Friday, March 4, 2011

:: sabar itu hikmah ::

Hidup ni tak seindah yang dirasakan…
dalam sedih ada gembira, dalam duka ada tawanya, dalam tawar ada manisnya…
pabila terjatuh DIA bangunkan kembali,pabila rasa sakit yang amat DIA menghadirkan kegembiraan…
biar pun datang seribu kegembiraan sakit tu tetap ada...
sungguh setiap yang berlaku bukan mudah untuk just forget…
bukan semudah kesalahan yang dilakukan mata pansel yang sesenangnya boleh dipadamkan…
Biar sejauh mana rasa sakit yang dah tak mampu nak dikaburkan dengan kegembiraan...
hati tetap harus bersabar, kerana besar hikmahnya…
                     Test is tarbiyah from Allah s.w.t...
                     What we?will patient or the contrary?
                     Convenience who come after hardship...
                     All of that has been pleasure from ALLAH s.w.t ~
Bilamana hati dah kecewa sesangat….
rupanya sakit tu mendalam, rasa penat yang dah tak mampu dirungkaikan...
air mata seolah-olah tiada simpati, tiada gugur walau setitis ke pipi …
sedangkan hati yang terluka berperang hebat dek hujan yang mencurah tiada hentinya...tiada sendu,tiada tangisan hanya jasad yang kaku tanpa emosi....
Tak semua benda dalam hidup ni kita boleh control. Kadangkadang by letting it kita akan hepi. Tipulah kalau ada yang kata dia tak maukan yang terbaik dalam hidupnya...
unless dia tak normal. 
Bila kita dah try sehabis boleh, tapi still disalah erti, still jadik suspek utama,still ditohmah it’s darm hurt! 
Hati yang kecewa takkan melahirkan kewarasan otak…dan ketika itu kita lupa bahawa ia hanyalah sebahagian dari ujianNYA..


Hati...
berjalanlah dengan penuh pengharapan kepada Allah semata-mata...
walau hidup ini tak selalunya bahagia.
sedekahkanlah satu senyuman, walau dihatimu tak mampu lagi bertahan...
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka...
hiduplah dalam iman, walau hidup dipenuhi godaan...
berpeganglah kepada Allah s.w.t walau DIA tak kelihatan...
bukti kasihNYA, kita wujud didunia pinjaman ini...
Hati...
menangislah penuh pengharapan kepada Ilahi...
pastikan kau temui jalannya nanti...
usahlah bersedih lagi...
carilah redhaNYA...
sematkan disudut hatimu.
moga kasihnya menyinari hari-hari yang menanti~ ameen::


             :: Dosa-dosaku Bagaikan Pepasir Di Pantai
               Dengan Rahmat Mu Ampunkan Daku Oh Tuhan Ku
               Wahai Tuhan Selamatkan Kami Ini
               Dari Segala Kejahatan dan Kecelakaan
               Kami Takut Kami Harap Kepada Mu
               Suburkanlah Cinta Kami Kepada Mu
               Akulah Hamba Yang Mengharap Belas Dari Mu...ameen~ ::

1 comment: