Friday, April 29, 2011

Damsel



Part 1

“Cik adik…”
In’syi kalih ke belakang.
Bila jalan tu tolong jegil luas-luas bijik mata yang Allah bagi pinjam tu…boleh? Kalau tak nampak gak, pakai jer spec macam siTimmy Turner tu ! Tak de la menyusahkan orang…
Seusai lelaki itu menuturkan “sort of menghamburkan” kata-katanya, kedengaran jeritan yang kuat, bersilih ganti pula dengan siulan-siulan mem‘boo’kan dirinya.
‘Mak aih, konser jerit-menjerit sedunia ke hape…’
            “Bila jalan orang tak jegilkan biji mata nanti tiba-tiba cik cicak-man ter‘tutt!’ haru jer! Dah cukup afdhal dengan mencelikkan mata bebesor lagipun si Timmy Turner tu tak pakai spec dan yang paling penting kawasan ni memang tempat orang lalu lalang bukannya court basket!” senada In’syi tembak balik.
Tanpa menghiraukan mamat basket yang dah terjatuh rahang bawahnya, dia terus meyambung langkah menuju kearah shopping complex yang hanya beberapa inci didepannya.
‘Mental cut ke men basket tengah-tengah main entrance shopping complex ni…’ Hujung atas tudungnya ditiup, menyejukkan muka yang dah terasa membahang.
Im memeluk bahu Uan dari belakang. Dia gelak tiga patah. “Bro pe citer kena smash dengan aweks skematik sampai terpaused ni. Tak kan tangkap cintun suda…” Bebudak basket tumpang gelak.
            “Tapi bro, aku salute giler ngan minah skematik tu, perghhh…dia cakap laju cam keretapi! Non-fullstop…” gelak pecah sekali lagi.
            “Ko pehal sibuk sangat? Or ko yang dah mula tumbuh taman…” keningnya dijungkit sinis. Im dah terkedu. ‘Haik, budak ni, aku yang bantai dia, dia pulun aku balik.’
Uan terus merebut bola ditangan Jimmy dan dia mula tenggelam dengan gerak pelbagai aksinya. Tidak lagi menghiraukan suasana di sekeliling.

“In’syi sini !” terdengar laungan namanya. Kepala segera dikalih ke sebelah kanannya.
            “Lambat !!!” serentak tiga suara kedengaran.
In’syi menarik senggih. “Sori mate ! Ada show-off jap tadi…” nafas ditarik laju, membiarkan jantungnya menyedut oksigen secukupnya bagi membolehkan dirinya terus menyambung hayat.
            “Show off ?” Diba mula kerut dahi.
            “Ko kenapa? Cam tak cukup tanah nak jejak je…”Dolly jelling In’syi hujung mata. Mata kembali menala PSP ditangannya. G-ha hanya merenung In’syi yang seakan-akan semput. Bila makin lama dipandangnya, dah sebijik ghuper atoknya time kena attack dengan asma.
            “Aku jumpa monster…tapi layan cartoon!” note book ditarik keluar dari duffel bagnya.
Mata G-ha dah membulat. “Kat ner? Handsome tak.”
In’syi lipat maut kearah G-ha. “Tolongla… jangan buat perangai Senegal ko ngan aku !” Dolly dah tergelak.
            “Jom, mulakan misi !”
            “Nak buat mende ni ?”
            “Ntah…meh fikir sesama.”
            “Hampeh la budak ni ! Gaya jer lebey…”bahu kanan In’syi pantas ditolak Diba.
In’syi tayang sengih. G-ha dah mula tenggelam dengan note booknya. Melihatkan Dolly yang masih ralit dengan PSPnya, pantas In’syi mengetuk tangan kiri Dolly dengan pensil stabilo ditangannya.
            “Ouch !” kepalanya segera dipanggung dari PSP ditangan.
            “Working time…” In’syi terus menyambung kerjanya.
Dolly hanya mampu mengetap bibir, kegeraman.
            “Done !” G-ha tolak spec yang dah terlurut jatuh dari batang hidungnya. Tiga kepala menoleh serentak kearahnya.
‘Perghh, minah ni…memang top+superbly la!’ Masing-masing mula menyambung kembali kerja yang tertangguh. G-ha tenggelam dengan kenikmatan bigMacnya.


