Wednesday, April 20, 2011

...i'M not a stOry tEller...i'm jUst a storyLean daT's full wIth raMble...

Bab6


Jam sudah menginjak ke pukul 2.30 pagi. Ad tersedar dari tidur. Kepala ditoleh ke kanan sesaat, jam dilirik. Spontan badan melompat turun dari katil. Berus gigi dicapai pantas, langkah kaki laju menghala ke toilet. Giginya diberus dengan penuh dedikasi dan slow motion dek rasa kantuk yang masih tersisa. Pili air dipulas, dengan laju air mencurah keluar. Wudhuk diambil penuh tertib.
             
Sejadah dihampar menghadap kiblat, perlahan tanpa mengejutkan seisi penghuni bilik. Adriyana hilang dalam kekhusyukan mengadap sang penciptanya. Seusai mendirikan solat sunat, Adriyana menadah tangan berdoa dengan penuh merendah diri memohon pada Ilahi. Senaskah al-Quran dicapainya. Surah Yassin mengalun lembut dibibir, disedekahkannya kepada arwah tok wannya dan seluruh umat islam yang dah pulang ke rahmatuallah. Seusai bacaan surah Yassin, diikuti pula dengan bacaan manzil dan al-Mathurat, memecah keheningan pagi yang damai.
            
 Seusai surah terakhir, dia bangkit meyangkut sejadah dan telekung dipenyidai. Kaki melangkah kearah meja study. Lappy di ‘on’kan. Jari menggendeng meja sementara menunggu lappynya me‘loading’. Roti ‘butterscotch’ dicapai, perlahan dikunyah dengan mata melekat diskrin lappy. Kerja yang menuntut untuk disiapkannya di display. Earphone ditarik ke telinga, ‘In the shadow’ berdentum ditelinga. Ad tenggelam penuh kekhusyukkan dengan kerjanya yang bertimbun.

Dek berjam-jam mengadap benda alah tu, matanya dah nek kematu . Bahu dah kena serang sindrom sengal dua macam. Kaki dah beku tahap aisberg. Ad tarik nafas sambil warm-up, merenggangkan sendi-sendinya yang dah berselirat, jam disisi katil dilirik.
  
Fuhh…da subuh !” Ad geleng kepala dua saat….Sungguh la tak sedar alam sekeliling bila dah start mengadap kerja.

Lappy di offkan. Earphone ditelinga ditarik dan dipaused. Kaki dihala ke katil. Dua makhluk yang enak dibuai mimpi lantas dikejutkannya.


Huisyeh… gumam Adriyana rendah seusai solatnya. Tangan spontan menepuk dahi. Tak bangun-bangun lagi minah dua ekor ni. Hadoi la !

Mia…Fie…bangun la weyh. Dah subuh ni…
Aku la kan, sungguh tak de kefahaman yang jitu dengan budak berdua ni. Makin aku kejut, makin enak pulak diorang membuta. Siap tarik selimut lagi. Sungguh la tak leh blah !

Tetiba mentol ajaib alladinnya menyala ! Ad gelak jahat dalam hati…
Jam loceng versi the old design yang mengeluarkan bunyi sepower bell kat dining-hall dulu dicapai. Jarum jam disetkan pada target.

Sesaat…dua saat…tiga saat…
           
Kringgggg !!!”...selantang jeritan Voldermot !

Mia dan Fia yang nyenyak dengan spontannya berdiri tegak ala-ala kat hall bila lagu “Negaraku” dimainkan.
Ad bantai gelak dengan kuatnya, otak dah keluar idea sengal, ‘Haruslah budak dua ekor ni diberi anugerah remaja muda belia yang paling patriotik !

Mendengarkan gelak bahagia si Ad yang mengalahkan incik drakula itu, terus mengembalikan kewarasan Mia dan Fia. Masing-masing tayang muka bengang, sebijik cam Rikishe !
             
             “Tak de-tak de…tak payah nak tunjuk muka macho korang tu. Subuh dah nak habes kot. Kalau rasa ada ketidakpuashatian dihati kalian silalah continue back after prayer yer.” Perli Ad dengan mukanya yang dibuat sehabis pure.

Mendengarkan perkataan subuh spontan memberikan effect yang amat drastik kat Mia ngan Fia. Kalut mereka berlari ke toilet. Kaki dispeed semaksimumnya. Hati dah cuak…hailahh, cam ner boleh tak perasan subuh dah nak sampai penghujung…!


Ad !”…

Susah tul minah ni…tak sah kalo telinga tak disumbat dengan benda alah tu !’ bebel Mia sensorang sambil kaki melangkah mendapatkan Ad. Bahu Adriyana dicuitnya.

Kepala diangkat dari paper yang dipegangnya. Kening kanan dijungkit bertanya.
             
            “Ko free tak lunch nanti ?

Hidung spontan crinkle, kening belah kanan dan kiri pulak dah knitted sesama mereka. Tabiat norm Adriyana bila otaknya tengah menjalankan proses berfikir.
           
            “On…
            
          “Jom lepak sesama kat kafe, aku malas la nak bertapak balik kolej, coz after that aku ada group discussion...” ajak Mia.
          
            “Okie.
             
           “Set ! Nanti ko ajak Fia sekali yer. Nanti korang jangan buat-buat lupa pulak ! Sat lagi termanggu aku sensorang bak cicak tertelan berus kapur…” Mia memulakan langkah menuju ke kampus.
Ad tarik sengih sumbing. ‘Minah ni la. Kalo tak bebel sehari agak-agak boleh koma tak ? berperibahasa bagai lak tu !
             
            “Ad !” jerit Fia kuat.

Again….. 

Ad pusing lipat. Kening dijungkit transfer isyarat pertanyaan.

Mana Mia ? Jangan habaq dia dah blah…dia tinggalkan aku sebatang kera like before? Againnn ??? Huh ! Memang la tak patut. Warrgghh !! rasa cam nak hempuk jer minah tu ! Pelupa tahap nenek kebayan.  Very the sakitnya hati akuuu…” rungut Fia kegeraman sambil tangan kirinya kalut mencapai buku diatas meja dengan mug milo yang masih berasap ditangan kanannya.

Ad senyap. Paper kat tangan dibacanya balik. Soalan Fia dibiarkan. ‘Soalan yang memang tak memerlukan jawapan, every Tuesday situasi ni happen and soalan yang sama tapi versi ditokok tambah diutarakan.

Uiks ! Aku blah dulu…” tergesa Fia keluar dari bilik. Tetiba Fia menepuk dahinya. ‘Haisyeh, macam la si Ad dengar aku cakap tadi ! Hailla…’

Ad statik. ‘The great escape’ memekak ditelinga, out of her surroundings.

No comments:

Post a Comment