Saturday, April 16, 2011

sambungan....





Lumrah manusia, bila mula ditimpa musibah or ujian, seolah-olah diri dirasakan malang yang amat…sama dengan akak bila saat akak sakit. Hati tertanya-tanya… ‘MENGAPA AKU..’ sedangkan aku tak pernah pun kacau hidup orang lain, aku tak pernah peduli dengan orang disekeliling aku…sesalan demi sesalan terlahir di hati…

Kuasa tuhan tiada siapa yang tahu, benarlah hidayah itu hakNYA. Akak mula tersedar semua yang terjadi tu adalah ujian dariNYA, bilamana disaat sakit yang menyerang dikepala akak teramat sakit…seolah-olah dihempap dengan sebiji batu yang amat besar berulang kali, dan rasa itu hadir bila akak lupa siapa akak, bila akak dah tak dapat ingat apa yang berlaku, dan bila Pa cuba tenangkan akak and suruh akak ingat Allah s.w.t….akak tanya balik ‘Sape tu…’ saat tu hati akak hancur…lumat… dah tak de sisa yang tinggal. Kosong. Betapa hinanya diri… Kesakitan yang menyerang dikepala dah tak memberi rasa... sakit lagi jasad dan roh yang menanggung. Hanya air mata yang mengalir keluar dari kelopak. Mungkin korang ingat betapa akak cuba menanggung sakit kan ? Hakikatnya… jasad dan hati akak yang mengalirkan air mata itu… Saat tu Ma dah meraung hiba, atok dah banjir dengan air mata…kerana mereka wanita, wanita yang penuh dengan sifat lemah-lembut, wanita yang mudah  mengalirkan air mata  bila hati mula  terusik…tapi, bila saat air mata Pa jatuh ke pipi akak, betapa tak tertanggung rasa hati, sakit yang terasa seolah-olah hilang dan buat pertama kalinya juga or mungkin terakhir kali agak merasakan nikmatnya pelukan seorang insane yang bergelar AYAH…

Jasad dan diri akak ketika itu dah tak terasa apa. Saat itu akak benar-benar redha andainya detik kematiaan itu tiba. Mata dah tak mampu melihat alam…hanya suara tangisan yang menusuk ke telinga. Tapi saat tu akak memang tak terasa ape. Hati akak kosong, sesuci kain putih tanpa dicemari dengan setitik kotoran. Akak merasakan ketenangan…setenangnya air sungai yang mengalir. Pada saat itu munculnya seraut wajah yang amat akak rindui, arwah tok wan…mukanya berseri seolah dipancarkan dengan cahaya yang terang…dia tersenyum penuh kasih, seolah dia mengerti sakit yang akak alami diketika itu…senyumannya menyalurkan semangat, seolah dirinya berkata-kata…

Dan buat pertama kalinya, akak redha dengan ujian yang diberikan. Di saat itu akak mula merasakan keindahannya sakit yang dipinjamkanNYA, dan disaat itu mengalunnya zikir diseluruh urat saraf akak... Ya Rabbi, Maha Agung kuasaNYA…tiada lagi persoalan yang timbul dibenak, tiada lagi rintihan yang lahir dihati…hanya ucapan syukur dengan kebesaran dan keagunganNYA. Lahirnya seorang Nur Damia Husna Tarmizi yang mula mengenal kebesaran dan keagungan penciptanya, Allah s.w.t.  Dan saat itulah sinar hidayah muncul dari hati akak. Syukur Ya Allah s.w.t…

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya….
Begitulah selepas kesusahan
Kan datangnya kesenangan….
Sepertimana selepas malam
Kan datangnya siang….

Untuk memiliki cintaNYA bukan mudah… Dalam meneruskan perjalanan, berkali-kali akak tersungkur… kaki dipaksa terus melangkah…seolah-olah tiada simpati pada kecedaraan yang dialami…hati seolah-olah mati dek rasa…

Mungkin Eid akan merasakan akak bertuah kerana diberi hidayah oleh Allah s.w.t… Memang akak bertuah dan bersyukur dengan kurniaanNYA yang tak ternilai dan terbanding itu.

Tapi Eid…hidup kita ni ibarat roda, ada ketikanya kita diatas dan ada ketikanya kita dibawah. Hanya bekalan iman didada yang memacu arah perjalanan kita.

