Friday, April 29, 2011

Damsel


Part 11

Lima belas minit kemudian…
            “Alaa…tak bestnya part aku!” G-ha protes.
In’syi dah angkat punggung, “I’m off.” Dolly leka menghabiskan sisa makanannya yang masih berbaki dipinggan.
            “Nak best, balik tido!” Diba mula berdiri, kaki dah bersedia melangkah keluar dari restoran KFC itu.
G-ha dah tarik muka. Mulutnya bergerak-gerak tanpa henti, mengomel sendirian.

MPH bookstore selamat dijejakinya. Mata mula meliar disekeliling, mencari port kosong untuk memmulakan pertapaannya.
Setelah mencapai tiga buah buku tebal yang diperlukannya, In’syi memilih ruang kosong disudut rak belakang untuk memulakan pembacaanya. Duffel bag dibahu kiri dilurutnya. Sila ditarik, earphone mula disumbat ke telinga, butang play ditekan. Seketika berdentum Breaking The Habit ditelinganya. Dan dia mula tenggelam dengan buku diriba.

G-ha masih lagi berlegar di ruang tengah Mid Valley. Kepala yang diliputi tudung digarunya berulang kali. ‘Mak aihh, mana nak mula ni… Ibu, tolong…G-ha dah sesat!’
Tetiba fonselnya berdering nyaring. “Mak !!” seketika dirinya menjadi tumpuan dek jeritan terkejutnya. Dia hanya menayangkan sengih tiga kupangnya.
            “Woii! Ko praktis jadi minah guard ke kat tengah-tengah jalan tu…” laju Diba menyembur.
            “Mana ko tau?” G-ha nada tak percaya.
            “Apsal ko tak gerak-gerak? Aku keluar masuk dah dekat tiga stokis kot. Ko pulak still terpacak kat tengah-tengah alam tu dari tadi!”
            “Aku tak tau nak start dari mana…” suaranya kedengaran sayu.
            “Wei, ko tu dah layak jadi mak budak tau! Tolonglah jangan malukan diri sendiri. Ni belum fly pi Jepun… Macam mana la ko nak survive kat sana nanti…” Diba dah mulakan ceramah tak bergajinya.
G-ha tak jadi nak buat sedih. Terus bibirnya tarik sengih. ‘Kalau Diba repot kat ibu…sumpah, nanti ibu tak kasi dia further study kat Jepun. Uh-Naaa…tak maoo!’
            “Okie mem! Aku gerak dulu. Chow chin-chau…”
Diba geleng kepala. ‘Masalah tul anak Pak cik Shahrul sorang ni…’ sesaat bibirnya mengukir senyuman.

“Ko dah nak balik ke? Awal lagi kot…”
            “Aku de hal. Korang gerak la, aku blah dulu…”
Tanpa sempat Jimmy menahan, Uan hilang disebalik kelibat orang yang lalu lalang.
‘Haik-la mamat ni…tak menyempat!’ “Jom ar gerak…”

