Wednesday, May 4, 2011

Damsel

Ilyani mendaki anak-anak tangga menuju ke biliknya. Tombol pintu bilik yang dipulas, terhenti. Seketika kepalanya menoleh kearah pintu bilik Akif. Laju kakinya melangkah ke bilik adiknya. Pintu kayu itu diketuk beberapa kali namun masih tak berespond. Lantas tombol pintu dipulasnya. 
‘Mak aih bilik! Sebijik macam tokang ikan…’ kepala dah mula bergerak ke kiri dan ke kanan, gaya warden buat spot check
Akif yang lena dikatil pelbagai gunanya dihampiri. Sekali lagi matanya terbuntang luas. ‘Giler pemalaih tahap disaster budak sekor ni! Rasa-rasa aku tiap-tiap hujung minggu Mak Mah naik kemaskan bilik. Tak tercapai akal betul, macam mana dengan sekelip mata jer jadik disaster gini…’
Tak tahan dengan keadaan katil adiknya, spontan jejarinya mula mengangkat segala benda dan objek yang tercapai dek jarinya dan dicampakkan ke lantai. Perlahan bahu Akif digoncangnya.
            “Akif…”
Tiada reaksi.
            “Akifff….”
            “Ermm…” hanya suara kedengaran.
            “Bangun la!”
Matanya dicelikkan separuh. “Tak de orang sakit kat sini…” mata kembali tertutup.
Ilyani ketap bibir. Spontan tangannya mengetuk dahi Akif.
            “Adoii! Pe kes? Buang tebiat?” Akif dah bengang.
            “Bangun! Akak nak cakap sikit.”
            “Cakap bukan pakai mata pun. Shoot je la…”
‘Aku la…budak ni…sabar Ilya!’ “Pe hal yang gaya kerek sangat ni? Dah rasa mandat tu besar sangat…”
            “Kak Lya nak cakap pe ni?” masih lagi dengan nada malasnya.
            “Pe masalah Akif ni? Dah besar panjang pun masih menyusahkan Ma ngan Pa…”
            “Yeah I’ll take all the blame… So can you stop your blabbering?”
            “Susah la cakap dengan budak kepala batu+hot tempered ni…” kakinya terus melangkah keluar dari tanah jajahan Akif.
Akif terus menyambung tidurnya.




“Ko dah settlekan semua?”
            “Yup.”
            “Architecture Design Studio pun dah?” mata Dolly dah membulat.
In’syi lipat maut, “Ko pe hal? Sejak bila susah faham ni?”
Dolly tarik sengih. “Dah, sori kacau ko berchenta!”Minah ni kalo dah mengadap anime…memang tempah bala jer kacau!’
            “In’syi! Along ko nak jumpa kat bawah…”
Sekali lagi kepalanya di lipat maut kearah pintu bilik yang terkuak.
            “Bila masa aku ada Along ‘angkat’ ni?”
            “Wei cepat la, dari tadi dia dok melangut tunggu ko!”
            “Tapi…”
            “Turun je la! Banyak songeh tol!”
‘Bukan Along dah kena campak kat benua Asia dah… Pelik lagi misteri ni!’ kepalanya digaru sebelum selendang Diba yang terletak elok dipenyidai disambarnya.
Kepala dah melilau ke kiri dan kanan. ‘Aik? Wakanabeb ke? Tak nampak sekor makhluk pun…apatah lagi untuk melihatkan bayang-bayangnya…’ Kaki dah berkira-kira untuk memanjat kembali anak tangga.
            “Nunu !”
‘Haik! Betul la tu suara asli, hak terpelihara Alongnya…’ spontan kepalanya kalih balik ke belakang. Rahang bawah dah terbuka luas.
            “Tak nak huggies ke?”
Masih lagi terpaku dengan rahang bawahnya terbuka luas.
            “Do you really…really miss me like crazy?”
            “Banyak la… Crazy nut!”
Irfan khalish dah tergelak. “Surprise?”
            “Apsal tetiba balik sini? Bukan dah kena campak ke?”
            “Amboii… suka ati la Along nak balik ke tak. Gaya cam tak puas hati jer…”
            “Ni mesti ngada nak balik ni…”
Irfan khalish tepuk dahi. ‘Ni apa gaya yang tak puas hati sangat adik aku sorang ni…’
            “Oit! Mai salam kekandamu ini… membebel jer! Asal jumpa mesti mulut tu tak berhenti mengomel…”
In’syi dah tayang sengih tiga kupang. Segera tangan Alongnya disalami. Namun tangan In’syi tak dilepaskan. In’syi jungkit kening kiri.
            “Cium!”
            “Huh… circuit cut!” kaki Alongnya dipijak kuat.
            “Ouch!” Irfan Khalish dah terlompat.
            “Nak apa mai sini? Nak cari aweks baru ka?”
            “Pandai pun…” Irfan Khalish tayang muka gatal.
            “Selamat mencari. Kalau gagal, sila cuba lagi…” badan dah dipusing.
            “Eh, nak pi mana?”
            “Naik bilik. Layan anime lagi best…”
‘Ohoo, sungguh berdaulat betul adik aku sorang ni!’
“Bukan next week dah start final? Dan…dan jer layan anime! Jom ikut Along, ada hal sikit…”
            “Malas. Tak best langsung tengok skill ala-ala romeo karat Along. So queasy!”
Spontan kepala In’syi dilukunya. “Ingat kepala ni tak bayar zakat ke?”
            “Cuba bagi satu sebab yang kerek sangat ngan Along ni kenapa?”
            “You stole my anime!”
Irfan Khalish kerut kening. ‘Ishk, she notice that! Superb fanatik dak nunu ni!’ “Terambil la, just lupa nak pulangkan pun…”
            “You got away with the loot to Japan!”
Irfan Khalish dah garu kepala. ‘Gila berkira!’ “Nanti Along return back la… Dah, jom! Nanti lewat.”
            “Where?”
            “Somewhere…”
            “Tukar baju sat…” nada malas.
            “Baru perasaan! First time Along tengok Nunu pakai selendang! Sweet sangat-sangat dah, tak payah tukar dah…”
In’syi mencebik. “Banyak la…selendang curik ni. Karang termati tengah jalan, free jer tak dan mintak maaf dengan tuan dia…”
            “Bila buat part time mencuri ni?”
            “Baru je jap tadi… Tunggu jap!”
Irfan Khalish dah geleng kepala. ‘Nunu…nunu…tak banyak pun perangainya yang berubah even raut wajah look more matured. Suit as a damsel.’
Dalam tengah Irfan Khalish sibuk mengelamun, pintu sebelahnya di buka dari luar.
            “Haik? Cepatnya?”
In’syi kerut kening. “Dah, kata nak cepat sangat tadi…”
Adiknya disebelah diteliti dari atas ke bawah. ‘Tudung hitam, baju kurung hitam putih dengan selipar jepun dikaki. Still her old-fashioned! Nasib baik la buat kenduri kat rumah jer. Kalau tak maunya terpengsan Puan Irma!’

No comments:

Post a Comment