Mendapat hidayah dariNYA tak bermakna kita tak perlu berusaha, just mengharapkan pertolonganNYA semata-mata…

Takdir ibarat satu pelan kasar yang disediakan Allah s.wt pada seseorang. Seorang akitek akan melukis draf pelan sebuah bangunan. Akitek atas kepandaiannya melakarkan yang terbaik mengikut kehendak pemaju. Apa yang dilakarkan itu bolehlah dikatakan takdir.
Kontrakter yang membuat bangunan itu akan mengikut pelan tersebut, tetapi pemaju masih boleh membetulkan jika difikirkan kurang cantik. Namun kalau dia hendak ubah yang asas dia perlu bertanya pandangan kepada akitek. Pemaju adalah ibarat manusia yang mengubah apa yang difikirkan perlu, namun dia perlu juga berdoa meinta restu Allah.
Sebenarnya Allah takdirkan manusia empat perkara; bahagia atau deritanya, rezekinya, ajalnya, dan amalannya mengikut kehendak manusia (berdasarkan pengetahuan Allah mengenai manusia tersebut), sama seperti pemaju di atas. Sewaktu hidup manusia dibekalkan akal fikiran dan diutaskan rasul untuk membimbing manusia itu. Berdasarkan itu, manusia itu boleh menukar mana yang difikirkan baik untknya. Tetapi kalau yang melibatkan asas dia perlu berdoa minta restu Allah. Allah yang tidak zalim akan mendengar rayuan manusia. Allah suka hambanya yang selalu berdoa kepadanya

Dalam alQuran Allah s.w.t,  berfirman;  bahawa Allah s.w.t  tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan meraka sendiri yang ingin mengubahnya..

Kita mesti ingat, sekiranya dgn segala doa dan amalan yg kita buat masih tidak dapat mengelak takdir buruk yang berlaku atas kita.... maka bersabarlah..dan bersangka baiklah dengan Allah s.w.t.. kerana telah dijanjikan wahai orang yang beriman... sesungguhnya pertolongan dari Allah s.w.t itu amat dekat....balasan yang kamu mahu akan dibalas di akhirat.. kerana hidup didunia ini hanya sementara...

Sabda Rasulullah s.a.w,  maksudnya: “Allah Ta'ala telah menulis taqdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”. [Muslim].

Doa adalah lambang pengabdian diri dan perhambaan manusia di hadapan Allah s.w.t! Doa adalah senjata Mu'min! . Doa adalah Ibadah! Maka jadikan lah doa sebagaimana perintah Allah s.w.t  dan ubudiyyah kepada Allah Ta'ala.

Idlan Haidar…
kadang-kadang dalam perjalanan, kerap kita tersadung...
ada ketikanya kita masih  mampu untuk menstabilkan diri,
adakalanya kita jatuh tersungkur...
tak siapa mengetahui melainkan DIA.
begitulah diibaratkan dengan kehidupan kita..
tak selamanya kita akan merasa bahagia dan senang,
ada waktunya kita kalah dengan perasaan bila mana ujian datang menimpa…

Kita boleh melupakan  kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja  yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh…

Tertulisnya  kematian, pada suratan kehidupan kita…
Namun hanya ALLAH s.w.t yang mengetahui bilakah ajal kita kan bakal bertamu…
Detiknya kan menghampiri, tanpa kan ada petanda yang menanti…
Bila tiba saatnya nanti, tak akan ada sesiapa pun yang dapat melarikan diri…
Itulah hakikat dan kepastian, ‘hadirnya’ tidak pernah kita alukan…
Tua dan muda, miskin dan kaya, semua kan pasti melaluinya…
Sakit dirasa tidak terkata, tika saatnya dipisahkan jiwa dari jasad…
Hanya amalan bisa redakan, bebanan derita di ambang kematian…
Denyutan nadi akhirnya kan terhenti, bersama nafas yang tak terhela lagi…
Kerana jiwa telah meninggal pergi…
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi…

Sesungguhnya,
Dari ALLAH s.w.t  kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti akan tiba…
Adakah kita telah bersedia…

Mungkin sampai disini coretan akak…mungkin jua ini bicara terakhir kita…dan mungkin jua inilah kata-kata terakhir dan sedikit nasihat akak pada Eid… ‘tak siapa yang pasti kan… :D’

Ubah la  diri, bukan kerana Pa, bukan kerana Ma, dan bukan kerana akak… tapi kerana DIA…

Akak mencuba, akak berdoa, akak bertawakal, dan akak berserah…kerana akak yakin, hidayah itu hak Allah s.w.t…

Diri ini mengharapkan,
Jangan ditangisi pemergian ini…
Jangan diratapi jasad kakuku…
Jangan dikesali salah silap terhadap diri ini, kerana aku sudah lama memaafkannya…
Jangan pernah menyalahkan takdir hidup ini…
Jangan pernah merasai kehilanganku…

Kerana aku cuma mengharapkan,
Pemergianku diiringi dengan alunan doa…
Jasadku dihadiahkan dengan bacaan Yassin…
Segala salah dan khilafku dimaafkan…
Sesungguhnya takdir hidup ini adalah perancanganNYA…
Hilangnya jasadku, meninggalkan cebisan kenangan yang akan sentiasa hidup dihati kalian…

Sedekahkanlah sepotong al-Fatihah andai engkau merinduiku…
Jangan lupakan namaku disetiap doamu…
Moga, kita dapat bertemu disana nanti…
InsyaAllah…

Assalamuallaikum warahmatuallah hiwabarakatuh…


No comments:

Post a Comment