Monday, April 18, 2011

...i'M not a stOry tEller...i'm jUst a storyLean daT's full wIth raMble...



Bab5

Ad jom la…

Ad toleh belakang. “Pe dia ?
             
            “Jom teman aku makan kat kafe”.
            
            “Ijat ko mana ?
             
            “Dia tunggu kite kat kafe” Fia  muka dah berseri-seri.
            
 Ad still statik di meja study. Jam dilirik sekilas. “Malas la nak turun !” sekilas kepala ditoleh ke arah Fia.

            “Wei ko sengal ke ? Nak turun celah mananya ? Underground ? Rasa dah lama hidup ke ?” Fia bengang.
            
         “Erks ? ha..ha..ha…” Ad gelak tiga patah. ‘Asal aku boleh lupa yang kitorang memang duk bahagian groundfloor ! Uh-la, time nie gak la otak aku ni nak buang tebiat !
             
Fia bersuara perlahan. “Ko memang still tak leh terima aku couple dengan Ijat kan ? Dah banyak kali ko bagi alasan tiap kali aku ajak join kitorang. Aku sayang sesangat kat ko Ad ! Tapi… aku pun sayang kan Ijat gak. Aku tak nak ko rasa tersisih even aku dah couple dengan Ijat. Aku rasa serba salah sangat dengan ko. Aku tak nak ko terasa dengan aku, dalam masa yang sama aku sebolehnya tak nak hati Ijat terluka….
             
Tetiba Fia senyap, menahan tangis yang dah mulai pecah. Ad still statik. Otak tengah proses baris-baris ayat yang dituturkan Fia. ‘Perghh…ayat minah ni, ngalahkan romeo and Juliet! Boleh difilemkan…
             
Ad tarik nafas, spontan pangkal hidung ditekan. Otak tengah susun ayat bagi meredakan kejiwangan yang melampau dihati Fia. Part ni yang dia paling lemah ! Dia bukannya spesis yang pandai nak susun ayat yang ala bunga-bunga segala bagai macam yang Fia dan Mia selalu  karang. Dia just lontar pe yang ada kat otaknya,
membuatkan orang disekelilingnya judge dia  as seorang yang sukar ditafsir dan didekati.
           
            “Fie…” panggil Ad lembut, perlahan muka Fia yang disembunyikan di celah lutut ditariknya. Fia diam tak menyahut. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangis dengan kedua belah tangannya digenggam erat.
            
           “Aku tak pernah cakap yang aku tak suke ko couple dengan Ijat. Tu hak ko, if ko happy with that, why must aku turn off your happiness. Sedangkan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya “Hasad itu memakan (membinasakan) kebajikan, sebagaimana api memakan (membakar) api”. Sekali aku bersahabat adalah niat kerana Allah s.w.t Fie. Aku terima seadanya sahabat aku, selagi mana korang terima diri aku. Apa yang menggembirakan ko dah cukup untuk aku.”
           “Ko dah terlalu banyak berubah fie, kadang-kadang you are not being yourself. Pukul dua pagi ko menangis teresak-esak, balik bertemu Ijat mata ko sembap, then orange colour, the most kaler yang ko tak suka tetiba jadik feveret ko, sebab tu colour favourite Ijat… So ko paksa diri ko suka colour tu, demi nak jaga hati dia kan ? Ko tak pernah keluar malam before ni…tapi sekarang ? Selagi jam tak cecah angka dua belas, tak der nya bayang ko kat bilik ni. What should aku react for all the things that turn over you?”. Ad tarik nafas sesaat. Penat ! Mata dah menjerit tuntut rehat, otak dah mula lost dengan tubuh yang dah separuh lesu.
            
 Fia dah mengogoi sebijik macam baby yang kembung perut. Terharu, sedih, kecewa, gembira bercampur aduk dalam dirinya. Tak sangka selama nie Ad sedar setiap gerak lakunya. Tak pernah jangka yang Ad akan ambik tahu sedetail ni, everything yang happen dalam life dia.
            
            “Ad….ak..u..nak…say…so…ri…se..sa..ngat” terkeluar gak suaranya bersama sendu tangisnya.
             
            “Dah la Fie. Bukan salah ko pun. Ko nak nangis sampai biler nie ?” Ad dengan nada sarkastik.
             
Fia gelak dalam tangis. Ad tarik sengih menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi, dengan mata yang dah separuh tertutup dek menahan kantuk.
             
            Sesaat..dua saat..
            
            “Ad…jom teman aku pi kafe sat. Kita bungkus jer”.
             
Tiada sahutan. Senyap, sepi. Spontan Fia menoleh kearah tuan punyer nama. Mulutnya spontan ternganga dengan mata yang hampir-hampir terbeliak. Otak still tak boleh proses dengan apa yang dilihat dek rasa terkejut yang melampau.
            
 Fia melepaskan keluhan. Nak kejutkan si Ad ni tak sampai hati la pulak. Dah la sehari suntuk dia busy dok ulang alik..pi mai, pi mai, kat kampus tadi. Fia melangkah ke arah almari, tempat simpanan stok makanan mereka. Subjek yang di cari dijumpai.
           
            “Maggi pun bedal je la…” Fia pasrah.

No comments:

Post a Comment