eh? Macam la abang tak tau… Kuat berangan tul!” hidung mancung isterinya menjadi mangsa tarikannya.
            “I’m just being deep with something that was so meaningful to me…” pipi Megat Lokman diciumnya lembut.
‘Terima kasih ya Allah, kerana menghadiahkan seorang insan yang terlalu sempurna buat diriku. Kerana dia aku mula mengenali-Mu. Syukur ya Allah s.w.t…’

Selepas selesai makan malam, mereka sekeluarga bersantai di taman mini orked Mamanya.
            “Merdeka la anak Mama sekarang iye? Boleh la jadi maid baru Mama…” Puan Irma senyum mengusik.
            “Opss…lupa nak bagitau, Nunu dah start kerja Isnin depan.” Sengih peace dihadiahkannya.
Irfan Khalish dah terlopong. “Biar benar Nunu ni…melawak eh?”
            “Ada nampak tanda-tanda melawak ke?”
Muka adiknya dibelek penuh khusyuk. “…tu hidung dah membesar…”
            “…orang dengki memang penuh dengan alasan.” Bibirnya dicebirkan kearah Alongnya.
            “Kamu dapat kerja kat mana? Macam mana boleh dapat?”
In’syi snigger.
            “Haa, kelentong la tu…”
Terus mukanya berubah serius. “Diam boleh tak? Menyampuk cakap orang tua je keje! Nunu apply masa last sem. Time tu main-main jer, tak sangka dapat. Alhamdulillah….” Muka diraup dengan kedua-dua telapak tangannya. Alongnya dijeling sekilas. ‘Aik, muka tak puas hati jer si Romeo ni…’
Kedua ibu bapanya turut mengucap syukur. “Kat mana?” Pa ulang tanya.
            “Dinamic Universal Art. Design…”
Papanya menganggukan kepala. “Dah survey tempat tu?”
            “Belum. Ingat esok or lusa la. Tapi dah tengok kat map, tak de la jauh sangat dari rumah. Dalam setengah jam…”
            “Alhamdulillah, tak la Pa risau sangat nak lepas Nunu drive sendiri…”
In’syi sengih sumbang. “Pa ni…don’t worry. Nunu kan pemandu berhemah! Bukan macam si Romeo ni…” bibir tarik sengih nakal.
Irfan Khalish menjegilkan mata kearah adiknya. “…berhemah la sangat, sampai tercabut bumper depan kereta Pa pe kes?”
            “Tu coincidence la! Takdir namanya…”
            “Banyak je alasan dia….”
            “Haa! Yang Along ni bila nak kawen? Nyemak jer kat rumah…”
            “Ntah along kamu ni…dah banyak kali Mama tanya. Asyik cakap tunggu jer memanjang. Gamaknya nak tunggu Puteri Hang Li Po beranak dulu agaknya…” Puan Irma dah melancarkan serangan.
‘Nunu ni saje jer!’ Irfan Khalish gigit bibir.
            “Dia tunggu Juliet dia Ma…” In’syi snigger.
            “Juliet la sangat. Biskut Julie tu ada la! Kalau nak bertin-tin Mama belikan nanti! Susah-susah Mama jer yang pilihkan…” In’syi dah bantai gelak.
            “Err…tak…”
            “Tak apa?” Pn Irma gertak.
            “Tak payah! Haa, tak payah. Along dah jumpa dah, nanti sampai seru Ma kawenkan jer kitorang yer…”
            “Kamu ingat kamu tu muda lagi ke yang nak tunggu-tunggu ni? Sampai seru apanya kalau dah suka sangat, kawen je la. Dosa pun kurang, pahala pun bertambah…”
Irfan Khalish tersenyum kelat. ‘Kan dah kena basuh baik punyer…Mama ni tau-tau jer!’
            “Betul cakap Mama kamu tu… Benda yang baik elok dipercepatkan. Lagipun perhubungan yang tak de ikatan ni, boleh membawa kepada kemaksiatan, dan maksiat tu boleh membawa kepada kekufuran. Kalau tak cukup duit untuk perbelanjaan, Pa boleh tolong…”
In’syi terangguk-angguk disebelah Mamanya. Setuju dengan kata-kata Pa nya. Bila lagi nak tengok si Romeo ni kena basuh. Enjoy jer memanjang…

No comments:

Post a Comment