Kaki terus melangkah melewati rak-rak buku yang tersusun rapi. Otak dah terset. ‘Anime’ menjadi sasaran. Seketika kakinya automatik terhenti. Judul-judul anime yang tersusun rapi terpampang didepan mata. Jari mula bergerak diatas deretan-deretan anime, the latest Fullmetal Alchemist Brotherhood menjadi sasaran.
Disudut rak belakang, In’syi menggeliat perlahan. Jejarinya yang dah terasa cramp diletup-letupkan. Spontan pangkal hidungnya ditekan dengan jari telunjuk. Jam di tangan kiri dikerling, ‘Huh…dah hampir sejam! Hailloh…kalo dah tenggelam dengan buku memang tak sedar alam!’
Mengingatkan janji dengan teman-temannya, buku-buku yang terbuka di depannya pantas ditutup. Peralatan tulis yang bersepah pantas disumbat ke dalam pencils boxnya. Dia bangkit dari sila, baju kurung yang dah berkerepot ditepuknya lembut. Duffel bagnya dicapai, buku yang diambilnya tadi diletakkan kembali ke rak. Hanya buku Constructing Architecture: Materials, Processes, Structures by Andrea Deplazes masih ditangan. Kaki mula melangkah ke kaunter pembayaran.
Setelah bayaran dibuat, In’syi terus berpusing ke belakang untuk menuju ke pintu keluar tanpa langsung menyedari sesusuk tubuh yang tegak berdiri dibelakangnya.
            “What the…”
Telinganya yang masih tersumbat menenggelamkan suara Uan. Kakinya terus melangkah tanpa langsung menyedari apa yang telah berlaku. Tangan kanannya sibuk menyumbat buku yang baru dibelinya ke dalam duffel bag dibahu kirinya.
            ‘Bukan minah skematik tadi ke…’ Uan diam memerhati tingkah In’syi sebelum perjalanan In’syi ditahannya.
Melihatkan Uan yang terpacak tegak didepannya, spontan kening kanan dan kirinya knitted. ‘Pe kehal mamat ni buat gaya tentera Rom tahan tentera Parsi ni…’ perlahan tangannya meraba butang paused Mp4nya.
Uan dah bengang tahap giga dengan reaksi sempoi In’syi. “Ko pehal suka cari pasal dengan aku?”
Dahinya berkerut segaris. Jari telunjuk kanannya dihala ke batang hidungnya dengan mata yang sedikit membulat.
Uan masih dengan riak deadpannya. “Tak kan kamben tok haji ko lak…”
‘Aik! Mana dia tau kamben atok aku dah nek haji?’ “Bila masa aku cari pasal dengan ko? Kenal pun tidak…gagal logik ke hape nak buat pasal…”
            “Ko jangan bagi aku patah riukkan tulang temulang ko…” takat didihnya dah mula meningkat.
            “Aku memang serius tak kenal ko, and tak tau menahu benda yang ko cakapkan. Cakap bagi terang boleh?” In’syi muka bosan.
            “Ko memang trash! Harap jer pakai baju kurung…perangai buruk gila. Kalau campak dalam tong sampah pun, belum tentu tong tu sudi!” kaki terus melangkah pergi.
Tengkingan Uan menarik perhatian orang yang lalu lalang. Ramai yang mula berbisik sesama mereka. In’syi yang masih tercegat ditengah-tengah ruang berhadapan pintu masuk MPH mula menjadi tumpuan.
Mula menyedari pelbagai pandangan yang dilemparkan kearahnya, dia mula melangkah dari situ. Kaki terus melangkah tanpa arah, dan sesaat dia break mengejut. ‘Alamak! Aku supposedly jumpa budak-budak tu…’ Duffel bagnya diselongkar. Keypad fonsel ditangan ditekan berulang kali, sebelum butang hijau ditekan untuk membuat panggilan.
            “Uid! Ko kat ner? Dah setengah jam kitorang terpacak depan pintu ni!”
In’syi menggaru kening kirinya. “Sori tanpa niat. Pintu mana?”
            “Main!”
            “Okie, see ya.” Klik.
Kaki mula bergerak pantas menuju kearah escalator.
            “Sori. No blabbering okie. I already had enough with that. Jom gerak.” Kaki terus melangkah tanpa mempedulikan reaksi ketiga-tiga temannya.
            “Dari nada suara yang tak berperasan tu, she not ok…” Diba angguk kepala setuju dengan telahan G-ha. Dolly hanya mengangkat bahunya. Mereka mula melangkah menyaingi In’syi yang dah jauh ke depan.
            “Wei In’syi slow down la sket…”
Termengah G-ha mengejar.
            “Nak pergi mana ni?”
            “Balik.”
            “Balik mana?”
In’syi kalih pandang Diba disisi kirinya. “Tak kan nak balik kampung aku kot pakai bas cabuk ni…”
Diba tepuk dahi. ‘Mai da sakit dia…’
            “Bukan ko memang tak de kampung…” G-ha mula daze bercampur pelik.
‘Baik aku cut off jer before diorang ni makin melalut…’ Diba mula pening. “Kita nak balik rumah masing-masing or balik kampus?” ‘Kan senang!...
            “Balik kampus la…pehal tetiba nak balik rumah? Tinggal lagi dua minggu kot yer pun da homesick…”
Dari jauh melihatkan bayangan bas mulai bergerak dijalanan, In’syi terus bergerak ke depan. Bas yang elok terhenti didepannya segera dibolosi. Diba kalut memanjat anak tangga bas. ‘Karang tertinggal naya jer…’


No comments:

Post a Comment