Thursday, May 5, 2011

Damsel

Kepala yang ditutupi serkup, digarunya. “Dekat tiga pagi…”

Empangan air mata seakan mula pecah. Ada rasa yang menujah dadanya. Bibirnya diketap kuat, menahan air mata dari gugur ke pipi.
            “..Ilya pergi dulu…” tangan Mak Mah disalaminya.
            “Eh, tak nak sarapan dulu, Mak Mah dah hidang tu…”
Kepala hanya digelengkan. Kaki terus melangkah, tak lagi menoleh…seakan-akan dirinya tak lagi sudi tuk memijak lantai marmar di banglo mewah itu.

Hampir sejam, akhirnya dia dapat menarik nafas kelegaan selepas segala urusannya di Jabatan Pengajian Tinggi berjaya diuruskan. ‘Waa, you have good improvement Annur Insyira!’ spontan bibirnya mengukir senyuman, tidak mempedulikan mata-mata yang memandangnya.

Kaki mula bergerak meninggalkan pintu utama JPT. Remote kereta ditangan kanannya ditekan. Kereta terus bergerak menuju ke destinasinya.
            “Assalamualaikum…………..”
Grill yang berkunci segera dibuka. “Waalaikumusalam. Awal balik?”
            “Alhamdulillah!” mukanya diraup. “Semuanya berjalan lancar, tanpa perlu menempuhi sebarang traffic jam…” dia ketawa kecil. ‘Mana ada traffic pun sepanjang jalan tu In’syi oii!’
Pantas pinggang In’syi dicubitnya. “Oooo Mak!” In’syi dah terlompat.
            “Akak, tempat sensitip tu!” matanya dibulatkan.
Kak Temah gelak. “Sape suruh Nunu kelentong Kak Temah! Ingat Kak Temah tak tau jalan kat situ tak de traffic…”
In’syi sambung gelak. “Nunu maksudkan traffic lain la…”
Kak Temah ikut gelak. Kepalanya digeleng-gelengkan, ‘Budak ni, suka main-main…’
Penat ketawa, dia bangkit dari sofa. “Nunu nak naik tido jap. Nanti akak kejutkan yer, mana la tau kot-kot Nunu terkoma ke…” pantas kakinya berlari ke tingkat atas.
            “Ishk budak ni!”

“Ya encik?”
            “Dr. Farah Ilyani ada?”
            “Encik ada buat appointment?”
            “Err, tak. Saya tunang dia. Did she free now?”
            “Owh! Dia baru keluar dari bilik pembedahan. Sementara tu Encik boleh la tunggu dia kat biliknya.”
            “Thanks.”
Lokman terus menuju ke bilik tunangnya.
            “Mak aih! Handsomenya…saper tu Nina?”
            “Tunang Dr. Ilya…”
            “Alamak! Terlepas suda…” serentak Tini habis berkata, kedengaran gelak ketawa mula meletus.

Tengah enak dia menyumbang tenaga pada lakaran peta dunianya, fonsel disisi telinga kirinya bergetar kuat. Terbuka luas kedua-dua kelopak matanya. ‘Omaaa !’
Fonsel di capainya malas. “In’syi !!!” spontan fonsel ditangan kirinya dijarakkan.
‘Haik-la! Malaun mana pulak test suara sumbang selasihnya kat tepi telinga aku ni…’
            “Dah naik kematu jari aku call ko! Ko pe hal tak angkat?” ‘Ni mesti kes sumbat telinga lagi…’
            “Assalamualaikum.You were hitting my ears la cik adik. Tadi aku keluar jap, tertinggal fonsel...”
Nun jauh di tanah Jepun, Diba tarik sengih tiga kupang. “Waalaikumusalam. Geram punya pasal la… Ko ni tak berubah-ubah! Baik ko muziumkan fonsel ko tu. Orang cipta Fonsel sebab senang tuk dibawa kemana-mana. Ko plak simpan buat perhiasan kat bilik!”
            “Tak de garam ke kat sana?”
            “Hoi! Mentang-mentang la dia still kat tanah tumpah darah…”
            “Yeah, you’re telling me… So pe citer call aku di tengahari yang meninggi ni?”
            “Dah tau tengahari yang ko dok membuta lagi pe hal… aku missing bagai nak gilak la kat ko! Nak leleh ni…”
In’syi tarik senyum tanpa sedar. “Buat malu orang kampung jer ko nangis tengah-tengah benua orang tu…”
“In’syi…nak jumpa ko… Apsal aku kena campak kat sini, patutnya kita sama-sama tercampak kat Cambridge tu... Diskriminasi tul!”
In’syi pecah gelak. “Uid, bersyukur la kena campak kat benua Jepun tu. Kalau diorang campak kat tanah jajahan Somalia, tak ke lagi haru tu…”
Diba gelak dalam tangisan. “I really miss you…” perlahan suaranya berbisik. Namun mampu didengari In’syi.
                        “InsyaAllah, dalam empat tahun lagi kita jumpa… Now let’s beat ourself. Do the best that we can. Banyak harapan terpikul dipundak kita, walaupun niat utama kita hanya kerana DIA, but for the others rest kita jadikan as pemangkin tuk terus survive dan capai impian kita.”
            “I really miss your sparkle words!” kedua-duanya tergelak.
            “Kay, got to go. Sayonara mate! Assalamualaikum…”
            “Waalaikumusalam…” In’syi tersenyum. ‘Diba yang cengeng!”