“Tikc-tocking…times up now !” pangkal hidungnya ditekan dengan jari telunjuk kanannya.
            “Give me fifteen minutes more…” serentak Dolly ngan Diba bersuara. Kepala masih melekat dibuku masing-masing.
            “As you wish…”
In’syi kalih G-ha yang tetiba senyap. “Uid ! Jangan bagitau aku kau seludup masuk buger McD, and right now melantak kat tengah-tengah restoran KFC ni…” mata dah terbuka seluas tiga inci.
G-ha tayang sengih peace kat In’syi. Jari telunjuk kanannya diletakkan ke bibir.
‘Uh-la budak sorang ni…fanatic yang melampau dengan McD!’  In’syi geleng kepala tak percaya.
“Ko kawen je dengan Abang Kassim simpang empat tu. Sekurangnya tak de la ko kempunan sangat nak melantak buger McD  bila poket dah kering nanti…waima buger Abang Kassim tu tak sesedap McD ko tapi murah+jimat!” perlahan ayat yang keluar dari mulut In’syi, namun cukup jelas  dipendengaran ketiga-tiga temannya.
Diba dah meledakkan tawanya. Dolly gelak dengan tangan dah menepuk-nepuk permukaan meja. G-ha dah memerah mukanya. ‘In’syi ni la…tak habis-habis dengan kesengalan otaknya.’     
“Ho.ho.ho, relax kay. Terkeluar…sori tanpa niat.” G-ha yang dah bertukar aura gaya the hulk dihadiahkannya sebuah senyuman yang manis extra berlemak krim lagi.
            “Uid, ada mamat handsome la!” Diba tarik perhatian G-ha.
Automatik kepala G-ha berkalih kearah pandangan Diba. In’syi meng‘hi-fi’kan tangannya dengan Diba.
            “Alamak !” G-ha panik.
In’syi mejungkitkan keningnya kearah Diba. Diba jungkit bahu.
            “Tak cukup handsome ka? Giler ar ko G…mesti ko menjanda sampai ke tua ni…” kepalanya digeleng-gelengkan. Matanya kembali tertala kearah sekumpulan budak lelaki, geng mamat handsome tadi.
            “Uid jangan pandang!” spontan kepala Diba ditariknya dari terus memandang kearah kumpulan budak lelaki itu.
            “Ko pehal? Demam?” Diba tak puas hati.
G-ha tepuk dahi. “Tu geng cousin aku la!”
            “So?”
            “Nanti dia perasaan aku kat sini…”
            “So, apa yang ko cuak sangat?”
            “Mati la aku…”
Dahi Diba dah berkerut tiga lapis. ‘Pe ke pelik budak ni…’ “Ko syok dekat cousin ko eh ? Yang mana satu? Yang paling handsome tu eh?” dengan penuh selamba dan bergaya Diba melontarkan pertanyaan.
            “Huisyh ! Sindrom mereng ke, ko ni…”
            “Haa, betul la tu!”
            “Banyak la betulnya… Tak de makna aku nak syok kat mamat deadpan tu! Jauh sekali nak berlakikan dia. Boley mati kering tak berperasaan aku…”
Dan buat ke sekian kalinya dahi Diba mula berkerut. “Kenapa weyh? Bunyi cam thriller jerp cousin ko tu!”
G-ha tergelak. “Ntah, aku pun tak tau. Memang dari dulu lagi dia da cam tu… Maybe muka dia dah memang macam tu, bila jer keluar dari perut Mak Chu aku!” G-ha gelak sakan, perutnya ditekan dek terasa senak. Diba yang pada mulanya curious giler, terus bantai gelak.
            “Korang berdua dah terkena sawan? O dah kena sampuk cik tuu?” In’syi yang baru dikalahkan oleh samurai Dolly merenung pelik kedua-dua temannya yang tengah bergelak sakan.
Kedua-duanya hanya mampu tergeleng. Bibir dah tak mampu nak berkata-kata dek penat ketawa sakan.
            “Done!” Dolly tarik sengih puas hati.
In’syi kalih pandang Dolly. “Okie, jom brief before kita mula.”
            “Oraite.” Serentak…

No comments:

Post a Comment