Meja Ilyani yang tersusun kemas, ralit diperhatikannya. Bingkai gambar berbentuk bear menarik minatnya. Bibir tarik senyum tanpa sedar. ‘Sweetnya dia, time kecik…’
           
            “Makruh senyum sensorang! Assalamuallaikum…”
Lokman tergelak. “Waalaikumusalam. Sweet giler muka you time kecik! How old are you at this time?”
Ilyani gelak. “Seven. Tembam giler kot…”
            “Sweet and chubby!”
Senyuman masih menghiasi bibir. “So, why are you here suddenly?”
            “Free now?”
Jam ditangan kanannya dikerling. “Almost, I still have fifteen minutes left…” keningnya dijungkit bertanya.
            “I will be wait for that. Just wanna take you to somewhere.”
            “Jangan bawak I pi Lubuk dah…” tangannya laju mengemas peralatan-peralatan yang digunakannya.
Lokman tergelak. “It’s a good idea then…”

Di KLIA…
“Thanks Mak Teh, tolong hantarkan Nunu…”
            “Apa Nunu ni… Memang Mak Teh nak hantar kamu pun. Lagipun bila lagi nak jumpa kamu, ntah sempat ke tidak…”
            “InsyaAllah Mak Teh, panjang umur nanti kita jumpa lagi.”
            “InsyaAllah, jaga diri elok-elok kat sana nanti. Pa ngan Ma pesan yang diorang akan jumpa Nunu kat sana.”
            “InsyaAllah… Ouh, ok. Nunu masuk dulu, dah panggil tu…”
            “Haa, iye…”
Tangannya dilambaikan kearah Mak Tehnya sekeluarga. Dia hilang dibalik pintu masuk balai berlepas. ‘Selamat tinggal tanah lumpurku… Waa, syahdu la pulak ku  rasakan!’


“Thanks for the dinner…”
            “You’re welcome.” Lokman tersenyum.
            “So, boleh You explain kenapa kita berdiri di tengah-tengah taman ni…”
            “Saja nak bawa You tengok keindahan alam…”
Spontan kepalanya menoleh kearah Lokman.
            “Aii, peril ke…”
Lokman tergelak. “Sejak You jejak tanah Melayu ni, mana pernah You hang-out, tambah-tambah nak cuci mata tengok keindahan tanah air kita ni…”
Ilyani menganggukan kepalanya. Mata still tak lepas memandang keindahan alam sekelilingnya. Nafas ditarik, menyedut udara segar. “I really miss it!”
Lokman tersenyum melihat gelagat tunang tersayang. Ralit dia merenung seraut wajah yang telah lama mencuri sekeping hati miliknya.
Hampir setengah jam menikmati keindahan alam ciptaan-Nya, Ilyani kembali menoleh kearah Lokman.
            “Lena?”
            “How an appealing face!”
Ilyani kerut kening. “Why?”
            “You look more attractive when you feel so excited…”
            “I tak makan pujian, dah kenyang makan nasi pun…”
Lokman gelak. “Macam mana dengan Akif?”
Spontan Ilyani tarik sengih kelat. “MIA…”
            “Dah berapa hari?”
            “Almost three…”
            “You nak I tengokkan?”
            “It’s ok. Dia dah besar. He choose his way…”
            “Tapi tak salah kalau kita cuba turnover dia …”
            “I was, and never stop from trying. No much he take, honestly…he never care.” Mata merenung kosong ke depan, senyuman pahit terlakar dibibir.
            “…at least you do your part as his sister. The rest, lift your hand and pray. Hidayah itu hak-Nya, insyaAllah…” matanya ralit merenung sepasang burung didahan pokok.
Ilyani kalih Lokman yang duduk agak jauh darinya, namun masih berkongsi bangku yang sama. ‘Kau lelaki yang istimewa yang dianugerahkan-Nya untukku. Maaf andai aku tak mampu menjadi yang terbaik untukmu. Dan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari diriku, walaupun diri ini penuh dengan celanya…’
            “Thanks…”
             
“Farah Ilyani…hubungan kita sekarang tidak menghalalkan segala perbuatan kita. I hanya mampu mendengar bila You meluahkan, I hanya mampu melihat bila deraian air mata You jatuh ke pipi, dan I hanya mampu memandang dengan pelbagai rasa yang terbuku dihati bila melihatkan You seolah-olah tak kuat menghadapi ujian-ujian-Nya… I tak pandai nak susun kata-kata yang puitis…” Ilyani yang dah basah dengan air mata tersenyum. ‘Sweet in a pain….’
            “…Farah Ilyani Tan Sri Faizal, izinkan I jadi tulang rusuk You…”
Air matanya semakin laju menuruni lekuk pipi.
            “…izinkan I bahagiakan diri You walau untuk seketika. Izinkan I mengemudi arah perjalanan bahtera kita…”
            “Man…you make me cry!” telapak tangan kanan sibuk menyapu hidungnya yang dah berair. Lokman tersenyum manis kearah tunangnya.
            “…thanks sebab sudi pilih I. I harap keputusan ni mendapat keredhaan-Nya. I tak mengharapkan limpahan kekayaan dari You…cukup sekadar You sudi bimbing I menuju redhaan-Nya.”
            “InsyaAllah…moga kita saling melengkapi antara satu sama lain…”
Kicauan burung yang sedang berterbangan bebas diudara menarik perhatian kedua-duanya. Dibibir mereka terhias sebuah senyuman yang cukup manis, senyuman yang hanya mereka mengerti.

Farah Ilyani- Kadangkala Allah s.w.t sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah s.w.t nak hadiahkan kita pelangi…

Megat Lokman- Kalau kita sedang menangis sekarang, jangan difikir yang ianya akan berlarutan. Akan tiba juga panas mentari yang akan menenggelamkan awan mendung yang bertamu…

No comments:

Post a Comment